21
Jungkook menyepak batu-batuan yang kecil sambil berjalan perlahan, sesekali dia merungut dengan kuat dan geram. Beg yang hampir jatuh terlurut di bahunya dibetulkan semula.
Sesi persekolahan baru sahaja tamat dan dia dalam perjalanan pulang ke rumah. Nasib baik hari ni Ahreum tak menyerangnya hari ni. Sempat menyeludup lari la katakan.
"Ish kenapa la hari ni Seokjin hyung pelik sangat? Mula-mula backup si Mingyu tu lepastu bawa mamat tu keluar dari sekolah" ujar Jungkook sendirian.
Sakit hatinya apabila teringat balik kejadian di kantin ketika waktu rehat. Semua orang menyerbunya semata-mata nak tanya apa hubungan hyungnya dengan Mingyu,
Dia apa lagi, mengamuk la sebab rimas lepastu terus tak jadi nak makan kat kantin.
"Hidup aku huru hara betul la sejak si Mingyu tu muncul" Jungkook memberhentikan langkahnya di hadapan kedai makan.
"Makan dulu la baru balik" baru sahaja setapak Jungkook melangkah, tiba-tiba dia ditarik oleh dua orang lelaki bertubuh sasa.
"Lepaslah!!" Jungkook meronta kuat tetapi rontaan itu tidak berkesan pun kerana kudrat dua lelaki itu lagi kuat daripadanya.
"Arghh!" Jungkook meringis kesakitan apabila dirinya dilempar kuat sampai badannya berlanggar dengan dinding tembok kedai itu.
"Kau lagi!!" Jungkook memegang belakang badannya lalu menatap gangster-gangster itu dengan tajam.
"Sorry la kalau kau dah muak tengok muka aku tapi selagi hutang appa kau tak langsai selagi tu la aku cari kau!!" Ujar ketua gangster itu, tak lain tak bukan Donald trompet!!
Jangan pening ye dia tu Donald trompet dan bukannya Donald trump mahupun Donald duck apatah lagi MacDonald. Ok stop.
Donald mula meriba poket seluar Jungkook lalu mengambil dompet milik lelaki itu. Dia mengeluarkan semua duit di dalam dompet itu.
"W-woi!! Itu duit bulanan aku la!!!" Jungkook cuba merampas balik dari tangan Donald tapi apakan daya dia dihalang oleh dua orang suruhan Donald itu.
"Ini je? Nak makan lobster pun tak sampai tapi takpe aku akan simpan ye duit ni" Donald memasukkan balik dompet di poket seluar Jungkook.
Jungkook menolak dua orang suruhan Donald itu.
"Yahh!! Aku kan dah kata aku akan bayar balik hutang tu!! Tak faham bahasa ke?! Tak payah la ambil duit tu!!" Herdik Jungkook kuat.
"Wahh dah pandai ye kau melawan!! Kau memang nak kena la!!" Donald mula mengenggam penumbuknya bersedia untuk menumbuk lelaki bergigi arnab itu.
Jungkook hanya mampu menutup matanya, redho dengan segala apa yang terjadi. Ingin melawan balik tapi dia pasti kalau dia buat begitu pasti dia akan kena lebih teruk lagi.
Bam!
Jungkook mengerutkan dahinya, asal dia tak rasa sakit apa-apa ni? Dan kenapa dia dengar bunyi macam nangka busuk jatuh?
"Aduhh.." Jungkook membuka matanya apabila terdengar bunyi orang mengaduh sakit.
Kelihatan Donald yang jatuh terduduk sambil mengusap kepalanya yang jelas kemerahan. Aik siapa yang ketuk kepala dia pula ni?
"Kau ok?" Seorang lelaki berpakaian suit hitam bersama cermin mata hitamnya mula menyoal Jungkook dengan prihatin. Oh! Tak lupa juga pemukul besbol yang berada di peganngannya.
"A-aku ok" bagaikan dipukau, Jungkook jawab sahaja tanpa berfikir kerana masih terkejut.
"K-kau pukul ketua kitaorang?!" Sergah lelaki bertubuh sasa itu geram.
"Kalau ye kenapa? Korang berdua nak kena juga ke? Meh ah aku pun tengah free ni" bidas lelaki bersuit itu.
Lelaki bertubuh sasa itu hanya merengus kuat lalu mengangkat si Donald itu pergi dari situ dibantu oleh kawannya juga.
"Tch harap je badan tegap tapi pengecut" lelaki bersuit itu menggelengkan kepala, baru sahaja dia ingin pergi Jungkook terlebih dahulu menahannya.
"Apa?"
"Thanks tolong aku tadi" Jungkook membongkok pada lelaki itu,
"Perkara kecil je tu"
Kriukk
Tiba-tiba suasana menjadi sunyi, Jungkook dah lama maki perut dia sebab berkeroncong kuat.
"Lapar?" Soal lelaki itu, sengaja mengusiknya.
Jungkook mengangguk malu.
"Jom la makan aku belanja" pelawa lelaki itu.
"Thanks" Jungkook mula mengekori lelaki itu apabila dia sudah mula berjalan.
"Mana kau dapat pemukul besbol tu?" Jungkook menunjuk pemukul besbol di tangan lelaki itu, kelihatan pemukul itu masih baru lagi.
"Bos aku bagi, katanya untuk persediaan berjaga-jaga" ujar lelaki itu.
"Wow..."
"Alah lagipun dia bagi pemukul ni bersebab" ujar lelaki itu lagi.
"Apa sebabnya?" Jungkook menyengetkan kepalanya ke kiri, acah cute buuuuu.
Lelaki itu memandang Jungkook lama.
"Adalah" Jungkook menjeling lelaki itu.
"Eleh kedekut tak nak bagitau orang macam la aku hamak sangat nak tahu" bebel Jungkook lalu berjalan di hadapan lelaki itu.
Merajuk la tu.
Lelaki itu menggelengkan kepala, lucu melihat perangai kebudakkan Jungkook itu.
'Sebabnya aku kena protect kau' bisik hati lelaki itu.
Dia mengambil telefonnya lalu mendail nombor seseorang.
"Dia kena kacau lagi dengan gangster tu tapi jangan risau dia dah selamat sebab gangster tu kena pukul dengan saya wohoo!! Maaf tadi saya gila kejap"
//kau buat je kerja kau yang pasal ganster tak sedor diri tu nanti aku selesaikan sendiri, kau buat kerja kau elok-elok nanti aku bagi upah motor ninja//
"Bapek ah! Hah ok Tuan muda, jaga diri ye kat sana"
//ye dan lagi satu mana abang kau? Sesuka hati je dia menghilang aku suruh cari maklumat pasal pak cik aku boleh pula dia berjimba kat jamban//
"Kalau Tuan muda dah tahu yang dia sekarang ni tengah berjimba kat jamban kenapa tanya kat saya lagi? Eii pe—
Tutt.. tutt..
"H-hello? Hello!!" Lelaki itu memandang telefonnya dengan gelabah.
Alamak bateri dah habis.
"Haduh.. mesti dia ingat aku sengaja end call!! Habislah nanti dicop jadi pekerja derhaka" Lelaki itu menyimpan telefonnya semula.
"Oi! Asal lambat sangat?" Tegur Jungkook.
Lelaki itu mula menjadi macho semula, hilang dah perasaan gelabah dan takut dia tu.
"Aku ada hal tadi, hmmm jom" kata lelaki itu lalu berjalan meninggalkan Jungkook dibelakang.
"Hei! Siapa nama kau?" Soal Jungkook selepas dapat mengejar lelaki itu.
"Kenapa nak tahu?"
"Saja"
"Junmin, nama aku Nam Junmin"
"Bapek ah, pahal hodoh sangat nama tu?"
"Mulut kau tu jangan nak membabi sangat boleh tak? Mak aku kot yang bagi nama tu"
"Sorry..."
Junmin menggelengkan kepala, patutlah dapat tawarab motor ninja rupanya nak lindungi mamat gigi arnab ni bukannya benda yang senang.
___________
ESOKKK LA HUWAHHH!! AKU TAKUT WEH KEHSKAHGSAGSSFA
Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro