B T G M : DIRTY HAND
KERETA berhenti di bawah garaj yang beberapa kaki jaraknya. Tali keledar dilepaskan lalu masing-masing keluar dari perut kereta.
Belle memandang ke arah ukiran tiang roman di situ. Sangat mewah. Jauh lebih mewah dari istana singgah milik Rich. Istana ini lebih besar.
Belle menghentikan langkahnya apabila Rich di sebelahnya meraih pinggangnya supaya berhenti. Tubuhnya dipusing menghadap lelaki itu. Tangan Rich membutangkan dua butang dari atas baju kot yang tersarung di tubuh Belle.
Baju ini agak seksi untuk Belle. Memandangkan dia sudah faham erti cemburu itu bagaimana, jadi dia cuba elakkan. Pinggang itu diraih semula lalu mereka beriringan masuk ke istana.
“Silakan masuk, Tuan Putera. Tuanku sudah menunggu di ruang santap.”
Mereka meneruskan langkah sehingga bertemu King Of Myandeur. Emmanuel Myondeur yang sedang asyik menjamah di ruang santap raja. Seorang diri.
“Daddy.”
Sepasang mata biru milik sang raja itu naik menikam wajah Belle. Keningnya hampir bercantum apabila melihat gadis si rambut merah yang berada di tepi anaknya itu.
Barulah Belle faham, mata biru laut milik Rich itu mewarisi iris Daddynya.
“Kenalkan, ini Belle.”
King Emmanuel hanya diam dan memandang tunak ke arah wajah berkulit mulus itu. Renungan itu tidak mampu dibalas oleh mata Heterocromia itu. Skru pada lututnya bagai melonggar melihat renungan tajam bermata biru itu.
Melihat ketidakselesaan Belle dengan pandangan tajam Daddynya itu, dia berdeham menghilangkan kekok yang mula bermaharajalela.
Akhirnya, King Emmanuel menarik pandangannya tenang dan kembali merenung santapannya.
“Please have a seat.”
Pembantu yang berdiri di sisi mereka tadi mula menarik kerusi, mengalu-alukan mereka untuk duduk di meja santapan diraja.
Pasangan itu duduk.
“Daddy. Riccardo datang ke...”
“Terus naik dan berehat.”
Belum sempat niat ingin menyatakan hasratnya terus dipotong dengan wajah yang berlagak tenang itu. Sudah dia agak jika berdepan dengan mana-mana perempuan termasuk reporter, mukanya akan tetap masam dan tidak mesra.
Beg mereka tadi sudah dibawa masuk dengan pengawal. Mereka akhirnya bangun dari duduk lalu beriringan menuju ke tingkat atas.
King Emmanuel menjeling figura mereka yang sedang mendaki anak tangga yang bagai disalut emas itu.
Matanya beralih kepada Tyler yang baru saja melintas di pintu gerbang istana dengan ruang makan diraja.
“Tyler!”
Mendengar namanya dipanggil, pantas dia menunduk hormat lalu menegakkan tubuhnya semula.
“Ya tuanku?”
“Pastikan bilik mereka asing.”
Mata Tyler pantas merenung dua figura yang baru saja ingin masuk ke lif di tingkat dua itu. Keningnya berkerut seribu. Kenapa perlu asingkan bilik mereka?
“Baiklah tuanku.”
PINGGANGNYA diraih lembut oleh satu tangan kasar yang dia tahu siapa pemiliknya. Dia buang keluh berat. Kemudian, terasa bahunya memberat.
Entah kenapa dia tidak rasa selesa dengan renungan King Emmanuel tadi. Renungannya tajam membuatkan sesiapa saja boleh kecut perut. Adakah itu bermaksud, dia tak setuju?
“Why, my Gorgeous ?”
Berat mulutnya ingin memberitahu lelaki itu. Cuping telinga gadis itu digigit lembut apabila tiada respon kepada soalannya tadi. Gerakan kecil yang dilihat gelisah itu mengundang kerutan di dahi.
“Aku tak selesa.”
“Kenapa?”
“Daddy kau macam tak suka aku.”
Tok! Tok! Tok!
Pautan di pinggangnya dilepaskan. Rich menghampiri dan pandangannya kini tepat mengenai wajah Tyler yang juga seperti ada hal duka yang perlu dibagitahu.
“Tuan putera. Tuanku arahkan saya untuk asingkan bilik Miss Belle dan Tuan putera.”
Bertambah kerutan di dahi pasangan itu. Mata mereka bertembung.
“Tak apa. Kau kena faham...”
Rich mencengkam lembut lengan gadis itu supaya menghadap wajahnya. Wajah gadis itu diamati, mata bundar itu juga bagai menyampaikan sesuatu yang bermain di mindanya. Dahi luas itu dikucupnya perlahan lalu tubuh itu dipeluk erat cuba menenangkan gadis itu.
“Ni adalah pertama kali aku bawa perempuan masuk ke istana De Myandeur. Jadi, Daddy aku tak senang selesa bila ada perempuan dalam istana ni. Bukan dia tak suka. Ingat tak masa kecil dulu...”
Mata Heterocromia itu naik merenung mata biru bak lautan itu.
“... aku ada kata yang ayah aku ajar aku untuk jadi dingin dan pegang senjata? Ingat tak?”
Mendengar soalan itu Belle menunduk menekur lantai. Bukan dia tidak tahu, tapi apa yang Rich katakan itu terus terlayar di kotak memorinya. Zaman di mana dia sering dijadikan bahan ‘mainan’ untuk kepuasan mereka. Melihat dirinya menangis dan sakit adalah kegembiraan mereka.
Mereka menari riang di atas kesedihannya.
“Gorgeous ? Belle? Kau okey?”
Ibu jari milik Rich mengesat air mata yang jatuh membelah pipi mulus milik Belle. Mata bundar yang memerah dipandang.
“Aku ingat.”
“Sorry.”
Tangan kecil itu menepis perlahan tangan Rich dan kemudian dia mengambil begnya meninggalkan Rich yang termangu di situ. Mata biru itu menikam tubuh yang berlalu pergi meninggalkannya. Keluhan berat terlepas juga.
Mungkinkah dia tidak sengaja menyentuh perkara sensitif gadis itu?
Rich tiada jawapannya.
BELLE menghampiri satu pintu kayu yang diraut cantik. Baru saja dia meletakkan barang di bilik berlainan dengan Rich, tiba-tiba sudah dapat arahan dari tuanku untuk mengikuti dua pengawal ke satu tempat. Tempat itu sangat terpencil.
Ada dua orang pengawal yang tadi menghantarnya ke sini, mereka semerta menghilang. Mungkin ada hal peribadi yang King Emmanuel ingin dibicarakan, tapi apa dia?
Sedangkan Rich belum beritahu tujuan mereka datang ke mari.
Pelbagai soalan mula mengasak pemikiran. Tapi Belle cuba menenangkan diri.
Pintu diketuk tiga kali lalu ada suara garau menyambut untuk dia masuk. Belle hanya menuruti lalu membuka pintu bilik itu.
Dia tidak melepaskan peluang untuk mencuci mata melihat bilik itu. Dan pandangan terakhirnya tertancap pada wajah bengis yang tidak senyum itu. Semerta air liur ditelannya perit. Perlahan pintu ditutup.
“Lock the door.”
Tangannya yang masih melekat pada tombol itu terus menekan punatnya. Menyesal dia masih di pintu tadi. Terasa mahu hantuk kepala ke dinding!
“Selamat datang ke bilik penuh nostalgia.”
Mendengar ucapan aluan dari King Emmanuel, membuatkan dia mengerut dahinya. Dia memusing tubuh memandang figura yang memeluk tubuh memandangnya atas dan bawah. Sempat matanya memandang ke arah bilik itu.
“Kenapa kau bawa aku ke sini?”
“Stop that curiosity eyes.”
Belle melarikan matanya apabila dia terasa diperli.
“Beta tahu apa yang Riccardo mahukan.”
Tubuh tegap itu berdiri di tingkap, tangannya diseluk ke dalam poket dan dibiarkan di situ.
“Dan beta tak mengizinkannya.”
“Aku tahu... sebab kau tak suka dengan perempuan datang sini kan?”
“I have my own reason.”
“Kau tak nak pewaris ke?”
“Beta nak, tapi bukan kau yang sesuai duduk di takhta. Beta tahu rekod kau. Membunuh dan mencuri hak diraja.”
“Aku tak curi!”
“If I said, ‘yes’. It’s mean yes!”
Cuba dijaga oktaf suaranya agar tidak nampak melulu. Tunak matanya ke arah King Emmanuel. Jemari halusnya digenggam menahan rasa yang bersarang di dada. Mata biru milik King Emmanuel terarah ke arah baju yang tersarung di tubuh genit gadis itu.
“Baju permaisuri. Siapa yang benarkan kau pakai?”
“Anak kau. Aku sarung je.”
Tubuh tegap itu kini menghadap ke arah Belle. Dia merapati Belle lalu jarinya naik menunjuk gambar-gambar di muzium nostalgia itu.
Tanpa banyak tanya, dia lihat saja pada gambar-gambar potret yang terlekat di dinding itu.
Matanya mula tidak jaga kelakuan. Setiap wajah yang berada di dalam bingkai itu menarik perhatiannya. Siapa mereka semua ini?
Ada satu gambar yang lebih menarik mata Heterocromia miliknya itu untuk ditenung. Wajahnya persis seseorang. Senyuman wanita itu juga sedikit sebanyak mengurangkan rasa gundah di hati.
“Permaisuri Maria Ann.”
Semerta pandangan dia kalihkan ke arah suara garau yang menyapanya gegendang telinganya. Nama itu biasa singgah di pendengarannya satu ketika dahulu. Tapi, kini tidak lagi.
“Dia berkahwin dengan beta atas paksaan keluarga. Kerana dia adalah puteri mahkota Elmyandeur. Kini, Myandeur dan Elmyandeur adalah di bawah naungan King Emmanuel...”
“Aku nak tahu apa punca dia stress?”
Mereka berpandangan. Memang itulah benda yang menghantuinya selama ini. Rich hanya menceritakan Permaisuri Maria Ann mati kerana stress dan kemalangan jalan raya.
Dulu keluarga diraja inilah paling membahagiakan. Di corong radio retro milik mak dan ayah angkatnya dulu selalu menyiarkan berita kegembiraan keluarga itu. Tetapi mengapa kematian Permaisuri Maria Ann begitu tragis di atas hamparan jalan yang luas?
“Rich didn’t tell you before?”
Belle menggeleng lalu melemparkan pandangannya ke arah potret wanita yang umurnya hampir setengah abad itu.
Sempat King Emmanuel menarik nafas sedalam-dalamnya lalu dihembus perlahan.
“Beta dan dia kahwin atas dasar paksaan. Dia juga terpaksa sebab dia ada pilihan hati sendiri. Lama-kelamaan, dia jadi lembut dengan beta dan dia luah rasa cintanya pada beta. Sedangkan waktu itu, beta cintakan orang lain.
Waktu itu pun, beta sudah terlanjur dengan gadis itu. Kami sama-sama rela. Sedangkan waktu itu Maria mengandungkan Rich...”
“Kau lelaki yang tak guna...”
Suara itu perlahan, tapi mampu membuat seluruh tubuh King Emmanuel terhenti segala saraf. Wajah Belle dipandang.
“Kau dah ada isteri yang menyayangi kau. Kau boleh cari perempuan lain semata-mata sebab cinta kau? Dia dah korbankan cinta dia untuk kau! Tapi kau...”
“Jadi, kau rasa Rich tidak akan buat perkara yang sama? Dan kau akan bahagia bila Rich akan mengejar kau? Kau tak rasa serba salah? Ataupun kau jenis pentingkan diri? Kalau kau rasa beta adalah lelaki yang tak guna, how about, Rich?”
Belle terdiam. Mana tidak tumpahnya kuah kalau tidak ke nasi.
“Beta ada jodoh lain untuk dia. Tangannya yang lebih suci, yang jauh lebih baik dan pekertinya dari kau. Kau pembunuh. Kalau kau jadi Permaisuri, apa yang rakyat beta katakan pada beta? Pembunuh menjadi menantu raja? Pencuri terbesar menjadi permaisuri? Benda itu tidak akan terjadi.”
Bahu Belle mengendur. Dia bukan tidak sedarkan diri dengan status tangan kotornya dan status dirinya dan mengapa dia ditahan Rich tempoh hari. Takkan secepat itu Rich jatuh cinta padanya? Atau kerana tubuhnya saja?
Sedangkan hari pertama mereka berjumpa, mereka bertelagah. Masuk hari ketiga, mereka berbaik kerana luahan yang dirancang oleh Tyler. Rancangan ‘cupid’ tanpa sayap itu.
Semerta pipinya terasa basah. Giginya diketap apabila dia dihina seperti itu. Mata biru itu hanya tajam menikam wajahnya sama juga seperti mata heterochromia itu yang membalas pandangan tajam itu tanpa gentar. Bukan dia tidak mengenali gadis di hadapannya ini.
Dia adalah pembunuh upahan yang sangat mantap kerjanya. Hampir saja dia melepaskan tawanya apabila melihat air mata yang sedang mengalir di pipi gebu milik Belle.
Masih memandang wajah separuh abad itu dengan tegang.
Tapi tidak sangka serapuh ini dia apabila berhadapan dengan konflik percintaan. Mampu menghilangkan nyawa orang daripada menghilangkan rasa cinta dalam diri dia. Menarik.
° ° °
Jangan lupa vote and comment!
1649 word
Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro