B T G M : THE GOLDEN MASQUERADE MASK
Pakaiannya dibelek depan cermin. Bridal long skirt berwarna merah itu elok terletak pada tubuh Belle. Bajunya yang mengikut lekuk tubuh itu bakal memukau segala jenis mata ke ranjang. Bajunya yang di bahagian belakang pula terdedah hingga ke atas punggung.
Rambutnya yang lurus di kerinting semula agar nampak beralun. Pembantu di sebelahnya merapikan pakaiannya dan mendandan rambutnya.
Tangan halus itu disarung dengan sarung tangan hitam yang berenda. Entah kenapa misi kali ini papanya tidak menyuruh dia untuk menyamar menjadi orang lain. Walaupun terasa janggal, tetapi dia turutkan saja.
Tiba masanya untuk memakai Masquerade Mask berwarna emas yang berada di dalam kotak kayu. Walaupun sekadar topeng, tetapi kelihatan sangat mewah dan bukan calang-calang gadis saja boleh memakainya.
Perlahan Masquerade itu di bawa ke wajah mulus milik Belle. Dibawa tali pengikat Masquerade itu ke belakang kepalanya lalu diikat kemas. Rambut yang terselit antara kepala dan tarik itu dikeluarkan. Cincin pemberian Rich dipakainya.
Cincin itu dibelek lagi. Muat dengan jarinya. Rich seperti sudah tahu saiz jarinya tatkala ini. Wajahnya diangkat semula.
Kini, rambut beralunnya itu kembali bebas. Dia tersenyum melihat gadis yang berada di dalam cermin itu. Insecurity yang membawa dia ke arah kejayaan.
Stunning.
Gorgeous...
Addicted...
"Princess?"
Belle tidak menoleh, sebaliknya dia hanya tersenyum melihat dirinya di cermin. Tidak lama itu, sepasang kaki menghampirinya dengan senyuman di bibirnya.
"You're look sweet, princess."
"But, psycho."
Pisau yang siap diasah terletak di atas almari cermin dicapainya. Kain bridal miliknya diselak hingga ke betis. Pisau itu disangkut ke kantung yang berada di paha lalu dia rapikan semula kain.
Lelaki itu hanya tergelak kecil. Dia tahu gadis ini licik. Disebabkan itulah dia membela gadis ini. Suatu hari nanti, pasti terbalas juga dendamnya terhadap keluarga yang sudah membuatkan hatinya menjadi kering.
Kasihan? Sudah tiada dalam buku hidupnya.
Dia menghulurkan tangannya kepada Belle. Belle menyambut dengan lembut dan elegan lalu punggungnya diangkat. Bridal long skirt itu dibelek beberapa kali lalu pembantu menyarungkan kasut tumit tinggi juga berwarna merah hati sama seperti Bridal yang dipakai oleh Belle.
"Remember, dear princess. Ingat rancangan kita."
"Jangan risau, papa. Aku akan buatkan kau bangga dengan aku nanti."
Bibirnya yang merah menguntumkan senyuman sinis. Di kepalanya sudah bermain scene di mana dia perlu aturkan strateginya nanti.
"I'm always proud of you."
Kakinya yang tersarung heels merah itu bergema satu Mansion apabila tumitnya bertemu dengan lantai. Pandangan penghuni di dalam Mansion itu juga terarah pada gadis serba merah dengan Masquerade Mask berwarna emas di wajahnya.
Kulit yang putih terlihat lebih menonjol apabila gabungan merah hati dan emas itu berada di tubuh gadis itu. Siapa yang memandang pasti ternganga.
"Wow, the fallen dark angel."
"Gorgeous..."
Bisikan pembantu di rumah itu membuatkan Belle tidak habis gelak di dalam hati. Terasa bangga diri kerana dia tidak pernah dianggap cantik sewaktu dia dibangku sekolah.
Kalau dulu dia sering terdengar makian, cacian, hinaan dan herdikan. Kini, dia hanya mendengar pujian... dan tiada siapa berani menghinanya lagi selepas ini.
Because I'm not the old me. And now, I'm the new me.
Sesampai di kereta, pintu dibukakan oleh seorang pembantu. Perlahan dia menghenyak punggung di tempat duduk bahagian belakang. Pintu ditutup lalu kereta mula dipandu.
"Hye Dear Gorgeous."
Mendengar suara lelaki yang berada di sebelahnya itu terus keningnya berkerut. Kepalanya pantas menoleh ke arah lelaki itu. Wajahnya bertukar tegang.
"Apa yang kau buat dekat sini?"
"Kau tak tahu ke yang aku bakal jadi partner kau dalam majlis ni?"
"Partner? Papa aku tak cakap apa-apa pasal partner."
Mr Gun hanya tergelak mendengar kata-kata dari Belle tadi. Belle menggetap gigi menahan gelodak api yang membakar pembuluh hatinya.
"Tengoklah sendiri kau bila jumpa aku macam mana? Selalu dingin. Sebab tu papa kau tak bagitahu ada partner ataupun tidak."
Dalam hati Belle mula menyumpah seranah orang tua itu. Sejak dari pertama kali mengenali lelaki itu dia tidak selesa. Dengan tatapan aneh dan tidak boleh dibendung itu membuatkan Belle tidak senang duduk.
Sering terasa dirinya seperti ada berbuat salah atau sebagainya pada penampilan.
"Punyalah banyak lelaki dalam dunia ni. Kenapa kau juga jadi partner aku? Bodoh punya orang tua."
Masih lagi bersisa geram kepada papanya itu. Terasa sudah hilang hormatnya kepada lelaki itu selepas ini.
Mr Gun hanya tersenyum sinis. Dalam strateginya kali ini, dia akan merebut semula gelaran sebagai seorang pembunuh lelaki termuda di Eropah dan sekali gus menjadikan gadis di sebelahnya itu salah seorang wanita simpanannya.
Oh indahnya...
"Kau ingat strategi kau?"
"Aku tahu kerja aku."
Mr Gun hanya mengangguk sambil keningnya terangkat sarkastik. Tidak terkesan langsung dirinya dek layanan kasar gadis itu.
Mata Mr Gun melirik ke arah tubuh yang dia idamkan itu. Dari atas hingga ke bawah. Rambut merah gadis itu tambah lagi keinginan untuk dia memiliki Belle.
Segalanya rancangannya berada dalam poket. Hanya perlu bersedia di tempatnya.
Sesampainya di hadapan garaj setinggi beberapa kaki ke langit itu, kereta berhenti tepat di karpet merah. Mata heterochromia itu mengerling ke arah bangunan megah bak istana itu, pemandu keretanya turun dan menuju ke arah pintu Belle dan membukanya. Belle menarik nafas dan hembus perlahan untuk mencedok semula kekuatan dan keyakinan diri.
Selepas saja bersemuka dengan lelaki di sebelahnya ini terus runtuh segala strateginya yang diatur cantik di kepalanya tadi.
Kedua kakinya diletak ke tanah terlebih dahulu sebelum bangkit dari duduknya. Kerdipan lampu yang mula mencucuk-cucuk kornea mata cuba distabilkan. Sesekali bibirnya tersenyum manis ke arah kamera.
Disebabkan yang membuat majlis ini adalah kerabat Diraja, jadi wartawan juga tidak melepaskan peluang untuk mengisi isu berkenaan hal ini.
Dan Tuan Putera itulah yang menjadi mangsanya sebentar saja lagi. Majlis ini akan menjadi tragis buat keluarga Tuan Putera itu.
"Come, honey."
Terus tegak tubuh Belle apabila terasa tangan lelaki itu melilit dipanggangnya. Jika tidak difikirkan tentang misinya untuk datang ke sini, sudah pasti lelaki itu terkena penumbuknya.
"Boleh tak kau lepaskan aku? Rimas!" bisik Belle agak keras. Tangannya juga cuba menolak lengan kekar itu dari pinggangnya. Mr Gun yang mendengar hanya tersenyum kepada camera yang tidak habis mengambil gambar mereka.
Semakin gadis itu berontak, semakin dia rapatkan jarak tubuh mereka.
"Diamlah sayang..."
Ruang yang menempatkan beribu-ribu manusia itu diredah saja. Dalam kerumunan manusia, itulah kesempatan untuk Belle menjauhi lelaki itu. Terus pegangan di pinggangnya terlerai.
Belle menarik nafas lalu dihembus berat. Tidak bebas dia bersama lelaki itu. Jika dilayan lagi, mahu tidak siap semua kerjanya.
Pakaian yang serba klasik menyapa kornea matanya. Dia seolah-olah berada di istana keemasan di Eropah. Di sekelilingnya tidak sarat dengan perabut hanya meja makan saja yang tersusun di tepi. Ruang tengah halaman yang besar itu dikosongkan.
Seperti kebiasaannya, dia menjadi perhatian mata-mata yang berada di situ. Masing-masing berbisik dengan rakan mereka. Bunyi tumit kasutnya bergema di dalam ball hall itu. Tepat di tengah hall, dia berhenti melangkah. Candelier betul-betul berada di atasnya tetapi jauh.
Belle berdiri megah di tengah halaman itu membuatkan ramai gadis dan tetamu di situ memandangnya tanpa lepas. Memandangkan Golden Masquerade yang terlekat pada wajahnya adalah bukan semua orang dibenarkan untuk memakainya.
Hanya orang yang ternama dan berdarah raja saja yang memakainya. Bila difikirkan semula, dia bukanlah anak raja. Tapi mengapa dia harus memakai Masquerade berwarna emas ini?
Dong! Dong! Dong!
Semboyan telah berbunyi menandakan kehadiran rombongan Diraja bakal tiba. Tangga yang digagahkan dari tiang Roman itu menjadi tontonan apabila lagaan kasut bertumit bergema di ruangan itu. Seorang lelaki tegap yang mengenakan Golden Masquerade didampingi dua orang pengikut setia Diraja itu menjadi tontonan.
Berjalan penuh berkarisma menuruni tangga kembar siam itu. Gadis-gadis yang berada di hall itu mula menyenggol bahu rakan masing-masing.
Belle menyembunyikan senyuman sinisnya. Tak usah tergedik, aku bakal membakar badan putera pujaan kau orang hingga menjadi abu. Sempat Belle bersuara di dalam hati mengutuk gadis-gadis itu.
Sampai saja di pertengahan tangga yang menemukan dua tangga itu, kaki panjang mereka berhenti melangkah lalu meletakkan tangan di belakang sambil wajah mendongak ke langit.
Mereka semua membuat bouncing sambil tangan memegang kain baju ball party mereka. Belle hanya berdiri tegak apabila semuanya menunduk hormat lalu bangun kembali.
Mata sang putera terhenti pada seorang gadis yang berdiri tegak di pertengahan pulau manusia itu. Hanya dia saja yang tidak menunduk pada sang putera. Yang paling menarik perhatiannya adalah Masquerade yang gadis itu pakai.
Sama seperti Masquerade kepunyaannya yang berkilau keemasan. Aksesori saja tidak terlalu gah seperti topeng di wajah gadis itu.
"Tuan putera..."
Salah seorang pengikutnya mula bersuara apabila matanya disapa seorang gadis yang enggan menundukkan tubuhnya tanda hormat pada sang putera, tetapi sang putera hanya memberi isyarat supaya membiarkan gadis itu.
Pengikut Diraja hanya menurut.
"Ladies and gentlemen, it is my pleasure here to introduce the Honorable Sole Prince of the Kingdom of Myandeur, Prince Riccardo Myondeur will be conferred the throne of King after King Myondeur."
Mendengar penjelasan dari dua ulas bibir pengacara majlis itu, dalam tidak sedar keningnya yang terlindung Golden Masquerade itu terangkat. Cabaran untuknya kali ini adalah mangsanya betul-betul anak tunggal raja.
Dalam tenggelamnya dia di dalam lautan manusia, dia mengangguk mengerti. Mungkin ada hal yang tidak kena antara papanya dan juga si putera raja itu.
Mungkin ada dendam kesumat yang membara di jiwa lelaki itu. Dalam fikiran Belle, mula membuat spekulasi berkenaan kisah dendam antara papanya dan keluarga diraja ini.
Belle yang mengelamun tadi kini terpempan dengan renungan sepasang mata biru dari atas pentas itu. Mata itu tepat merenung hingga mahu berlubang wajah Belle dibuatnya.
Belle hanya tersenyum manis ke arahnya. Senyumannya hanya dibalas dengan renungan yang tajam itu. Gadis itu hanya membiarkan. Dia yakin bahawa dia akan dipilih untuk menari bersama Putera Raja itu.
Tidak semena-mena, pinggangnya terasa diraih mendekat ke arah satu tubuh hangat.
"Let's dance."
Mata heterochromia itu menjeling tajam. Putera Raja juga sudah mengalih pandangannya ke arah lain.
"What's wrong with you?"
Bisik Belle hanya keluar dari celahan giginya. Dia berusaha menyembunyikan raut wajah kebenciannya di khalayak ramai.
"We are partner. Takda benda yang salah pun, kan?"
"Kau ganggu kerja aku, faham tak?"
"Ladies and gentlemen. Pada hari ini, adalah hari keputeraan The Honorable Sole Prince of the Kingdom of Myandeur. The Honorable Prince will choose one of you to being his partner. And please choose your partner to dance at the ball."
Sesudah pengumuman itu diumumkan, Putera Raja perlahan menuruni tangga dan mula mencari pasangan untuk dirinya. Matanya masih memandang tepat ke arah Belle.
Mata mereka bertembung. Ada satu rasa aneh yang secara perlahan membunuh niat pertamanya apabila melihat sepasang mata biru itu dengan lebih dekat.
Raut wajahnya yang tegang di sebalik topeng tadi kian kendur.
"Jom pergi ke ball."
Belle tersentak lalu hanya menurut langkah kaki Mr Gun. Semua di situ kini berpasangan. Putera Raja juga sudah mempunyai pasangan. Gadis yang separas bahunya itu menggeletis kegembiraan apabila dia terpilih untuk berada di sisi Putera Raja.
Cis, lelaki ini sengaja merosakkan rancangannya.
Kini, mereka berhadapan antara satu sama lain dan juga beberapa pasangan kekasih turut memenuhi ruang. Lima sebelah kanan dan lima sebelah kiri. Putera Raja mengambil tempat berhadapan dengan gadis yang mengenakan Golden Masquerade pada wajahnya.
Sepasang mata biru itu kembali menjamah wajah Belle. Belle masih menjulang ego walaupun dia tahu lelaki itu sedang menatapnya tanpa lepas.
Tergelak sinis dia di dalam hati seketika. Jarang untuk orang menolak kecantikan yang berada pada Belle. Walaupun wajahnya terlindung dengan kain sekalipun, tetap dapat tebak yang dia adalah seorang gadis yang jelita.
Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro