33
"Kami dah balik!!!" Jerit Mingyu dan Jungkook riang bersama beberapa batang kayu api di tangan.
"AWAL BALIK?!" Soal Eunwoo dengan wajah yang seram.
"Sorry lambat tadi kami sesat" tipu Mingyu dengan sunat dan sesunatnya. Dia perasan wajah Eunwoo dah start seram maybe dia marah sebab diorang datang lambat ke tapak perkhemahan.
"Ouhhh kenapa dua-dua basah ni?" Soal Eunwoo serdas. Siapa tak sedar dari rambut sampai ke kaki air duk menitik je.
"Hehe jatuh sungai" jawab Jungkook pula dengan sengihan inesennya.
"Haish pape jelah dah pergi tukar baju biar kami yang masak" ujar Younghoon lalu menolak mereka berdua masuk ke khemah bagi tak nak Eunwoo banyak tanya.
"Dah Eunwoo jom masak kau nak tanya banyak benda kat diorang pun takde faedah pun" Eunwoo memuncungkan bibirnya.
"Yelahhhh"
Usai sahaja Mingyu menukar pakaian yang kering dan selesa dia keluar dari khemah dan start menyibuk tengok orang memasak.
"Korang masak apa?" Soal Mingyu.
"Mee segera je sebab kitaorang tak reti masak sangat" jawab Younghoon lalu meletakkan kimchi di dalam masakkan.
"Nak aku tolong?"
"Kau reti masak ke?" Soal Eunwoo pula siap angkat kening lagi.
"Eh jangan pandang sebelah mata je tau se-nerd aku pun, aku reti masak" Mingyu mengelibas rambutnya lalu merampas senduk di tangan Younghoon.
"Ok ada nasi?"
"Adaaa"
"Bak sini aku nak masak nasi goreng kimchi" terus Eunwoo mengambil nasi dan diberikan pada Mingyu.
Dengan muka ala-ala tekun Mingyu mula memasak. Ramai pelajar menghampiri khemah mereka.
"Series la Mingyu masak?" Soal Seokmin tak percaya.
"Kenapa dia tak pernah masak ke?" Younghoon memandang Seokmin dan Minghao.
"Jarang sebab yang selalu masak Junhui hyung" jawab Minghao dan diangguki oleh Seokmin.
Jungkook yang baru sahaja selesai tukar baju mengerutkan dahi apabila terlihat ramai pelajar mengerumi kumpulannya.
"Ada apa-apa aku terlepas ke?" Soal Jungkook pada Yugyeom.
"Mingyu masak" kata Yugyeom malas.
"Ouhh nerd pun pandai masak" Jungkook mengangguk faham.
"Sudah-sudah la tu berkumpul!! Pergi balik kat khemah korang!! Aduhh aku nak makannnn" Jungkook mula menghalau pelajar lain.
Apabila Mingyu selesai memasak, mereka terus berkumpul di tikar yang sudah dihamparkan.
"Wuuu ada mee segera dengan nasi goreng kimchiii" jerit Minghao riang.
"Ajom makannnn!!"
"JOM!"
Selesai sahaja mereka makan, malam mula menjelma. Ramai pelajar berkumpul dan mula berborak takpun menyanyi.
"Aish cantiknya bintang" kata Mingyu perlahan sambil matanya tidak lepas memandang langit yang gelap tetapi disinari dengan bintang.
"Ui buat apa tu?" Seseorang menepuk bahu Mingyu lalu duduk disebelahnya.
Mingyu menoleh lalu merengus geram.
Siapa lagi kalau bukan Jeon Jungkook.
"Aku tengah tidur ni tak nampak ke?" Sindir Mingyu lalu memandang langit semula.
Jejaka bergigi arnab itu pun turut memandang ke langit.
"Aku rindu omma aku" kata Jungkook perlahan.
"Kalau rindu call la" jawab Mingyu selamba.
"Heh kau tak rindu omma kau ke?" Wajah Mingyu terus berubah.
Takde siapa pernah bertanya pasal keluarga sebelum ni. Kenapa perlu disebut.
"N-nanti aku jumpa dia la" jawab Mingyu kasar cuba untuk menyembunyikan kesedihannya.
"Untung la kau dapat jumpa omma kau selalu, aku ni setahun 5 kali kot rasanya aku boleh jumpa dia" luahnya dengan sedikit sedih.
'Sekurangnya kau masih boleh berborak dengan dia, pegang tangan dia, cium dia, dapat rasa belaian kasih sayang dia' bisik hati Mingyu dengan kendur, dengan senyap-senyap dia mengelap air matanya yang tumpah .
"A-aku nak masuk tidur" Mingyu terus bangun dan berlalu pergi.
Dia memandang Jungkook yang masih termenung.
"Aku tak pernah call dia nak call ke?" Jungkook mengeluarkan telefon pintarnya lalu nombor seseorang dicari.
Mingyu yang memerhati hanya menggelengkan kepala.
"Jungkook, masuk la dah malam" panggil Mingyu apabila terlihat pelajar yang lain sudah masuk ke dalam khemah.
"Sabar ah aku nak call member aku" jawab Jungkook tanpa memandang jejaka itu.
"Tak sangka kau ada member" balas Mingyu sinis.
"Diamlah kau"
Kringg!!
"Weh Mingyu! Telefon kau berbunyi tu" tegur Minghao yang kebetulan dia lalu di hadapan khemah milik Mingyu dan Jungkook.
"Fak..."
Terbuntang terus biji mata Mingyu, cepat-cepat dia mengambil telefonnya sebelum Jungkook sedar.
Dilihat sang pemanggil.
"Hello!!!" Jawab Mingyu dengan mengah.
Minghao yang hanya memerhati mengangkat keningnya.
"Ouhhh kami sampai sini dengan selamat dah makan dengan kenyang, jangan risau hyung kami hidup lagi sampaikan salam dengan yang lain! Bye!!" Mingyu terus menyimpan telefonnya setelah selesai berborak dengan sang pemanggil macam rap.
"Siapa call?"
"Seungcheol hyung" jawab Mingyu dengan penuh kesyukuran.
"Pahal kau happy sangat ni?"
"Salah ke?" Minghao menggelengkan kepala lalu masuk ke dalam khemah.
Tiba-tiba Jungkook muncul ditepinya dengan wajah masam mencuka.
"Dah kenapa?" Soal Mingyu polos.
"Member aku another call cis siapa la yang dia tengah call tu mesti dengan awek" rungut Jungkook geram, mulutnya tak henti-henti memaki 'rakan' yang dia call tadi.
Mingyu pula menghembus nafas lega.
"Nasib tak kantoi"
_______
Sorry lambat update
Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro