Chào các bạn! Vì nhiều lý do từ nay Truyen2U chính thức đổi tên là Truyen247.Pro. Mong các bạn tiếp tục ủng hộ truy cập tên miền mới này nhé! Mãi yêu... ♥

CHAPTER 10

"Kau nak apa datang sini?Nak cari gaduh lagi?Ke nak nak cari maut?" Lelaki berjaket kulit hitam itu menyoal Daniel kasar.

Daniel menelan air liur.Nafas ditarik dalam dalam sebelum dia bersuara.

"Aku nak jumpa boss kau sekarang!" balas Daniel.Lelaki tersebut tergelak kecil.Spek mata hitam yang dipakai diturunkan sedikit,mahu melihat wajah Daniel dengan lebih jelas.Melalui pemerhatiannya,Daniel datang sorang diri.Tak bawak member.

"Buat apa kau nak jumpa dia?"Dia menyoal lagi.Geng geng samseng mula menggerumuni Daniel bila lelaki itu memanggil mereka.

Daniel terpaksa menekup hidung.Bau arak bercampur rokok dari tubuh mereka menyebabkan Daniel tekaknya berasa loya.

"Aku nak bayar ganti rugi atas apa yang berlaku hari tu."

Lelaki tersebut menarik kolar baju Daniel.Buku limanya dinaikkan tinggi ke udara,bersiap sedia mahu melayangkannya pada rahang Daniel.Daniel memejam mata.Dia tak nak melawan.Dia datang ke sini bukan untuk bergaduh atau keruhkan lagi keadaan.Tujuannya untuk berdamai dan selesaikan masalah mereka.

"Berhenti!Jangan pukul budak tu!" Suara kasar itu sempat menghalang lelaki tersebut daripada memukul Daniel.Seorang lagi lelaki muncul dari belakang lelaki tersebut.Semua geng geng samseng di situ menunduk hormat padanya.Mungkin itu adalah ketua mereka.

"Tapi boss budak ni dah pukul geng kita sampai terlantar kat hospital!" lelaki tersebut masih berkeras.

"Aku cakap berhenti!Tak payah pukul dia!"Dia terus melepaskan tangannya dari kolar baju Daniel sebaik saja Si Ketua meningking memberi arahan.

"Budak,kau ikut aku sekarang."kata Si Ketua sambil menghalakan jari telunjuk ke arah Danial.Daniel akur dan membontotinya menuju ke sebuah bilik.

*    *    *    *

"Tolong tarik balik tuduhan tu pada adik aku.Aku mohon pada kau,tolonglah." Daniel merayu rayu.Si Ketua nampak selamba saja menghisap puntung rokok.Langsung takde belas kasihan pada Daniel.

"Kalau aku tarik balik tuduhan tu,berapa kau nak bayar aku!" balasnya.

Daniel mengeluarkan sampul surat yang berisi duit dari poket jaketnya lalu diletakkan di atas meja.Si Ketua mengambil sampul surat tersebut dan membelek jumlah not won yang berada di dalamnya.Bibirnya tersenyum sinis.

"Banyak ni je kau bayar.Mana cukup!" Sampul surat tersebut terus dilempar di hadapan Daniel.Dia bingkas bangun.Daniel cepat cepat menarik tangan lelaki tersebut,menghalangnya pergi

"Tolonglah.Bebaskan hyung aku.Aku janji nanti aku bayar lagi pada kau." rayu Daniel.Si Ketua berhenti,memandang Daniel sejenak.Sampul surat yang berada di tangan Daniel beralih pada tangannya.

"Ok,aku tarik balik tuduhan pada abang kau tu.Tapi makesure kau bayar duit tu ye.Kalau kau tak bayar,mautlah jawabnya kau dengan abang kau tu."Dia menepuk lembut bahu Daniel.Sampul surat tersebut dihidu lama.Bau duit.Sangat wangi.

*    *    *    *

Musnah.Ya,semuanya sudah munsah.Impiannya,cita citanya habis musnah disebabkan peristiwa pada malam itu.

Kenapa mesti dia yang kena?

Dan kenapa hidupnya tak henti henti didatangi musibah silih berganti?

"Argghhhh!" Seong Woo menjerit kecil,melepaskan sejuta rasa yang berselubung pada dirinya.Rasa sedih,kecewa,marah,sakit...semuanya bercampur baur menjadi satu.

Seong Woo sudah dibebaskan dari longkap.Sepatutnya dia gembira bila dapat bersama Daniel balik?Tapi tak.Dia dah hilang pekerjaan.Balai polis Seoul baru saja menelefonnya tadi,menyampaikan satu berita yang amat mengecewakan.
Perlantikan Seong Woo sebagai polis dibatalkan atas sebab Seong Woo telah melakukan jenayah.

Seong Woo meramas helaian rambutnya kasar.Serabut memikirkan tentang masalah tersebut.Nafas berat dihela.Dia cuba untuk menenangkan dirinya.Perlahan lahan dia bingkas bangun dari duduknya dan membawa langkah ke arah meja belajar.

Kerusi ditarik kasar dan Seong Woo terus melabuhkan punggungnya.Dipandang sepi beberapa buah buku rujukan mengenai undang undang jenayah yang berada di atas meja.

"Sia sia je usaha aku selama ni." Pinggir kelopak matanya terasa basah.Seong Woo melekapkan kedua dua belah tangannya pada wajah dan meraup wajahnya berkali kali.

"Argghhh!" Dia menjerit lagi.Kali ini lebih kuat.Habis barang barang yang berada di atas meja disepahkan.

Daniel yang berada di luar bilik Seong Woo hanya mampu diam.Banyak kali jugak dia dengar Seong Woo menjerit dan bunyi seperti barang barang jatuh di atas lantai.Dia tahu Seong Woo sedang kecewa.

"Daniel faham keadaan hyung.Daniel harap hyung masih tabah dan kuat lalui semua ni." bisik Daniel.Dia ingin mengetuk pintu tersebut,masuk ke dalam bilik dan memeluk Seong Woo.Tapi hatinya berkata tidak.

Seong Woo perlukan ketenangan dan biarlah hyungnya itu bersendirian buat sementara waktu.

*    *    *    *

"Mana hyung kamu Daniel?" soal Haelmoni sebaik saja melihat Seong Woo tiada bersama Daniel.

"Hyung ada kat dalam bilik.Daniel tak nak ganggu dia.Dia tengah stress tu." balas Daniel memeluk bahu haelmoninya yang sedang membawa pinggang makanan ke arah meja makan.

"Haelmoni kesian sangat kat dia.Hyung kamu tu sejak dari kecil lagi nak jadi polis.Tapi tulah,nak buat macam mana.Takde rezeki."Risau jugak Haelmoni pada Seong Woo.Dari pagi lagi Seong Woo tak makan,asyik berkurung je di dalam bilik sampai malam.

"Nanti hyung oklah tu.Jom kita makan.Haelmoni tak yah risaulah.Nanti Daniel pujuk hyung ye."

Ketika itu,suasana di meja makan menjadi hambar.Selalunya bila makan,Daniel dan Seong Woo pasti akan bertekak kerana berebut lauk.

*    *    *    *

10.00 malam dan Seong Woo masih berkurung di dalam bilik dan tak turun makan.Daniel mematikan televisyen,bingkas bangun dari sofa dan melangkah ke dapur.

Daniel mencedok 3 senduk nasi putih lalu diletakkan di atas pinggan.Sup ginseang yang masih tinggal separuh di dalam periuk dipanaskan di atas dapur gas selama beberapa minit.

Dia meletakkan hidangan itu di atas dulang.Sebaik saja siap mengemaskan dapur,dia berjalan keluar dari dapur dan menuju ke bilik Seong Woo.

Daniel berdiri di hadapan bilik Seong Woo.Tangan kiri diangkat.Pintu bilik Seong Woo diketuk sebanyak 3 kali tapi langsung tidak mendapat apa apa balasan daripada Seong Woo.

"Hyung,buka pintu ni.Daniel bawa makanan untuk Hyung ni."ujar Daniel sambil memulas tombol pintu.Daun pintu sedikit terkuak.Tak berkunci rupanya.

Daniel menerobos masuk ke dalam bilik tersebut.Di hadapannya,kelihatan Seong Woo sedang duduk di atas kerusi.Kepala Seong Woo terlentok di atas meja.Matanya terpejam rapat.Dengkuran kecil kedengaran.

"Lahhh,tengah tidur rupanya." Daniel menepuk lembut belakang tubuh Seong Woo sambil memanggil nama lelaki itu.Seong Woo tersedar dan terpisat pisat memandang Daniel.

"Bangunlah hyung.Daniel ada bawak makanan untuk hyung.Hyung makan ye!" pujuk Daniel.Seong Woo menangguk lemah.Matanya digosok.Rasa mengantuk masih bersisa.

"Daniel,maafkan hyung sebab hyung dah banyak menyusahkan Daniel.Hyung tahu yang Daniel jual motor Daniel sebab nak bebaskan hyung dari longkap."Seong Woo menggenggam erat tangan Daniel.Sungguh,dia betul betul terhutang budi pada Daniel.

" Daniel ni kan adik hyung.Dan hyung pulak abang Daniel.Daniel ada hyung sorang je dalam dunia ni.Daniel sanggup hilang motor tu,tapi Daniel dah tak sanggup nak hilang hyung lagi."balas Daniel.Air matanya mengalir keluar.Terus Seong Woo menarik tubuh Daniel ke dalam dakapannya.

"Hyung pun tak nak berpisah dengan Daniel.Hyung janji yang hyung akan sentiasa berada di sisi Daniel buat selama lamanya walaupun satu hari nanti kita mungkin akan dipisahkan oleh maut.Hyung sayang sangat pada kamu."Dahi Daniel dikucup lama.Suatu ketika dahulu mereka pernah berpisah dan kali ni mereka cuba untuk mengelakkan perpisahan itu berlaku.

*    *    *     *

Vote and comment

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro