32
Author POV
Mingyu menjeling Jungkook manakala Jungkook membalas jelingan itu sambil mendengar taklimat dari penjaga hutan.
"Kenapa dalam ramai-ramai orang kau juga yang berpasangan dengan aku?" Soal Jungkook tidak puas hati.
"Mana la aku tahu" jawab Mingyu selamba, mula-mula dia geram la juga tapi lama-lama dia redho lagipun ni la peluang dia nak rapat dengan Jungkook.
Jungkook mendengus geram lalu memandang hadapan buat sakit hati je pandang mamat tu disebelahnya.
Usai sahaja taklimat yang diberikan kini mereka harus mendirikan khemah dan memasak.
Satu kumpulan harus mempunyai tiga pasangan iaitu harus terdiri daripada 6 orang. Jadi setiap pasangan harus dibahagikan kerja memasang khemah, mencari kayu api dan memasak.
Mingyu dan Jungkook berkumpulan dengan Minghao dan pasangannya Yugyeom. Tak bernasib baik untuk Mingyu sebab mamat tu dari dulu suka cari pasal dengannya. Dan pasangan lagi satu ialah pasangan Eunwoo dan Younghoon. Kira untung yang dua-dua ni bukan jenis yang kecoh macam Yugyeom.
"Ok mari kita bahagikan kerja" Eunwoo mula bersuara dahulu apabila lihat macam takde siapa nak buka mulut.
"Aku dengan Minghao nak pasang khemah" ujar Yugyeom dan diangguki oleh Minghao.
Sebenarnya Minghao ikutkan aje si Yugyeom ni kang melawan kena marah pula kan sabar jelah.
"Ok so Mingyu and Jungkook?" Younghoon menunding Jungkook.
"Erkk"
"Eunwoo, kau pandai masak?" Celah Mingyu tiba-tiba. Eunwoo tergamam seketika apabila ditanya soalan sebegitu.
"Erk aku tak—
"Ok kau dengan Younghoon masak, kitaorang cari kayu" potongnya lalu dia menarik lengan Jungkook masuk ke hutan meninggalkan Eunwoo yang terpinga-pinga.
Younghoon menepuk bahu Eunwoo.
"Kau pandai masak ke?"
"Tak sangat hehehe"
"Pulaaa"
+++
Sampai sahaja mereka di tepi sungai, Mingyu meleraikan pegangannya pada lengan Jungkook.
"Kau ni tak baik buat dia macam tu" Mingyu hanya mengangkat bahu tak kisah apabila mendengar celoteh Jungkook.
Jejaka bergigi arnab itu mengetap bibir.
"Kau ni pelik la!!" Luah Jungkook, sudah lama dia simpan ayat itu akhirnya keluar juga.
"Apa maksud kau?" Mingyu memandang Jungkook datar.
"Yelah kau pelik!! Sekejap kau emo sekejap kau gila takpun happy tapi hari ni kau muram je!! Moody!!" Terang Jungkook.
"Salah ke? Kau pun sama pelik!! Asyik moody je!! Cuba la senyum ke happy ke ini tak" balas Mingyu tidak mahu kalah.
Asyik kata aku je habistu kau?
"Yelah lepasni aku tak moody dah" jejaka tinggi lampai itu menjongketkan keningnya.
"Yeke"
"Yeee"
"Yelah tu"
"Aku cakap betul ni" Mingyu mengangkat kedua tangannya tanda surrender apabila melihat renungan tajam dari Jungkook.
"Ok fine"
"Kau pun sama jangan moody juga" ujar Jungkook.
"Kenapa kau nak sibuk?"
"Tak boleh ke?" Mingyu menggelengkan kepala itu membuatkan jejaka bermarga Jeon itu menjadi bengang.
"Hish suka hati kau la!!" Jungkook membaling ranting kayu, nasib baik Mingyu sempat elak.
"Weh kutiplah kayu tu!!" Arah Jungkook tiba-tiba.
"Asal aku pula?!"
"Sebab kau nerd!!"
"Kena mengena la pula syiell!!" Jejaka itu menjelirkan lidah pada Mingyu lalu berlalu pergi meninggalkan Mingyu keseorangan.
"Ish aku pula yang kena" dengan penuh rungutan Mingyu mengutip kayu api seorang diri.
Sedang Mingyu menunduk untuk mengutip kayu api tiba-tiba dia terpandang ada seseorang berdiri di hadapannya.
Dia mendongakkan kepalanya.
"Hey Kim Mingyu" kata seorang jejaka dengan senyuman sinisnya.
"Wtf..."
Splashhh!!
"YAHHH JEON JUNGKOOK!!" Mingyu mengelapkan mukanya yang basah akibat disimbah air oleh jejaka itu.
"HAHAHAHAHA RASAIN LORHHHH!!"
"NAK KENA NI!!" Mingyu terus menadahkan air di kaki sungai lalu di simbah ke Jungkook.
"TAK PAYAH AH WOI!! BASAH!!"
"KAU YANG START DULU ENNN"
Mereka pun main simbah-simbah air dengan gelak ketawa sampai lupa diri tu ada kerja. Ish ish ish
Meanwhile Eunwoo dan Younghoon.
"Mana Mingyu dengan Jungkook ni?!!" Eunwoo menghentak meja kayu dengan geram.
Younghoon pula hanya mampu mengusap dadanya terkejut dengan amuk Cha Eunwoo ni.
"Sabarlah.. kejap lagi diorang balik la tu"
"Kalau diorang tak balik lagi kepala sekor-sekor aku bagi masak gulai" ujar Eunwoo seram, Younghoon pula hanya mampu telan air liur dengan payah.
Dalam hati dia berdoa sangat yang si Mingyu dan Jungkook cepat balik ke tapak perkhemahan takut Eunwoo jadi hantu kejap lagi.
_________
Sorry lambat update btw author ada buat satu cerita ni nak author publish ak?
Tajuknya: Atok || Bts & Seventeen ||
Hehehehe nak author publish tak?
Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro