Kisah Silam
Aku berjalan seiringan waktu yang berputar.
Meniti kehidupan yang tak pernah berakhir.
Tidak aku sedar, waktu juga ikut berjalan.
Ia berlalu tanpa di paksa atau di duga.
Berputar....berputar dan terus berputar.
Ia tidak akan pernah terhenti walaupun sesaat.
Hanya tuhan sahaja penentunya.
Kenangan yang lalu mampu aku kenang.
Manisnya membuka jalan kebahagiaan.
Pahitnya membuka pintu kebangkitan.
Kisah yang lama hanya di masa lalu.
Kisah yang sebenar sedang menanti di hadapan.
Ia tidak pernah tertangguh atau terbatal.....
Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro