Chào các bạn! Vì nhiều lý do từ nay Truyen2U chính thức đổi tên là Truyen247.Pro. Mong các bạn tiếp tục ủng hộ truy cập tên miền mới này nhé! Mãi yêu... ♥

CHAPTER 7

"Daniel-ah!"

Daniel menolehkan kepala.Seong Woo sedang tersengih berada belakangnya.

"Ada apa hyung?" soal Daniel.Matanya tertumpu pada skrin tv,ralit menonton drama While You Were Sleeping.Bukan dia sorang je,haelmoninya tu pun sama.Selagi drama While You Were Sleeping tak habis selagi tulah haelmoninya takan beralih dari depan tv.Haelmoni ni kipas Lee Jong Suk tau.

"Esok hyung dah nak masuk kerja.So,boleh tak kalau Daniel hantar hyung kat balai polis Seoul.Hyung malas nak jalan kaki!" Seong Woo memujuk manja.Punggung dilabuhkan bersebelahan Daniel.Bahu Daniel dicuit.Dahi Daniel nampak berkerut.

"Daniel nak hantar dengan apa?Transport pun Daniel takde?Ke hyung nak Daniel dukung Hyung sampai sana!"balas Daniel hampa.Kalau ada superbike tu kan senang.Pergi mana mana pun tak payah jalan kaki dah.

"Kalau macam tu,pergilah beli superbike tu sekarang." Seong Woo menyeluk kocek seluar denamnya dan menarik keluar beberapa helai not won.Boleh tahan banyak jugak jumlahnya.

"Apa ni hyung?Daniel nak buat apa dengan duit hyung ni?"Daniel agak tergamam apabila Seong Woo bagi semua duit tu padanya.

"Pergi beli superbike idaman kamu tulah.Hyung boleh bagi ni je.Cukup tak kalau campur dengan duit simpanan kamu!" kata Seong Woo dengan riak selamba.Daniel punyalah nak pengsan kat situ.

"Tak payahlah hyung.Bazirkan duit hyung je.Hyung letih letih kerja nak dapatkan duit!" Daniel menolak keras.Dia akan rasa bersalah sangat pada Seong Woo sekiranya dia ambik duit tu.

"Alah,duit hyung banyak lagi dalam bank tu.Lagipun,tak lama lagi kan hyung akan jadi polis so tentulah gaji hyung makin banyak." Seong Woo masih tetap memaksa.Daniel jadi serba salah.Nak ambik ke tak?

"Tapi hyung........."

"Pergi beli superbike kamu tu sekarang sebelum orang lain rembat.Frust menonggenglah Daniel nanti."Dia akan tetap paksa dan paksa Daniel sampai Daniel ambil duit tu.Dia cuma tak nak Daniel kecewa nanti bila superbike yang menjadi kegilaannya itu jatuh ke tangan orang lain.Seong Woo kenal perangai Daniel,kalau dia minat pada sesuatu benda....benda tu jugaklah yang dia nak.

"Terima kasih hyung!!!" jerit Daniel gembira.Tubuh Seong Woo terus ditarik ke dalam dakapannya.

"Yeay,dapat naik superbike!"Daniel bersorak sakan.

Bila tengok Daniel senyum,secara automatik membuatkan Seong Woo rasa sangat gembira dan bahagia,bagaikan Daniel itu adalah separuh daripada jiwanya.

*    *    *    *

" Hoi,jom keluar nak malam ni.Korang tak boring ke asyik terperap je kat rumah!"ujar Ji Hoon mula membuka kelab bual.Tuan Jin takde.Keluar rasanya.Katanya ada emergency.So,bolehlah mereka curi tulang.

"Ha'ah kan.Sejak Daniel keluar dari rumah sewa dan stay dengan hyung dia kita dah jarang lepak!"sambung Ji Sung,menyokong kata kata Ji Hoon.Sebelum jumpa dengan Seong Woo,dulu Daniel tinggal bersama mereka di rumah sewa berdekatan gym Tuan Jin.

"Daniel asyik berkepit dengan hyung dia.Kita semua ni dia dah tak ingat."tambah Ji Sung menjeling Daniel seperti merajuk.

"Mana ada.Nama nama korang ni selalu ada dalam otak dan hati aku."

"Yelah tu.Btw,nak tak kita pergi main snoker.Aku ada kenal satu tempat main snoker yang murah kat area pasar malam Gwanjong." cadang Ji Hoon.Semua mata memandang ke arahnya serentak.Macam best je bunyinya.

"Jinja?Wah dah lama aku nak main snoker.Aku nak joinlah!" Jae Hwan orang yang pertama setuju.Yang lain hanya diam.Berfikir sejenak.

"Maaf yer,kau takleh join!"

Terus berubah air muka Jae Hwan.Terkilan gila bila Ji Hoon bagi jawapan macam tu.Apa salah aku?

"Asal pulak?Tak kira aku nak join jugak?"

"Boleh tapi kau kena tinggalkan berus jamban kau tu kat rumah.Aku tak nak kau bawak benda kotor tu."Dalam hati Ji Hoon bukan main seronok lagi dapat kenakan Jae Hwan.Sengaja nak balas dendam kat Jae Hwan.

" Betul ke ni?Thanks Ji Hoon.Sayang kau."Bibir Jae Hwan kembali tersenyum.Tubuh Ji Hoon dipeluk erat.Ji Hoon menggelepar melepaskan diri.Rimas siak!

"So yang lain nak join tak?Takan aku dengan budak terencat ni je?" soal Ji Hoon,pada masa yang sama sempat lagi kutuk si Jae Hwan.

"Bukan kat situ banyak samseng ke." Woo Jin mencelah.Snoker area pasar malam Gwanjong memang port favourite abang abang gangster.Sebab tu diorang tak beberapa setuju nak join.Malas nak cari pasal dengan diorang yang acah big boss.Ingat korea selatan ni diorang punya?

"Tak yah risaulah.Diorang takan kacau kita kalau kita tak buat hal kat sana.Lagipun,kalau diorang pukul kita....aku kan ada.Biar aku tinju diorang tu sekor sekor." Ji Hoon menyinsing lengan bajunya naik hingga paras ketiak,sengaja mahu menunjuk bonjolan bicepnya.

"Poyo!" Jae Hwan menjuihkan bibir,naik menyampah melihatnya.

"Oklah,kitorang join.Daniel,make sure kau pun join sekali!" Yang lain pun turut sama bersetuju dengan cadangan Ji Hoon kecuali Daniel yang senyap je dari tadi.

"Bro,kalau aku sampai kat pusat snoker lewat sikit takpe ke?"

"Asal pulak?"

"Aku nak gi kedai motor.Bayar deposit superbike idaman aku tu."

Superbike?Segera kepala mereka semua mendongak ke arah Daniel dengan wajah terkejut.

*    *    *    *

Lepas tamat waktu bekerja di gym Tuan Jin,Daniel terus pergi ke kedai motor tersebut.Dia bernasib baik kerana superbike model Suzuki GSX-1250F,masih elok terparking di dalam kedai itu,bermakna ia belum dirembat oleh pembeli yang lain.Memang kuat jodoh Daniel dengan motor tu.

Dia berlari anak masuk ke dalam kedai."Annyeonghaseyo!"Seorang lelaki lengkap beruniform bengkel menyambut kedatangannya di depan pintu masuk.

"Boleh ajusshi tolong kamu?" soal lelaki berumur 40-an itu.Agak peramah orangnya.

"Saya nak tu!Saya nak motor tu!"jawab Daniel terus menghalakan jari telunjuk ke arah sebuah superbike biru putih yang berada tidak jauh dari mereka.Excited gila!

"Oh,kamu bernasib baik sebab motor tu tiada lagi pembelinya.Kamu nak bayar cash ke atau ansuran?"

"Ansuran.Saya ni kerja kerja biasa je.Tak mampu nak bayar cash terus." agak malu Daniel menjawab.Lelaki tersebut hanya tersenyum.Dari penampilan Daniel pun dia dapat faham yang Daniel bukannya orang berada.

"Ni duit diposit!"Sampul surat tebal yang sudah berisi duit diserahkan pada lelaki itu.Lelaki itu membuka terlebih dahulu sampul surat tersebut dan mengira jumlah duit yang diberikan oleh Daniel samada cukup ke tak.Takut kena tipu je.

Cukup.Barulah dia menyerahkan beberapa helai borang dan kunci motor pada Daniel.

"Sekarang motor ni dah sah menjadi milik Encik Kang Daniel."katanya selepas Daniel selesai menurunkan tandatangan pada beberapa helai borang.Daniel terus bersorak sakan,menari nari di sekitar motor itu.Lelaki tersebut tergelak kecil melihat gelagat Daniel begitu juga pelanggang pelanggang kedai yang lain.

*    *    *    *

"Aku nak bagi nama apa pada kau ni?" Daniel menggaru garu dagunya,sedang memikirkan nama yang sesuai untuk superbikenya.

"Danny,Daniel!Sesuai!Ok,aku panggil kau Danny.Danny dah ready ke?Appa nak tunggang Danny ni!" Daniel memeluk Danny erat.Dikucup tubuh biru Dannya berkali kali.Untunglah Danny ada appa yang penyayang macam Daniel ni.

"Jom Danny kita pergi main snoker dengan chingu chingu appa!" Mata kunci dimasukkan ke dalam soket sebaik saja Daniel duduk di atas Danny.Throttie trip dipulas.Bunyi enjin kedengaran menyapa gegendang telinga dan ekzosnya kelihatan mula mengeluarkan asap.Danny kentut.

Kaki Daniel menekan gear dan secara automatik Danny bergerak dengan lajunya meluru di atas jalan raya.Tubuh Danny nampak berkilat apabila cahaya  lampu jalan memancar padanya.

Vote and comment.

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro