Chào các bạn! Vì nhiều lý do từ nay Truyen2U chính thức đổi tên là Truyen247.Pro. Mong các bạn tiếp tục ủng hộ truy cập tên miền mới này nhé! Mãi yêu... ♥

12

Mingyu menongkat dagu sambil menatap bosan pelajaran yang Pn.Kim ajar iaitu mata pelajaran Matematik.

"aku dah belajar benda tu sebelum aku pindah kot bila nak masuk bab baru ni?" rungut Mingyu perlahan.

Kringgg!!

Semua pelajar mula menghela nafas lega apabila bunyi loceng rehat sudah kedengaran.

Keluar sahaja Pn.Kim dari kelas itu semua pelajar mula keluar untuk pergi ke kantin tetapi tak pada Mingyu.

Kakinya terasa malas hendak berjalan keluar lagipun dia tidak tahu kantin di mana.

"woi budak nerd" tegur seorang pelajar lelaki dengan kasar.

Mingyu memandang lelaki itu, tidak silapnya nama lelaki itu Yugyeom.

"apa?" jawab Mingyu berani.

"wahhh beraninya kau jawab macam tu kat aku" kata Yugyeom bengang.

"biarlah aku tak kacau hidup kau kan?" pedas kata-kata yang keluar dari mulut Mingyu.

"nerd ni kan!!" belum sempat Yugyeom ingin menumbuk Mingyu ada orang yang menahan lengan Yugyeom.

"sudah la tu Yugyeom, tu Bambam dah tunggu kau kat luar" kata lelaki itu.

"selamat kau hari ni ye" kata Yugyeom lalu keluar dari kelas.

"thanks tolong aku" Mingyu menunduk.

"sokay la btw hai! Aku Cha Eunwoo" lelaki itu mula duduk berhadapan Mingyu lalu menghulurkan tangannya untuk berjabat.

'Cha Eunwoo? Anak CEO Cha's Holding? Wow...' bisik hati Mingyu.

"Kim Mingyu" Mingyu berjabat tangan Eunwoo.

"aku nak pergi kantin ni kau nak ikut?" pelawa Eunwoo, Mingyu mengangguk lalu bangun untuk mengikuti Eunwoo yang sudah jalan berhadapannya lalu mereka berbual kosong.

Sampai sahaja mereka di kantin kelihatan Seokmin dan Hansol yang melambai lalu menghampiri ke arah Mingyu dan Eunwoo.

"ahh hai Eunwoo!!" sapa Seokmin dengan kekok.

Eunwoo hanya senyum dan mengangguk.

"ok la Mingyu geng aku dah tunggu aku jumpa kat kelas" Eunwoo menepuk bahu Mingyu lalu beredar pergi ke grupnya.

"series la Mingyu?!" Mingyu dan Hansol memandang Seokmin pelik, tiba-tiba sahaja tanya soalan macam tu.

"kau dah kenapa hyung tanya macam tu?" Hansol mengjongketkan keningnya.

"takde la aku terkejut kau kawan dengan budak Eunwoo tu?!" soal Seokmin lagi.

"iye kenapa?" Mingyu menggaru kepalanya. Dia ada buat salah ke?

"Cha Eunwoo kau biar betul? Budak tu paling pandai kat sekolah ni dan paling kaya kot tapi dia ni pendiam kalau cakap pun dengan geng dia je" terang Seokmin.

"mana hyung tahu semua ni? Dari Seungkwan ek?" tebak Hansol dan memang tekaannya betul.

Seungkwan dan bawang tidak boleh berpisah walaupun sesaat.

Mingyu mengangguk faham.

"dah jom beli makanan Chan, Minghao dengan Seungkwan dah tunggu kita tu" kata Seokmin lalu berjalan diikuti Mingyu dan Hansol.

+++

Jungkook seperti biasa berjalan seorang diri ke kantin, riak mukanya sentiasa dingin sejak hyung-hyungnya sudah habis sekolah dan tinggal dia seorang diri di sekolah itu.

"Huhuw kalau la ada hyung Bts takde la aku seorang macam ni" keluh Jungkook perlahan.

Ketika dia sedang berjalan tiba-tiba ada orang mencuitnya dari belakang.

"Siapa pula yang main cuit-cuit aku ni?" Rungut Jungkook lalu menoleh kebelakang.

"Hai Jungkook!!!" Sapa lelaki itu riang.

Dia ialah Kim Mingyu.

Jungkook memberi riak biasa walaupun tadi dia terkejut dengan kemunculan Mingyu disitu.

"Kau nak beli makanan ek?" Soal Mingyu kbat.

"Haah kau ingat aku nak beli spender ke?" Balas Jungkook pedas.

"Mana la tau kan kau memang nak beli spender" Jungkook menjeling Mingyu lalu berlalu pergi.

"Eh!! Nantilah dulu engko ni tau la lapar" Mingyu menahan Jungkook dengan memegang lengannya.

"Jangan pegang aku la" Jungkook merentap balik lengannya.

"Lahh salah ke aku pegang? Kita kan kawan" kata Mingyu polos.

Tanpa mereka berdua sedari ramai pelajar menyaksikan situasi itu.

Jungkook tersenyum sinis.

"Siapa kawan kau? Aku? Hahahaha pelik" sindir Jungkook.

"Lahhh kita bukan kawan ke?" Mingyu menggaru kepalanya.

"Budak nerd sentiasa noob" kata Jungkook lalu berlalu pergi kali ini Mingyu tidak menahannya.

Mingyu mengetap bibirnya.

'Dia baru hina aku ke tadi?' Bisik hati Mingyu.

"Pfft budak nerd tu kena panggil noob dengan kingka sekolah"

"Dah memang kenyataan dia tu just nerd ada hati nak kawan dengan kingka"

"Kesian dimalukan dengan kingka"

"Tak sangka ada lagi budak nerd zaman macam ni"

"Tak tahu malu"

Telinga Mingyu terasa pedih mendengar kata-kata yang keluar dari semua pelajar di kantin itu, nak di sound maybe dia akan kena lagi teruk jadi Mingyu hanya boleh mengunci mulutnya sahaja.

"Sudah la tu kutuk dia!!!" Jerit Eunwoo geram, cuba mempertahankan Mingyu.

Semua pelajar memandang Eunwoo dan Mingyu tidak percaya.

Yelah siapa je yang percaya, Eunwoo tidak pernah menjerit sebegitu di kantin dan dia jenis tak ambil kisah pasal orang tiba-tiba sahaja dia backup Mingyu siapa je yang tak terkejut.

'Habislah aku kena kutuk lagi lepasni' bisik hati Mingyu.

"Hyung jom!! Jangan dilayan mulut syaitan kat sekolah ni" Chan menarik lengan Mingyu sempat lagi dia menjeling pelajar-pelajar disitu.

"Tapi aku belum ma—

"Nah makan" Minghao terus menyumbat roti di dalam mulut Mingyu.

"Thankssss" kata Mingyu dan Minghao membalasnya dengan felip hair.

"Kau pun kawan dengan si Jungkook tu ke?" Soal Seokmin.

"Entah la dia kata aku bukan kawan dia tapi hari tu dia layan je aku" Mingyu menggaru kepalanya, dia sendiri pun bingung.

"Jangan dilayan sangat dengan Jungkook tu dia memang dingin" kata Hansol.

"Asal?"

"Dulu dia ada geng namanya Bts, 7 orang semuanya tapi semua dah tamat belajar kat sekolah ni jadi tinggal Jungkook jelah dan dia dingin sebab dia tak begitu friendly dengan pelajar kat sini" terang Seungkwan selaku ketua kelab bawang sentiasa membawang.

"Ouh korang tak cuba nak berkawan dengan dia ke?" Tanya Mingyu.

"Pernah tapi dia tak layan kitaorang" jawab Minghao kendur.

"Dah dah pahal borak pasal Jungkook ni? Jom masuk kelas" celah Seokmin tiba-tiba.

"Korang hari ni aku balik lambat tau dalam petang-petang macam tu aku balik" kata Mingyu.

"Hmm yelah tapi kau jangan balik lambat sangat nanti Seungcheol hyung marah" pesan Hansol.

"Aip aip Captain!!"

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro