Chào các bạn! Vì nhiều lý do từ nay Truyen2U chính thức đổi tên là Truyen247.Pro. Mong các bạn tiếp tục ủng hộ truy cập tên miền mới này nhé! Mãi yêu... ♥

18 • Kehidupan Jongho

San tersenyum bangga .

Akhirnya , kau rasa sendiri derita yang selama ini Yeosang rasakan .

Sengaja San berbuat begitu kepada Jongho kerana konsepnya serupa ,

Yeosang yang sebelum ini hadir dengan harapan yang penuh di dada namun segalanya dihempas begitu sahaja oleh Jongho .

Kini , San membalas perbuatan itu di mana Jongho dengan penuh antusiasnya mengharapkan kepulangan Yeosang ke dalam rangkulannya namun akhirnya hampa .

Yeosang telah pun berkahwin dengan pujaan hatinya .

Wujud seculin rasa simpati jauh dalam lubuk hati San terhadap Jongho namun dia tetap memilih untuk melakukan ini .

Biar kali ini segunung harapannya itu punah berkecai tanpa ada sedikit sisa untuk memiliki Yeosang lagi .

Maafkan hyung , Jongho

Ini saja caranya untuk menggoncang akal tak stabilmu itu .

-

Yeosangie , tahniah !

Tak lama lagi kamu akan jadi seorang bapa !

Hyung tumpang gembira .

-

San kemudiannya kembali menyibukkan dirinya dengan kerja-kerja di pejabat .

Harapannya satu , semoga Yeosang dan Jongho masing-masing mampu meraih kebahagiaan mereka sendiri .

.

.

.

         Lembaran segar lagi baharu pun mereka telusuri .


.

.

.

" Richard , tolong tangguhkan jadual saya sejam lewat . Saya nak tinjau cawangan sebelah sebentar . "

" Baik , Encik Choi . " , sahut pembantu peribadinya .

Personal assistant-nya yang sopan-santun ini mengingatkannya kepada Seonghwa .

Park Seonghwa .

Entah apa yang berlaku dan entah apa usaha keras yang telah Hongjoong lakukan , pada akhirnya Seonghwa berjaya dimilikinya .

Sejak dia mula menerima kehadiran Hongjoong , semestinya dialah yang menjadi pembantu peribadi Hongjoong kerana tidak mungkin dia masih terus bekerja di bawah naungan Choi adik-beradik .

Beginilah kehidupan Jongho , tidak banyak bezanya .

Masih sibuk dengan kerja dan perusahaan mereka .

Setahun lebih berlalu terasa seperti deruan angin .

Tiada lagi Yeosang dalam fikirannya .

Buat apa mengenang perihal yang bukan kepunyaanmu ?

Dia sudah menerima hakikat ini .

Bahawa dia dan Yeosang tak mungkin bersatu .

Berkenaan kekosongan calon pasangan hidupnya tidak begitu dia endah kerana kini dia bahagia dengan melakukan aktiviti sukarela , turun padang di kawasan terjadinya musibah , menaja program di sana sini , semuanya .

Itulah cara dia merawat sekeping hatinya yang pernah patah — dengan menyibukkan diri dengan isu kebajikan dan urusan kemaslahatan bersama .

.

.

.

Waktu terus berjalan tanpa lengah .

" Ppapa Pappa Papa ! "

His first word !

Riang Yeosang tersenyum sebaik sahaja mendengar perkataan pertama anaknya yang berusia 15 bulan itu .

Yeosang mendukung bayi perempuannya mendekat ke arah Ibu Kang .

Diciumnya kening bayi itu kemudian kucupannya juga didaratkan di dahi ibunya .

" Terima kasih banyak , ibu .

Selalu ada dan sokong Yeosang . "

Terima kasih juga Hazel sebab beri oppa peluang untuk bahagia .

Ah , sedar tak sedar sudah dua tahun berlalu .

Tak sangka , kini Yeosang berjaya hidup tanpa Encik Choi ..

... dan tanpa isterinya yang meninggal setelah sebulan melahirkan Helena Kang Yuna .

.

.

.

• Second Last chapter ;
Unlocked 🔓 →

Nampaknya masih ada kesempatan untuk happy ending bagi Jongsang . 👀

Nantikan happy endingnya !

Anggaplah chapter ni as sad ending
dan juga alternative ending
bagi buku ni ya , wwehe ! 😆

Saya cadang nak buat sad ending tapi saya tetap nak tengok Jongsang gembira berdua . 😭

Tapi sedih juga
sebab Hazel meninggal . 😭

[Plot je sebab nak Yeosang kembali bersama dengan Jongho] 😂

• Second last chapter → 🔓

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro