Chào các bạn! Vì nhiều lý do từ nay Truyen2U chính thức đổi tên là Truyen247.Pro. Mong các bạn tiếp tục ủng hộ truy cập tên miền mới này nhé! Mãi yêu... ♥

Bab 9

BUNYI ombak menghempas pantai menjadi halwa telinga Damia. Dia duduk di atas bangku kayu sambil menghadap hamparan pantai yang terbentang luas. Angin yang sedikit kuat menyapa tubuhnya. Hujung tudung dipegang erat.

Masya-Allah. Indahnya ciptaan-Mu Tuhan.

Damia tersentak tatkala telefon bimbitnya berdering. Lantas dia menyelongkar tas tangan dan mengeluarkan telefon bimbitnya. Terpampang nama Ziyyad di dada skrin. Tak menunggu lama, panggilan itu dijawab.

"Helo, Ziyyad." Sapa Damia terlebih dahulu.

"Mia, saya nak bagitahu awak yang saya balik lewat hari ni. Awak tak payah tunggu saya okey? Tak perlu masak banyak-banyak, dan jangan tunggu saya balik." Terus tanpa sapaan, Ziyyad menyatakan sebab dia menghubungi Damia. Kening Damia hampir bertaut mendengar ayat-ayat itu.

"Awak pergi mana?" Soal Damia.

"Saya ada hal, biasa lah.. dengan client." Jawab Ziyyad.

"Hal apa sampai lewat malam? Kalau ya pun pasal kerja, takkan client awak tak boleh bezakan siang dan malam?" Rengus Damia di hujung ayat. Semenjak dua menjak ni, masanya bersama Ziyyad semakin kurang. Dia sudah jarang meluangkan masa bersama Ziyyad seperti selalu. Tambah lagi dengan dia yang kini berbadan dua. Lagi lah dia perlukan perhatian yang penuh dari suaminya itu.

"Kerja, Damia. Nak buat macam mana? Lagipun kerja makan gaji."

"Yelah. Tapi awak jangan balik lambat pulak tau?"

"Tak janji, okey. Awak jangan tunggu saya pulak. Okey lah, Mia.. nanti apa-apa saya call awak balik. Jaga diri baik-baik. Assalamualaikum," Belum sempat Damia membalas, Ziyyad awal-awal lagi sudah memutuskan talian. Sibuk betul ke?

Damia mengeluh. Serta merta peristiwa di mana dia melihat Ziyyad dan Jasmin di sebuah pasaraya kembali terbayang-bayang. Sampai sekarang, dia tak ungkit hal itu kepada Ziyyad kerana dia tak mahu rumah tangganya pincang. Dia sayangkan Ziyyad, mana mungkin dia mahu melepaskan lelaki itu kepada perempuan lain?

Tak apa lah, Mia. Sabar, jangan fikir yang bukan-bukan. Insya-Allah, Ziyyad hanya menganggap Jasmin sebagai seorang kawan lama. Lagipun, bukan kah dulu mereka membesar bersama? Damia bermonolog sendiri, cuba menyedapkan hatinya yang tiba-tiba kacau.

"Asha, jangan lari laju sangat!"

Serentak itu, seorang kanak-kanak perempuan jatuh tersembam di hadapan Damia. Buru-buru Damia berlari mendapatkan kanak-kanak perempuan yang berada beberapa langkah sahaja dari tempat duduknya.

"Adik okey?" Damia menyentuh lengan kanak-kanak perempuan tersebut dengan niat mahu membangunkannya, namun ditepis kasar. Rengusan keluar dari mulut kanak-kanak perempuan tersebut.

"Sini kakak tolong adik bangun," Sekali lagi Damia cuba memegang lengan kanak-kanak perempuan tersebut namun ditepis lagi.

"Asha, kan Along dah cakap jangan berlari. Tengok apa dah jadi?" Damia berundur sedikit ke belakang apabila seorang lelaki yang berkemeja biru muda menghampiri kanak-kanak perempuan tersebut.

"Akit..."

"Sakit? Sakit dekat mana?" Redza menyoal. Kanak-kanak perempuan yang dipanggil Asha itu menunjukkan kedua belah telapak tangannya dan juga bahagian lutut. Redza memeriksa dan menghembus kawasan yang ditunjuk Fasha.

"Dah, Along dah tiup. Dah tak sakit kan?" Redza menyoal lagi. Lega. Mujur Fasha tak ada luka, kalau tak memang terpaksa dia tadah telinga dengar adik bongsunya itu menjerit-jerit. Yalah, jatuh pun atas pasir.

Redza yang menyedari kehadiran seseorang di situ, pantas mengangkat muka. Terus dia bangun dari duduk lalu berdiri di hadapan Damia. Lama dia pandang Damia yang memegang hujung tudungnya yang ditiup angin.

"Err Damia? Adik Kak Dahlia?" Tebak Redza.

"Haah.. Macam mana.."

"Mesti awak tak cam saya. Saya Doktor Redza,"

"Oh! Baru saya ingat. Maaf lah, saya tak berapa nak ingat muka doktor." Balas Damia dengan sengihan. Ceh, hari tu bukan main tenung sekarang boleh cakap tak berapa nak ingat muka? Tak, sebenarnya dia ingat je muka Redza cuma dia takut salah orang.

Mendengar balasan Damia buat Redza senyum kelat. Oh, sakitnya tuh di sini bila Damia cakap dia tak berapa nak ingat muka ni.

"Err it's okey." Balas Redza.

"Doktor buat apa dekat sini?" Soal Damia, sekadar berbasa-basi. Lagipun, kakaknya kerja dengan doktor kacak ni. Takkan lah dia mahu sombong pula? Apa salahnya saling tegur menegur sesama islam? Heh.

"Saja ambil angin, bawa adik saya jalan-jalan tepi pantai." Jawab Redza sambil memegang tangan Fasha. Mata Damia jatuh memandang Fasha yang sedang menarik-narik tangan Redza. Entah ke mana lah dia nak ajak Redza pergi.

"Oh, adik doktor?"

"Haah, adik saya. Fasha nama dia. Asha, say hi to kakak." Giliran Redza menarik tangan Fasha agar memandang ke arah Damia. Namun hampa bila Fasha merengek-rengek tidak mahu. Kaki sudah dihentak-hentak pada lantai pasir tanda protes tidak mahu. Redza kembali memandang Damia.

"Maaf lah, hari ni mood dia tak berapa nak baik." Jelas Redza. Dia tak mahu Damia salah faham pula dengan Fasha.

"Eh, takpe. Budak-budak kan."

"Aaaaaa!" Fasha sudah semakin agresif. Hujung kemeja Redza ditarik-tariknya pula dengan rengekan.

"Okey-okey. Kejap, Asha."

Redza pandang Damia.

"Saya pergi dulu. Ada masa kita borak lagi. Assalamualaikum," Redza terus berlalu tanpa menunggu balasan Damia. Disebabkan Fasha yang merengek-rengek, dia tak dapat nak berlama-lama di situ. Baru beberapa langkah, Redza tersedar sesuatu.

Ada masa kita borak lagi?

Aduh, Redza. Bini orang kot! Apa pula kata Damia nanti? Tak pasal-pasal dia tuduh kau cuba nak mengurat. Haih! Mulut pun, lancang sangat. Balik nanti nak kena tenyeh dengan cili padi dalam peti ais.

Damia pandang susuk tubuh Redza dan Fasha yang semakin menjauh. Terbit senyuman kecil di bibirnya. Comel betul bila tengok Redza layan karenah adik sendiri. Terserlah aura abang penyayang. Untung dapat abang macam tu. Eh!

*****

MAKAN malam itu ditemani dengan lantunan muzik balada. Lampu neon berwarna warni mencantikkan lagi suasana makan malam itu. Ziyyad memandang ke arah Jasmin yang sedang memotong stik di hadapan. Terselah gaya santun Jasmin.

"Kenapa Abang Ziyyad tengok Jasmin macam tu?" Soalan Jasmin menyentakkan Ziyyad yang ralit merenung Jasmin. Ziyyad segera melarikan pandangan dan berdehem perlahan. Jasmin yang nampak malu-malu itu dipandang.

"Ehem... takde apa-apa." Jawab Ziyyad, turut rasa segan bila kantoi ditangkap mata Jasmin.

"Ada apa-apa ke dekat muka Jasmin? Comot ke?" Jasmin menyentuh kawasan pinggir bibirnya. Pantas Ziyyad menggeleng.

"No, nothing. Abang cuma.. segan dengan Jasmin."

"Nak segan kenapa?"

"Yelah. Hari ni kan birthday Jasmin, sepatutnya abang yang kena belanja Jasmin dinner. Abang yang kena raikan Jasmin. Tapi ini terbalik pula," Ziyyad gelak kecil. Begitu juga dengan Jasmin.

"Alah, bukan selalu. Nanti birthday Abang Ziyyad, abang pula yang belanja Jasmin." Balas Jasmin membuatkan Ziyyad menganggukkan kepalanya tanpa berfikir panjang.

"Sure."

"Lepasni, kita nak pergi jalan-jalan dekat mall nak? Dah lama Jasmin tak pergi cuci mata." Bersinar-sinar mata Jasmin.

"Anything for you birthday girl."

Kembang kuncup hati Jasmin mendengar balasan. Sumpah dia rasa bahagia sangat-sangat dapat meluangkan masa bersama Ziyyad. Usai makan malam, Ziyyad memandu keretanya menuju ke pusat membeli belah terkemuka. Rapat Jasmin menempel di sebelah Ziyyad sambil berjalan melintasi deretan kedai-kedai di situ. Tak teragak-agak Jasmin merangkul mesra lengan Ziyyad dan Ziyyad pula hanya membiarkan.

Ala, setakat pegang lengan takkan dia nak tepis? Lagipun, nanti Jasmin terasa pula kalau dia tiba-tiba tarik tangannya.

*****

DAMIA menonton khusyuk drama melayu yang sedang ditayangkan di kaca televisyen. Rancangan yang mengisahkan kehidupan seorang anak yatim dilayan seperti hamba itu benar-benar menarik perhatiannya. Persoalannya masih wujudkah dongeng 'Cinderella' pada zaman sekarang?

Beep.

Mata Damia teralih kepada telefon bimbit di atas meja kopi di hadapan. Dia memanjangkan tangan mencapai telefon bimbitnya di atas meja sebelum duduknya kembali dibetulkan. Kiriman Whatsapp dari Iffa, kawan di zaman sekolahnya itu membuatkan dahinya berkerut. Jarang Iffa mesej dia. Lagi-lagi waktu malam macam ni. Terus gambar yang dihantar Iffa dimuat turun.

Gambar Ziyyad berjalan-jalan di sebuah pusat membeli belah dengan Jasmin yang memeluk lengan lelaki itu.

Iffa:
Itu suami kau kan, Mia?

Jantung Damia berdegup kencang. Nafasnya turun naik. Segera kiriman Whatsapp Iffa dibalas laju.

Damia:
Mana kau nampak diorang?

Iffa:
Mega Mall. Siapa perempuan tu Mia? Adik dia ke? Nampak mesra semacam.

Dada Damia sebak, sakit. Mesra?

Damia:
Sepupu dia. Ziyyad takde adik. Takpe lah, Iffa. Terima kasih.

Pantas Damia mencari nama Ziyyad di log panggilan lalu dia menghubungi suaminya itu. Namun hampa bila operator yang menjawab panggilan itu. Perlahan-lahan tangan Damia jatuh ke riba dengan telefon bimbit di tangan. Tak sampai beberapa saat, air matanya mengalir turun. Menangis bila memikirkan gambar mesra yang diterimanya dari Iffa. Kecewa bila memikirkan Ziyyad tergamak menipunya. Kerja konon! Client konon! Rupa-rupanya ada dengan Jasmin.

Bahu Damia terhinjut. Sampai hati Ziyyad...

Ku menangis... membayangkan
Betapa kejamnya dirimu atas diriku
Kau duakan cinta ini
Kau pergi bersamanya
Ohh...

#####

Ziyyad buat Damia nangis lagi 😭

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro