B T G M : POISONOUS SEDUCE
BAB 1
10 tahun kemudian,
Sepasang mata heterochromia tepat memandang ke arah target. Tangan kirinya diangkat separas bahu dengan posisi tubuh yang menyerong ke arah kanan. Hujung tangannya terdapat Glock yang sudah membunuh berjuta orang.
Rambut panjangnya yang menutupi wajahnya ditiup ke atas. Jari telunjuk bersedia menekan picu.
Bang!
Bang!
Bang!
Picu ditekan sebanyak tiga kali. Serentak itu, peluru yang sudah digunakan terjatuh ke lantai.
“You doing well, my princess.”
Belle hanya membisu. Tepukan dari orang itu hanya disambut dengan senyuman sinis Belle. Semenjak dia 15 tahun, dia balik ke keluarga asalnya di Myandeur. Sudah lima tahun dia belajar memegang dan mengendalikan ‘kerja’ tidak rasminya.
Kerja tidak rasminya sentiasa berjalan lancar dan tertib. Ambil beberapa tahun juga untuk dia melembutkan tangannya apabila memegang benda berbahaya ini. Glock yang berada di tangannya dipandang. Pemegang Glock berwarna hitam itu dan terdapat logo Ying dan Yang.
Logo itu sinonim dengan dirinya. Dan logo ini jugalah yang meyakinkan Belle bahawa ini adalah papanya yang asli. Kerana syarikat papanya juga menggunakan konsep ying dan yang. Bukan setakat itu, papanya mengatakan bahawa ying dan yang ini umpama Belle kerana irisnya yang berbeza.
Glock diletakkan di atas meja. Dia tersenyum puas melihat apa yang dia kecapi selama dia di sini. Dia banyak menumpaskan markas operasi mafia yang berada di Myandeur ini. Dan dia juga adalah Assassination girl.
Beberapa orang sudah menjadi mangsanya dan dia dibayar dengan harga tertinggi. Dia bangga dengan apa yang dia kecapi hari ini. Dia adalah assassin girl terulung dan termuda.
Tempat inilah yang sudah mendidik dia begini. Papanya juga adalah salah seorang mafia berpengaruh di sini. Jadi, dia mengajar gadis itu untuk mempertahankan diri pada mulanya.
Apabila dia ternampak ada sesuatu yang bermain di fikiran gadis itu, papanya mendidik dia menjadi seorang assassin. Matanya penuh dengan dendam apabila dia ternampak gambar sekolahnya.
Kalau dulu, dia selalu menyalahkan dirinya kerana hidup di bumi. Kini, dia tarik semula apa yang dia katakan. I’m proud to myself.
Telefon bimbitnya berdering. Matanya terarah pada sebaris nombor yang tidak dia kenali. Matanya memandang ke arah papanya sebentar. Simbol hijau ditarik ke atas untuk menjawab.
“Yes? Belle speaking.”
Senyap.
“Location?”
Senyap.
“Payment first before start.”
Senyap.
“Duit ada, aku jalan.”
Panggilan ditamatkan.
“Ada kerja?”
“Yup. Lepas dia bayar, I’ll start.”
Belle membuka glove yang berada di tangannya. Kakinya diatur ke arah patung yang terpasung di hujung padang. Dia tersenyum serong apabila melihat kepala patung itu berlubang tiga.
Headshot!
“Nice, Belle.”
Rambut Merah miliknya ditiup angin petang yang sepoi-sepoi bahasa. Dia tidak suka mengikat rambutnya dan lebih selesa melepaskannya saja. Sewaktu melakukan kerja juga dia melepaskan rambutnya.
Disebabkan ramai mangsanya adalah lelaki, jadi dia menggunakan kebijaksanaan dia untuk memancing nafsu mangsanya sehingga mangsanya cuai dengan keadaan sekeliling. Dan itulah waktu yang tepat untuk mulakan langkahnya.
Kaki diatur keluar dari padang itu. Terus dia masuk ke bahagian dapur lalu punggungnya dilabuhkan disalah satu kerusi tinggi di island.
“Orange juice.”
Maid mengambil gelas dan sekotak air feelfresh di dalam peti ais lalu perlahan dituang ke dalam gelas. Air diletakkan di atas island. Belle meneguknya rakus. Cuaca yang panas membuatkan tekaknya dahaga.
Apabila sudah puas minum, dia mengambil telefonnya yang berada di dalam poket tadi. Dua mesej masuk. Matanya ralit memandang skrin sambil tersenyum sinis.
“There, there... we’ll meet you, darl.”
Gambar resit pembayaran dan juga gambar mangsa sudah berada di tangan. Nampaknya, malam ini dia harus mulakan operasi tidak rasminya. Segala rancangan sudah diatur dalam kepalanya.
° ° °
Wajahnya dibelek di dalam cermin bedak compact miliknya. Wajahnya yang tiada cacat cela itu membuatkan ramai lelaki terpegun.
Matanya yang berbeza ditutup salah satunya dengan warna mata yang sama. Dia tidak akan tunjuk yang dia punyai mata yang berlainan dari semua.
Senanglah dia dijejak nanti jika dia menunjukkan warna matanya yang asli. Kali ini, dia menggunakan matanya yang biru. Contact lenses yang berwarna sky blue dipakai pada mata kiri.
“Sempurna.”
Bajunya yang pendek dan ketat itu dibetulkan. Matanya memandang sekeliling sebelum pintu dibuka. Kaki panjangnya keluar dari kereta terlebih dahulu.
Bodycon red dress tanpa lengan yang elok terlekat pada tubuhnya itu ditarik sedikit ke bawah. Skirtnya sangat singkat! Beg hitam berjenama Burberry bersaiz mini itu disangkut pada pangkal bahu.
Wajahnya ditinggikan. Peha putihnya semakin kelihatan apabila lampu jalan menyimbah cahaya kepadanya. Dari depan pintu lagi dia sudah perasan mata nakal penjaga pintu belakang itu. Sengaja dia melenggok tubuhnya.
Sesampainya di hadapan lelaki itu, senyuman manis membunuhnya dilayarkan. Lelaki itu tersenyum nakal sambil matanya menjamah tubuh sexy seperti model itu.
“Invitation card?”
“Card?”
Belle menjungkit keningnya. Beg hitamnya dibuka dan dia menarik satu kad sebelum dia bertindak merapatkan tubuh kepada lelaki tegap itu.
Tubuh kekar itu disentuh bahagian pinggannya lalu diselitkan sekeping kad dicelah tali pinggangnya. Lelaki itu tidak melepaskan peluang menghirup bauan yang berada di tubuh menggiurkan itu.
Belle mengangkat wajah sempat bibir merahnya disinggahkan ciuman sekilas pada dada bidang lelaki itu. Dia terus masuk dan meninggalkan lelaki itu dengan kad yang berada di pinggang lelaki itu.
Kad yang berada di pinggangnya diambil. Kad bisnes. Lelaki itu menoleh ke belakang mencari kelibat gadis tadi, tetapi sudah menghilang. Kad bisnes itu dibaca lalu disimpan. Sempat dia mencium untuk mengambil bau sedangkan kad itu adalah kad palsu.
Entah syarikat mana Belle ambil pun dia tidak tahu. Dia tahu benda itu bakal berguna akan datang.
Matanya mencari mangsanya tetapi masih tidak dijumpainya. Mata liar masing-masing mula menjamah tubuh putih itu. Siulan nakal juga kedengaran. Dalam hati Belle sudah menyumpah seranah sedangkan riak wajahnya hanya tenang.
Setiap mata yang memandang mempunyai dua niat, yang satunya memandang kerana nafsu serakah, yang satu lagi pula memandang penuh kedengkian kerana mereka tidak secantik gadis yang berada di tengah laluan itu.
Dalam tidak sedar, dia mengulum senyum sinisnya.
Ramai yang tidak tahu konsep strateginya. Jika dilihat kembali dengan kes-kes pembunuhan yang dia lakukan, semuanya berlaku dengan cara yang sama.
“Hye, blonde girl.”
Tiga lelaki menghampirinya. Mata mereka meliar dari atas ke bawah. Bagai hendak tembus pandangan mereka ke tubuhnya.
Perlahan wajahnya diangkat ingin melihat wajah lelaki yang mengepungnya. Matanya statik memandang orang yang berada di hadapan. Wajah hitam manis itu dipandang.
We got our target.
“Auch!”
Tubuh Belle hampir jatuh, tetapi disambut kemas sepasang tangan. Leher lelaki di hadapannya itu dipeluk. Bibir merahnya dirapatkan ke telinga lelaki itu. Sempat bibirnya mengucup pipi hitam manis itu.
“I’m yours.”
Bisikan itu menyentak naluri lelakinya. Jantungnya berdegup kencang apabila bauan pada tubuh gadis di hadapannya ini telah menggoncang keinginannya.
“I’ll be your Belle, you’ll be my beast.”
“And I can ride you non-stop.”
Serasa tubuhnya melayang dan terus dibawa pergi. Mata mereka bersabung tanpa beralih sedikit pun. Dalam hati, Belle sudah bersorak riang. Tidak kisah dengan mata yang memandang. Sampai saja ke tingkat bawah rumah itu, Belle memagut bibir lelaki itu sehingga sampai ke bilik.
Tubuh Belle dilemparkan ke atas katil. Jam yang berada di dalam bilik dikerling. 11: 53 malam. Lelaki itu berdiri di hadapan Belle dengan wajah miang. Kasut tumit tinggi yang tersarung di kaki perlahan dicabut satu per satu.
“I can’t wait.”
Tak sabar temu ajal ke? Belle sempat menyindir mangsanya. Tangan lelaki itu ditarik kasar lalu dilempar ke katil. Tersenyum-senyum bibir lelaki miang itu apabila diperlakukan kasar oleh Belle.
Ding! Dong! Ding! Dong!
Senyuman sinis semakin kelihatan. Beg yang tidak jauh dari mereka dicapai lalu sebilah pisau pantas menghiris tenggorok lelaki itu.
Let me be your Belle-killer.
Kini dia membenamkan mata pisau ke tenggorok lelaki itu hingga tiada pergerakan lagi pada tubuh itu. Darah yang memercik ke tubuhnya dilap menggunakan bahagian baju yang tidak terkena darah. Pantas dia bertindak. Dia keluar dari bilik itu lalu terus menuju ke arah keretanya.
Hoodie dicapai lalu dia menyarung ke tubuh. Kepalanya ditunduk dan membawa kereta itu tenang membelah jalan raya tanpa rasa serba salah. Malah dia bergelak-ketawa di dalam kereta apabila dia berjaya menjayakan misinya kali ini.
Begitulah konsep dan strateginya. Dia datang ke majlis lambat dalam 11:30 ataupun lambat dari itu. Jika jarum jam sudah menunjukkan angka 12, dia akan mulakan pembunuhan.
Konsep Cinderella.
Datang last minute, dapat tawan hati putra raja, tepat pada pukul 12 malam, dia akan berubah menjadi seperti biasa semula.
Samalah juga konsep Belle. Datang majlis lambat, tawan mangsa dan kemudian, bunuh pada pukul 12 malam.
Kadang-kadang, cerita budak pun boleh jadi berguna, bukan?
Rambut palsu berwarna blonde itu dicabut cepat dari kepala. Terhurai rambut merah beralunnya yang separas pinggang itu. Matanya terarah pada cermin pandang belakang, berjaga-jaga dengan sekeliling.
Contact lenses dibuka lalu disimpan. Apabila yakin bahawa tiada kereta yang mengikutinya, dia berhenti sebentar. Kaki panjangnya yang bogel itu keluar dari kereta lalu nombor plat kereta palsu itu dicabut dan dimasukkan ke dalam kereta.
Tubuhnya seolah-olah hanya mengenakan sweater hoodie labuh hingga bawah punggung. Sedangkan dalamnya terdapat pakaian yang terkena tempias darah tadi.
Wajahnya tiada riak serba salah mahupun menangis. Dia sentiasa mendidik sikap dendamnya agar tidak terpadam. Dia punya tekad setelah dia dibuli dengan teruk dan ramai yang mengatakan yang dia sudah gila.
Perasaan sedih dan gembira seperti jarang-jarang dia dapat rasakan tika ini. Hanya dendam, sinis dan dingin saja yang menyelubunginya.
Jika dia ketawa, belum tentu ikhlas. Jika dia menangis, percayalah yang itu hanya palsu. Dia ada kelemahan sendiri. Tapi, masih kurang jelas apa kelemahannya.
Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro