Chào các bạn! Vì nhiều lý do từ nay Truyen2U chính thức đổi tên là Truyen247.Pro. Mong các bạn tiếp tục ủng hộ truy cập tên miền mới này nhé! Mãi yêu... ♥

25

"Theokjin tyunggg!!" Seorang budak lelaki berumur 5 tahun terus memeluk Seokjin dari belakang yang sedang sibuk mengulang kaji pelajaran.

Exam dah nak dekat katanya.

Seokjin yang baru sahaja berumur 10 tahun menjeling budak itu.

"Omma dengan appa mana?" Soal Seokjin lalu memcubit pipi tembam budak itu.

"Ehe geli la tyung" budak itu menepis tangan Seokjin yang makin galak mencubit pipi tembamnya.

"Omma dengan appa kat luar tengah bincang dengan omma dan appa hyung" jawab budak itu sambil bermain pensel Seokjin.

Seokjin pun iyakan aje walaupun tak faham apa budak ni kata.

"Dah sana jangan kacau hyung" halau Seokjin lalu menolak budak itu.

"Alah jom la main!! Tyung dah janji en?!" Budak itu terus berubah wajah.

"Hyung nak belajar la nanti omma dengan appa hyung marah hyung macam mana?" Kata Seokjin tetapi budak itu tetap dengan wajah sedihnya.

"Okok hyung janji hyung akan sentiasa main dan sentiasa ada dengan budak comel ni ok?" Pujuk Seokjin lalu memeluk budak itu.

"Promise?"

"Hamboi speaking kau okok promise" Seokjin dan budak itu mula membuat pinky promise.

Selepas itu dalam beberapa bulan kemudian terjadi sesuatu tragedi yang tidak diingini.

"Kim Seokjin!! Jom balik!!!" Arah Tn.Kim kepada Seokjin.

"Nae.." Seokjin hanya menunduk dan mengikut appa dan ommanya dari belakang.

"Tyung!!" Budak itu terus memeluk Seokjin apabila dapat terlepas dari appa dan ommanya.

"L-lepas..." Seokjin cuba menolak budak itu tetapi pelukannya itu amatlah kuat.

"Tyung dah janji nak main dengan kita!! Tyung dah janji ada dengan kita!! Wae hyung nak tinggalkan kita?! Tyung tau kan kita ada tyung seorang je?" Kata budak itu dengan mata berkaca-kaca.

Seokjin tidak menjawab malah dia juga tidak memandang budak itu.

"Tyung tipu kita.. tyung mungkir janji.. tak! Tyung bukan macam tu kan?!" budak itu terus meleraikan pelukan, dia kebelakang.

Seokjin hanya diam, dia memandang budak itu dengan matanya yang berkaca-kaca juga.

"Kim Seokjin!! Cepat!!" Panggil appanya lagi tapi kali ni dengan lebih tegas.

Seokjin terus berlari masuk ke dalam kereta, dia tidak sedikit pun memandang budak itu.

Akhirnya, kereta milik keluarganya terus keluar dari perkarangan rumah mewah.

Budak itu jatuh terduduk.

"Tyung penipu.. tyung mungkir janji.. sampai hati tyung.." esakkan budak itu semakin kuat apabila kelibat kereta keluarga Seokjin mula tidak kelihatan.

Seokjin bangun dari perbaringannya secara mengejut, dia mula mengambil nafas badannya kelihatan berpeluh.

Tiba-tiba Seokjin menangis teresak-esak.

"Mianhei!! Jeongmal mianhei!! Hyung tak patut buat kau macam tu!! Hyung tak patut tinggalkan kau macam tu je!!"  Jerit Seokjin lalu memukul dirinya.

"Hyung tak patut buat macam tu!! Hyung tak patut tinggalkan kau seorang!! Hyung tak patut biarkan kau merana!!" Yoongi dan Namjoon terus meluru masuk ke bilik Seokjin apabila  jeritan dan esakkannya semakin kuat.

"Hyung!! Behave hyung!!" Yoongi memegang tangan Seokjin, cuba menghalang Seokjin memukul dirinya lagi.

"Hyung dah la tu bukan salah hyung waktu tu" Namjoon mengusap belakang Seokjin apabila melihat Seokjin mula kembali tenang.

Hanya Yoongi dan Namjoon sahaja yang tahu rahsia Seokjin. Jadi jika ada benda yang tak kena pada Seokjin, diorang berdua la yang tolong tenangkan Seokjin.

"Aku kena cari dia! Aku tak boleh!! Aku kena cari dia juga!! Aku kena cari sepupu aku" kata Seokjin sambil mengelap air matanya.

"Ye hyung kitaorang akan tolong hyung cari dia" ujar Yoongi sambil menguap. Pukul 3 pagi weh Seokjin terjerit macam orang gila.

Nasib baik yang lain semua tidur mati, pekak nak mampos.

"Sekarang hyung pergi tidur, kitaorang tau hyung penat" Namjoon terus menolong Seokjin berbaring.

"Thank you korang"

"Ye hyung ye sekarang pi tidur esok kerja k bye" Yoongi dan Namjoon terus lesap keluar dari bilik.

Seokjin menatap siling dengan kosong, dia mengeluh perlahan.

"Macam mana ni? Aku takut nak jumpa dia" Seokjin menampar pipinya perlahan.

"Tidur Seokjin, esok kau kena hadap budak galah tu" Seokjin mula menutup matanya, dalam beberapa saat dia sudah terlena.

Senang betul ye kau.


__________

Ada sesiapa dah agak siapa sepupu Seokjin? Or tak jumpa lagi ahahaha

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro