Chào các bạn! Vì nhiều lý do từ nay Truyen2U chính thức đổi tên là Truyen247.Pro. Mong các bạn tiếp tục ủng hộ truy cập tên miền mới này nhé! Mãi yêu... ♥

Bab 8 Tingkat Perkampungan

Setelah beranjak pergi dari tingkat klasik iaitu di tingkat 3, mereka pergi ke tingkat seterusnya.

Qan : harap-harap tempat kali ni baguslah...

Ting! Pintu lif pun terbuka. Mereka berada di atas bukit dengan permandangan kampung.

Badar : wah macam kampung aku. Banyak rumah kayu yang ada ruang di bawah.

Crisa : lambat lagi ke nak sampai ke tingkat teknologi?

Kata Crisa dengan merungut.

Qan : sabarlah. Cepat-cepat nak pergi mana esok?

Tama : betul tu.. tahu lah orang bijak .

Crisa : perli ya?

Werza : sini pula memang khas untuk perkampungan. Banyak kampung dekat sini.. yang depan kita ni kampung utama..

Heigo : ohh macam tu...

Badar : kita singgah sekejap lah.

Mereka semua pun bergerak menuju ke kampung di bawah bukit. Ketika baru hendak melangkah masuk ke dalam kampung itu, beberapa orang lelaki berlari anak ke salah satu rumah di depan mereka.

Dien : haaa .. haaa.. mak cik!! Itu.. haa...

Mak cik Lisa : kenapa Dien? Tarik nafas dulu..

Harith : betul mak cik.. memang berita tu betul.

Mak cik Lisa : apa yang betul tu?

Yit : surat tu.. memang berhantu!

Kelompok Badarien yang mendengar itu meluru ke arah mereka. Malahan orang kampung mula berkerumun di depan rumah mak cik Lisa..

"Ini semua sebab Ija! Sepatutnya dia kena mengaku"

"Ya betul tu, kita kena paksa dia mengaku"

Kata orang-orang kampung itu. Mak cik Lisa tidak berapa percaya dengan hal-hal yang berkaitan dengan tahayul.

Mak Cik Lisa : siapa yang meninggal tu?

Dien : suami kak Ija.. dia mati jatuh dari tebing.

Yit : ketika kami periksa keadaan nya, dia sudah pun tak bernyawa.

Badar : siapa perempuan ni?

Semua orang menoleh ke arah Badar.

"Orang Luar ni!"

Dien : kau dari luar menara ke?

Badar : ya, kenapa?

Harith : aduh.. kampung tengah ada masalah.. tak ada masa nak layan tetamu..

Mak cik Lisa : Harith! Jangan begitu. Orang luar itu sumber pendapatan kita juga.

Orang kampung 1 : apa kata kita pergi ke balai raya dulu. Kita berbincang di sana tentang masalah ini,..

Mak cik Lisa : betul tu. Memandangkan ada yang kehilangan nyawa kali ini.. kita kena buat perjumpaan...

Badar : kenapa ni? Tiba-tiba?

Dien : ahh kau ikut sekali. Sana ada makanan..

Badar : makanan? Ok aku pergi..

Heigo : laju sungguh..

Mereka mengikut orang-orang kampung itu menuju ke balai Raya yang ada di tengah kampung itu.

Zafar : masalah apa lah ni..

Tama : entahlah. Setiap tempat kita pergi mesti ada masalah...

Qan : kalau tak ada masalah tak seronoklah nak mengembara..

Sesampainya Badar dan yang lain ke sana, mereka di jamu dengan makanan yang sedap. Ada nasi putih dan ayam goreng.

Man : kenyang ke ni?

Werza : kenyang.. nasi ni mengenyangkan..

Delima : kita biasa makan roti je.

Heigo : tu lah.. tapi makan je lah. Percuma kan..

Tama : percuma ya? Hehehe..

Tama terus makan dengan lahap sehingga licin.

Tama : kak , tambah nasi.. sambal lebih ya..

Werza : haa macam tu lah...

Kak : haaa silakan makan dik .

Kemudian, datanglah mak cik Lisa masuk ke balai raya itu. Mak cik lisa seorang ibu tunggal yang kematian suaminya . Walaupun sudah berumur 40 tahun lebih, dia kelihatan cantik.

Namun kini, dia memegsng tanggungjawab sebagai ketua di kampung itu.

Zafar : berapa orang penduduk dalam kampung ni?

Dien : banyak. Dalam 300 orang.. tapi masih ada kampung lain... Kalau kat hujung dinding sana ada kampung yang kecil. Penduduk nya cuma 20 orang.. kalau kau orang suka ketenangan, pergilah sana.

Zafar : aku datang sini bukan nak tinggal dekat sini?

Harith : biar betul? Ramai pelancong luar yang datang ke sini , terus tinggal sini. Sebab aman dan damai.. tak kisahlah di tingkat mana pun..

Crisa : kalau aku, nak duduk kat tingkat 12..

Yit : oh sana kena ambil ujian IQ . Nak duduk kat tingkat 12 pembangunan teknologi itu harus bijak. Kalau tak kena halau dengan orang besi..

Zafar : Orang besi?

Dien : ya, orang besi ni ciptaan dia orang sendiri...

Mereka semua kurang mengerti akan apa yang di maksud orang besi. Tetapi Crisa bertambah teruja untuk ke sana.

Mak Lisa : semua diam!! Kita kena berbincang perkara ini secepat mungkin. Sebab sudah 3 tahun kita di hantui oleh benda yang sama.

Badar : tunggu dulu. Apa yang terjadi sebenarnya?

Mak cik Lisa : kamu orang luar, jadi kamu tak tahu..

Mak Cik Lisa pun menceritakan hal sebenar. Tiga tahun lepas, kak Ija mendapat surat dari seseorang yang tidak di kenalinya. Di surat itu tidak tertulis nama pengirim. Isi surat itu bertulis kan....;

"Aku tahu rahsia kamu dengan Megat. Kamu curang dengan suami kamu. Tetapi aku akan memberi peluang untuk jujur kepada suami kamu. Jika tidak hidup kamu tidak akan aman"

Kak Ija hanya berfikir itu surat yang sengaja untuk memburukkan dirinya. Dia sendiri tidak kenal dengan Megat. Malah dia juga tidak berlaku curang dengan suaminya.
Seminggu kemudian, surat itu datang lagi.

"Nampaknya kau cuba menyembunyikan sisi gelap sendiri. Tetapi aku tidak akan berdiam diri."

Surat itu hanya bertuliskan itu. Keesokan harinya, suami nya menemui kak Ija yang mengatakan dapat surat bahawa kak ija curang. Kak ija menafikannya. Akhirnya, kak Ija memberitahu perkara sebenar tentang surat itu. Suaminya faham dan mereka memutuskan untuk mengabaikan surat itu.

Tetapi, surat misteri itu terus dihantar ke rumah mereka. Kali ini lebih parah kerana isi surat itu mula untuk mengugut suami isteri. Bukan itu saja, surat itu mengatakan bahawa kak Ija berlaku curang denga orang lain yang bernama Janak.

Paling teruk, mereka sudah lama tidak mendapat surat itu. Ternyata surat misteri itu di sebarkan dari rumah ke rumah dengan mengatakan Kak Ija berlaki curang dengan suami nya. Secara tidak langsung, semua orang menjadi tahu dan percaya bahawa kak ija memang curang.

Kak Ija tak mampu bertahan, maka dia laporkan hal itu dengan Mak Cik Lisa. Semuanya di terangkan oleh mak cik lisa kepada penduduk kampung. Tetapi beberapa penduduk kampung menyuruh kak Ija untuk mengaku salah. Kerana surat misteri itu terus datang ke rumah mereka.

Lama-kelamaan, kak Ija menjadi orang yang anti sosial. Dia berkurung di rumahnya. Dengan keadaan itu, rumah kak ija di naiki rumput lalang, rumahnya menjadi gelap dan bersemak-samun. Suaminya juga dua hari nya lepas telah menceraikan isterinya itu. Dan sekarang berita kematian nya muncul sama seperti yang ada di surat misteri ini semalam.

Werza : pelik ? Hanya dengan surat boleh buat satu kampung takut.

Dien : bukan takut. Tapi menganggu ketenteraman kami. kak ija itu sampai hilang akal sihatnya.

Delima : sampai macam tu sekali?

Harith : ya sebab tu suaminya ceraikan dia. Sebab suaminya sudah tak tahan.

Badar : kalau macam tu, biar aku yang selesaikan kes ini. Hahahaha..

Crisa : ya! Kami akan selesaikan kes ini dengan cepat. Silakan tuan...

Kata Crisa yang menyuruh Badar untuk berdiri.

Ozen : biar betuk dia orang ni.

Crisa : kami duo penyiasat terhebat.. pasti mudah. Jadi , tuan.. ada apa-apa petunjuk.

Badar : oh cik Crisa. Semestinya ada. Kita ada petunjuk yang kuat iaitu surat misteri ini.

Badar mengambil satu surat dari meja itu dan memberikannha kepada Crisa.

Crisa : saya buka ya..

Badar : silakan pembantuku..

Man : eh apa ni?

Badar : macamana?

Crisa : yang tulis surat ini semua tulisan nya sama tuan.

Badar : jadi?

Crisa : pelaku utama dalam kes ini hanya seorang.

Badar : siapa?

Crisa : manalah saya tahu.. Man kot.

Man : asal aku pula yang kena? Aku tak ada kena mengena dengan ini cerita.

Badar : hihihhi itulah pembantu ku. Kau harus banyak belajar.

Crisa : baiklah saya akan belajar tuan.

Badar : belajar sampai mana?

Crisa : Sampai sini je tuan!

Badar : haa baguslah.. jadi....

Dien : eh apa daa. Siapa pelakunya? Bagitahu cepat ...

Badar : orang yang menulis surat itu sebenarnya ialah Megat! Dia sendiri yang menulis surat itu biar orang ingat dia juga mangsa. Kes...

Crisa : selesai Tuan.

Werza : wah macam tu je?

Mak Cik Lisa : tangkap megat sekarang!!

Maka ramailah orang kampung keluar mencari Megat.

Zafar : macam mana kau boleh tahu orang tu megat?

Badar : aku main agak je. Tak sangka pula ada orang nama megat kat sini.. hahaha...

Tama : macam mana sekarang..

Badar : semuanya dah selesai. Kita pergi terus lah ke tingkat 5 pula.

Werza : lebih cepat lebih bagus. Aku dah lama tak balik ni.

Mereka pun berjalan santai menuju ke bukit. Tiba-tiba dari kejauhan ada orang menjerit...

"Terima kasih!!"

Orang-orang kampung berterimakasih kepada mereka semja kerana membantu menangkap pelaku dari surat misteri. Kelompok Badarien melambai kan tangan.

Qan : tak sangka jasa kau akan di kenang sebagai tanpa nama. Kita tak sempat kenalkan nama tadi.

Ozen : ya, mereka tak tahu yang tolong ni ialah orang yang bakal menjadi Raja Benua.

Badar : lebih baik jangan ... Ingat tak apa yang mereka cakap tadi?

Werza : apa ya?

Delima : mereka mahu hidup aman dan damai.

Badar : yaa.. orang yang tinggal dekat sini semuanya tak mahu terikat dengan peraturan dunia luar. Mereka nak hidup dengan cara mereka sendiri..

Werza : betul juga..

Zafar : haha aman dan damai.. aku juga menginginkan itu.

Bersambung ..

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro