28
Keesokkan harinya, pada pukul 10 pagi Seokjin baru sahaja tiba di hospital itupun dengan kabutnya sebab hari ni Seokjin terlewat bangun lepastu takde siapa nak kejutkan dia hah baguslah housemate dia tu.
"Mingyu! Jom balik!!" Seokjin terus menerjah wad dimana Mingyu ditempatkan tapi tiada orang. Wad itu sudah kosong.
"Mana pula dia pergi ni?" Seokjin keluar dari wad lalu memanggil nurse yang bertugas.
"Ermm pesakit yang duduk dalam wad ni pergi mana ye?"
"Ouh encik ni penjaga dia ke? Dia dah keluar dari hospital ni dua jam lepastu dia pesan kalau penjaga dia datang, dia suruh penjaganya cuti seminggu" ujar nurse.
Seokjin tercengang. Cuti seminggu? Fikir ni cuti sekolah ke apa?
"Jangan risau bil rawatan sudah dibayar saya minta diri dulu" selepas sahaja mendapat kebenaran dari Seokjin, nurse itu terus menjalankan tugasnya semula.
"Cuti seminggu? Apa aku nak buat sia kalau cuti lama ni, Mingyu nii"
+++
<< Sekolah >>
"Ok kelas lusa, pihak sekolah akan adakan perkhemahan hanya untuk kelas kita dan kelas 5-2 jadi semua wajib turut serta" ujar Pn.Han selaku guru kelas.
Mingyu mengeluh perlahan. Main berkhemah la pula fikir ni nopal-nopal ke apa. Tiberr.
Nasib la dia sempat sampai ke sekolah dengan menaiki bas awam. Dah la tak bagitau Seokjin bertuah betul.
"Jadi hari ni kamu semua harus ambil nombor untuk mendapat pasangan masing-masing dari kelas sebelah untuk lusa nanti jadi sila ambil nombor sekarang" arah Pn.Han, setiap seorang bangun dan mengambil nombor.
Kini giliran Mingyu yang mengambil nombor, semua berbisik kepadanya tetapi Mingyu hanya buat tak endah sahaja. Diambil nombor yang sememangnya tinggal satu sahaja lalu duduk di tempatnya semula.
Diteliti nombor itu. Dia berharap sangat yang dia dapat pasangan bersama Minghao takpun Seokmin.
"Agak-agak siapa la yang dapat nombor 10" kata Mingyu perlahan, lalu dia menyimpan nombor itu.
+++
Jungkook menyimpan nombornya, seperti sudah diberitahu lusa ada perkhemahan sebenarnya dia tak nak tapi dah kata semua pelajar wajib sertai nak tak nak dia kena la sertai juga.
"Seokminnie, kau dapat nombor berapa?" Soal Minghao kepada Seokmin disebelah. Jungkook pula hanya memandang mereka.
Seokmin memandang Minghao.
"2, kau?"
"Aku dapat nombor 11" kata Minghao sambil menunjukkan nombornya.
"Ouhh aku harap aku dapat pasangan dengan Mingyu boleh menggila dengan dia" luah Seokmin. Jungkook yang baru sahaja nak sambung menulis terus terbantut.
"Bercakap pasal Mingyu malam semalam dia tak balik rumah, aku risau la"
"Sama la tapi Seungcheol hyung kan dah kata semalam kalau hari ni dia tak balik lagi kita report polis" ujar Seokmin. Jungkook tersentak dia pelik semalam Seokjin ada je kat rumah asal Mingyu tak balik? Padahal Seokjin yang bawa Mingyu keluar dari sekolah.
"Ish aku baru je nak korek rahsia dari Mingyu tu tapi tulah semalam Mingyu nak buka spek dia tapi ada orang ganggu" Minghao menjeling Bambam yang tidak jauh darinya.
"Sabarlah mungkin kat rumah nanti dia boleh bagitau lagipun semalam sebelum dia blah dengan Seokjin sunbaenim dia ada mesej aku katanya nanti dia bagitau kita semua kat rumah" terang Seokmin.
"Eh asal dia tak mesej aku!!"
"Sebab aku kawan yang paling dia sayang hoho"
"Eh mana aci!!" Jungkook menggelengkan kepala.
'Pasal budak nerd tu pun nak bergaduh tak sangka dia tu ada kawan juga' bisik hati Jungkook.
"Eh apa korang cerita ni?" Sampuk Younghoon sambil membawa kerusinya duduk di sebelah Seokmin.
Maklum la kat kelas mereka takde cikgu lepas je habis mengambil nombor cikgu mata pelajaran mereka terus beredar ada hal katanya.
"Pasal Mingyu"
"Ouh budak nerd yang baru masuk sekolah ni?" Tebak Younghoon.
"Asal ramai yang kata dia nerd ek? Setahu aku dia takde la nerd sangat" Minghqo menggaru kepalanya.
"Sebab dia nerd"
"Eh kau tak tahu, aku selaku housemate dia, aku rasa dia la paling gila kat rumah perangai macam setan kalau boleh setiap hari la dia kena kejar dengan gitar Jihoon hyung tu" cerita Seokmin.
"Tapi dia clumsy teruk sumpah teruk macam Namjoon sunbaenim dah berapa kali tah Jisoo hyung beli sofa sebab asal dia terjun je mesti patah dua" Younghoon menggelengkan kepala diikuti Jungkook yang mendengar cerita itu.
"Ouh cakap pasal Mingyu pagi tadi aku baru nampak dia datang sekolah" sampuk Younghoon.
"What?!!" Jungkook dan Younghoon memegang dada, buat highnote pula mereka ni.
Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro