Chào các bạn! Vì nhiều lý do từ nay Truyen2U chính thức đổi tên là Truyen247.Pro. Mong các bạn tiếp tục ủng hộ truy cập tên miền mới này nhé! Mãi yêu... ♥

B T G M : KILL ME?

BARANG yang berada di atas mejanya diseret hingga jatuh ke bawah. Habis bersepah bilik pejabatnya apabila dapat tahu anak buahnya tertangkap dengan Tuan Putera itu.

Dia curiga mengapa Belle tidak membunuh Si Anak Raja itu. Sepatutnya, Anak Raja itu sudah mati. Habis rosak rencananya apabila mengetahui Belle kini ditahan pihak istana.

Tak guna!

Kini dia meletakkan dirinya dalam bahaya. Jika Raja Myandeur tahu siapa Belle yang sebenarnya, sudah tentu rosak habis rencananya.

Dendamnya yang bertahun-tahun tidak berbalas. Sebaliknya, membawa dia ke hujung tanduk. Dia perlu mengambil semula Belle dari Tuan Putera itu.

Rambutnya diraup ke belakang. Dia harus mencari strategi untuk memecah-belahkan semula keluarga itu.

"Aku fikir dia dah bunuh Tuan Putera tu. Bila aku nak ambil dia, tiba-tiba ada si anak Raja tu. Kenapa dia tak bunuh?"

Kata-kata dari Mr Gun itu cuba dirungkaikan misterinya. Tetapi tetap gagal. Dia tidak tahu mengapa gadis itu tidak membunuh lelaki itu.

Adakah mereka pernah berjumpa?


Tapi bila?

Kenapa gadis itu hanya menurut ingin ke istana untuk membunuh Putera Raja itu?

Mengikut penceritaan Mr Gun, Belle dapat menggoda Putera Raja itu dan nampak mereka naik ke atas.

Ataupun, dia tertipu dan ini adalah antara rancangan Belle dan Putera Raja itu untuk menjatuhkannya?

"Shit!"

Tak sangka rancangan mereka berjaya. Anak buah yang dia didik untuk membunuh Tuan Putera itu kini berada di istana dan duduk berseronok di sana.



"SIAPA hantar kau untuk bunuh aku?"

Belle hanya diam. Malas mahu menatap wajah yang membuatkan dia gila. Walaupun hatinya kini cuba berlembut, tetapi ego masih meninggi. Dia tidak mahu runtuhkan egonya kerana lelaki di hadapannya.


Ego yang bertahun dia bina untuk lelaki itu tidak akan senang-senang diruntuhkan kerana cintanya.

Dia sakit kerana mencintai lelaki itu. Dia gila mencintai lelaki itu. Kerana dia terlalu berharap lelaki itu ada pada masa dia ada masalah.

Jadi, dia juga punya dendam pada lelaki ini kerana membuatkan dia menaruh harapan tinggi kepada lelaki itu.

"Bukan urusan kau untuk tahu."

"That is not the answer."

"Bukan. Urusan. Kau."

"Tapi benda ni melibatkan nyawa aku. Jadi, aku ada hak untuk tahu."

"Cause you broke me."

"Broke? Where?"

Matanya melilau memandang tubuh gadis itu dari atas ke bawah. Belle mengecilkan matanya. Wajah penuh sarkastik!

"It's inside of me. It's broke but nobody knew. Because of you!"

Rich diam dan hanya memerhati gadis yang sedang rapuh di hadapannya. Belle menangis apabila mengenangkan semula kejadian yang berlaku ketika dia di sekolah menengah tetapi wajahnya dikekalkan beku dan kosong. Hanya air mata lesu sahaja yang menodai lekuk pipinya.

"Kau takda dekat sana. Kau takda masa aku susah. Aku jadi lemah kerana kau! Kau buat aku jadi gila! Aku pun bodoh menunggu jari aku untuk muat dalam cincin tu! Aku..."

"Aku sanggup bermati-matian semata-mata cincin yang kau bagi! Ramai yang kata aku pencuri sebab cincin kau! Dalam ni ada logo diraja. Mereka fikir aku pencuri. Dan sekarang kau tuduh aku mencuri? Sedangkan kau sendiri yang serahkan cincin ni dekat aku!"

"Kau memang lelaki tak guna!"

"Jadi, dari mana kau dapat the golden masquerade? Padahal kau dari bangsa yang bukan darah diraja. The golden masquerade adalah simbolik untuk diraja, sedangkan kau bangsa yang biasa saja."

"Mana aku tahu. Mungkin kerabat kau memang jenis yang cuai dan lalai. Letak entah ke mana-mana. Lepas tu salah sendiri, tapi dia salahkan orang lain, bodoh ke?"

Soalan yang kasar itu dilempar ke arah Rich. Kening Rich berkerut apabila dilabel bodoh oleh gadis di hadapannya. Cuba menjadi profesional dalam hal ini. Emosi memang tak membawa ke arah penyelesaian.

Nampaknya, kes ini perlu dia buka perbicaraan bersama daddynya. Keluh berat diluahkan akhirnya. Minggu hadapan dia akan ke istana untuk melawat papanya. Istana ini khas untuk dia saja kerana dia bertekad untuk berdikari pada usianya dua puluh lima tahun.

Mengingatkan tentang the golden masquerade, dia menjadi agak pelik apabila memikirkan Permaisuri tinggal di rumah yang lain? Rumah permaisuri juga rumah yang terpencil dan daddynya tidak pernah mengumumkan bahawa wanita yang sepatutnya menjadi permaisuri itu sebagai isterinya di khalayak umum.

Dia pernah berjumpa dengan mama tirinya itu. Tapi, dia jenis tidak ambil peduli. Wajah wanita itu juga tidak dipandang langsung.

Mengingatkan semula hal ini, sempat tangannya mengurut keningnya yang tebal. Belle hanya memandang lelaki di hadapannya itu. Lama mereka berdiam diri.

"You still love me?"

Diam. Entah kenapa lelaki di hadapannya itu berbincang mengenai perasaan pula. Dia malas ingin menjawab. Sebaliknya, dia hanya menarik pandangannya dari dua pasang mata yang mampu membuatkan skru di lututnya melonggar.

Sejujurnya, dari lubuk hati masih tersemat kukuh nama lelaki itu. Tapi ego tetap menjadi puncak utamanya.

"Should I say sorry?"

"Pardon?"

"I'm just asking you."

Ternyata lelaki itu juga ego orangnya. Soalan sarkastik itu membuatkan gigi Belle mengetap kuat. Dalam hati Belle menyumpah seranah apabila ternampak bibir milik Rich tersenyum herot.

"Aku dah bagi amaran jangan cintakan aku. Jadi, kau sendiri yang membahayakan diri kau."

"Kenapa kau bagi harapan pada aku? Kau memang lelaki licik!"

"I just said that you will remember me if I kiss you. Bukan bermakna aku cintakan kau dan balas perasaan kau."

Akhirnya, Belle hilang aksara untuk menegakkan pendiriannya. Sekali lagi air matanya mencumbui pipi kerana kebodohannya selama ini.

Hakikatnya, lelaki di hadapannya ini tidak mencintainya selama ini.


Dia bodoh kerana berharap cintanya berbalas. Tapi tidak.

Jiwanya kembali kosong. Matanya memandang bodyguard yang berdiri di sebelah Rich dengan wajah tegang itu.

"Jadi, lepaskan aku. Kenapa kau letak aku dekat tempat ni?"

"Kau masih berhutang dengan aku. Siapa yang upah kau untuk bunuh aku?"

"Hilangkan kau dari pandangan aku, itu lebih menyenangkan hati."

"Jadi, kenapa kau tak bunuh aku terus semalam? Hmm?"

Tangan yang bersulam di atas meja digenggam erat antara satu sama lain. Dia juga tiada jawapan untuk itu. Fikirannya kian bercelaru. Dia terlalu terkejut melihat tanda yang berada di dada lelaki itu.

Dia terkejut lelaki itu memanggil namanya dan mengingatkannya tentang kejadian di bawah hamparan langit biru dan bumi menghijau. Mereka jadi saksi ciuman pertama yang berlaku beberapa tahun lepas.

"Dalam berita tak berhenti mereka bercakap tentang asassin. Itu kau ke? Aku rasa kau tak sekejam ni dulu?"

Belle mengangkat wajahnya memandang tuan putera.

Ya, dia tidak pernah sekejam ini. Tapi, disebabkan dendamnya dan tekanan yang dia rasakan sebelum ini mendorongnya untuk melakukan hal itu.

"Non of your bisness."

° ° °

1032

Jangan lupa komen dan vote!


Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro