14 • Tiada Lagi Jongho
Keesokan harinya , emak kepada Yeosang atau pun Ibu Kang juga telah sedar .
Setelah San menjumpainya terbaring tidak sedarkan diri di rumah agam Jongho , San menempatkannya di hospital swasta sama dengan Yeosang .
Kini anak-beranak Kang itu dijaga dan dipantau oleh orang-orang San .
Sama sekali dia tidak mengizinkan Jongho mendekati mereka .
Ibu Kang didapati lemah dan turut tidak bermaya kerana telah beberapa hari tidak dibenarkan makan dan keluar dari rumah oleh Jongho .
Nampaknya dendam Jongho dengan emak Yeosang masih tiada penghujung .
Dua minggu lalu , Ibu Kang dikerahkan tenaganya untuk membuat segala kerja berat dan dipaksa untuk kekal di rumah sahaja .
Segala perabot perlu dia bersihkan , segala karpet dialah juga yang cuci secara manual .
Dengan ugutan bahawa dia akan menyumbatnya ke dalam penjara tanpa belas jika dia tidak berbuat begitu .
Ya , memang benar Yena (Ibu Kang) selama ini salah . Silapnya kerana merampas bapa San dahulu dan tamak akan harta keluarga Choi pula .
Sebaik sahaja suami lamanya muflis , terus dia membuka rencana untuk membolot segala harta suami lamanya namun hampa , Tuan Kang tidak punya apa-apa aset lagi .
Malahan satu-satunya anak lelaki dan anak tunggalnya , Yeosang , dijual begitu sahaja kepada rakan kongsi syarikatnya setelah muflis .
Perniagaan bapa Yeosang dahulu berjaya dengan pesat sekali namun setelah dia muflis teruk ,
Tuan Choi lah yang menyelamatkan perusahaannya dengan menjalankan usaha sama dua syarikat mereka .
Usaha Sama Choi & Kang . Itulah syarikat gah yang diwarisi oleh San dan Jongho kini .
Perlahan-lahan Ibu Kang duduk di atas katil dan meminta bantuan beberapa orang jururawat untuk mendudukkannya di atas kerusi roda .
Dia disorong menuju jendela wadnya untuk melihat taman yang berada di bawah .
Tiba-tiba pintu wadnya diketuk singkat .
" Ya , masuk . " , kata Ibu Kang .
Sebaik sahaja pintu terbuka , Ibu Kang terkedu .
" Yeo ? Yeo-- Yeosang ? " , soalnya kaku .
" Ibu . Ya , ini Yeosang .
Yeosang rindu ibu . "
Yeosang yang berada di wad berdekatan langsung memilih untuk menjenguk ibunya .
Dia juga ditemani orang-orang suruhan San .
Yeosang terus menuju ibunya dan menarik perlahan ibunya ke dalam pelukan yang sungguh erat dan hangat .
Ibu Kang kini mula mengalirkan air mata dan teresak-esak sendiri .
" Maaf , maaf . Maafkan ibu .
Ibu menyesal .
Ibu tamak dengan harta dan akhirnya kamu yang jadi mangsa
Ibu tak mahu ulang semula kesalahan bapa kamu .
Yeosang , maafkan ibu .
Ibu sayang kamu . "
Yeosang meleraikan dakapan mereka dan mengucup dahi ibunya dengan penuh kasih .
" Jangan risau .
Yeosang sayang ibu .
Kita mula hidup baru , ya ? "
.
.
Lembaran baharu anak-beranak itu pun bermula .
Yeosang yang amat menyayangi ibu kandungnya dan Ibu Kang yang mula mencurahkan kasih sayang kepada Yeosang .
San menempatkan mereka di kawasan kampung yang sungguh tenang . Sama sekali berbeza dengan persekitaran mereka sebelum ini yang sibuk bekerja dan tercengkam dengan hiruk-piruk kota.
Sekali lagi , syaratnya sama .
Jongho tidak dibenarkan bertemu dengan mereka .
Tidak selagi dia belum cukup sedar dan menyesali segala perbuatannya terhadap dua beranak itu.
Ibu Kang dan Yeosang kini tinggal di negeri sebelah dan banyak menghabiskan masa berdua .
Setelah Ibu Kang dikerahkan tenaganya sebelum ini , dia rupanya turut dipukul oleh Jongho .
Mengakibatkan hentakan kuat pada bahagian kakinya sehingga urat kakinya tidak boleh bekerja dengan stabil .
Kini , Ibu Kang menggunakan kerusi roda . Yeosanglah yang menjaganya .
Ketidakupayaannya bukanlah secara total , dia masih mampu berjalan namun pergerakannya sedikit sebanyak terbatas .
Pilihan untuk membiarkan dia duduk di atas kerusi roda ialah pilihan yang terbaik .
Bagaimana pula dengan pengajian Yeosang ?
Dia dihadiahkan sebuah motorsikal yang memudahkannya untuk ke negeri sebelah setiap kali kuliahnya .
Setiap kali Yeosang tiada , pembantu rumah yang diupah oleh Sanlah yang akan memantau dan menjaga Ibu Kang .
Sama saja pengajiannya berlangsung dengan baik , berkat bantuan dan dukungan San .
Barulah dia tahu bahawa San itu abang tirinya .
Selama ini dia tidak tahu bahawa kepada bapa Sanlah ibunya lari dahulu .
Namun semua itu kekal menjadi sejarah dan teladan buat mereka berdua .
.
.
Pada mulanya , Ibu Kang agak sukar untuk menerima berita bahawa selama ini anaknya dijadikan hamba oleh Jongho .
Bukan setakat dirinya sahaja yang dijadikan orang gaji malahan anak tunggal yang disangkanya sudah mati itu juga dilayan teruk sekali oleh Encik Choi .
Encik Choi yang tidak punya hati .
Lebih meluluhkan hatinya apabila dia mengetahui bahawa Yeosang , anaknya itu mempunyai identiti palsu yang diwujudkan oleh wang dan pengaruh Jongho.
Jangan pula cerita ketika dia dengarkan sendiri luahan hati Yeosang yang mengatakan dia mencintai Encik Choi itu dengan seutuhnya .
" Yeosang tak sepatutnya menyayanginya kan , ibu ?
Terkadang Yeosang sendiri ingin menghantuk kuat kepala Yeosang ke dinding .
Entah apa yang Yeosang fikirkan saat pertama kali jatuh cinta padanya .
Mengapa 'saat pertama kali' ?
Kerana seiring waktu , Yeosang akan jatuh cinta lagi dan lagi pada dia .
Jatuh cinta berkali-kali kepadanya .
Maafkan Yeosang ibu .
Yeosang gagal jaga diri Yeosang sendiri . "
Terngiang-ngiang di fikiran Ibu Kang perkataan-perkataan tersebut .
Anaknya .. Jatuh hati pada Encik Choi ?
Atau lebih tepatnya , mencintai Encik Choi .
Parah .
Namun kini dia boleh menarik lafas lega kerana mereka sudah berpindah jauh dari Jongho .
Semoga anaknya terlepas dari genggaman Encik Choi .
" Yeosang sayang , sekarang kita sudah tahu bukan perangai sebenar Encik Choi itu ? Brengsek ! " , luah Ibu Kang .
" Kita di sini , mari mulakan semuanya .
Terima kasih Yeosang kerana sudi hidup kembali bersama ibu . " , sambungnya .
Mereka berdua berada di halaman rumah menikmati angin petang .
Yeosang berhenti menolak kerusi roda ibunya .
Dia yang hanya berdiri di balik kerusi roda yang diduduki oleh ibunya itu kekal diam .
Ada betul juga kata ibunya itu .
Tapi sudah bersediakah dia campak semua kenangannya bersama Encik Choi jauh-jauh ?
Jika ditilik semula ,
kenangan pahit bersama jejaka itu lebih banyak berbanding memori manis yang hendak dia semat erat dalam jiwanya
" Yeosang kenal pada anak jiran sebelah bukan ? " , soalan ibunya memecahkan lamunannya .
" Oh , Hazel ? "
" Ya , kamu tak nak cuba rapat dengan dia ?
Ibu rasa dia sepadan dengan kamu . "
" Tapi Yeosangkan ..
Erm .. Suka lelaki ? " , jawabnya tak pasti .
" Kalau kamu dah kenal dan terbiasa dengan Hazel , lama-kelamaan mungkin kamu akan berkenan pada dia . "
Yeosang mengangguk kecil .
Lagipun , Hazel itu merupakan seorang rupawan yang baik .
Yeosang lantas mendakap ibunya .
" Yeosang cuba berubah .
Demi kebaikan Yeosang ,
Demi ibu . "
.
.
Dua bulan mengenali Hazel , apa boleh Yeosang katakan hanyalah ;
Dia sudah terlanjur menghargai Hazel dalam hidupnya .
Meski mereka mula bertegur sapa setelah menjadi jiran namun dia amat mengenali Hazel .
Gadis pintar kebanggaan universiti .
Hazel itu seorang yang aktif dalam kegiatan kampus . Dia menyertai program kesukarelawanan , menjadi pengacara majlis dan banyak lagi .
Kedudukan rumah mereka yang bersebelahan menjadi asbab mereka untuk mengenali antara satu sama lain dengan lebih mendalam .
Namun hati Yeosang tidak boleh dipaksa . Dia masih belum boleh bisa mencintai Hazel dengan sesungguhnya .
Jadi , dia berencana untuk berkahwin dengan Hazel secepat mungkin supaya ketika itu dia tidak perlu resah akan kesangsiannya lagi .
Dia pasti akan mencintai Hazel dan memelihara rumah tangga mereka dengan baik kerana Hazel itu baik orangnya .
Dia yakin dengan keputusannya .
Kahwini Hazel yang mampu menjadi suri hatinya yang terbaik dan lupakan segala kisah tragisnya .
Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro