Chào các bạn! Vì nhiều lý do từ nay Truyen2U chính thức đổi tên là Truyen247.Pro. Mong các bạn tiếp tục ủng hộ truy cập tên miền mới này nhé! Mãi yêu... ♥

CHAPTER 12

Masih berbaki 3 hari lagi sebelum perlawanan tinju tersebut berlangsung.Sudah banyak latihan yang Daniel dapat dari Tuan Jin dan Ji Hoon.Hari hari dia berlatih,siang malam sampai takde masa untuk berehat.

"Kau sure ke boleh gerakkan tangan kau ni?Nanti kalau patah balik cam mana?" soal Daniel,risau sekiranya Ji Hoon cedera nanti.Dahla,tangan Ji Hoon tu belum pulih sepenuhnya lagi.Bukan dia yang paksa,Ji Hoon yang tergedik gedik mahu buat demo cara tumbuk pihak lawan dengan betul dan pantas.

"Kau tak yah risaulah.Kalau tangan aku cedera lagi,aku gi hospital.Apa susah?" balas Ji Hoon selamba.Daniel hanya meng'em'kan saja.Cakap banyak banyak bukannya Ji Hoon ambik peduli.

Selesai membuka balutan kain yang memangku tangan kanannya,Ji Hoon bangun dan menuju ke tengah gelanggang tinju bersama Daniel.

"Tengok betul betul apa yang aku buat ni.Jangan buat sesuka hati kau je." Ji Hoon mula menggerakkan tubuhnya dan melakukan beberapa aksi menumbuk pihak lawan.Pergerakannya cukup pantas dan sempurna.Walaupun dalam begitu,Ji Hoon masih nampak bertenaga,langsung tak mengadu kesakitan.Ni mesti minum pamoga akak vida.Mujur ada pamoga!

"Time kau nak balas serangan lawan tu,kangkang kaki kau luas luas untuk stabilkan tubuh kau.Kawal pernafasan lepas tu baru tumbuk!"nasihat Ji Hoon.Daniel meniru pergerakkan yang dilakukan Ji Hoon tadi beberapa kali selagi Ji Hoon tidak menyuruhnya berhenti.

*    *    *    *

Mereka beralih pula ke latihan untuk menguatkan stamina.

"Arrgghh!" Daniel menjerit kecil apabila Ji Hoon menghentak objek berbentuk bola itu pada perutnya.Rasa sangat sakit dan senak tapi dia kena bertahan,beginilah setiap petinju akan lalui.Dan memang sudah biasa bagi seorang petinju apabila tubuh terdapat kesan luka dan lebam.

So,Daniel terpaksa biasakan diri dengan semua tu.Memandangkan ni jalan yang dia pilih.

1 jam berlalu,mereka menghentikan training sekejap untuk berehat.Daniel pun dah nampak lemah.Takut pengsan pulak nanti.Ji Hoon jugak yang disalahkan.

"Nah,aku bagi free.Tapi kalau kau nak bayar pun takpe!" Ji Hoon tersengih,menghulurkan botol air mineral pada Daniel.Daniel menyambutnya.Penutup botol dipulas dan dia terus meneguk air mineral sehingga tinggal separuh.Dahaga sangat tu.

"Thanks bro!"ucap Daniel.Dia menumbuk lembut paha Ji Hoon.Nasib baiklah ada Ji Hoon yang boleh bimbingnya.

" sama sama.Amacam latihan tadi?Dah putus asa ke?Tu baru training,belum perlawanan yang real lagi."Ji Hoon menyakat,sengaja mahu menguji Daniel.Daniel cepat cepat menggelengkan kepalanya tanda semangatnya masih kental.Anak jantan thow.Malulah woi kalau cepat give up.

"Takan.Aku takan give up.."

"Bagus.Aku salute ahh dengan kau.Kau cepat faham dan pick up apa yang aku ajar.Btw,hyung kau tahu tak yang kau nak masuk perlawanan tu?"

Pertanyaan Ji Hoon itu membuatkan Daniel jadi bisu.Seong Woo.Apa rection Seong Woo nanti bila dia tahu tentang hal ni dan sudah tentu Seong Woo tak setuju.

"Aku tak beranilah nak bagitahu dia.Kau tahulah kan hyung aku tu macam mana?" Suara Daniel bernada sedikit kesal.Takut sekiranya keputusan yang dia buat ini akan dibantah keras oleh Seong Woo.

*    *    *    *

"Yahh,pukul betul betullah.Jangan jadi lembik macam ni.Bersemangatlah sikit!" tengking Tuan Jin,melayangkan satu tumbukkan padu ke arah Daniel.Nasib baik Daniel sempat mengelak.Training dengan Tuan Jin macam ni lah gamaknya.Banyak kena maki hamu daripada latihan.Sabor jelah.

"Pukul betul betul.Jangan buat main main.Kalau cam nilah sikap kau,baik kau tarik diri.Orang lemah dan tak bersemangat macam kau ni tak layak masuk."Pedas sekali kata kata Tuan Jin.Daniel hanya mampu bersabar dan bersabar.Dah masak dengan perangai Tuan Jin.Entah kenapa tiba tiba dia jadi lemah semangat.Mungkin sebab terlalu memikirkan Seong Woo kot.

Punch mitt yang dipegang oleh Tuan Jin dipukul dengan sekuat tenaga sehingga Tuan Jin terundur beberapa tapak ke belakang.

Latihan dengan Tuan Jin berlanjutan sehingga habis waktu bekerja.Tuan Jin memang tak bagi Daniel waktu berehat walaupun seminit.Kejam.Tapi banyak juga yang Daniel pelajari daripada Tuan Jin.Otai kot!

*    *    *    *

Selepas siap tukar baju semua,Daniel bergegas ke kedai runcit Ahjumma Jung.Kepenatan masa latihan tadi masih lagi terasa tapi nak buat macam mana banyak lagi kerja yang perlu dia siapkan.Lagipun dia dah janji dengan ahjumma Jung nak tolong wanita tu jaga kedai hari ni.

" mian omma sebab Daniel lambat."kata Daniel menundakkan kepala di hadapan ahjumma Jung.

"Takpe.Omma tahu kamu baru balik kerja kan.Tak susahkan Daniel ke ni?" balas Ahjumma Jung rasa bersalah pulak pada Daniel.

"Taklah.Daniel ok je buat kerja part time.Cari duit lebih.Duk berehat kat rumah bukan dapat apa pun."

"Rajin betullah Daniel ni.Nampaknya omma kena naikkan gaji Daniel.Susah tau nak dapat pekerja yang bagus macam Daniel ni.Stok barang dah sampai.Daniel tolong kira dan susun ye.Omma nak keluar kejap.Tolong jaga kedai ye.Kalau ada apa apa call omma ok." Ahjumma Jung berlalu pergi.Hidung Daniel mula kembang semangkuk bila dipuji oleh wanita itu.Hatinya bersorak riang bila Ahjumma Jung cakap nak naikkan gajinya.Sebab tulah dia suka kerja dengan Ahjumma Jung.Gaji sentiasa up.Tak macam Tuan Jin,potong gaji je tahu.

Kotak besar yang berisi minuman tin diangkat lalu diletakkan di hadapan peti sejuk.Daniel menguak pintu peti sejuk,kelihatan dah banyak ruang kosong,hanya tinggal beberapa tin minuman saja yang masih ada.

Dia terus membuka kotak tersebut.Tin tin minuman yang berada di dalamnya dikeluarkan lalu dimasukkan ke dalam peti sejuk.Sambil itu bibirnya terkumat kamit mengira jumlah minuman tin yang baru diletakkannya tadi.56.Bilangan tersebut dicatat pada kertas yang dipegangnya.

Seorang wanita sedang memilih barang bersebelahannya.Daniel menundukkan kepalanya tanda dia menghormati pelanggang.Wanita tersebut tersenyum memandangnya.

"Ada apa apa yang boleh saya bantu ahjumma!"soal Daniel.

" Aniya!"Wanita itu menggelengkan kepalanya.Daniel memang peramah dengan pelangganya.Ahjumma Jung ada pesan,kalau nak tarik pelanggang supaya datang kedai kita,kenalah jaga atitude bila layan pelanggang.

*     *     *     *

Seong Woo menyanyi riang sambil membawa raga ke arah tempat ampaian.Pakaian pakaian yang disidai pada tali ditarik satu persatu lalu dia memasukkannya ke dalam raga.Ketika dia menarik seluar jeans Daniel,satu gumpalan kertas jatuh tercicir dari poket seluar itu.

"Kertas apa ni?" soal Seong Woo.Dia mengambil gumpulan kertas tersebut dan membukanya perlahan sebab tak nak bagi ia koyak.Tulisan pada kertas tersebut dah kabur tapi masih boleh baca huruf huruf
pada setiap ayatnya.

"Perlawanan tinju!"

Terbuntang luas biji mata Seong Woo.Dia terus mengalihkan pandangan ke arah luar rumah,mencari kelibat Daniel.Kelihatan Daniel sedang naik turun tangga banyak kali.Mungkin sedang berlatih kot.Terus terlintas sesuatu di fikiran Seong Woo.

*    *    *    *

"Kenapa tangan Daniel ni ada kesan lebam dan luka?Daniel gaduh lagi ke?"Seong Woo menggapai tangan Daniel.Daniel sedikit terkejut,terus menarik tangannya dari genggaman Seong Woo lalu disorok masuk ke dalam poket sweaternya.

" Takde apelah.Err...kena gigit nyamuk je tu!"tipu Daniel menggunakan alasan yang sememangnya langsung tak munasabah.Ada ke nyamuk gigit sampai lebam.Lainlah kalau bapak nyamuk.

"Daniel jangan tipu hyung.Baik Daniel bagitahu hyung perkara yang sebenar!"paksa Seong Woo.Dari air muka Daniel yang nampak bersalah tu pun dia dah tahu yang Daniel ada sorokkan sesuatu dari pengetahuannya.

"Takde apalah hyung.Hyung ni kalut betullah."

"Daniel masuk perlawanan tinju tu kan?" tebak Seong Woo dan Daniel terus terdiam.Tak tahu nak bagi alasan apa lagi untuk menutup penipuannya.

"Ya,memang betul Daniel masuk perlawanan tu.Daniel bukan nak rahsiakan dari hyung,tapi Daniel takut yang hyung tak setuju dan halang Daniel." Daniel berterus terang.

Seong Woo mengeluh.

"Hyung bukan nak kongkong Daniel.Ya,Hyung tahu yang Daniel dah besar panjang...dah boleh buat keputusan sendiri.Tapi sekurang kurangnya tanyalah hyung dulu."Suara Seong Woo kedengaran mendatar.Kesal mungkin.

"Takpelah,nanti Daniel tarik diri.Dah tu yang hyung nak kan." Daniel pula nampak seperti merajuk.

"Kenapa pulak nak tarik diri?Untuk pengetahuan Daniel,hyung cuma tak nak Daniel cedera,sakit macam ni.Tolonglah faham.Kalau jadi apa apa pada Daniel macam mana?Apa yang hyung nak jawab pada Haelmoni.Daniel tu adik hyung,dah tanggungjawab hyung jaga Daniel baik baik."Seong Woo meninggikan suaranya.Belum sempat dia menghabiskan kata katanya,Daniel terus berlalu pergi meninggalkannya.

" Degil betul!"keluh Seong Woo.

*    *    *    *

Daniel menuju ke rooftop.Nak ambik angin lepas kena marah dengan Seong Woo.

Kata kata Seong Woo tadi menyebabkan semangatnya patah.Terhimpit samada untuk meneruskan atau tidak rancangannya ini.Kalau dia tarik diri dalam perlawanan tu,dah tentu member membernya akan kesal terutama sekali Ji Hoon begitu jugak Tuan Jin.Lagipun,sia sia jelah dia berlatih selama ni.

"Tak kira,aku tak boleh tarik diri.Aku tak nak kecewakan diorang!" tekad Daniel masih tetap dengan keputusannya.Kali ni,dia terpaksa mengenepikan Seong Woo.

Perlawan tersebut bakal berlangsung esok.Dia betul betul rasa sangat berdebar.Boleh dengar jantungnya bergedup sangat deras.

Daniel mula melakukan pergerakan yang diajarkan oleh Ji Hoon dan Tuan Jin.Dia mesti ingat setiap langkahnya,takdelah nanti di gelangang esok dia mati akal nak cari peluang untuk menyerang lawannya.

Beberapa pengepit baju yang tergantung pada tali ampaian ditumbuk bertubi tubi.Anggap jelah yang tu samsak.Nak tumbuk bantal takut hancur pulak.Nanti marah haelmoninya.

Daniel tak sedar yang dari jauh Seong Woo sedang memerhatikannya.Melihat kegigihan Daniel itu,Seong Woo jadi bersalah sebab marah Daniel tadi.

"Kenapa aku ni bodoh sangat!Aku ni memang abang yang tak guna!" Seong Woo memerahi dirinya sendiri.Beberapa minit kemudian,Seong Woo masih di situ memerhatikan Daniel.

Kelihatan Daniel membaringkan tubuh di atas pangkin.Tidak lama kemudian,dia tertidur di situ.Tubuhnya menggigil kerana kesejukan.

Seong Woo tergelak kecil.Dia menuju ke bilik Daniel,ambik comforter dan ubat luka.Senyap senyap dia naik ke rooftop.

Dia menutup tubuh Daniel dengan comforter.Tangan Daniel yang luka tu dia sapu sedikit ubat luka.

"Bila tengok Daniel sakit,hyung pun akan rasa benda yang sama.Hyung cuba nak lindungi kamu tapi hyung lemah.Hyung betul betul abang yang tak guna." Umbu umbu kepala Daniel diusap.Air matanya mengalir keluar dari di tubir mata.

"Kalau hyung takde suatu hari nanti,kalau hyung dan Daniel terpisah.....hyung harap Daniel dapat jaga diri Daniel baik baik.Hyyyuung....sayyang Daniel.Hyung sanggup buat apa saja untuk buat Daniel gembira,Daniel tersenyum.Sebab tu dah cukup buat hyung bahagia." Suaranya jadi tersekat.Dia cuba menahan tangisannya supaya tidak didengari Daniel.Air matanya dikesat.Perlahan lahan Seong Woo mengundurkan dirinya menjauhi Daniel.

"Selamat malam Daniel.Selamat tinggal!Hyung terpaksa pergi!" ucapnya.

*    *    *    *

Ada yang menangis ke baca chapter ni?Author tak pandai nak buat scense sedih sedih ni.Btw,one chapter lagi and ff ni akan habis.Horeeyyy!

Vote and comment.

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro