Bab 11 Tingkat Untuk Peladang
Selepas hari yang memenatkan dimana mereka harus bekerja sebagai pembantu tarian, mereka akhir nya menuju ke tingkat 6 iaitu tingkat untuk para peladang, petani dan penternak. Tingkat ini sangat penting kerana semua sumber makanan berasal dari tingkat peladang.
Bukan itu saja, Werza akhirnya dapat bertemu dengan keluarganya setelah sekian lama berpisah. Setelah sampai, pintu lif terbuka. Cahaya yang indah menerka masuk dalam lif. Mereka semua terpegun.
Crisa : wahhh. Cantik nya pemandangan.
Qan : luas mata memandang. Semuanya hijau.
Heigo : tengok, ada lembu!
Badar : memanglah lembu, tak kan biawak pula. Hahaha.
Badar orang pertama yang keluar dari situ. Dia menarik nafas panjang. Banyak rumah-rumah yang jarak nya jauh dari rumah yang lain. Ladang yang luas, tanah yang hijau dan udara yang segar.
Badar : haaaa segarnya udara kan sini. Tak sejuk dan tak panas.
Delima : betul lah.
Mereka semua keluar.
Werza merebahkan dirinya ke atas rumput.
Werza : hmm rindunya aku bau rumput ni.
Mereka melihat Werza dengan pelik tetapi kemudian semua orang turut baring di atas rumput itu sambil melihat awan buatan.
Ozen : itu awan buatan yang keluarkan hujan kan.
Werza : ya. Malam lagi cantik.
Crisa : hebat betul orang yang cipta tempat ni. Bijak.
Badar : ok jom kita ke rumah Werza.
Heigo & Man : yeahh!!
Mereka semua bangun. Werza berjalan di depan. Badar pula membisikkan sesuatu pada Zafar.
Badar : Werza ni cantik tau.
Zafar : ya ya lah kau.
Badar : betul aku nampak dia berdandan dalam dunia mimpi.
Qan : betul ke?
Qan yang terdengar percakapan mereka terus menyela.
Badar : ya. Tak kan Raja kau nak tipu kau.
Zafar mengabaikan Badar. Dia berjalan laju kedepan.
Badar : aku nak jodohkan dia dengan werza. Mana tau lembut sikit hati dia. Kan?
Qan : haiihaha.. sudahlah. Bukan kerja kau menjodohkan orang.
Badar : ye betul tu.
Sesampainya di satu rumah itu. Terlihat seorang lelaki yang berbadan besar dan perut nya buncit sedang membersihkan alatan kebun. Orang itu merasakan sesuatu terus menoleh ke arah Werza. Dia berdiri seolah-olah tidak percaya apa yang sedang dia lihat.
Wadi : Werza?! Anak ayah!!!
Werza terus berlari ke arah ayahnya sambil menangis. Mereka berpelukan melepaskan rindu.
Wadi : mana kau pergi nak?
Crisa dan Delima yang melihat itu berkaca matanya.
Man : kau menangis ke?
Crisa : diam lah.
Qan : sungguh pertemuan semula yang mengharukan.. huhuhu..
Wadi : siapa mereka semua ni?
Werza dengan bangga menceritakan semuanya. Mereka duduk dalam rumah itu. Ruang tamu yang luas tempat Werza bercerita. Sesekali mereka juga ikut bercerita.
Wadi : ohh kamu semua penyelamat anak aku. Terima kasih sebab bawa Werza balik. Pak cik tak ada apa-apa nak bagi.
Delima : eh tak pe lah pakcik. Kami ikhlas.
Heigo tersenyum melihat Delima.
Ozen : ehem.. senyum-senyum nampak.
Heigo : tak ada lah. Delima ni takut untuk berkomunikasi dengan orang. Aku cuma gembira tengok dia dah berani bercakap dengan orang lain.
Qan : hehe. Pengalaman mengubah manusia.
Badar : tapi pak cik. Kami lapar. Mungkin saya saja yang lapar.
Tama : lah kau tak makan ke?
Heigo : tak. Kan percuma tadi.
Ozen : tu lah.
Zafar : kami tak boleh makan makanan tu.
Crisa : hah? Kau pun?
Badar : siapa tak makan lagi angkat tangan?
Qan, Zafar, Delima, Dan Werza mengangkat tangannya.
Badar : kamu berempat ikut aku. Ada benda penting aku nak cakap.
Dari raut wajah mereka berempat, mereka tahu apa yang Badar maksudkan. Setelah jauh dari rumah Werza....
Badar : jangan-jangan kau berempat ni sama dengan aku.
Zafar : Ya.
Badar : Werza ? Macamana kau dengan ayah kau?
Werza : ya aku sama.
Delima : saya pun. Rupa-rupanya kita selama ni dekat.
Badar : nasib baik.
Qan : bila kita nak bagitahu mereka? Jap, selama ni kau tak pernah bagitahu?
Badar : aku sendiri pun baru tahu Zafar sama macam aku. Jangan terburu-buru dulu.
Zafar : aku setuju. Takut ada pertumpahan darah di masa damai kita sekarang ni.
Werza : ok buat macam biasa je.
Delima : senyum lebar. Hehe.
Mereka pun kembali ke rumah semula.
Tama : apa yang kau bincangkan ni?
Badar : tak ada apa sangat. Aku tanya kenapa tak makan?
Heigo : apa dia orang cakap?
Badar : sama macam aku. Ingatkan kena bayar rupa-rupanya percuma. Haish.
Qan : hahaha.. tu lah. Maaflah. Aku ni jenis ragu-ragu kalau bab makanan ni.
Crisa : tak tanya siapa suruh.
Wadi : tak apa. Memandang kan kamu semua tetamu aku, aku akan masak makanan yang sedap.
Badar : nak daging.
Wadi : eh kambing pun boleh. Tapi tolong sekali lah.
Man : eh bab makanan apa pun boleh.
Mereka semua semangat untuk tolong memasak. Padahal sudah kenyang. Jadi jika mereka tolong mungkin akan kembali lapar.
Badar : pelik?
Werza : kenapa Badar?
Badar : mana perempuan yang cantik tu? Err Wani? Mana dia?
Werza terkejut apabila Badar tahu akan nama tersebut.
Badar : ya Wani. Yang pasangan dengan Dew.
Wadi terus mendekati Badar dan tarik baju Badar dengan marah!
Wadi : jangan sebut nama tu lagi!!
Badar : apa ni pakcik? Dew kan tunang Wani?
Wadi : Diam!! Diam aku cakap!!!
Suasana yang riuh tadi menjadi hening seketika. Werza dengan lemah memanggil ayahnya.
Werza : ayah..... Ayah!
Wadi tersedar dari kemarahan nya.
Wadi : maafkan pakcik.
Wadi terus masuk ke dalam dapur di belakang rumah.
Crisa : apa yang terjadi?
Badar?
Tama : siapa Wani?
Ozen : ya. Macam mana kau boleh tahu si Wani ni?
Badar : aku pernah cakap sebelum ni, masa dalam dunia mimpi. Aku bertemu dengan Werza, Wadi, Wani dan Dew. Mereka semua bahagia sebagai keluarga.
Werza : ya.. itulah yang aku inginkan. Keluarga yang bahagia. Bersama dengan abang Dew.
Heigo : Dew? Dew yang garang tu ?
Man : yang macam ninja tu?
Zafar : seharusnya kau lebih tahu Man, sebab masa itu hanha kau saja yang tak hilang ingatan.
Man : ya aku tahu. Aku kenal dia tapi apa kena mengena dia dengan Wani?
Werza : Wani,kakak aku. Dia tunang Dew.
Terkejut mereka semua kecuali Badar dan Werza.
Delima : jadi macamana kau boleh ada dekat hotel tu?
Heigo : ya mana Wani?
Werza : dia sudah meninggal dunia. Dia sakit kerana racun. Aku menyalahkan diri dan lari dari rumah. Tapi aku terperangkap di dalam hotel. Dew cuba nak selamatkan aku.
Crisa : dia pun terperangkap dalam hotel itu.
Werza : ya. Ayah menyalahkan kematian Wani sebab Dew. Pisau Dew itu ada racun. Wani tersentuh dan terhiris luka di tangan nya. Semenjak itu wani mula selalu sakit sehingga akhir hayatnya.
Zafar : sebab tu lah ayah kau tak suka nama Dew di sebut.
Badar cuba mencerahkan suasana.
Badar : ahh sudahlah. Itu suasana lalu. Jom kita masak makan!!
Mereka pun memasak dan menyediakan semua bahan masakan.
Ada yang masak sup daging, kambing golek dan ayam panggang.
Badar : fuh sedap ni.
Wadi : haha sabar belum siap.
Badar : ohh ingat dah. Hahaha..
Sungguh kekok mereka berdua ketika itu. Badar cuba menyelesaikan masalah antara wadi dan Dew.
Badar : dia... Masa dalam hotel misteri dimana kami semua terperangkap. Dia cuba sedaya upaya membantu kami. Saya yakin dia orang baik cuma cara nya agak kasar.
Wadi : dia? Maksud kau Dew?
Badar : hmm ya. Dia sedaya upaya membantu kami. Dan Werza. Dia bagaikan abang pada werza. Mungkin kakaknya mewarisi perasaan untuk melindungi adiknya.
Wadi : tapi kenapa dia?! Kenapa dia memilih Dew yang taksub dengan racun.
Badar : di tempat ini juga ada hutan. Tentu dia tau yang mana beracun dan yang mana tidak.
Wadi tiba-tiba teringat akan Dew yang selalu membawa makanan dari hutan. Apatah lagi cendawan kesukaan Wani.
Wadi tiba-tiba berlari tergesa-gesa. Badar mengikuti nya.
Badar : ada apa?
Wadi : mengidam lah nak makan cendawan.
Badar : siapa nak jaga kambing tu ?!
Wadi : ahhh biarlah..
Wadi menuju ke bangsal kuda dan menaiki kuda.
Wadi : tahu tak naik kuda?
Badar : beta ni Raja. Mestilah tau.
Badar menunggang kuda yang satu lagi. Mereka berdua bergerak pergi ke hutan.
Bersambung....
Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro