Chào các bạn! Vì nhiều lý do từ nay Truyen2U chính thức đổi tên là Truyen247.Pro. Mong các bạn tiếp tục ủng hộ truy cập tên miền mới này nhé! Mãi yêu... ♥

37

"WOIMAKKAU!! APA TU?!" Mingyu memegang dadanya terkejut, dipandang sekeliling hanya pokok sahaja yang dia nampak.

Manakala, orang itu merengus geram boleh pula Mingyu tu bergerak habis tersasar tembakannya.

"Siapa kau?! Aku tau kau ada kat sini tak jauh dari aku! Keluar!! Jangan jadi pengecut!!" Jerit Mingyu, tangannya pula sudah melingkar ke pinggangnya untuk mengambil sesuatu.

Tiba-tiba kedengaran bunyi yang agak kuat di semak samun, Mingyu memandang semak itu lama.

3

2

1

Kcak!

Kcing!

Mingyu memandang manusia yang tidak dikenalinya dengan tajam, si dia hanya tersenyum sinis di sebalik topeng muka. Pedih calar di pipi hasil dari pisau tajam Mingyu diabaikan.

Masing-masing dalam posisi bersedia, Mingyu dengan pisau yang sudah diacukan pada leher jejaka itu manakala pistol dari si dia pula diacukan pada kepalanya. Silap langkah pasti salah seorang akan terbunuh.

"Betul la khabar angin tu" ujar jejaka itu cuba memulakan perbualan, saje melengahkan masa.

"Apa?" Mata Mingyu tidak lepas memandang jejaka itu dengan penuh bersedia dan agresif.

"Kau adalah pencabar yang sesuai untuk aku. Penuh misteri, pandai guna senjata wow dan paling liat nak mati" Mingyu mengerutkan dahi, apa pula main bab misteri ni waduhh.

"Apa maksud kau?! Kau siapa?!" Malas untuk berbasa basi, Mingyu terus mengacukan pisau itu dengan lebih tekan pada leher jejaka itu.

"Wow chill! Apa kata kita rilek kejap kau lepaskan pisau tu aku pula lepaskan pistol aku, amacam?" Jejaka itu menjauhkan pistolnya dari Mingyu dengan perlahan Mingyu juga menjauh dari jejaka itu.

"Jangan gelabah, macam ni la kau jangan risau pasal kawan kau tu diorang akan jumpa dia tapi...." jejaka itu membuka topengnya lalu senyum sinis pada Mingyu.

Tiba-tiba muncul sekumpulan lelaki yang berpakaian koperat memerangkap Mingyu dengan berdiri dalam satu bulatan.

"Apa ni?!"

"Yeay diorang akan jumpa kawan kau tapi diorang takkan jumpa kau sampai bila-bila" sambung jejaka itu lagi, dia membetulkan rambutnya.

"S-siapa korang?!" Mingyu cuba menyelamatkan diri tetapi tidak boleh kerana semua pistol sedang diacukan padanya.

"Dia dah lama tunggu kau, akhirnya penantian dia untuk 10 tahun ni tak sia-sia"

"Kau fikir kami bodoh? Kami takkan tertipu dengan kematian palsu kau tu!!"

"Sebenarnya kami ni tak boleh cederakan kau so aku akan guna cara paling halus tapi menyakitkan" jejaka itu masuk ke dalam bulatan itu, jaraknya dengan Mingyu hanya 3 meter sahaja.

"Perniagaan. Kemalangan. Kim Saejoon" dengar sahaja ayat terakhir dari mulut jejaka itu, kepalanya mula terasa sakit.

"Ahhh" Mingyu mengerang sakit, dia memegang kepalanya dengan erat. Suara-suara yang makin galak bermain di kepalanya membuatkan dia jatuh terduduk.

"Mingyu, dengar cakap appa! Jaga diri jangan sampai barang ni jatuh ke tangan orang yang salah! Lagi-lagi pak cik kamu"

"T-tapi.. Mingyu takut.."

"Jangan takut, simpan gelang ni elok-elok K.M.G itulah nama gelang tu kunci pada syarikat kita dan kamu"

"T-tuannn!!!"

BAM!

Mata Mingyu mula berpinar, dia memandang jejaka itu yang sedang ketawa akannya hendak berlawan tetapi badannya sudah lemah.

'Gelang tu!! Jawapannya ada pada gelang tu!! Aduh dah la gelang tu hilang!!' Jerit batin Mingyu.

"Sweet dream, hell bro"

Dan semuanya terus menjadi gelap.

+++

"Hah misi dah selesai? Ok roger" Jungkook membuka matanya perlahan apabila mendengar penjaga itu sedang menelifon seseorang.

"Aish dah berapa jam aku duduk sini?" Dilirik pada jamnya, ceh baru 3 jam dia kat sini tapi terasa macam 10 jam!!

Apabila kedengaran sunyi sahaja dari luar, dengan kekuatan yang ada dia cuba menjegulkan kepala untuk melihat di luar.

"Huh! Takde orang ni mesti diorang tinggalkan aku" tebaknya dan iainya memang benar.

"Sesiapa!!! Tolong!!!" Jerit Jungkook sekuat mungkin, tolong la sesiapa mendengar rintihan hamba yang sadis ini.

"Jungkook!!!"

"Jungkook!! Mana kau?! Kaki aku dah cramp ni woi!!" Jungkook tersenyum gembira apabila mendengar jeritan yang sememangnya dari kawannya dan guru.

"KORANG AKU KAT SINI!! WUHUUU YA AMPUN AKU KAT SINI WEH AKU DAH TAUBAT TAK NAK RIAK DAH! KORANGGGGGG" selepas sahaja Jungkook menjerit, kedengaran bunyi derapan kaki yang kuat sedang menghampirinya.

Pintu ditendang kuat, muncul wajah Younghoon, Eunwoo, Seokmin dan Minghao sedang menghampirinya dengan risau.

"Kau ok?! Macam mana kau kena ikat ni?!" Soal Seokmin sambil meleraikan ikatan pada jejaka itu.

"Aku kena culik" terang Jungkook.

"Dah jangan risau aku dah bagitau kat cikgu yang kita dah jumpa kau, semua sedang bergerak ke tapak perkhemahan" ujar Eunwoo lalu menyimpan walkie-talkie.

"Kau kena culik?" Soal Younghoon semula dan Jungkook hanya mengangguk.

"Penculiknya rare pakai baju koperat panas-panas macam ni dan yang peliknya diorang terus blah macam tu je lepas dapat call seseorang kata misi dah berjaya macam tu" terang Jungkoon lagi, mata Younghoon mula membulat.

Apabila teringatkan seseorang yang sememangnya pemalas nak cari anak orang yang hilang dan duduk di tapak perkhemahan seorang diri.

"MINGYU!!" Younghoon terus berlari meninggalkan mereka.

"Kenapa? Apa jadi?" Soal Minghao yang masih keliru.

Eunwoo pula hanya diam, tiba-tiba walkie-talkienya berbunyi menandakan seseorang sedang menghubunginya.

"Kenapa, Yugyeom?" Soalnya, kedengaran keluhan kuat dilepaskan oleh jejaka itu.

// Mingyu... dia hilang //

"MWO?!"







___________

Yow, maaf lambat update

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro