Chào các bạn! Vì nhiều lý do từ nay Truyen2U chính thức đổi tên là Truyen247.Pro. Mong các bạn tiếp tục ủng hộ truy cập tên miền mới này nhé! Mãi yêu... ♥

E P I L O G U E : CUCU SULUNG

BEBERAPA tahun kemudian,

“Badan Miss Belle cantik, tak payah guna korset pun takpa rasanya.”

“Tahu tak benda tu melemaskan?”

“Tahu, tapi kena pakai juga.”

Belle mengeluh apabila tangannya ditarik merapat ke arah closet. Bilik sebesar dewan itu khas untuk pakaian saja. Agak leceh kerana dia perlu mengikut tema majlis kali ini.

Korset disarungkan ke tubuh langsing milik Belle. Pembantu semua sedang sibuk mencari baju yang sesuai untuk Belle. Rambut merahnya pula sudah didandan cantik dan sesuai untuk diletakkan tiara di situ.

“Okey, Miss Belle. Kecilkan perut dan tarik nafas.”

Belle menarik nafas sedalam-dalamnya. Suzy menarik tali korset hingga tiada ruang angin lagi yang boleh melaluinya. Belle menutup matanya menahan sesak.

“Okey, siap.”

Belle mengeluh.

“Aku tak pakai benda ni pun laki aku tergila juga la kat aku.” Gumam Belle. Bengang sungguh dia jika terdengar perkataan ‘majlis’ setiap kali. Jika dulu, dia hanya menggunakan kemahiran dirinya dan beberapa tukang solek untuk colet-coletkan make up di wajahnya.

Sekarang dia ada pembantu yang solekan ala-ala diraja dan dia harus patuh. Kerana dia adalah salah seorang dari kerabat ini.

Sebagai menantu yang paling badass.

Apa-apa yang dia tak suka, dia akan bantah semerta. Mungkin di dalam perdebatan dia boleh menang, tetapi kalau perdebatan dengan Rich, dia mudah kalah.

Sebab dia tahu kelemahan Belle di mana.

Tubuhnya disarung spring untuk nampak gown yang dipakainya mengembang. Kemudian, disarung pula satu lapis kain kembang berwarna putih. Kemudian, sarung lagi dengan kain kembang.

“Banyaknya...”

“Ada tiga layer lagi, Miss Belle.”

Belle mengeluh. Kali ini dia pasrahkan saja apa yang mereka lakukan terhadap pakaiannya. Akhir sekali, lapisan terakhir berwarna merah dan ada hiasan bunga merah di pinggangnya. Kemudian, disarungkan pula top dress berwarna merah juga.

“Wow. Red.”

“Cantik Miss Belle. You look... stunning.”

“I adore you, Miss Belle. You look like Little Red Riding Hood.”

“Hah, Little Red Riding Hood versi princess. Merah buat abang marah, aums!”

"Pandailah kau. Jumpa lembu jantan, aku ni la yang kena sondol dulu." Belle tersenyum.

Pembantu dalam istana ini kuat menyakat rupanya. Dulu, Belle akui yang dia sangat sombong dengan pembantu di istana ini. Setelah lama mengenali mereka, barulah Belle tahu mereka juga 'giler-giler’ sepertinya.

“Jangan lupa ni, Miss Belle.”

Belle menoleh ke arah Suzy yang menghulurkan sekotak kayu padanya. Belle buka lalu dia tersenyum. Dia tersenyum bukan kerana dia tertarik melihat Masquerade Mask itu. Tetapi mengingatkan tentang kejadian yang berlaku beberapa tahun yang lepas.
Bermula dari the Golden Masquerade inilah dia menemui realiti yang menyakitkan dan dia mula sedari dia dipermainkan. Bagai strategi catur yang dibuat oleh Joowan.

Kini, dia bebas. Tanpa ada lagi pengkhianat dalam keluarga.

Ah... Nostalgia.

Belle mengambil Masquerade mask itu dan menyuruh mereka memakaikannya. Siap sepenuhnya. Lengkap. Seperti kali pertama dia menjejaki majlis suatu ketika dahulu. Cuma kali ini, dia memakai gown yang kembang dan rambut yang diikat bun. Dengan penuh tatatertibnya, dia duduk dengan tubuhnya yang tegak kerana korset itu. Perlahan pembantunya memakaikan tiara ke rambut merah bersinarnya.

Dia sangat tidak sangka dia pergi ke tahap ini.

Dulu dia tertekan kerana orang sekelilingnya yang membuatkan dia tidak selesa. Kini, dia selesa berada di tempat yang ramai. Dulu, dia tiada keyakinan kerana ejekan dari rakan sekolah. Kini, pujian saja yang menjadi halwa telinganya.

Proud of myself.

Dari killer jadi princess? Biar betul.

Kini dia bertemu dengan dirinya sendiri. Cuma kali ini berbeza. Sangat beza.

Tiba masa untuk keluar dari bilik dan menunggu Rich untuk bersiap. Mereka akan turun beriringan. Jadi, beginilah di posisi Rich ketika ada majlis-majlis sedemikian. Sangat formal dan dia perlu jadi sopan sedangkan perangainya kontra sungguh dengan etika diraja.

“Wah, merahnya kamu.”

Belle menoleh ke arah lelaki yang ditunggunya dari tadi. Segak berbaju merah baldu. Berbagai lencana tersangkut di situ.  Tangan yang sudah bersarung tangan berwarna putih itu menyentuh pinggang Belle.

“Pakai korset?”

“Biasalah.”

“Permaisuriku.”

Tangan bersarung itu dihulur ke arah Belle. Sempat bibirnya terjungkit lalu membuang keluh kasar. Tangan lelaki itu disambar lalu menarik tangan Rich mengikuti langkahnya.

“Tak payah nak romantis sangat.”

“Kan birthday sayang hari ni.”

“Miss Belle, Miss Belle. Jangan jalan macam tu...”

“Miss Belle, nanti Permaisuri marah kalau jalan macam tu.”

Segala bebelan di belakang dibuat tidak tahu saja. Kata-kata mereka bagai angin yang meniup di tepi telinga saja dan kemudian, pergi.

“TENGOKLAH anak kau tu. Macam dah tak kenal aku dah asyik berkepit je dengan atok dia.”

Dua pasang mata kini terarah pada King Emmanuel yang memangku cucu kesayangannya di pangku. Dulu bukan main paksa untuk gugurkan cucu sulung dari kandungan. Lepas saja lahir, terus diberi arahan supaya anaknya tinggal bersama dia di istana.

Sekali sekala mereka pun datang berkunjung ke Istana untuk melihat keadaan anak mereka.

“Biarlah. Kita boleh tambah lagi.”

Rich tersenyum miang ke arah Belle.

“Aku pakai heels tau. Aku pijak kaki kau guna tumit, baru kau tahu. Gatal betul.”

“Aku gatal dengan kau juga kan? Bukan orang lain. Kang aku gatal dengan orang lain, baru kau tahu.”

“Eh apa gaduh-gaduh ni?”

Hazel melihat mereka yang berbisik keras antara satu sama lain.

“Adik ipar kau ni ada bau-bau nak anak baru.”

“Kau orang panggil kau aku lagi? Aku dengan dia dah ber'baby sayang’ tau.” Tiba-tiba bakal Raja Myandeur datang menyampuk. Ricky.

“Euw.” Balasan pendek dari Belle mengundang gelak antara mereka di tengah lautan manusia yang sedang menari. Dia sudah cakap dari awal perkahwinan mereka bahawa dia tidak akan menggunakan panggilan semanja itu. Geli!

“Lantaklah dia panggil aku kau je. Asalkan perasaan dia dengan aku takkan pernah berubah sejak dulu, kan, sayang?”

Semerta merah wajahnya apabila mendengar Rich memanggilnya sayang untuk pertama kali!

Tiga pasang mata memandang wajah putih kemerahan milik Belle. Kemudian, pandangan mereka beralih ke arah Rich pula.

"Malu tapi mahu ni... dasar ego."

"Diam!"

"Aku nak bawa isteri aku keluar kejap. Jom sayang."

"Jom baby."

Belle menutup mulutnya dengan tangan. Bila dia mendengar orang lain panggil menggunakan panggilan manja, terasa menggelikan. Bila orang tu Rich, dia jadi mengasyikkan. Kenapa ya?

"Aku tak sangka..." Rich membalikkan tubuh Belle lalu memeluknya dari belakang.

Belle hanya mengikut tubuh gagah itu menghayun ke kanan dan kiri mengikut irama lagu.

"Tak sangka cerita kita, boleh jadi happy ending."

"Aku pun sama."

Lama diam...

"Jap, maksudnya cerita kita akan ada dalam buku sejarah ke?" Soal Belle polos.

"Ada."

"Dekat sekolah mana?"

"School of Myondeur Ficcione (Sekolah Fiksyen Myondeur). Dan sekolah tu takkan wujud, terima kasih."

"Huh?"

TAMAT

°°°

1025 WORD

Thanks for reading 🤍

Saya ada buku lain yang complete. Boleh ke SignorinaRoselle dan cuci² mata.

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro