Chào các bạn! Vì nhiều lý do từ nay Truyen2U chính thức đổi tên là Truyen247.Pro. Mong các bạn tiếp tục ủng hộ truy cập tên miền mới này nhé! Mãi yêu... ♥

B T G M : SPOIL PART

Tubuhnya perlahan diletakkan di atas katil. Mata bundarnya memandang tepat ke mata biru milik lelaki itu. Tubuh tegap yang menyesakkan nafasnya masih berhampiran dengannya.

Perlahan dia cuba menelan realiti. Matanya menjamah wajah yang seakan-akan insan yang dia cintai.

Tangan halusnya naik menyentuh rahang lelaki itu. Matanya tidak beralih pada sepasang mata yang pernah menenggelamkannya dalam lautan cinta.

"Kau... Rich ke?"

Mata biru itu redup memandang Belle.

"Kenapa? Kau nak aku jentik dahi kau dulu, baru kau percaya?"

Jentik dahi...

Ayat itu membuatkan air matanya laju meluncur ke pipi. Dia rindu!

Rich melabuh punggungnya di birai katil lalu memegang kedua belah pipi Belle. Air mata yang mencumbui pipi mulus gadis itu diseka menggunakan ibu jarinya.

"Jangan nangis, please."

"I'm happy..."

"Ehem!"

Drama air matanya terhenti apabila mendengar seseorang berdeham. Melihat gadis bermata hazel itu menghampiri, Belle memegang tangan Rich lalu menurunkannya ke riba Rich.

Gadis yang pernah melilit tangannya ke tangan Rich ketika mereka dijemput di ruang santap diraja.

"Hazel."

"Ganggu ke?"

"Duduklah sini. Aku ada hal kejap."

Rich meninggalkan Belle dan Hazel berduaan di dalam bilik.

"Hai Belle."

Wajahnya yang mendung tadi dipanggung apabila namanya dipanggil.

"Hai..."

"Rich cerita macam-macam pasal awak dekat saya. Dia luah dekat saya, yang dia cintakan awak. Dan ya, kami pun tak melanjutkan hubungan sebab kami tidak saling mencintai. Takut pisang berbuah dua kali. Saya rasa awak dah tahu kes Permaisuri Maria Ann, kan?"

Belle mengangguk. Dia ingat segala King Emmanuel katakan fakta tentang kematian Permaisuri.

"Hari tu pun, atas rancangan King Emmanuel."

"Aku... tak faham dengan konflik keluarga ni."

"Panjang ceritanya." Satu suara garau menyampuk mereka.

Mata masing-masing tertumpu kepada Rich dan Ricky yang baru saja masuk di dalam ruangan itu.

“MEMANG aku bukan Tuan Putera yang bakal menerima takhta pun. Yang penerima takhta tu abang aku, Riccardo.”

"Eh, Riccardo bukan kau ke?" Belle menggaru kepalanya yang tidak gatal.

“Kau tak perasan ke nama panggilan kita orang pelik sikit? Dan nama aku Ricky, nama dia Rich? Dialah Richardo. Aku Riccardo.”

“Kenapa kau orang tukar nama?”

“Dari kecil lagi kita orang memang diajar begitu. Aku anak sulung dan tujuannya nak sembunyikan identiti aku yang sebenar sebab kes ni. Aku nampak apa yang terjadi dengan ibu kau dulu. Aku rapat dengan ibu kau dulu, dia sangat baik.”

Ricky memandang tangannya lama kelamaan dia tenggelam dalam dunianya. Dia membayangkan semula kejadian yang meragut nyawa seorang yang bergelar ibu kerana melindunginya. Dia tidak pernah menganggap wanita itu adalah mak ciknya. Dia menganggap wanita itu sebagai seorang ibu.

“Lepas dia dibunuh, aku nak keluar. Tapi aku baru teringat yang dia kunci aku dalam bilik. Dia betul-betul lindungi aku sebab dia tahu aku anak siapa. Beberapa jam lepas tu, ayahanda datang dan ambil aku dia jaga aku tapi bukan di istana. Sebab tu Rich tak kenal aku lagi. And Mr Gun tu... Mirinda dan Joowan tak tahu pun yang aku adalah Mr Gun.”

“Jadi, kau pun pembunuh?”

“Aku bunuh penjenayah je. Sama juga macam kau. Kau pun bunuh penjenayah. Tapi di mata Mirinda dan Joowan, kau adalah pembunuh terhebat. Yang selalu call kau tu maid kat istana sebenarnya. Dia memang mahir bermain dengan suara.”

Belle mengangguk faham. Jadi itulah kebenarannya yang selama ini ditutup dengan penipuan terancang dari Joowan dan Mirinda.

“By the way, aku nak minta maaf sebab dah buat kau orang pun masuk campur dalam hal ni. Sebenarnya, masa yang aku nak culik kau dekat majlis Rich tu, aku nak kau selamat dalam jagaan aku. Tapi, aku tak tahu pula kau orang dah kenal dulu. Terpaksa tukar plan masa tu.”

Melihat senyuman mengusik Ricky, mengundang bahang di wajah kedua pasangan itu. Mereka sama-sama mengingatkan momen di istana singgah beberapa bulan yang lalu. Sehingga bukti keterlanjuran mereka itu membukit di rahim Belle.

Dia teringat sesuatu. Bahu kirinya diselak. Jelas kesan parut di situ.

“Kau hampir bunuh aku, ingat tu. Sampai berparut bahu aku.”

“Oh. Sorry.”

Ricky membuat wajah tidak bersalah. Teringat dia ketika lelaki itu mengajaknya untuk ikut bersama. Bahu Belle menjadi tempat lepas peluru. Habis cacat dibuatnya.

"Berparut pun Rich berselera juga."

Rich yang baru mahu meneguk air terus tersedak mendengar seloroh Ricky.

“Masa tu, memang Joowan ada merancang dengan aku. Dia memang serahkan kau pada aku setelah kau bunuh Rich. Aku risau bila kau berduaan dalam bilik dengan adik aku ni. Bila-bila masa Rich akan terbunuh. Sebab tu aku buat kacau bilau dekat majlis tu. Tapi, I thought, I was to late. But no. Dan aku pelik, selalunya kau akan tamatkan riwayat mangsa kau tu tepat pukul dua belas malam. Kali ni, kenapa....”

“Dia nampak tatu kita.”

“Tatu kita?” Belle keliru.

Belle memandang Rich yang tersenyum penuh makna padanya. Kini Rich dan Ricky pula berpandangan antara satu sama lain. Perlahan Ricky mendekati Belle yang dari tadi kelihatan keliru. Dia membuka empat butang teratas lalu menunjukkan tatu yang berada di tempat yang sama seperti Rich punya. Dan warna merah.

“Aku punya warna merah, dia punya warna biru.”

Belle mula mengingati corak dan warna tatu milik Rich. Tatu Naga pada dada Rich itu berwarna biru.

“Ini antara salah satu aku percaya yang dia adalah abang aku.”

Teringat ketika dia berkeras tidak mempercayai semua apa yang dibicarakan oleh Ricky tempoh hari. Rupanya keluarga ini berada di atas papan catur Joowan.

“Eh kejap. Macam mana dia boleh tahu tatu kita ni? Kan kat dalam baju?”

“Takyah tanyalah. Menyemak je.” Belle menjeling Ricky yang mula tersengih kerang.

“Dan nak tahu sesuatu tak? Mirinda dengan Joowan tak tahu yang aku memburu orang jahat. Apa yang dia orang tahu aku duduk dengan ayah aku. Padahal aku sibuk jadi ‘Mr Gun’ sebab nak follow the flow.”

“Kau berani ambil risiko. Aku pun sayang nyawa.” Seloroh Belle mengundang jelingan tajam kepadanya. Ricky membuka sarung tangannya yang dari tadi dia pakai. Peluh!

“Apalah salahnya berkorban untuk negara, kan?”

Sarung tangan dicampak ke arah bodygurard yang sentiasa mengikutinya. Lelaki itu kelam kabut menyambut sarung tangan lelaki itu. Kening Belle berkerut melihat wajah yang dia amat kenal itu.

“Jadi, tak salahlah ni. Parut dekat pipi bodyguard kau. Patutlah familiar je muka dia ni. Rupanya pengikut kau.”

“Aku gelak je tengok muka dia. Dengan perempuan pun kalah.”

“Tak guna punya putera.” Belle menggeleng kepala melihat Ricky tersengih kerang.

Ricky gelak perlahan tetapi bahunya memain peranan. Sengaja memberi respon begitu. Biar mereka rasa menyampah.

° ° °

1038 word

Jangan lupa vote and comment!

Dan ya ini adalah second last chapter.

Cerita ni pendek je? Yes, sebab ni versi ebook yang saya tulis 2022 hari tu. Saya dah pernah jual dah pun.

Samalah macam CHAHAYA AL-QAMAR. Cerita tu pun dah complete. Siapa layan cerita sedih² bolehlah baca yang CAQ tu.

Kalau ragu dengan cerita CAQ tu, korang boleh pi ke IG saya, dan tengok bahagian TAG IG tu. Ada banyak review dari pembaca saya.

Okey tu je thanks.

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro