Bab 4 : Kau Datang
Di saat orang lain berada di kantin sewaktu rehat, aku pula berada di dalam stor yang menempatkan kerusi dan meja yang sudah tak boleh digunakan lagi atau kata lainnya, rosak.
Tempat ni sunyi. Aku sukakannya. Daripada aku perlu berasak-asak dengan orang ramai dekat kantin tu, lebih baik duduk diam di sini.
Makan tak makan, pandai lah aku uruskan.
Aku baru nak lelapkan mata, tiba-tiba pintu stor dibuka dan terjengul beberapa pelajar yang berbadan gempal dan Junwoo berada di tengah. Aku abaikan mereka.
"Lupa ke apa yang kau buat dekat aku? Hm?" tanya Junwoo. Aku hanya berdiam.
"Woi budak bodoh! Kau dengar tak apa aku cakap ni?!" Junwoo mula menengking. Aku membuka mata dengan penuh malas.
"Semak betul lah. Tak ada tempat lain ke nak menyalak? Pergi berhambus sana." intonasi suaraku mendatar. Tak mahu mencari gaduh.
"Tak guna kau!" Junwoo terus menyerang saat aku mulai bangun dari dudukku. Kolar bajuku dicengkam kuat.
Aku pejamkan mata sekejap. Kelihatan Junwoo benar-benar marah. Rahangnya bergerak menandakan dia sedang menahan amarahnya.
"Kau ingat kau akan terlepas? Jangan mimpilah, anak sampah!" sebaik saja ayat terakhir itu diucapkan, sebuah tumbukan padu ku melayang pada pipi Junwoo.
Dia berang lalu menyuruh tiga orang lelaki berbadan gempal tadi yang bersamanya itu membelasahku.
Perutku ditendang kuat, pipi dipijak dengan kasut, rambut ditarik kasar serta kedua kaki aku disepak-sepak oleh mereka.
Aku tersengih dengan bibirku yang sudah berdarah akibat ditumbuk tadi.
Huh, Junwoo pengecut. Lembik lah tu, kalau tak kenapa bawa orang untuk 'ajar' aku kan?
Pandangan aku kabur. Kepala terasa berpinar dan aku ternampak ada seseorang di belakang dan dia membaling sebatang kaki kerusi yang patah itu kepada salah seorang lelaki gempal tersebut.
"Wahai tiga ekor khinzir sekalian, majulah ke sini! Tunjukkan keberanian kau!"
Itu kau.
Kita pertama kali bertemu.
─── « ⋅ʚ♡ɞ⋅ » ───
- to be continue <3
Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro