Chào các bạn! Vì nhiều lý do từ nay Truyen2U chính thức đổi tên là Truyen247.Pro. Mong các bạn tiếp tục ủng hộ truy cập tên miền mới này nhé! Mãi yêu... ♥

Bab 7

DAMIA melepaskan nafas berat. Dah naik lenguh jemarinya asyik menghubungi Ziyyad. Kalau diikutkan, sekarang ni dah masuk lima belas kali dia membuat panggilan kepada suaminya tapi langsung tidak berangkat. Takkan busy sangat sampai satu panggilan pun tak berjawab?

Niatnya menghubungi Ziyyad kerana mahu memberitahu lelaki itu bahawa dia ingin keluar membeli barang dapur yang sudah habis. Sebelum dia keluar rumah, dia ada menghantar Whatsapp kepada Ziyyad, namun tidak dibalas. Dari rumah sampai lah dia sudah berada di kawasan pakir pasaraya Tesco, Ziyyad langsung tak angkat panggilannya.

"Takpe lah, Mia. Tahu lah dia aku keluar rumah beli barang," gumam Damia sebelum dia melangkah keluar dari perut kereta. Dia menarik troli lalu mula menolak perlahan menuju ke bahagian barangan basah. Usai membeli beberapa jenis bahan basah, dia bergerak pula ke bahagian barangan kering.

Botol sos prego dicapai.

"Lama tak buatkan Ziyyad spagetti favourite dia. Malam ni boleh la buat untuk dia, mesti dia happy." Damia senyum sendiri lalu dia meletakkan botol sos tersebut ke dalam troli yang sudah separuh penuh. Troli kembali ditolak melalui deretan-deretan rak barangan dapur.

"Abang Ziyyad ni, lawak lah."

Suara ketawa halus itu menyentakkan Damia.

Suara itu, nama itu.

Dia kenal. Pantas mata Damia meliar ke sekeliling mencari-cari pemilik suara itu. Dia memasang telinganya.

"Apa yang lawak? Betul lah abang cakap yang Jasmin ni pandai masak. Kan Jasmin ada masakkan lauk masa dekat rumah mama abang." Suara garau Ziyyad pula kedengaran di pendengaran Damia. Dada Damia berdebar hebat.

Itu suara Ziyyad. Dia cukup kenal dengan suara suaminya itu.

"Jasmin masih belajar. Nanti Jasmin cuba masakkan makanan favourite abang pulak eh?"

"Ermm tak sabarnya nak rasa masakan Jasmin. Mesti sedap,"

Damia menolak troli menuju ke rak sebelah. Jelas di matanya susuk tubuh Ziyyad dan gadis yang cukup dikenalinya. Jasmin. Melihat kemesraan Ziyyad dan Jasmin membuat mata Damia mula berkaca-kaca. Sepatutnya Ziyyad bersama dengannya membeli barang dapur, bukan dengan Jasmin. Aku isteri dia! Bukan Jasmin!

Damia menarik keluar telefon bimbitnya dari dalam tas tangan. Nama Ziyyad disentuh pada skrin sebelum dia melekapkan gadjet itu ke telinganya. Mata masih memandang dua susuk tubuh yang sedang membelakanginya itu.

Sungguh jelas dia lihat Ziyyad mengeluarkan telefon bimbitnya dari poket seluar yang dipakainya. Sungguh jelas dia lihat Ziyyad sengaja tidak mengangkat panggilannya apabila lelaki itu kembali memasukkan telefon bimbit ke dalam poket seluar.

"Siapa call? Wife abang eh? Kenapa abang tak angkat? Mana lah tahu, emergency." Soal Jasmin. Sebenarnya dia turut terganggu bila telefon bimbit Ziyyad asyik berbunyi vibrate. Cemburu pun ya juga.

"Err haah. Damia. Tapi takpe lah, balik nanti abang jumpa dia jugak." Jawapan Ziyyad buat tangan Damia menggeletar. Mahu sahaja dia hampiri dua manusia itu sekarang. Mahu sahaja dia tampar pipi Jasmin sekuat hatinya. Tapi dia batalkan sahaja niatnya itu. Dia tak mahu timbulkan pergaduhan di tengah-tengah pusat membeli belah ini.

Terus dengan air mata yang sudah setitis demi setitis keluar, Damia menuju ke arah kaunter pembayaran. Dia sudah tak ada mood mahu membeli barang apabila matanya disajikan dengan kemesraan suaminya dan perempuan lain.

Ya Allah, hati isteri mana yang tak sakit?

*****

DAMIA di ruang tamu sewaktu Ziyyad pulang. Jarum jam menunjukkan ke angka 9:30 malam. Lewat sungguh Ziyyad balik hari ni.

Ziyyad sedikit terkejut memandang Damia yang duduk di ruang tamu. Pintu ditutup rapat dan dikunci. Dahinya mula berlapis-lapis memandang ke arah Damia. Selalu Damia akan menyambut kepulangannya di muka pintu dan menyapanya mesra. Namun malam ni, lain pula. Dia menghampiri Damia yang sedikit pun tidak menoleh ke arahnya.

"Sayang? Kenapa tak tidur lagi ni?" soal Ziyyad. Seperti biasa, briefcase diletakkan di atas sofa single. Punggung kemudian dihenyakkan di sebelah Damia yang berpeluk tubuh memandang kosong ke arah kaca televisyen yang terpasang.

Soalan Ziyyad tidak dibalas.

"Sayang? Kenapa dengan awak ni?" soal Ziyyad, pelik. Bahu Damia dipeluk.

"Awak pergi mana tadi?" soal Damia tanpa menjawab soalan suaminya itu.

"Err kerja lah. Saya dapat client yang cerewet gila hari ni, so dari pagi sampai ke petang saya duduk je dalam ofis tu. Saya terlelap kejap sebab tu balik lewat. Sorry kalau saya dah buat awak risau." Bahu Damia digosok-gosok perlahan.

Damia gigit bibir bawah. Dari pagi sampai ke petang stay ofis? Lepastu terlelap? Heh, terlelap ke.. pergi dinner dengan Jasmin?

"Kenapa saya call awak langsung tak angkat? Mesej pun." Damia menoleh ke kanan memandang Ziyyad.

"Err sorry sayang. Saya silent handphone saya, so bila awak call saya tak dengar. Kebetulan pula saya tengah meeting dengan client. Dan bila saya nak call awak balik, bateri handphone saya habis. Sorry, sayang."

Damia kalih wajah ke arah lain. Ya Allah, Ziyyad. Sejak bila awak pandai nak menipu saya ni? Sejak bila awak belajar nak memperdohkan saya, isteri awak sendiri? Hati Damia merintih pilu.

Nafas ditarik dalam.

"Awak dah makan?" soal Damia.

"Err belum. Saya nak makan dengan awak," jawab Ziyyad. Sebenarnya dia dah makan bersama Jasmin. Dan dia tak sanggup pula mahu mengatakan bahawa dia sudah makan kepada Damia. Takut isterinya itu berfikir yang bukan-bukan.

"Saya panaskan lauk dulu. Awak pergi lah naik mandi," Damia senyum nipis. Senyuman yang tiada keikhlasan.

"Okey, sayang. Saya naik dulu." Ziyyad berlalu ke tingkat atas. Hilang sahaja kelibat Ziyyad, Damia menutup wajah dengan kedua-dua belah tangannya. Terasa kolam matanya panas dan bergenang.

Ziyyad.. apa salah saya sampai awak sanggup tipu saya? Rintih Damia.

Dia tak mahu rumah tangganya runtuh, dia mahu hidup dengan Ziyyad sampai akhir nafasnya. Tambahan lagi dengan adanya bayi di dalam perutnya. Dia tak mahu anak yang bakal lahir nanti tidak berbapa. Dia tak mahu anak yang bakal lahir nanti hidup dalam keluarga yang pincang. Dia mahu hidup dalam keluarga yang serba lengkap.

Ada dia, Ziyyad dan anak mereka.

Itu impiannya. Dan semestinya impian setiap wanita.

Malas melayan perasaan, Damia membawa langkah ke dapur untuk memanaskan lauk. Dia tiada selera untuk makan, tapi.. dia tak boleh tunjuk bahawa dia sudah mengetahui segala-galanya hari ni.

Nanti, bila tiba waktunya.. dia akan bercakap. Dia akan menagih penjelasan.

*****

DADA langit yang gelap dengan taburan bintang-bintang dipandangnya. Sesekali mulutnya melafazkan pujian buat penciptanya.

Nafasnya kemudian dihela panjang. Perbualannya bersama Dahlia siang tadi kembali terngiang-ngiang di telinga. Dia pun tak tahu kenapa lancang sangat mulutnya menyoal soalan itu. Mujur Dahlia tidak berfikir yang bukan-bukan.

Redza menggelengkan kepalanya.

"Kak Dahlia, boleh saya tanya satu soalan?" Redza pandang wajah Dahlia.

"Sepuluh soalan pun takpe, doktor." Balas Dahlia, berseloroh. Dengan Redza, dia suka bercakap bernada gurau. Dia tak suka terlalu formal bila bercakap dengan Redza. Redza sengih.

"Last week.. perempuan yang datang hospital tu, adik Kak Dahlia right?" berhati-hati Redza menyoal.

"Haah. Adik saya, Damia. Kenapa doktor?"

"No, just asking."

"Aik, tiba-tiba tanya kenapa? Doktor syok dekat adik saya ke?" usik Dahlia. Redza sudah menggelabah.

Ha sudah, kena tuduh syok dekat Damia pulak. Eh tapi, macam betul je apa yang Dahlia cakap. Dia syokkan Damia?

"Hehe, ala Doktor Redza. Muka tu tak payah la nak gabra sangat, saya mengusik je lah! Adik saya tu dah kahwin, takkan doktor nak syok dekat isteri orang pulak kan?" Dahlia gelak halus.

Terkebil-kebil Redza pandang wajah Dahlia.

"Kah.. kahwin?"

"Haah. Damia dah kahwin dah, last year. Tu lah, siapa suruh doktor tak datang wedding adik saya dulu. Sibuk sangat dekat hospital," Dahlia mencebikkan bibirnya. Redza diam. Entah kenapa, dia kecewa. Kecewa bila Damia sebenarnya sudah berkahwin.

"Oh I see.."

"Err doktor ada nak tanya soalan apa-apa lagi tak?"

Redza menggeleng.

"Kalau macam tu, saya keluar dulu."

Redza mengangguk. Nafas dihela bila kelibat Dahlia sudah tidak lagi kelihatan. Tubuhnya disandarkan pada kerusi.

"Ayyyy.."

Redza tersedar. Lantas dia menunduk memandang adiknya yang sedang menarik-narik seluarnya. Tersenyum Redza lalu duduk mencangkung di hadapan adiknya itu. Lengan kanak-kanak berusia 8 tahun itu dipegang.

"Kenapa Asha?" soal Redza. Sebelah tangan naik menyentuh rambut pendek adiknya itu.

"Ayy.. par.." tidak jelas cara percakapan Fasha tapi sebelah tangannya menepuk-nepuk perutnya. Redza gelak perlahan, pipi adik bongsunya itu disentuh.

"Asha lapar ke?" soal Redza lagi. Terangguk-angguk kepala Fasha sebagai jawapan.

"Jom, Along siapkan makan untuk Asha." Tangan kecil Asha dipimpin keluar dari kamar lalu perlahan-lahan melangkah turun dari tangga menuju ke arah dapur. Asha disuruh duduk di meja makan sementara dia menghilang ke bahagian dapur basah. Makanan yang disimpan di dalam peti ais dikeluarkan kemudian dipanaskan.

Redza menuju ke arah meja makan sementara menunggu lauk dipanaskan di atas dapur.

"Dah pukul sebelas ni, Along. Buat apa dekat dapur? Lapar lagi ke?" Puan Saleha muncul tiba-tiba.

"Asha lapar. Along panaskan lauk untuk Asha." Jawab Redza, memandang ibunya yang berbaju kelawar. Puan Saleha terus memandang ke arah Fasha yang hanya diam di situ. Anak bongsunya itu dihampiri lalu diusap kepalanya.

"Asha tak kenyang lagi ke makan tadi?" soal Puan Saleha. Tadi mereka sudah makan malam bersama usai solat maghrib, sekarang Fasha minta makan lagi. Tak kenyang-kenyang lagi anak dara genitnya ini.

Fasha menggeleng dengan cebikan di bibir.

"Takpe lah, ibu. Ibu pergi la masuk tidur, biar Along teman Asha makan."

"Eh, Along lah yang kena masuk tidur awal. Esok kan kerja,"

Redza senyum sikit.

"Ala, ibu ni. Along dah biasa lah tidur lewat bangun awal. Along dah terbiasa stay up dekat hospital tu sampai ke pagi bila on call," balas Redza bernada bangga. Puan Saleha menggelengkan kepala. Degil anak sulungnya ini memang tak ubah macam perangai suaminya. Orang utara cakap 'ketegaq'.

"Nama je doktor, tapi bab-bab rehat ni tak alert langsung. Pandai lah pesan dekat patient suruh banyakkan rehat, tidur secukupnya tapi.."

"Ibu, ibu. Dah, stop.. Daripada ibu bebelkan Along, lebih baik ibu masuk tidur eh? Good night, ibu. Sweet dream," sempat Redza mencium pipi Puan Saleha sebelum menolak perlahan belakang tubuh wanita itu.

"Jangan lupa kemas balik dapur tu!" laung Puan Saleha yang sedang mendaki anak-anak tangga ke tingkat atas.

"Ye, ibu." Balas Redza. Kaki diatur ke bahagian dapur basah dan memindahkan lauk yang telah dipanaskan tadi ke dalam pinggan. Kemudian dia menyusun lauk pauk di atas meja. Nasi putih diletakkan di atas pinggan plastik lalu diletakkan di hadapan Fasha.

"Baca doa dulu sebelum makan. Bismillahirrahmanirrahim..."

Redza memerhati adik bongsunya itu makan. Berselera seolah-olah tidak makan sehari. Redza senyum kecil sambil menongkat kepalanya dengan sebelah tangan. Fasha dipandang lama. Fasha, adiknya yang berusia 8 tahun itu merupakan kanak-kanak Autisme. Sewaktu dia masih menuntut di universiti, baru lah keluarganya mengesan tingkah laku Fasha yang membawa kepada golongan Autisme.

Seawal usia 12 bulan, Fasha tidak menunjukkan tanda-tanda 'baby talk' seperti bayi-bayi yang lain. Lambat bercakap dan tidak memberi respon terhadap orang sekeliling. Fasha seolah-olah melalui zaman bayinya dalam dunianya sendiri.

Redza mengeluh diam. Memang tepat rasanya dia memilih jurusan psikiatri. Sekurang-kurangnya dia boleh 'merawat' adiknya sendiri.

"Asha.. Along sayang Asha." Ujar Redza dan Fasha masih lagi meneruskan suapan. Seolah-olah tidak terkesan langsung dengan apa yang dipertuturkan abangnya itu. 

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro