Chào các bạn! Vì nhiều lý do từ nay Truyen2U chính thức đổi tên là Truyen247.Pro. Mong các bạn tiếp tục ủng hộ truy cập tên miền mới này nhé! Mãi yêu... ♥

5 minutes fight!!!

5 bulan kemudian, 5.5.2018.

Masa subjek sains,

Seperti biasa,setiap kali subjek sains,kami semua dikehendaki untuk turun ke makmal.

Di makmal,

Aku segera masuk ke dalam makmal. Kelihatan Alya dan Izzati sudah pon mengambil kerusi ku dan meletakkannya di belakang makmal.

(Haih,budak dua orang nie...takde kerja lain ke nak buat??? Asyik ambik kerusi orang aja)

Ajee

"Alya!!! Bagilah balik kerusi ajee...ajee penatlahhh"

Alya

"Bukan aku yang ambik,Izzati lah yang ambik"

Izzati

"Eh aku pulak"

Ajee

"Ish korang nie,kat mana korang letak kerusi ajee?"

Izzati

"Kat situ",jawab Izzati sambil menunjukkan kerusi tersebut.

(Haih,sabar ajalah)

Aku mengambil kerusi tersebut lalu duduk dengan segera.

Cikgu sains (watak tambahan,guru sains)

"Ok kelas,bukak buku sains. And buat latihan formatif 5.1"

Alya

"Wei ajee,marahke?"

Aku hanya mendiamkan diri.

Izzati

"Lah,lek lek dah lah"

Ajee

"Bukan marah,tapi geram dengan korang"

Izzati

"Hahahaha,mianhe ajee...yelah aku gaku,aku yang letak kerusi kau dekat belakang makmal tu"

Ajee

"Tak guna",marahku sambil menepuk bahu izzati.

Izzati

"Kau pahal?"

Ajee

"Apa??? Kau yang mula dulu an"

Alya

"Haa gaduh gaduh"

Ajee

"Tah Izzati,tetiba memarah orang"

Izzati membalas dengan memukul ku dengan kuat.

(Haih dia ni...)

Akibat terlampau geram,aku membalas pukulan itu semula.

Sejurus sahaja aku membalas,tiba tiba Izzati memukul ku sekali lagi sambil menarik tudung ku.

Tidak disangka,tudungku sudah pon terkoyak akibat perbuatan Izzati tersebut.

Izzati sekali lagi membuatku berasa teramat marah. Aku mengenggam tanganku dengan kuat dan cuba untuk menumbuk izzati,malangnya Alya menghalang ku.

Alya

"Wei ajee sabar!!!,jangan doh...cikgu ada dekat depan. Kalau kau marah pon,agak agaklah,jangan sampai menumbuk"

Aku menjeling izzati.

(Nasib ada orang halang,kalau tak...haish. Sabar ajee sabar)

Tiba tiba loceng berbunyi menandakan tibalah masa untuk rehat. Aku bangun dan terus keluar dari makmal.

Ajee

"Alya,jumpa ajee dekat kantin",kataku ringkas lalu meninggalkannya.

Di kantin,

Alya datang dan terus duduk di sebelah ku.

Alya

"Ajee kau OK tak nie?"

Ajee

"Tak"

Alya

"Ala,kau nie. Kitorang gurau aja. Janganlah marah"

Ajee

"Tak,masalahnya sekarang nie...kenapa perlu tarik tudung ajee. Terkoyak pulak tu,ajee nak jawab macam mana dengan mak ajee nanti?"

Alya

"Izzati tak sengajalah tu,kau nie pon. Takkanlah tak tahuuuuu,dia tukan ganas"

Ajee

"Ganas,ganas jugak. Tapi agak agaklah"

Alya

"Ala,anggap aja dia tak sengaja and dia hanya bergurau. Janganlah ambik hati sangat"

Ajee

"Haihhh"

Alya

"Kau pon satu,tahu kan dia tu tak suka orang pukul dia. Kenapa kau pukul dia?,siap nak tumbuk dia lagi. Tak baik tau buat kawan macam tu"

Ajee

"Mana tak pukulnya,korang dahlah ambik kerusi ajee. Lepastu ajee bukan pukul kuat sangat pon,perlahan aja"

Alya

"Haih,dahlah...kejap lagi oklah tu. Aku kenal sangat korang nie,gaduh tak sampai 5 minit dah settle"

Aku hanya tersenyum mendengar jawapan daripada Alya.

Tamat rehat,

Aku segera naik ke kelas. Dari jauh aku sudah pon nampak kelibat Izzati di dalam kelas.

(I forgive you Izzati...),kataku di dalam hati.

Aku masuk ke kelas dengan wajah yang seperti tiada apa apa yang berlaku.

Izzati

"Ajee,marah lagi ke?...mianhe"

Ajee

"Tak,its OK",jawabku sambil tersenyum.

Alya

"Haa kan dah kata,korang nie kalau gaduh...tak sampai 5 minit pon dah settle. Hahaha",sampuk alya.

Kami berdua hanya tersengih.

*****************************************
end~ vote/comment/share and follow. Bye,see you guys in the next part.

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro

Tags: #bestfriends