Chào các bạn! Vì nhiều lý do từ nay Truyen2U chính thức đổi tên là Truyen247.Pro. Mong các bạn tiếp tục ủng hộ truy cập tên miền mới này nhé! Mãi yêu... ♥

B T G M : HIS PRECIOUS


“F*CK!”

Tangannya menghentam kuat meja kerjanya. Amarahnya kian membara apabila gadis yang dia didik dengan keganasan dan kekejaman itu berpaling tadah dengannya.

Telefon bimbitnya berdering membuatkan dia mengeluh kasar. Pandangannya beralih ke arah skrin yang menyala itu. Keningnya hampir bercantum. Dia tidak mengangkat. Malah dibiarkannya sehingga panggilan itu terputus.

Keningnya kembali bersambung apabila nama itu lagi yang terpampang di skrin telefonnya. Di mindanya mula bermain seribu satu bertanyaan.

Kali ini, dia mengangkat.

“Pa? Kau ada ke kat situ?”

“Kau nak apa pembelot!”

“Hello? Siapa pembelot? Aku? Aku tengah usahakan untuk bunuh mamat mata biru ni kau tahu? Rancangan kau tadi hampir musnahkan rancangan aku. Jangan jadi bodoh hantar orang sesuka hati. Siap kata aku pembunuh lagi, habis aku kena soal dengan si anak Raja ni. Tolong jangan musnahkan rancangan aku. Kau nak dia mati, kan? Kalau kau nak, jangan buat hal.”

Joowan terdiam. Keningnya yang berkerut akibat marah tadi, mula mengendur. Bibirnya yang merekah itu tersungging senyuman sinis. Perlahan tawa sinisnya juga didengari.

“Maafkan papa, ya princess? Aku tak tahu apa rancangan kau, kalau kau bagitahu awal-awal, takdalah aku buat kacau.”

“Dah, suruh orang tua tu balik. Jangan buat kacau lagi. Kau cakap kena tenang-tenang, kan? Asalkan settle, kan? So, Cakap dekat orang tua tu, semua ni prank.”

Belle di hujung talian menggigit bibir bawahnya menahan gelak. Belle menunjuk isyarat senyap pada Rich yang sudah menutup mulutnya. Dia fikir orang tua di sebalik telefon itu adalah seorang yang bijak, rupanya bodoh.

“Okey, bye princess.”

“Bye.”

Panggilan dimatikan.

“Pandai kau membodohkan orang tua tu.”

“Hello, ni Belle la. King Of Myandeur to be pun jadi bodoh sebab aku.”
Rich yang tersenyum tadi berubah emosi secara drastik.

“Kau cakap apa tadi? Hah pompuan? Kau cakap apa tadi?”

Melihat Belle yang tergelak sehingga terbaring ke katil itu membuatkan dia geram. Terus dia geletek tubuh langsing itu. Sehingga sukar bernafas dibuatnya. Rich tidak memberi peluang kepada gadis itu. Dia kata aku bodoh? Ambil ubat!

“Rich stop! Jangan siksa aku macam ni!”

Rich tidak peduli.

Ehem!

Spontan Rich dan Belle memandang ke arah Tyler yang berdiri di tepi katil. Masing-masing termengah akibat gelak tadi.

“Sejak bila awak di situ?”

“Dari tadi, Tuanku.”

“Tyler kena banyak sabar jadi orang single ni.”

Nasihat tak bertauliah dari Belle itu mengundang jenaka kepada Rich.

“Kenapa kau gelak?”

“Single kau kata? Untuk pengetahuan kau, Tyler ni dah kahwin. Anak pun dah tiga. Cuma aku tak sebarkan fakta tu takut keluarga dia diburu. Aku tahu, aku dan Daddy aku banyak bermusuh.”

“Patutlah tak tergoda dengan aku. Dah kahwin rupanya.”

JARI runcing milik Belle ditarik lembut mengikut langkah Rich. Di kesempatan ini, mata Heterocromia itu melilaukan matanya ke sana dan ke mari. Takjub melihat reka bentuk yang sarat yang kemas. Sangat mewah.

Sesampainya satu pintu, Rich menolak pintu gerbang yang besar itu. Sekali lagi mata Heterocromia itu takjub melihat reka cipta di dalam bilik itu. Susunan bukunya yang kemas mengikut warna kulit. Perabot yang serba mewah tapi klasik.
Di atas syiling pula sarat dengan pelbagai corak.

Melihat Belle yang sedang asyik itu, Rich menghampiri meja kerja lalu duduk di kerusi mewahnya.

Belle mendekati meja kerjanya lalu jari runcing itu menyentuh setiap barang di atas meja lalu dibeleknya satu per satu.

Belle melirik manja ke arah Rich apabila dia perasan sepasang mata biru itu memandangnya tidak lepas. Urat-urat yang timbul di lengan lelaki itu juga diusik. Dari dulu dia geram melihatnya. Mahu saja dia gigit-gigit urat yang timbul itu.

"Pelik ya. Aku perasan istana kau ni banyak makna tentang 'cinta'. Tapi, isi  istana ni menyimpang betul. Tak faham aku."

Rich tidak berkata apa. Matanya tetap memandang Belle.

“Jadi, apa kerja kau? Menari di atas kesengsaraan rakyat?”

Soalan sinis dari gadis itu dibalas dengan kening yang terangkat. Tangan gadis itu direntap lalu punggung Belle berlabuh di riba lelaki itu. Tangannya mendarat di bahu kekar lelaki itu. Menahan tubuhnya dari merapat dengan tubuh kekar itu.

Baru saja dia ingin membalas auta gadis itu tadi, dia tergamam seketika apabila melihat gadis itu menggigit bibir bawahnya.

“Stop bitting your lips...”

“Na-ah...”

“I said stop, this is your prince order, Belle.”

“If I do this every day?”

“Your prince will get mad. And he’ll punish you... everyday."

“Ha... Sounds great.” Tidak takut langsung dengan ugutan Rich tadi. Sebaliknya dia semakin mencabar.

Wajah Belle merapat ke dahi Rich. Mata mereka berlaga. Mata biru miliknya menilik setiap inci wajah yang licin dari jerawat milik Belle.

“Nampaknya, Prince Rich kita dah tergoda.”

Belle mengangkat punggung lalu dia terus meninggalkan Rich yang dari tadi menahan gelodak jiwa lelakinya yang meronta.

“Shit.”

Rich menyumpah perlahan. Gadis itu hebat dalam menggoda, tidak dinafikan. Malas dia mahu mengejar gadis itu. Dia tahu jika dia berada dengan Belle, pasti perkara yang sama akan berlaku. Belle suka benar mencabar keinginannya.

Dia pernah berkata kepada gadis itu, dia tidak berminat untuk melakukan hubungan intim sebelum kahwin. Tapi gadis itu kuat benar menyakatnya sampai dia juga hampir terbabas dengan godaannya..

“Habislah aku.”

BELLE melihat dumbbell yang bersusun di tepi dinding. Matanya melilau ke serata gymnasium khas milik sang putera raja.

Hampir sebulan dia tidak ke gymnasium untuk berlatih. Dulu dia kerap berlatih dan bina keyakinan diri di situ. Terdapat cermin yang sama besar dengan dinding. Dia melihat pantulan dirinya di yang juga memandangnya. Penampilannya dilihat.

Dari kakinya hingga ke baju singlet bertali halus yang tersarung ditubuhnya dan seluar pendek paras bawah kepala lutut.

Naik lagi melihat bibir yang sentiasa keluarkan ayat-ayat godaan untuk menyangkut nafsu sang lelaki. Mengingatkan hal itu, bibirnya tersenyum sinis. Jelas tiada rasa serba salah dengan apa yang dia lakukan selama ini.

Naik pula ke rambutnya yang kemerahan itu. Rambut inilah yang jarang dipertontonkan kepada umum.

Yang membunuh itu si rambut blonde.

Yang membunuh itu si rambut hitam.

Bukan rambut merah.

Kemudian matanya turun sedikit merenung sepasang mata Heterocromia milik pantulan cermin itu.

Mata Heterocromia itu juga bukan si pembunuh.

Yang membunuh itu si mata hazel.
Yang membunuh itu si mata biru.
Bukan mata Heterocromia.

Sebelah kiri berwarna hazel, sebelah kanan pula berwarna biru segelap lautan dalam yang mengerikan. Si hazel yang rapuh, si biru yang menyeramkan.

Kontra.

“Aku fikir aku je obses dengan kau. Kau pun obses dengan diri sendiri?”

Sindiran Rich itu membuahkan senyuman sinis di bibir Belle. Matanya naik memandang wajah tampan milik sang pangeran yang menghuni hatinya.

Rambut yang berada di bahu kanan itu diselakkan ke belakang. Dagunya didaratkan ke bahu gadis itu.

Sempat bibir basahnya mengucup tali singlet yang halus di bahu Belle. Mata mereka bercantum melalui pantulan cermin. Tangan kekar itu melilit ke perut kempis milik Belle.

Hidungnya digesel di bahu gadis itu naik ke leher. Belle memejam matanya seketika menikmati sentuhannya.

“Your smell so good.”

Belle hanya diam dalam pelukannya. Perlahan mata kontra yang bundar itu memandang ke arah figura yang memeluknya tatkala ini. Mata mereka bertembung.

“Dah lupa azam kau ke?”

“Kau nak tahu apa yang kau curi?”

“Tak payahlah kau nak ungkit. Sakit hati tahu tak? The Golden Masquerade tu bukan aku yang nak pakai...”

“Shh... kau boleh diam tak?”

Belle mengeluh perlahan.

“Diam, sekejap je. Aku tahu kau tak curi. Apa yang kau curi tu, bukan benda.”

Diam seketika.

“Oh... maksudnya masa tu kau tengah nak kata aku ni pencuri hati kaulah, ya?” Belle berseloroh.

“Yup! Tapi kau bodoh sangat, susah nak faham.”

Tidak sangka selorohnya berbalas kepada dia drastik.

Belle memandang tajam mata biru itu. Matanya mengecil tidak puas hati. Rich tergelak kecil lalu mengeratkan pautannya pada tubuh menggiurkan itu. Belle menghela nafas apabila dia terasa kucupan pantas di tepi dahinya. Senang cair!

“What is your biggest fear, Tuan Putera?”

Mendengar soalan itu, mata mereka bertembung semula di pantulan cermin.

“My biggest fear is, loosing someone that I love...”

Kini masing-masing memandang semula seperti menghantar telepati melalui pandangan mata masing-masing.

“...I’m afraid to loosing you.”

Dia menghela nafas berat.

“...again.”

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro