Chào các bạn! Vì nhiều lý do từ nay Truyen2U chính thức đổi tên là Truyen247.Pro. Mong các bạn tiếp tục ủng hộ truy cập tên miền mới này nhé! Mãi yêu... ♥

17 • Penyesalan Jongho

.

.

Perjalanan menuju ke alamat Yeosang mengambil masa selama dua jam .

Sebelum terus ke rumah Yeosang , Jongho singgah di pekan terdekat terlebih dahulu untuk menempah hotel bagi menginap .

Alasan dia berbuat begini kerana pesanan ringkas yang dia dapat daripada San sejam yang lalu .

Jongho-ya , nanti singgah dulu di  Violet Jewell Hotel, menginaplah di sana

Yeosang pasti akan tidak selesa jika kau menumpang tidur di rumahnya

' Hm , entah berapa lama tak kubersua dengan Yeosang . Enam atau tujuh bulan , mungkin ? '

Seraya mandi , Jongho bermonolog sendiri .

Dia kemudiannya mencapai kemeja hitam dan seluar pejabatnya dan merapikan rambutnya lalu keluar menaiki lif .

Sebelum itu , dia menjijit erat dua buah beg kertas yang berisi pengering rambut dan set bantal serta selimut yang siap berbalut sebagai hadiah buat Yeosang dan Ibu Kang .

Dia terburu-buru tadi , disebabkan itulah dia hanya membeli apa yang disarankan oleh pekerja di kedai sebelah hotel yang sempat dia singgah tadi .

Seturunnya dia dari lif , dia melalui laluan dewan hotel yang kelihatan agak sesak dengan tetamu undangan majlis tersebut .

Dapat dia lihat pintu dewan yang terbuka luas , mengalu-alukan tetamu .

Niat awal Jongho hanya ingin menyeberang kawasan itu sahaja namun seseorang yang duduk di atas kerusi roda berhampiran pintu hadapan itu menarik perhatiannya .

" Ibu Kang ? " , sapa Jongho ragu .

Wanita hampir separuh abad itu menoleh .

" Eh , Encik Choi ?

Sampai pun !

Jemputlah masuk !

Lamanya tak jumpa .

Majlis pun baru saja mula .

Sekarang nak tengok pengantin bersanding . " , katanya ramah .

Ibu Kang seorang yang sangat positif , sedikit pun perbuatan Jongho tidak dia simpan dalam hati .

Dia juga sering dimaklumkan berkaitan keadaan Jongho kini daripada anak tirinya , San .

Jadi , ini sebab San hyung menunaikan permintaanku untuk bertemu Yeosang ?

Sebab hari ini majlis perkahwinan Yeosang berlangsung .

Alasan untuk menginap di hotel ini hanya umpanku untuk ke dewan resepsi yang serba indah ini ?

Mulanya Jongho menyangkal keras jangkaannya yang mengatakan bahawa ini majlis perkahwinan Yeosang .

Namun setelah dia melihat sendiri gambar dan nama pasangan raja sehari yang dicetak di banner dan backdrop , dia terus kaku .

🕊️

Raikan Cinta

Kang Yeosang & Hazel Chae Kim

🕊

Tak dapat dibayangkan betapa luluh dan gugurnya hati Jongho . Sedangkan tadi  , dia sudah teruja dan gembira separuh mati .

Kimi emosinya bertukar duka separuh jiwa .

Jongho berusaha memaparkan senyuman terindahnya .

Beberapa tetamu juga ada yang perasan dengan kehadiran Encik Choi dan menyapa mereka mesra .

Encik Choi , majikan muda yang akan sentiasa mereka kagumi dan segani .

Tambahan pula prestasi dan kejayaan bahagian kerja pimpinannya baru-baru ini , nama baik Encik Choi terus dipandang tinggi .

" Wah , baiknya Encik Choi siap hadiahkan set bantal dan selimut untuk pengantin baru .

Bukan satu saja hadiahnya , ada dua . " , puji saudara Hazel yang menjaga meja resepsi .

Ibu Kang yang masih berada di situ tersenyum gembira .

Andai saja dia tahu hadiah itu secara kebetulan saja kubeli

Namun senyuman manis tak putus-putus Jongho lemparkan .

Tanpa sebarang kata , Jongho menghampiri Ibu Kang dan memeluknya erat .

" Maafkan semua kesalahan Jongho selama ni ibu .

Terima kasih ibu sebab tak berdendam pada Jongho .

Jongho tiada sesiapa dah selain ibu dan San hyung . "

" Encik Choi , saya dah maafkan semuanya . "

Jongho melepaskan pelukan dan memandang ibi tirinya itu dengan tatapan tajam .

" Janganlah ber-Encik Choi .

Panggillah Jongho ke , anakku ke , anakku yang kacak ke . " , guraunya .

Mendengarkan hal itu , beberapa saudara-mara yang berada di meja resepsi itu turut tergelak .

Sekarang masanya untuk aku merelakan pemergian Yeosang .

Dia layak bahagia dengan isteri tercintanya .

Ah , khabarnya Hazel hamil dua bulan .

Selamat pengantin baharu dan selamat berbahagia Kang Yeosang

Menyaksikan insan yang kebelakangan ini membelenggu fikirannya berjalan di karpet merah dengan berbusana indah ,  diarak dan diraikan meriah oleh undangan yang hadir membuat hati Jongho berasa hiba .

Tumpuan semua hadirin dalam dewan itu kini berfokus kepada pasangan sepadan Kang Yeosang dan Hazel .

Dua mempelai yang meragamkan busana putih nan indah sekali .

Irama lembut dan lunak didengar didendangkan mencairkan lagi hati para tetamu yang hadir dalam menyaksikan pengantin dua sejoli itu .

Sangat tampan dan sangat jelita .

Namun pada ketika ini sebenarnya ada seorang lelaki perkasa tanpa sedar perlahan-lahan mengalirkan air matanya .

Benteng pertahanannya runtuh .

Jongho tak mampu lagi menahan sebak di dadanya .

Tiba-tiba air matanya diseka dan bahunya dirangkul oleh seseorang .

" Memang sukar untuk melepaskan dia ,  Jongho-ya ,

Tapi aku tahu , kau sangat tabah hadapi semua ini . "

Jongho tersentak lantas menoleh ,

" Wooyo .. "

" Ya , aku seorang saja hari ni .

San sibuk kerja .

Mestilah aku hadir sekali majlis perkahwinan kawan baik aku , Yeosang ni ! "

Ah , lupa pula .

" Dah makan ?

Menu jamuan makannya sangat menyelerakan !

Jom , kutemankan kau makan ! " , kata Wooyoung gembira .

Dengan baiknya Jongho menolak , katanya dia belum lapar .

Namun Wooyoung tahu selera makannya mati kerana sedih meratapi kebahagiaan Yeosang bersama orang lain .

Sebelum meninggalkan majlis ,
Jongho memberikan cek bernilai agak tinggi kepada kedua-dua belah keluarga mempelai sebagai tanda tahniah atas jalinan suci yang telah terikat rapi itu .

Setelah berbuat begitu , dia terus melangkah keluar dari dewan — takut air matanya bakal gugur lagi .

Dia mengundurkan dirinya dengan segala hasrat mahupun mimpi-mimpi tak nyata yang ditinggalkan di perkarangan dewan itu ...

.. dan membawa bersama semangat murni agar dirinya mampu bangkit memulakan kehidupan baharu yang lebih cerah .

Tanpa dia sedar , langkahnya meninggalkan tempat itu diperhatikan oleh si pengantin lelaki .

Sebenci itu kah kau kepada diriku , Encik Choi ?

Sehingga tidak kau ingin bertemu dan mengucapkan tahniah kepadaku ?

Terima kasih kerana hadir , Encik Choi .

Berbahagialah kita dengan cara masing-masing .

.
.
.

.
.
.

▪Akan ada lagi dua/tiga chapters lagi sebelum tamat .🤩

☆ Terima kasih kepada pembaca yang setia menunggu ; [jjongsyaa] 💐
Maaf , saya tak boleh update laju-laju huwaa .

Tapi jangan risau , saya akan cuba update beberapa bab sekali gus dengan endingnya sekali nanti . Baru syok nak baca , takdelah tergantung .

Nooo saya tak suka dera jiwa readers . 😭

Terima kasih semua yang sudi hadir . ❤

Drop your usernames here kalau nak ditag untuk chapter mendatang ♡《

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro