Chào các bạn! Vì nhiều lý do từ nay Truyen2U chính thức đổi tên là Truyen247.Pro. Mong các bạn tiếp tục ủng hộ truy cập tên miền mới này nhé! Mãi yêu... ♥

41

"Kenapa aku rasa tak sedap hati ek?" Omel Seungcheol sambil mengusap dadanya perlahan, tiba-tiba dia merasakan ada tangan lain yang mengusap dadanya.

"Tak sedap hati ke bunk?" Soal satu suara dengan suara yang menggoda.

"Bodoh la kau, LEPAS HAN AKU TENDANG KAU KANG KEJAP LAGI" marah Seungcheol lalu menampar tangan Jeonghan dengan kuat, gatai betul raba dada anak teruna orang.

"Heleh emo je tau Wonu pun tak emo macam ni" sindir jejaka itu sambil mengusap tangannya yang kemerahan hasil tamparan yang kuat dari Seungcheol.

"Apahal mention nama aku ni?" Celah Wonwoo di tepi pintu biliknya, tak sengaja terdengar bualan hyung-hyungnya.

Seungcheol dan Jeonghan hanya tersengih tidak bersalah lalu berlari turun ke bawah meninggalkan Wonwoo yang masih memasang wajah hairan.

"Mana Soonyoung, Seokmin dengan Seungkwan? Tak nampak batang hidung pun tengah hari macam ni" soal Jihoon sambil menguap kerana baru bangun tidur.

"Diorang kata diorang nak keluar makan aiskrim entah kenapa tah balik je si Seokmin tu dia menangis macam budak kecik" jawab Junhui yang masih bermain telefon pintarnya.

"Jahat tak ajak aku sekali!!" Bentak jejaka mungil itu tidak puas hati, dia dah la dari semalam kempunan nak makan aiskrim.

"Engko tidur en tadi memang la" ujar Junhui malas.

"Boleh je kejutkan"

"Ah kau orang kejutkan nanti tidur balik takde function" bidas jejaka dari China itu, Jihoon hanya mengerucutkan bibirnya tetap tidak puas hati.

"Oh ye Minghao, mana Mingyu? Bukan ke dia patut balik dengan korang?" Soal Seungcheol yang baru sahaja melabuhkan punggungnya di sebelah Minghao yang dari tadi mendiamkan diri, selalunya bising je budak ni.

"O-ouh yang tu.. ermm..." Minghao menundukkan kepalanya, bermain dengan jarinya dengan resah.

"Xu Minghao..." panggil Jeonghan pula dengan nada tegas.

"D-dia hilang!! Waktu kat tapak perkhemahan hiks aku tak patut tinggalkan dia waktu tu" ujar Minghao dengan rasa bersalah.

Semua memandang jejaka itu terkejut, sebab itu ke Seokmin menangis bila dah sampai ke rumah.

"Mwo?! Macam mana dia boleh hilang?!" Soal Wonwoo tidak percaya, alololo risau ye bunk dengar laki hilang🌚🌚

"Tak tau!! Aku ingatkan dia pun ikut cari Jungkook rupanya dia tinggal kat tapak perkhemahan seorang!! Penjaga hutan tu syak dia kena culik huhuw" terang Minghao lagi.

"Siapa siak nak culik budak nerd dengan clumsy tu" Jihoon mengerutkan dahinya, mamat ni bukannya nak risau boleh pula dia tanya soalan macam tu.

"Orang yang nak jual organ secara haram la" jawab Hansol tak berlapik.

"HUWAHH HYUNG JANGAN CAKAP MACAM TUUU" raung Chan apabila mendengar jawapan dari Hansol itu tadi.

"KAU TENGOK!! KAN CHAN DAH MENANGIS" marah Jisoo lalu mengusap rambut Chan cuba menenangkan dongsaengnya.

"Hiks Mingyu hyung!!!"

Ting! Tong!

"Aku nak buka pintu kejap, kau pujuk balik si maknae tu Hansol!!" Arah Jisoo tegas lalu melepaskan pelukannya pada Chan.

"Iyelah" balas Hansol malas lalu memandang Chan dengan datar dan kembali memandang Jisoo yang sudah membuka pintu utama mereka.

"Eh ada bungkusan?" Omelnya sendiri lalu mengambil bungkusan itu dan dibawa masuk ke dalam rumah.

"WOI SIAPA ORDER BARANG ONLINE WOI?!" Teriaknya, yang lain memandang Jisoo tajam. Tak nampak ke semua ada kat ruang tamu yang nak menjerit macam semua kat atas dah kenapa?

"Takde!" Sahut Junhui.

"Hmm pelik salah hantar ke? Buta ke apa orang yang hantar bungkusan ni? Berat juga ek barangnya" ujarnya sendiri sambil menggoncang sedikit bungkusan itu dan dia melekapkan telinganya pada bungkusan itu.

"Bunyi macam jam" katanya lagi selepas mendengar bunyi seperti jam hidup.

Bam!!

"OI MAK KAU!!" Latah Jeonghan dan tanpa sengaja dia terpeluk Wonwoo disebelahnya.

"HYUNG LEPAS!!" Ronta jejaka bermata sepet itu dengan kuat, Jeonghan dengan sengihan tak bersalah terus melepaskan pelukan itu

"WOI DAH KENAPA TENDANG BUNGKUSAN TU?!" Jerit Jisoo apabila melihat jejaka tidak dikenalinya masuk ke dalam rumah lalu menendang bungkusan itu sehingga bungkusan itu mendarat di penjuru ruang tamu.

"KELUAR SEKARANG!!" Arah jejaka itu tegas, sesekali dia melihat jam di tangannya.

"Seungcheol hyung!! Ada orang tak kenal ajak keluar rumah!!" adu Chan pada hyungnya yang baru sahaja nak minum air di dapur.

"Siapa?!" Soal Seungcheol setelah selesai minum air.

"Younghoon?! Asal ada ramai sangat pak cik pakai suit--

"JANGAN BANYAK TANYA LA!! KELUAR SEKARANG LA DEY SEMUA SEKALI CEPAT!! BAWA BARANG PENTING KORANG SEKALI" teriak Younghoon, nak tak nak yang lain ikut jelah apa yang dia kata lepas nampak muka ketat pak cik-pak cik bersuit hitam tu.

"Kawasan perumahan kita ada buat latihan kecemasan ke?" Soal Hansol pada Jihoon yang sedang sibuk mengheret buku-bukunya yang tebalnya lain macam.

"CEPAT!!" Mereka menggulingkan biji matanya, masih tak faham kenapa Younghoon kabut sangat suruh diorang keluar dari rumah cepat.

Selang beberapa minit, semua sudah keluar dari rumah, paling mengejutkan ada polis dan bomba sekali sedang bersiap sedia turut jiran-jiran yang berkumpul.

3

2

1

BOMM!!

Mereka tercengang apabila melihat rumah yang dah 3 tahun mereka duduk meletup di depan mata mereka.

"R-rumah aku" Junhui terus menangkap badan Seungcheol yang sudah lemah itu manakala Jeonghan didakap erat oleh Wonwoo dan Jihoon, Jisoo pula hanya mampu terdiam melihat rumah mereka hancur lebur dan sekarang bomba cuba padamkan api.

Yang lain hanya menatap 95 line dengan sendu, yelah mereka bertiga la yang kumpulkan duit sewa rumah tu bagi mereka tu rumah pertama mereka dan yang lain pun dah anggap rumah tu rumah pertama mereka juga apabila menetap di Seoul ni.

"Cakap dengan Tuan Muda yang semuanya selamat" ujar Younghoon pada salah seorang orang suruhannya disitu, dia pun rasa kesian melihat mereka yang kini takde tempat tinggal.

"Macam mana kau tau pasal benda ni?" Soal Minghao serius.

"Nanti aku ceritakan sekarang btw member kau ada berapa orang?" Soal Younghoon, mengeluarkan telefonnya.

"Dua belas sebenarnya tiga belas tapi Mingyu kan hilang lagi huhuw" jawab jejaka itu dengan sedih.

"Kejap.. kenapa ada sembilan orang je?! Mana lagi tiga?! PERGI CARI YANG LAIN CEPAT!!" Arah Younghoon tiba-tiba, orang suruhan dia apa lagi terus kabut pergi kat rumah yang dah hancur tu.

"Younghoon--

"Habislah aku!! Tuan Muda akan marah!!" Potong jejaka itu, Minghao pula hanya mengeluh perlahan orang nak cakap boleh pula dia potong percakapan orang.

"Youngh--

"MATI LA AKU HUWEEEE AKU TAK NAK KENA HUKUMANNNN" teriak Younghoon dengan tangisan palsunya.

"YOUNGHOON!! MEMBER AKU YANG SELEBIHNYA KELUAR PERGI KEDAI!!" Jerit Minghao, tak kalah kuat dengan Younghoon.

"O-ouh mian jadi diorang pergi kedai mana?" Soal Younghoon apabila dia kembali tenang, belum sempat Minghao ingin menjawab kedengaran teriakkan yang amat dia kenali sedang membuat drama di depan rumah mereka yang sudah hancur itu.

"Tidak!!! Kawan-kawan aku!!!" Jerit Soonyoung yang sudah jatuh melutut.

"Andwae hyung semua!! Chan!!" Teriak Seungkwan pula.

"Hiks kenapa hari ni banyak benda yang terjadi!! Maafkan aku sebab lupa nak beli aiskrim untuk korang huweee!!" ujar Seokmin dengan air mata palsunya.

"Jihoon!! Maafkan aku sebab semalam aku tercium pipi kau waktu kau tidur!!" kata Soonyoung.

"Korang!! Maafkan aku sebab aku la penyebab jamban utama kita tersumbat HUWAHHH KORANG SEMUAAA!!" Sambung Seungkwan lalu berteriak disitu diikuti Soonyoung dan Seokmin.

"K-korang kata apa?!" Balas yang lain dengan tidak percaya, terus terhenti tangisan palsu BooSeokSoon itu apabila melihat rakan-rakannya sedang menatap mereka dengan tajam.

"Eh? Wuuu korang hidup lagi!!" Jejaka bertiga itu terus berlari menghampiri rakan-rakan mereka dengan senyuman lega.

"MEH SINI KAU HOSHIT KAU RUPANYA YANG MENCEMARKAN PIPI AKU JILAKE" Jihoon terus mengeluarkan gitarnya yang sempat dia selamatkan lalu berlari mengejar Soonyoung yang sudah membuka langkahnya terlebih dahulu.

"KAU PUN SINI BOO SEUNGKWAN!!" Seungkwan terus berlari menyelamatkan diri apabila Seungcheol sudah mula mengejarnya.

"Seokmin takpe dia selamat"

"Fuhh nasib baik" ujar Seokmin lega selepas mendengar apa yang dikata oleh Jeonghan.

"Dah mari kami bawa korang semua pergi ke tempat Tuan Muda yang lebih selamat cepat sebelum mereka datang semula" arah Younghoon, semua memandang jejaka itu hairan.

"Siapa Tuan Muda?"

"Nanti kau akan tau"

+++

"Hyung!! Kita nak kemana ni?!" Soal Jungkook apabila melihat hyungnya memandu seperti orang kurang waras dengan wajahnya yang nampak seperti resah lagi.

"Ke tempat yang lebih selamat Jungkook!! Tempat tinggal kita dah tak selamat!! Aku dah wasap yang lain untuk balik ke rumah family mereka dulu" terang Seokjin tanpa memandang dongsaengnya.

Selepas sahaja mendapat arahan dari Junmin yang Mingyu kata Jungkook dalam bahaya terus dia pecut balik ke rumah dan dia bernasib baik waktu tu Jungkook sedang terbongkang tengok Tv, tanpa buang masa dia terus menyuruh Jungkook bersiap dan mengemas apa yang patut lalu mengheretnya masuk ke dalam kereta memandu ke tempat yang baru sahaja Junmin berikan alamat.

"Kalau macam tu hantar jelah aku kat rumah aku!!" Bentak Jungkook yang masih keras kepala.

"No!! Sana lagi tak selamat!!" Ujar Seokjin tegas.

"H-habistu omma?" Jungkook memandangnya hyungnya, risau dengan ommanya yang menetap jauh darinya.

"Omma kau selamat.. kitaorang dah pindahkan dia ke tempat yang lebih selamat" balas Seokjin yang sudah mula tenang.

"Jadi kita nak kemana?"

"Nanti kau tau la" Jungkook hanya mengangguk pasrah lalu kembali diam melihat jalan di luar tingkap.

"Maaf ye Jungkook sebab babitkan kau dalam hal ni" ujar Seokjin dengan rasa bersalah.

"Hal apa?" Jejaka bergigi arnab itu memandang Seokjin dengan hairan.

"Dah sampai nanti dia ceritakan" Seokjin tersenyum nipis.

Jungkook ternganga apabila Seokjin membelokkan kereta masuk ke dalam satu kawasan Mansion yang gah di depannya. Seokjin terus memberhentikan apabila mereka sudah tiba di depan Mansion mewah itu.

"Wahh ni ke Mansion besar siak.. macam baru lagi je" ujar Jungkook kagum apabila dia mula keluar dari perut kereta itu.

"Memang pun" balas Seokjin yang sedang mengeluarkan beg sandang milik Jungkoon.

"Jungkook?" Jejaka itu menoleh kebelakang apabila namanya dipanggil.

"Eh Seventeen kan?" Tebaknya apabila melihat wajah-wajah yang amat familiar baginya sedang tersenyum manis.

"Uish kau ingat lagi nama kumpulan aku!!" Ujar Seokmin tak percaya.

"Ni Mansion siapa?" Soal Soonyoung pada Younghoon yang dari tadi berdiri tidak mengeluarkan suara.

"Ouh korang dah sampai, masuklah dia risaukan korang tu" celah seseorang yang mereka tidak kenali berdiri di gerbang pintu.

Tanpa banyak soal mereka terus berjalan masuk ke dalam Mansion mewah itu, masing-masing ternganga melihat bertapa luas dan mewahnya ruang Mansion itu.

"Siapa--

"Korang!! Huhuw korang selamat nasib baik!!" Semua memandang satu suara yang baru sahaja keluar dari dapur dengan hairan.

"Kau siapa?"






______________

Nampaknya rahsia akan terbongkar kejap lagi ewahhh

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro