Bab 10 : Baling Telur
Lepas saja insiden yang kita kena denda bersama-sama di luar kelas itu, kau sering mengikuti aku ke mana-mana.
Dah macam 'bayang-bayang' aku.
Kalau aku ke sini, kau ikut. Kalau aku ke sana, kau juga ikut. Terasa macam aku upah kau jadi bodyguard aku yang tak berbayar pula.
Kalau dulu aku single dan sendu masa rehat, kini kau secara tak rasminya jadi peneman aku. Tak cukup dengan itu, kau selalu tak lupa belikan makanan untuk aku.
Bila ditanya, alasannya untuk alas perut.
Kau memang tak bagi aku peluang untuk duduk sorang-sorang.
Jarak antara kau dan aku tak jauh pun. Dalam dua jengkal je. Aku sekadar curi-curi lihat kau melalui ekor mata. Kau tengah leka menikmati roti ban kacang merah.
"Hoi, anak sampah!"
Serentak kau dan aku berpaling ke belakang. Kelihatan Junwoo sedang menghampiri dengan wajah yang amat menjengkelkan. Di belakangnya pula berdiri empat orang pelajar lelaki.
Senyum senget-sengetkan bibir, dah macam orang kena strok aku tengok. Nak je tampar bagi bibir dia elok balik.
"Wah, wah, wah. Hebatnya kau! Anak sampah macam kau ni pun boleh ada kawan ya? Wah, bagus!" kata Junwoo dengan kuat sambil tangannya ditepuk berkali-kali.
Anak sampah... dia tujukan gelaran itu pada aku. Dia memang tak reti nak panggil nama orang agaknya. Bersangka baik saja lah.
"Korang semua nak apa hah?!" giliran kau pula yang bersuara. Junwoo mengangkat kening dan jongketkan bahu.
"Sorry sebab ganggu korang yang tengah bermadu kasih. Aku datang sini cuma nak bagi hadiah je."
Dia panggil kawan-kawannya. Tak menyedari apa yang Junwoo cuba lakukan, tiba-tiba aku rasakan ada sesuatu yang melekit mendarat elok di belakang kepala.
Aku sentuh rambutku. Ianya sebiji telur mentah.
Junwoo mula ketawa. Kau sudah mula ingin melawan. Roti ban yang masih berbaki kau letak ke tepi.
"Woah, woah! Anak gajah nak buat apa? Nak lindung Yoongi kesayangan dia ke? Heheh. Apa kata kau pula ambil hadiah ni."
Junwoo dengan biadapnya membaling telur itu tepat terkena pada dahi kau. Bukan sebiji, malam lebih dari lima biji.
Aku pun turut sama kena. Makin ramai pula orang berkerumun. Semua bersorak nama Junwoo. Lepas sesi membaling telur, sesi menyimbah tepung pula.
Keadaan diri kita amatlah teruk masa itu. Baju kau dan aku dihiasi dengan tompok kuning telur. Muka pula cantik disalut tepung.
Setelah puas, mereka pergi dari situ. Aku lihat kau. Kau lebih teruk kena berbanding aku. Hati mula timbul rasa simpati.
Kau mengeluh. Tapi kau masih tersenyum. Aku tak faham lah. Kenapa kau boleh lagi hidup macam biasa lepas kena semua ni?
"Maafkan aku. Sebab anak sampah macam aku, kau pun terlibat sama."
Pertama kali aku bercakap dengan penuh sopan pada kau. Kau membalas maafku dengan gelengan.
"Tak mengapa. Benda kecil je. Jom lah, kita kena bersihkan baju ni. Kalau tak, hanyir teruk."
Kau menyuruh ku untuk ke tandas. Aku hanya membuntuti dari belakang.
Benda kecil je?
Ya Tuhan, cekalnya hati kau.
─── « ⋅ʚ♡ɞ⋅ » ───
- to be continue <3
Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro