Chào các bạn! Vì nhiều lý do từ nay Truyen2U chính thức đổi tên là Truyen247.Pro. Mong các bạn tiếp tục ủng hộ truy cập tên miền mới này nhé! Mãi yêu... ♥

10 • Pengorbanan Yeosang

Shout out to [fitriyaniik] , boleh dikatakan dialah pembaca rasmi pertama saya hehe . Fighting & stay healthy !
Thank you ya Pipit ! <3

.
.
.

Setelah sebulan pembedahan Seonghwa selamat dijalankan dan Jongho berjaya membelinya dari kelab Desire Cruise ,

Seonghwa kemudiannya bekerja sebagai pembantu peribadi Jongho yang baharu — menggantikan pembantunya yang telah berkhianat sebelum ini .

Pada awal pekerjaannya , Jongho menyewakan lot apartmen untuk Seonghwa hanya bersebelahan dengan lot apartmennya .

Setelah dua bulan bekerja , dia mampu membayar sewa apartmen itu sendiri tanpa bantuan Jongho .

Namun tetap sahaja duit Jongho yang membelinya sebelum ini tidak dapat dia pulangkan kembali .

Menjadi pembantu peribadi Encik Choi itu tidak mudah , penat dan meloyakan .

Namun kerjanya itu berbaloi kerana gajinya kini tiga kali ganda lebih lumayan dari bekerja di kelab sebelum ini .

Jika dibandingkan , kerjanya di kelab dahulu hanya menghasilkan upah yang sedikit kerana selebihnya kelab itu yang mengambil bahagiannya .

      Berbeza pula dengan situasi Yeosang kerana kebelakangan ini dia sering diugut , dipaksa dan dipukul lagi oleh Jongho .

Jongho sering pulang lewat dalam keadaan marah , tertekan dan mabuk .

Amarahnya itu berpunca daripada dirinya yang terus dipersalahkan oleh pembeli projek syarikat dan San kerana pengkhianatan pembantu peribadi lamanya itu .

Sejak itu , para suppliers  tetap dan pembeli tender projek sejati mula meragui kebolehan Usaha Sama Choi & Kang .

Lebih memarakkan lagi api kemarahannya ,  mereka mula bekerjasama dan beralih haluan kepada Stars & Light Holdings .

Tidak hairanlah mengapa hal itu terjadi .

Kerana pembantu peribadi Jongho dahulu menjual kertas kerja projek yang dicurinya itu ke syarikat milik Hongjoong .

' Pandai kau mencaras perusahaan kami beradik ya , Hongjoong .

Manipulatif . Kau kemudiannya menyebarkan desas-desus palsu tentang Usaha Sama Choi & Kang .

Cis , tak kusangka Stars & Light Holdings akan menjadi pesaing hebat Usaha Sama Choi & Kang ketika ini .

Kau bermain dengan cara yang licik ya   Hongjoong . ' , kata hati Jongho .

.

.

.

.

" Kami dari balai polis bertentangan apartmen ni , kami dapat aduan mengatakan di sini ada kes penderaan .

Selalu sangat jiran tetangga dengar bunyi tangisan dan rintihan dari tingkap bilik mahupun beranda mereka .

Terkadang , ketika mereka lalu berhadapan lot apartmen ini pun kedengaran jeritan dari dalam rumah .

Boleh saya dapatkan your identity card terlebih dahulu sebelum saya teruskan dengan memeriksa kediaman encik ?

Sila beri kerjasama .

Kami tidak mahu melibatkan kekerasan . " , kata polis itu tegas .

Kebetulan pada ketika itu Jongho ada di apartmen .

" Ini dia kad pengenalan saya dan isteri saya . Ini kad kahwin dan sijil kami sekali . " , ucap Jongho .

" Oh , Encik Choi . " , kata seorang pegawai setelah memeriksa nama yang tertera .

" Boleh saya tahu sudah berapa lama Encik Choi berkahwin ? " soalnya .

" Baru enam bulan . "

Setelah menjawab beberapa soalan , Jongho akhirnya membenarkan mereka memeriksa dan masuk ke rumah .

Ruang tamu ditilik oleh mereka .

Dapur , beranda dan akhirnya bilik tetamu yang bersih itu .

Hakikatnya , dua orang pegawai polis ini tampak sahaja berani dan tegap namun mereka berdua sebenarnya tidak berani ingin memasuki bilik utama Jongho dan satu lagi yang Jongho katakan bilik orang gajinya itu .

Mereka tidak mahu mengganggu kawasan peribadi Encik Choi .

Sama sekali , tidak berani .

Sedangkan sebelum dua anggota polis itu masuk ke rumah tadi , Jongho sudah menguncikan Yeosang di dalam biliknya dan memberi amaran kepada Yeosang supaya tidak membuat apa-apa bunyi pun .

" Boleh saya tahu di mana keberadaan isteri encik , Puan Yeona ? "

" Oh , dia ada di bilik tidur kami .
Sedang berehat . Demam . " , tipu Jongho .

Anggota polis itu mengangguk .

" Dari apa yang kami perhati , tak ada apa yang mencurigakan di sini .

Semua tempat di rumah ini bersih , kemas , sememangnya rumah pasangan berkahwin yang normal .

Jadi .. Adakah sebenarnya aduan jiran-jiran itu palsu ?

Atau Encik Choi ada apa-apa yang mahu dikatakan ? "

" Erm .. Berkaitan aduan tu . Sebenarnya , isteri saya tu .. " , kata Jongho lalu membuka laci depan TV di ruang tamu untuk mencari sesuatu kemudian kembali semula dengan sekeping kad lagi .

" Ini dia . " ;

Kata Jongho sambil menyerahkan kad pengesahan sakit mental itu kepada dua pegawai polis tadi .

" Isteri saya , Kang Yeona sebenarnya menderita masalah kesihatan mental . Jadi dia selalu menjerit-jerit seorang diri walaupun saya tak buat apa-apa .

Saya mohon maaf atas kekacauan yang telah isteri saya lakukan , dalam masa terdekat ni saya akan bawa dia ke pusat rawatan .

Moga masalah ini berakhir . " , kata Jongho .

Beberapa lagi soalan diberikan dan dijawab kemudian tibalah masanya mereka mengundurkan diri .

" Baiklah jika begitu .

Baiklah Encik Choi .

Terima kasih kerana telah memberikan kerjasama . " , kata mereka kemudian keluar dari apartmen tersebut .

Inilah yang pernah dikatakan oleh Yeosang sebelum ini , Encik Choi menggunakan nama , pengaruh dan kuasanya untuk memanipulasi sesiapa sahaja .

Sehinggakan dua orang pegawai polis tadi turut terpedaya dengannya .

Bukanlah pegawai itu tidak melakukan kerja mereka dengan baik tapi jika mereka terus menyibuk dengan kehidupan Encik Choi ,

mereka sendiri tahu bahawa pihak atasan mereka boleh menyalahkan mereka kerana telah mencerobohi privasi Encik Choi .

Kerana orang atasan mereka sama saja , mengambil rasuah yang disuap oleh pihak Encik Choi .

.

.

.

Kini , dua orang pegawai polis tadi mengetuk pintu lot sebelah rumah Jongho .

Seonghwa yang tinggal di unit sebelah itu membuka pintu . Matanya masih menahan kantuk kerana hari ini libur , biarlah dia tidur lebih lama sedikit .

Setelah anggota polis itu menerangkan niat mereka , sama juga situasinya tadi cuma kali ini Seonghwa hanya menunjukkan kad pengenalannya kepada pegawai itu.

" Encik ada dengar unit sebelah bising-bising ?

Seperti jerit-jeritan mahupun dipukul , esakan ? " , soal seorang anggota polis

Seorang lagi anggota polis kemudiannya menambah ;

" Pernah lihat isterinya ? "

" Maksud tuan , rumah sebelah , rumah Encik Choi ? " , soal Seonghwa .

" Ya . "

" Oh , isterinya .. Yeos-- " ,

Seonghwa tahu tentang hal ini .

" Yeona , bukan ? " , sambung Seonghwa membetulkan ucapannya .

" Encik kenal dia ? "

Macam mana ni ? Perlu ke aku mengaku aku ni pembantu peribadai Encik Choi .

Kalau aku berkata benar , aku boleh membantu Yeosang .

Namun aku sendiri tahu bahawa Yeosang yang ingin bersama dengan Jongho .

" Ah tidak . Saya hanya tahu namanya saja , tak pernah lihat wajahnya .

Kebetulan sebelum ini surat bernama Yeona pernah berada dalam peti surat saya , ikut alamat , alamatnya alamat sebelah , jadi saya masukkan semula dalam peti surat mereka saja. " , tipu Seonghwa .

Maafkan hyung , Yeosangie .

.

.

Setelah anggota polis itu pergi , Jongho membuka kunci di bilik Yeosang.

Yeosang masih dalam keadaan yang sama , air mata bercucuran dan tubuhnya diikat di kepala katil , mulutnya juga diikat dengan skarf — menghalangnya untuk bercakap .

Yeosang berbunyi , bising , namun kata-katanya tidak jelas kerana kain yang terikat di mulutnya itu .

Jongho kemudiannya menurunkan skarf di mulut Yeosang .

Dengan sekuat hatinya , Yeosang menjerit dan meronta-ronta .

Setelah dia meronta-ronta kuat , tubuhnya berjaya lolos keluar dari bilik tidurnya .

Yeosang terus berlari ingin membuka pintu apartmen , ini saja peluangnya supaya bebas .

Namun Yeosang ditarik kuat oleh Jongho sehingga dia terjatuh .

Jongho membuka kabinet dapur paling bawah , menampakkan sepucuk pistol .

" Kau berani bersuara lebih-lebih , aku tembak . " , ugut Jongho sambil pistol diacukan ke kepala Yeosang .

Yeosang mula menggeletar hebat .

Tidak semena-mena pintu hadapan Jongho diketuk .

" Encik Choi . Mohon buka pintu ni , kami pegawai polis yang datang tadi.

Kami nak tengok keadaan Puan Yeona . " , kata polis itu kerana mendengar jeritan kuat itu tadi .

" Kau tahu apa kau kena buat kan ?

Kau silap langkah , aku jual kau ,

Kalau kau dah tekad juga nak kena jual , tak apa , aku jual Seonghwa kepada Hongjoong . Nak ? " , ugut Jongho .

Yeosang menggeleng sambil menggeletar lagi .

Setelah memastikan pistolnya tadi selamat disorokkan , dia menuju ke arah pintu .

Pintu depan kemudiannya dibuka oleh Jongho , memaparkan dua orang polis serta Seonghwa .

Seonghwa yang melihat keadaan Yeosang itu terus berlari memeluk Yeosang .

Yeosang mula teresak dalam dakapan itu .

" Yeo .. Nak hyung bongkarkan tabiat Jongho ? " , bisiknya perlahan .

" Tak perlu.  Biar Yeo mainkan peranan Yeo depan polis tu . "

Pihak polis tidak perasan perbualan mereka kerana Jongho sibuk menceritakan bahawa isterinya itu begini dan begitu .

Melihatkan wajah Yeosang yang anggun serta rambutnya diikat pony itu , sememangnya mereka percaya bahawa Yeosang itu ialah seorang wanita .

Yeosang terus menjerit-jerit dan meracau-racau seolah-olah dia benar-benar tertekan secara brutal .

Melihatkan hal itu , barulah pihak polis percaya bahawa benarlah di unit rumah Encik Choi itu tidak ada sebarang kes penderaan yang terjadi .

Cuma hanya ada isteri Encik Choi yang sering meroyan kerana penyakit jiwanya .

Maafkan hyung , Yeo. Hyung tak dapat bantu kamu untuk beritahu pihak polis tentang perangai busuk Encik Choi tu .

Hyung masih terperangkap , hyung terhutang budi dengan dia . Encik Choilah yang bebaskan hyung dari neraka tu dulu .

-

Seonghwa hyung , jangan pergi .

Yeo sayang hyung . Yeo tak sanggup tengok hyung jatuh ke tangan Hongjoong apa lagi dijual semula .

-

Rasakan akibat keputusan kau sendiri , Kang .

Tinggal bersamaku dan dijadikan mainanku , seronok bukan ?

  .
📜
  .
📜
  .

Setakat ni , ni antara chapter yang ai benci gila . 😤

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro