19
Mingyu memandang buku teks dan Eunwoo silih berganti, kelas Sejarah sudah pun tamat jadi Mingyu ambil peluang ini untuk berikan buku teks itu pada Eunwoo.
Belum sempat Mingyu mahu bangun ada orang yang menahan, siapa lagi kalau bukan Yugyeom.
"Apa?" Soal Mingyu bingung, tiba-tiba je dia datang.
"Aku dengar kau terlanggar kereta Seokjin sunbae aka bekas Kingka kat sekolah ni" ujar Yugyeom lalu duduk di atas meja Mingyu.
'Pfft Seokjin hyung pernah jadi Kingka? Wow' bisik hati Mingyu sambil menahan tawa.
"Woi pahal kau gelak?!" Sergah Yugyeom siap hentak meja Mingyu lagi. Habis semua pandang mereka berdua.
"Gelak pun salah ke?" Soal Mingyu sinis.
"Kau memang biadap kan!" Yugyeom mencekak kolar baju Mingyu, terus berdiri mereka berdua. Mata mereka saling memandang dengan tajam.
"Kau duduk atas meja aku fikir benda tu tak biadap la?" Sindir Mingyu.
Semua pelajar di dalam kelas itu terkejut, hape fikir nerd tak reti nak melawan?
Dia Kim Mingyu la, tak pernah masuk bilik disiplin tapi kejap lagi bakal masuk bilik tu.
"Kau memang nak hidung kau tu berdarah lagi kan?" Soal Yugyeom menahan geram.
"Tak nak" jawab Mingyu selamba.
"Yugyeom dah la tu buli Mingyu!!" Marah Eunwoo apabila lihat seperti ada tanda yang Yugyeom mahu menumbuk Mingyu.
"Tak nampak ke sekarang ni dia tengah buli aku?" Yugyeom memandang Eunwoo.
"Tak, apa yang aku nampak kau nak tumbuk dia" ujar Eunwoo tegas.
"Ok fine! Kau menang!!" Yugyeom terus menolak Mingyu, terdorong dia kebelakang.
Yugyeom kembali ke tempat duduknya sempat lagi dia jeling Mingyu. Keadaan di kelas kembali riuh seperti aktiviti tadi tak pernah berlaku.
Mingyu membetulkan speknya, dia menghampiri Eunwoo. Buku teks diberikan pada lelaki itu.
"Thanks bagi aku pinjam buku ni dan backup aku tadi" kata Mingyu, Eunwoo blur sekejap.
Tapi tak lama lepas tablematenya menyiku pinggangnya.
"Ouh! Ok welcome alah benda kecil je" Buku teks diambil dengan senyuman manis, Mingyu pun menbalas senyuman itu.
Kelas yang tadi riuh tiba-tiba menjadi sunyi. Mingyu yang masih bingung melihat rakan sekelasnya kaku memandang hadapan mula ikut pandang. Dia pun terkaku rasa nak sorok muka pun ada.
"S-sunbaenim buat apa datang kelas ni?" Soal ketua kelas yang sememangnya berada di sebelah Seokjin.
Seokjin datang kelas Mingyu gaisss.
"Nak ambil someone" jawab Seokjin lalu pandang Mingyu.
Mingyu cepat-cepat nyorok bawah meja, nasib baik takde siapa yang perasan.
"Pahal orang tua tu datang sini??" Soal Mingyu seorang diri. Berharap sangat yang bukan dia Seokjin mahu ambil.
"Someone? Jungkook kat kelas sebelah la sunbae" ujar Lisa, gadis dari Thailand itu.
"Bukan, saya datang kelas ni bukan nak ambil budak rude tu, saya nak ambil orang lain" Seokjin mencekak pinggang sambil memandang sesuatu dengan tajam.
Pelajar di kelas itu mulai seram apabila Seokjin memberi pandangan tajam sebegitu apatah lagi Mingyu yang kat bawah meja tu.
"Kim Mingyu, keluar dari bawah meja tu sekarang!!" Dengan sekali lafaz, semua pelajar terus memandang Mingyu.
"Hanat" carut Mingyu.
"Aku dengar kau carut, Mingyu" dengan malas Mingyu keluar dari bawah meja, muka ditebalkan.
"Jom"
"Pergi mana? Orang tengah sekolah kan" ujar Mingyu, cuba mencari alasan.
"Ah takde-takde aku dah bagitau pengetua, bawa beg tu sekali cepat la!"
"Tak nak!!"
"Cepat!!"
"Tak nak!!"
"Eh cepat!"
"Tak nak, tak nak, tak nak, tak nak, tak nak" Mingyu menjelirkan lidahnya, lupa pada classmatenya yang sedang pandang dia pelik.
Dan mereka dah muak tengok mereka berdua dari tadi gaduh.
"Kau nak aku bagitau kan? Lantak kau la ye, jom kita kena pergi rumah family kau terbakor tapi tak semua yang terbak—
Pak!
Seokjin mengambil kasut sport milik Mingyu di mukanya dengan geram. Dia tak habis cakap lagi.
"ASAL HYUNG TAK BAGITAU AWAL-AWAL?!" Mingyu terus berlari ke arah Seokjin dan mengambil kasutnya lalu keluar dari kelas meninggalkan Seokjin yang terpinga-pinga.
"Kau tinggalkan aku macam tu je?" Soal Seokjin tak percaya. Dia memandang semua pelajar di kelas itu, tiba-tiba rasa akward pula.
"Maaf atas kekacauan tadi, sambung belajar ye" Seokjin menunduk lalu keluar dari kelas itu dengan riak muka seperti menahan marah.
Marah kat si Mingyu tu.
Hilang sahaja kelibat Seokjin, kelas mulai bising dengan gosip-gosip yang baru sahaja berlaku tadi.
Eunwoo memandang pintu kelas itu sedalamnya.
"Macam mana Mingyu boleh kenal Seokjin sunbaenim?"
Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro