B T G M : MISSCARIAGE PLAN FAILURE
BUNYI pintu dibuka itu menarik perhatian telinganya, tetapi bukan tubuh dan matanya. Telinganya peka mendengar hal sekeliling, tetapi anggota yang lain hanya memandang ke arah cermin.
Hari ini, dia perlu ke istana. Memang King Emmanuel ada membuat makan-makan di sana. Inilah masanya untuk dia memberitahu Rich yang dia sedang mengandungkan anaknya.
Dia tidak mahu jadi lemah dan mudah menundukkan diri dan dipijak oleh mereka. Dia juga ingin bahagia seperti orang lain.
Tapi, ada peluangkah dia? Sedangkan anak ini adalah anak ketelanjurannya bersama Rich dua bulan yang lalu. Dan hasil sumbang mahram. Terima ke dia?
Yang penting, dia sudah pun bersedia.
Dari ekor matanya, jelas satu figura sedang bersandar di bingkai pintu sambil termenung ke arah Belle. Mata heterochromia itu tidak dapat menahan dirinya dari memandang ke arah lelaki itu.
Mata mereka bersabung. Ricky berpakaian segak berkot itu statik memandang Belle yang cantik di dalam gaun hitam elegentnya.
“Dah siap?”
Belle diam. Dia terus melepasi tubuh lelaki itu tanpa memandang tempat lain. Dia terus mengatur langkah ke arah tempat letak kasut lalu disarungkan saja ke kaki. Siapa punya? Dia pun tidak tahu.
Tanpa membuang masanya, dia memboloskan diri ke dalam kereta. Punggungnya mencecah kusyen kereta itu lalu dia diam dan tidak memandang wanita di sebelahnya.
Dia benci wanita itu. Walaupun katanya dia adalah ibu kandungnya. Tetapi, dia tidak merasakannya. Tidak rasa kehangatan cinta seorang ibu langsung!
Kenapa dia seolah-olah memaksanya untuk tidak bersama Rich? Kenapa dia bersungguh mahu menjauhkan diri dengan King Emmanuel?
Katanya, mengapa dia duduk berasingan adalah kerana dia mahu membina semula kehidupan selepas bertemu Belle. Dia nak hidup aman semula semasa dia tidak mengenali lelaki bernama King Emmanuel itu.
Mata heterochromia milik wanita itu memandang puterinya yang tidak rasa mahu memandangnya langsung. Dia sungguh bertekad, lepas saja bertemu gadis ini, dia akan bina hidupnya tanpa sang raja.
Dia sedar, selepas dia menolak cinta Joowan satu ketika dahulu, dia meletakkan nyawanya di hujung tanduk. Hidungnya yang kian memerah itu dicubit supaya menghilangkan rasa pedihnya.
Teringat seseorang yang dia amat rindui. Sekali lagi dia memandang ke arah Belle yang masih dengan dunianya itu.
Aku akan bawa anak kau bersama aku, Malinda.
MATA heterochromia milik gadis itu melilau mencari empunya mata biru idamannya. Lengannya yang kelihatan sedikit kurus itu digenggam erat oleh Mirinda. Dia tidak mahu gadis itu mulakan aksi luar biasanya di sini.
Mereka kini beriringan menuju ke tempat santap diraja. Beg masing-masing telah dibawa oleh pengawal diraja.
Kini, hanya King Emmanuel, Mirinda dan dia saja yang berada di ruang santap. Jantungnya berdegup kencang menanti Rich. Dia rindukan wajah kacak dan mata biru itu.
Sudah dua bulan tidak bertemu sehingga dirinya terhimpit rasa rindu. Wajahnya sedikit mengendur apabila dia melihat santapan di hadapannya. Matanya mencerlung ke arah King Emmanuel. King Emmanuel hanya tersenyum sinis.
Giginya diketap kuat. Memang semua di sini mengharapkan anaknya mati. Tapi tidak dia. Dia sayang janin yang hidup selama dua bulan dalam rahimnya. Tanda cinta dia dan Rich.
Mulut tidak banyak bicara, tetapi matanya tetap bertingkah. Mata heterochromia miliknya tertancap pada seseorang yang pernah dia lihat sebelum ini menghampiri King Emmanuel. Mereka berbisik seketika.
Parut di pipi lelaki itu menarik minatnya.
Macam...
Bergema bunyi telapak kasut tumit membuatkan pandangannya beralih ke arah figura yang menghampiri. Wajahnya yang ingin tersenyum tadi, semerta hilang sirnanya. Melihat tangan yang berlilit antara satu sama lain itu membuatkan dia terkaku. Kedua wajah itu dipandang tidak mengerti. Keliru, celaru.
“Selamat sejahtera, tuanku.”
“Selamat sejahtera, anak dan menantu Daddy. Have a seat.”
Perkataan ‘anak dan menantu’ itu dipekatkan agar terdengar dek sepasang telinga milik Belle. Belle menunduk menekur lantai.
Tangannya bergetar hebat. Hatinya sakit tertikam belati tumpul yang perlahan menyiat daging hatinya dengan kejam.
Lebih pedih...
Tidak sengaja butiran mutiara jernih jatuh ke ceruk pipi. Tangannya yang separa bergetar tadi menggenggam fabrik yang tersarung di tubuhnya.
Matanya naik semula memandang wajah tampan tanpa riak itu.
Matanya beralih pula kepada gadis yang duduk di sebelahnya. Gadis itu tersenyum padanya, tapi tidak dibalas. Wajah gadis itu manis. Tingkah laku juga terjaga. Sesuai menjadi isteri kepada bakal sang raja.
Kini, matanya tertunduk pada satu benda. Sepinggan nanas di hadapannya itu dipandang. Mungkin ini yang dikatakan ‘option’ oleh King Emmanuel hari itu.
Memilih Rich dan menjadi isteri keduanya. Ataupun, memilih nanas untuk lupakan kenangan manisnya bersama Rich. Kenangan manisnya bertukar pahit.
Mungkin, kata mereka benar.
Dia harus melupakan Rich.
Tiada sesiapa boleh pisahkan kita kecuali mati. Tapi, sekarang bukan mati yang memisahkan, tetapi status diri yang jadi pemisahnya.
Prang!
Belum sempat dia mencapai nanas itu, piringnya sudah terpelanting ke belakang. Belle ternanar seketika. Melihat Rich yang bangun dengan dadanya yang berombak itu kini kembalikannya ke dunia nyata.
Wajah tegang Rich dilihat. Mata biru itu menikam ke mata heterochromia milik Belle. Rahangnya bergerak menahan rasa.
“Maid! Clean!”
Terus Rich beredar dari meja makan. Melihat suasana canggung itu, gadis yang duduk di sebelah Rich tadi menunduk hormat sebelum mengejar langkah Rich. Tegang.
Kini di meja makan, sangat canggung. Belle terus bangun dan beredar ke biliknya.
“RICCARDO?”
Rich hanya diam. Dia tahu gadis itu menghampirinya. Kerusi di hadapan Rich tempat punggungnya berlabuh.
“I’m sorry.”
“No... takpa. Cuma... kenapa?”
“She love me. And I love her.”
Gadis itu terpempan. Serba salah mula menyelubungi diri. Patutlah dia melihat gadis di hadapannya tadi menangis. Mesti sakit melihat kekasih hatinya disentuh olehnya. Dia juga tidak tahu mengapa dia dipanggil ke istana ini. Adakah sebab ini?
“Jadi, itulah tetamu istimewa yang Tuanku kata?”
“Saya tak expect dia yang dijemput.”
Rich mengurut kepalanya apabila dia merasakan serabut sekarang ini. Gadis di hadapannya dipandang.
Seorang gadis yang dijodohkan oleh ayahnya. Seorang puteri yang berasal dari Elmyandeur. Sepupu Rich sebelah Queen Maria Ann. Gadis itu sangat sempurna. Cantik, bijak dan lemah lembut. Tapi keperibadiannya itu bukan citarasa Rich.
Rich mencintai gadis yang bernama Belle. Sejak dari dulu membina cintanya kepada Belle, tetapi keadaannya kini memaksa.
“Awak cintakan dia, tapi kenapa awak tak bagitahu?”
“Kalau saya bagitahu pun, tiada sesiapa yang boleh mengubah takdir, Hazel.”
“Maksudnya? Saya baik-baik saja kalau awak nak madukan saya.”
“No...”
“No?”
Rich mengeluh lagi. Dia buntu mahu jelaskan bagaimana kepada gadis itu.
“Saya dan dia ada penghalang terbesar, Hazel. Yang takkan sesiapa pun mampu mengubahnya.”
Kening Hazel berkerut halus. Kerutan halus di dahi itu tidak menggambarkan telepati dalam benaknya.
“Maaf, saya tak...”
“Saya dan dia adalah adik beradik.”
Hazel terdiam akhirnya. Kerutan di dahinya semakin berkurang. Kali ini dia terpempan.
“Jadi... dia?”
“Dia adik saya yang hilang beberapa tahun lalu.”
Semuanya sudah dijelaskan apabila bayang gadis itu menghilang di dalam istana itu. Pada mulanya dia juga tidak mempercayainya.
Tapi, dia harus sedar juga akan hal itu.
“Kenapa... awak campak nanas tu? Awak tak suka nanas?”
Tubuh lelaki itu menjadi tegang. Pandangan lelaki itu kini cuba menghantar telepati kepadanya. Mata hazel itu membulat apabila dia dapat merungkai telepati itu.
“She’s pregnant? Your kid?”
Rich hanya mengangguk. Gadis itu tergamam lagi sehingga mulutnya juga tertutup dek tangan. Terkejut dengan berita yang baru dia dengarkan ini.
“I love her and the baby.”
“Macam mana awak tahu, dia mengandung?”
“Ricky.”
“Maksudnya nanti, anak tu akan jadi raja la kan? Selepas awak.”
“Ya, sebab dia cucu sulung.”
“Hmmm... nice job...”
Rich tersenyum sinis apabila terlihat wajah mengusik Hazel.
KAKI seiringan menghala ke beranda bilik. Angin sepoi-sepoi bahasa menampar lembut pipi yang sudah dijamah usia. Dari situ, terlihat suasana bandar Myandeur city pada waktu malam. Cantik dengan lampu yang menghiasi suasana gelap bandar itu.
“Ini kali terakhir. Ingat, King. Saya dah tak nak ada kena mengena dengan tuanku lagi.”
Wanita itu dipandang lama. Wanita yang dia cintai. Kini mengambil keputusan untuk pergi. Dia tidak boleh memaksa. Jika itu keputusannya, dia hanya menurut. Memang dalam perjanjiannya sebelum ini, jika sudah berjumpa dengan Belle, mereka akan berpisah.
Wanita itu tidak mampu lagi hidup dikelilingi musuh. Ini adalah kali terakhir mereka bertemu sebelum mengambil keputusan untuk berpisah.
“Belle masih lagi berkeras mahu janin di dalam perutnya.”
“Kalau dia tidak mahu gugurkan. Saya sendiri akan gugurkannya.”
"Kenapa kau nak gugurkan?"
"Sebab saya tak nak keluarga saya ada kena mengena dengan diraja lagi, Emmanuel. Saya dah cukup tersiksa!"
King Emmanuel terdiam. Wanita di sebelahnya ini pada awalnya dialah seorang gadis yang lemah lembut dan sopan santun. Budi pekertinya juga banyak dipuji. Tapi, setelah satu kejadian meragut nyawa seseorang yang bagaikan nyawanya juga terbunuh, dia jadi dingin dan tidak berhati perut.
Asalkan apa yang dia mahu tercapai.
“Maaf atas segalanya.”
“Maaf tak cukup, Emmanuel...”
Suara itu bergetar menahan sebak.
Mata yang berkaca itu memandang ke arah King Emmanuel.
“Kau fikir kau boleh lari dari masalah? Kau tidak rasa kalau kau berjauhan dengan aku, kau akan dapat sakit juga nanti? Joowan itu bukan calang-calang orangnya.
Fikir semula betul-betul Mirinda. Joowan bila-bila masa akan buru kau.”
“Tak payah nak takut-takutkan saya, Emmanuel. Apa yang saya buat ini adalah muktamad. Saya akan pergi jauh dari awak. Ingat! Sebab awaklah adik saya mati!”
“Dan sebab kau isteri aku mati. Kau dah lupa tu semua, Mirinda?”
Mirinda terdiam. Mirinda adalah salah seorang bekas gundik diraja. Tetapi, King Emmanuel lebih mencintai gundiknya berbanding permaisuri. Itu kesilapan besar dia sejak dulu. Habis cinta mereka membawa takdir mereka ke lembah kebinasaan.
Segala isi bumi bagai tidak merestui mereka. Apatah lagi kebahagiaan.
“Cukup untung saya tak bunuh awak, Emmanuel!”
“Kau pun patut bersyukur yang kau tak mati di tali gantung, Mirinda! Apa lagi yang kau nak tuding jari pada aku?”
Mirinda terdiam. Hampir satu Myandeur mendengar berita keretakan keluarga Myondeur angkara orang ketiga. Mirinda la orangnya. Siasatan tentang kematian Queen Maria Ann melibatkan tekanan.
Banyak jenis ubat di dalam begnya untuk menenangkan mental health yang dia lalui selama dia bersama lelaki yang tidak pernah mencintainya.
“Kau nak tuding jari pada siapa lagi, Mirinda? Kita sama-sama ada salahnya. Dan cukup untung aku bubarkan kes ini. Kalau tidak, kau tidak akan terlepas, Mirinda.”
Mirinda memejam matanya. Air mata meluncur laju di lekuk pipinya. Sejujurnya, dari sudut hatinya yang dalam, masih terukir nama King Emmanuel, tetapi dia memang sudah bertekad kali ini.
Dia memang ingin menjauhkan diri dari lelaki itu.
Terasa pipinya disentuh lembut. Perlahan dia membuka matanya. Melihat wajah King Emmanuel, membuatkan dia tersedar. Perlahan dia menepis tangan kekar itu walaupun sudah tua, tetapi aura maskulinnya masih melekat.
Mirinda terus berlalu pergi meninggalkan King Emmanuel.
° ° °
Jangan lupa vote and comment!
1695 words
Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro