Chào các bạn! Vì nhiều lý do từ nay Truyen2U chính thức đổi tên là Truyen247.Pro. Mong các bạn tiếp tục ủng hộ truy cập tên miền mới này nhé! Mãi yêu... ♥

11

Keesokan harinya, Jungkook yang sudah bangun pukul 7 pagi dan sudah bersiap turun ke bawah lalu melihat Seokjin yang sedang elok makan roti di meja makan.

"hyung!" sapa Jungkook.

"aik awal bangun selalunya dah nak pukul 8 baru kau tonjolkan diri kat meja makan ni" perli Seokjin.

"apa salahnya kan bangun awal" Jungkook menarik kerusi lalu duduk di hadapan Seokjin.

"kaki kau tu dah ok ke belum?" soal Seokjin acah prihatin padahal dia takde benda nak cakap sebenarnya.

"dah aku kan kuat" jawab Jungkook bangga.

"kuat la sangat sepak kau punya terus meraung" Jungkook memegang dadanya.

"auch hyung sakitnya!!" Jungkook membuat muka orang tengah kesakitan.

"fikir lawak la tu" Seokjin menghirup kopinya.

Jungkook mengambil roti yang berada di depan Seokjin lalu digigit.

"kenapa hari ni hyung tak pakai baju kemeja? Bukan hyung kerja ofis ke?" soal Jungkook pelik.

Dia memandang Seokjin yang memakai seluar jeans hitam, baju merah berlengan pendek berserta jaket kulit hitam di sidai belakang kerusi, rambutnya pula disikat rapi.

Jungkook hairan selalunya Seokjin berpakaian kemeja kerana Seokjin merupakan pekerja di bawah naungan syarikat Kim's Holding.

"aku naik pangkat kena jaga bakal CEO" jawab Seokjin selamba.

"hyung jadi bodyguard ke?!" terkejut Seokjin dan Jungkook apabila Hoseok bertanya secara tiba-tiba.

"lebih kurang macam tu la tapi aku pun pembantu peribadi dia jangan main-main ek gajinya lagi lumayan daripada aku kerja jadi jurutera tu" kata Seokjin manakala Hoseok dah ternganga dan dengan baiknya Jungkook menyumbatkan roti di dalam mulut Hoseok.

"kunyah bukan telan" ujar Jungkook apabila melihat Hoseok seperti ingin menelan roti itu.

"wahh bestnya kerja hyung" celah Jimin.

"kan terasa bangga pula hoho" Seokjin gelak diva.

"ada kerja kosong lagi ke?" kali ni Taehyung pula mencelah.

"takde kerja tu limited" jawab Seokjin datar.

"hah lagi satu! Jungkook semalam siapa hantar kau? Takkan la kau balik seorang?" tanya Seokjin kepada Jungkook.

"ada orang tolong aku dia budak nerd" Jungkook mengambil gelas berisi jus oren lalu diteguk.

"tahu tak nama dia?" Jungkook mengangguk bagi menjawab soalan Jimin.

"siapa nama dia?"

"Kim Mingyu" mata Seokjin membulat mendengar nama itu.

"Kim Mingyu? Budak nerd?" Seokjin mengerutkan dahinya.

"iye Kim Mingyu dia memang budak nerd kenapa? Hyung kenal ke?" Jungkook memandang Seokjin curiga.

"t-tak kenal aku just pelik" Seokjin mengusap belakang tengkuknya.

"ouhh ok la hyung aku pergi sekolah dulu bye!!" Jungkook melambai ke arah hyungnya lalu keluar dari rumah.

Lepas sahaja pintu rumah ditutup, Taehyung memandang Seokjin belum sempat dia ingin membuka mulut Seokjin sudah memotong.

"aku nak pergi kerja lagi satu kejutkan dua ekor yang tertua tu sekali haish apa nak jadi dengan diorang tu" Seokjin menggelengkan kepalanya lalu keluar daripada rumah.

"kau nak tanya apa tadi?" soal Hoseok.

"aku nak tanya je boleh tak petang ni kita pergi tempat kerja dia? Alah nak celebrate dia kan dah naik pangkat" kata Taehyung.

"rasanya boleh kot" Jimin mengusap dagunya.

"boleh je nanti aku call bos dia tanya boleh ke tak bos Seokjin hyung kan sporting" Hoseok senyum gembira, tak sabar rasanya.

"ok!! Lepas je Jungkook balik kita terus pergi" ujar Taehyung.

Hoseok dan Jimin mengangguk bersetuju.

+++

Mingyu mengikuti Seokmin dan Minghao yang sedang berjalan ingin masuk ke sekolah. Seungkwan, Hansol dan Chan sudah lama lesap masuk ke kelas mereka.

Seokmin yang menyedari Mingyu mengikutnya dari belakang mula menoleh menghadap Mingyu.

"bukan ke kau kena pergi pejabat?" tegur Seokmin. Mingyu bingung.

"kena ke?" Mingyu pula yang menyoal Seokmin balik.

"kena la kau budak baru lagi" kali ni Minghao pula berkata.

"ouhh aku pergi pejabat ye" Mingyu tersenyum malu lalu bergerak ke pejabat.

"nanti rehat kitaorang tunggu kat kantin tau!!" laung Seokmin. Mingyu mengangguk lalu menyambung berjalan.

Sampai sahaja di pejabat, Mingyu disambut oleh kerani sekolah. Selesai benda-benda penting, guru kelas Mingyu Pn.Han membawa Mingyu ke kelas 5-1.

"Mingyu tunggu kat luar ni ye" arah Pn.Han lembut.

Mingyu mengangguk lalu menunggu di luar kelas sementara Pn.Han masuk ke dalam kelas itu untuk bercakap dengan guru mata pelajaran.

"ok kamu boleh masuk!" Mingyu masuk ke dalam kelas itu setelah mendapat arahan dari Pn.Han.

"sila perkenalkan diri kamu" kata guru disebelah Pn.Han iaitu Pn.Lee guru mata pelajaran Sains.

"annyeonghaseyo, Kim Mingyu imnida, selamat berkenalan" Mingyu membongkok 90 darjah lalu senyum memandang rakan sekelasnya.

Ada sesetengah pelajar yang memberikan muka menyampah dan meluat tetapi ada juga pelajar yang membalas senyumannya.

"baiklah kamu boleh duduk di sebelah Yugyeom" kata Pn.Han.

"tak boleh cikgu!! Tempat sebelah ni tempat saya letak beg saya!!" bantah Yugyeom.

Pn.Han memandang Yugyeom tajam tetapi sedikitpun tidak menggentarkan Yugyeom.

"kamu ni kan... Baiklah Mingyu nampaknya kamu kena duduk di belakang sekali" Pn.Han menunjukkan dua meja yang tidak berpenghuni maklum la kelas itu tidak mempunyai ramai pelajar.

"nae" Mingyu menunduk pada Pn.Han lalu berjalan ke belakang tetapi entah mana datang satu kaki ni muncul membuatkan Mingyu hampir terjatuh.

Speknya yang hampir terjatuh ditahan kemas.

"ops sorry!! Kaki aku tiba-tiba pula nak duduk kat laluan kau sorry ye budak nerd" Mingyu menjeling pelajar perempuan itu dengan geram.

"sudah!! Jangan buli dia!!" tegur Pn.Lee tegas.

"sayang betul dengan spek tebal kau tu sampai tak nak spek kau tu jatuh" kali ni pelajar lelaki pula yang mencari pasalnya.

Tetapi Mingyu hanya membuat pekak sahaja lalu duduk di atas kerusi, dia mengeluarkan buku tulis dan buku teks.

Seorang lelaki yang duduk di hadapan sekali meboleh belakang untuk melihat Mingyu.

Tiba-tiba dia rasa kesian kepada Mingyu kerana baru sahaja masuk ke kelas sudah dibuli oleh classmatenya sendiri.

"aip pandang depan!" terhinjut bahu lelaki itu apabila Pn.Lee mengetuk rotannya di meja.

"mian cikgu" kata lelaki itu sopan lalu mula fokus semula apa yang Pn.Lee ajar.

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro