B T G M : OUR SWEETBITTER MEMORY
WALAUPUN satu istana dan sebumbung, tetapi mereka berasingan bilik. Jarang-jarang dapat dilihat wajah lelaki yang membuatkan dia gila dulu. Sedar tidak sedar sudah hampir tiga hari mereka di istana ini tanpa bersemuka.
Mereka sebenarnya bersemuka, tetapi gadis bermata kontra ini sering menarik diri ditelan dinding-dinding gergasi semula apabila dia terserempak dengan Rich.
Dia sedar dia perlu larikan diri. Tapi ada satu magnet yang membuatkan dia patut berada di istana ini. Tak tahu apa tarikannya. Petang ini, King Emmanuel ingin menghantarnya di satu tempat tanpa pengetahuan Rich.
Kali ini, dia akur. Dan dia perlu buat itu. Mungkin dengan cara ini, Rich akan melupakan hubungan mereka.
Mata bundarnya tidak bercahaya seperti dulu. Sayu dan merayu untuk menidakkan keadaan mereka. Tetapi, harapan. Semuanya telah terjadi di luar kawalan. Kini, dengan cara ini saja mampu mengubah persepsi dirinya.
Mata bundar kontranya itu memandang ke arah villa di hadapan. Banyak kereta berkerumun di halaman villa itu. Salah satunya membawa King Emmanuel.
Pintu dibuka dari luar. Belle perlahan keluar lalu mengambil beg miliknya di but kereta. Tetapi cepat saja dirampas semula oleh pemandu keretanya tadi. Sempat lelaki itu tersenyum manis lalu mengalukan gadis itu untuk ke dalam.
Tempat apa ni?
“Selamat datang, tuanku.”
“Mana Mirinda?”
“Dia ada di meja santap, tuanku.”
Lelaki yang hampir separuh abad itu mengangguk lalu dia berlalu masuk ke dalam. Belle hanya mengikuti langkah lelaki itu. Matanya juga melilau ke setiap sudut ruang villa itu.
“Selamat datang ke Villa De Myandeur. Dekat sini kau akan duduk nanti bersama...”
Mata biru milik King Emmanuel merenung figura yang baru menghampiri mereka. Terlakar senyuman di bibirnya licik. Hatinya bagai dihiris berulang kali.
“Mirinda, Belle... Belle, Mirinda."
Belle menoleh ke belakang. Wajahnya yang tegang tadi mengendur semerta apabila matanya disapa pandangan mata polos milik wanita itu.
Wajah wanita itu ditilik dari atas hingga ke bawah. Di dalam potret kelmarin, dia berambut hitam lebat dan mempunyai mata yang sama sepertinya.
Dialah gadis yang berjaya mencuri perhatian sang anak raja. Tapi ditentang hebat dengan ayahanda Myondeur kerana anak raja harus mengahwini gadis yang sama taraf dengan mereka.
Dan aku patut sedar diri dari awal, sempat Belle menyalahkan kebodohannya tatkala ini.
Wanita ini yang dia nampak pada potret di sisi potret Maria Ann. Kini, rambutnya hampir beruban dan matanya masih tetap kontra. Tetapi wajahnya juga sedikit berkedut dan cengkung.
Hari ini, King Emmanuel menjanjikan untuk dia dipertemukan dengan seorang wanita yang membuatkan dia jatuh cinta.
Mirinda.
Orangnya biasa saja, tetapi daya tarikannya mampu menggoyahkan hati batu milik King Emmanuel. King Emmanuel seorang yang dingin dan kepala batu itu boleh runtuh egonya kerana wanita ini. Hebatnya penangan cinta mereka.
Tetapi, cinta mereka membuktikan punah ranah kepada kehidupan mereka. Jadi, mereka pilih untuk berpisah. Tetapi masih berhubung. Selepas kematian Permaisuri Maria Ann, hidup Mirinda dilanda mala petaka.
Dia diburu oleh musuh ketat sang raja itu.
Sampai di situ saja apa yang diceritakan oleh King Emmanuel semalam. Kini, dia cuba untuk bertanya lanjut kepada wanita itu nanti.
Tangan tua itu dihulurkan ke arah Belle, lalu Belle berjabat tangan dengannya. Wanita itu mempelawa mereka untuk duduk di sofa exclusive milik King Emmanuel.
Villa De Myandeur ini adalah milik King Emmanuel untuk wanita yang dia cintai itu. Rumah yang sebelum ini, mereka sudah didatangi oleh orang-orang dari pihak musuh dan berjaya mengorbankan nyawa penghuni rumah yang lain.
“THIS is ridiculous!”
Mirinda memegang dadanya apabila gadis 20-an di hadapannya itu menepuk meja. King Emmanuel hanya melihat gadis itu berang dengan kenyataan yang mungkin perit bagi gadis itu untuk tahu.
Rambut merahnya disikat ke belakang menggunakan jari runcingnya. Sesekali tangannya menutup wajah cuba melindungi wajah gelisah dan kecewa.
Dia menggeleng laju.
“Kau saja nak aku dan Rich terpisah, kan?”
“Terima hakikat...”
Mata biru itu memandang wanita yang Mirinda.
“She’s your mother. Matanya sama seperti kau. Joowan sengaja kata dia adalah ayah kau. Sedangkan kau diculik sejak kau umur tiga tahun.
Beta dan Mirinda, berusaha mencari kau di perkampungan dan bandaran di Elmyandeur untuk mencari kau. Tapi, tiada sesiapa akui kau ada di sekolah yang mana. Puas kami mencari dan bertanya kepada setiap pengetua sekolah, semua kata tiada orang bernama ‘Belle Myondeur’.
Rupanya, mereka disuap. Rasuah yang diberikan oleh mereka itu tinggi sehingga mampu membuatkan semua orang di situ sanggup menipu kami. Apabila sudah sebulan, kami pulang dengan tangan kosong.”
“Macam mana kau tahu, aku anak kau? Kenapa semua macam kebetulan? Aku fikir hal aku Cuma tuduhan mencuri dan ada rekod kriminal.”
“Ingat rusuhan dekat Istana singgah?”
Mata heterochromia itu memandang lantai.
“Waktu itu riuh rendah. Beta dan semua orang yang melihat berita tengah hari itu semua nampak dan dengar dengan jelas kau panggil seorang lelaki tu ‘ayah’. Tiba-tiba rusuhan itu menjadi reda, mereka tak teruskan. Beta jadi pelik. Kemudian, Beta telefon Riccardo. Mendengar jawapan dia membuatkan beta mengeluh panjang.
Dan beta perasan mata kau... Dua warna.
Beta terus mencari maklumat lelaki itu dan beta dapat jawapan beta yang kau adalah anak beta yang hilang.
Riccardo tak pernah bagitahu yang dia sedang berkawan dengan seorang gadis. Iaitu adiknya sendiri.”
Mengingatkan perihal itu, dia tergelak kecil. Mengetahui hakikat yang menyakitkan ini membuatkan dia sangat sakit. Gelaknya menjadi sedu rapuh.
“Aku cintakan Rich. Bertahun aku jadi orang bodoh dan apa yang aku dapat sekarang?”
Kau hanya dapat sakit hati! Sempat hatinya membisikkan kata-kata ‘hikmah’ itu. Sakit dan terasa bodoh. Kepalanya dipicit-picit cuba menghilangkan rasa sakit yang mula bertimpa apabila realiti menindih angannya tatkala ini.
“The Golden Masquerade, Joowan curi. Mungkin dia sudah merancang ingin membunuh keluarga kita. Bermula dari Riccardo dan kemudian, menjual kau jadi hamba. Beta pasti, lepas ini tiada lagi keturunan Myondeur jika Riccardo dan kau dibunuh.”
“Mana kau tahu aku nak dijual?”
Mengingatkan kata-kata Mr Gun waktu dia hampir dibawa lari oleh lelaki itu, dia mula tertanya-tanya. Bagaimana sang raja ini tahu hal itu?
King Emmanuel hanya mengangkat bahu.
Mata heterochromia itu sudah dibanjiri air yang tidak diundang. Air ini yang suka membuatkan dia terlihat lemah di hadapan semua orang. Air ini juga yang menjatuhkan egonya.
Mula terbayang semula ketika dia duduk bersama Joowan dahulu, lelaki itu sering memanggilnya princess. Mungkin ini yang dia ingin katakan. Bukan bererti menunjukkan yang dia sayangkan Belle.
“Kau... terima aku sebagai anak kau?”
Bebola mata yang kian merah itu bergolek ke wajah veteran King Emmanuel.
“Lepas kau dah hina aku bertangan kotor. Kau nak terima aku sebagai anak?”
“Belle sayang... tangan kamu banyak berbakti sebenarnya.”
Hampir terjatuh rahang Belle mendengarnya, sedangkan kedua biji bola matanya menjadi saksi tangannya membunuh. Membunuh salah satu dari berbaktikah? Dia tergelak sinis sambil air matanya yang deras gugur ke pipi itu diseka.
“Jadi kau suka aku membunuh? Ibu apa kau ni?”
Tanpa banyak bicara, Belle terus berlalu pergi meninggal dua orang itu di ruang tamu.
“Nanti!”
Langkah gadis itu terhenti. Masih tidak memandang warga veteran itu.
“You love Riccardo, didn’t you?”
Belle tidak menjawab, malah dia membiar saja lelaki itu meneruskan bicaranya.
“I hope... No. If you gain a kid, I’ll kill them.”
° ° °
Jangan lupa vote and comment!
1152 word.
Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro