Chào các bạn! Vì nhiều lý do từ nay Truyen2U chính thức đổi tên là Truyen247.Pro. Mong các bạn tiếp tục ủng hộ truy cập tên miền mới này nhé! Mãi yêu... ♥

Bab 6

MUNDAR mandir Damia di ruang tamu. Dah jam sembilan malam tapi batang hidung Ziyyad masih tak kelihatan. Telefon bimbit dalam pegangan diketuk-ketuk perlahan. Dia risaukan suaminya. Tak pernah Ziyyad buat perangai balik lewat. Sudah lah telefon langsung tak berangkat! Mesej pun tak dibalas.

Damia mengintai di sebalik langsir. Lima minit menunggu, kedengaran bunyi enjin kereta Ziyyad memasuki perkarangan rumah. Damia hela nafas lega lantas dia membuka pintu rumah. Ziyyad menghampiri dengan briefcase di tangan kanannya.

"Awak dari mana? Risau saya awak tak balik-balik." Luah Damia.

"Saya kerja lah.." balas Ziyyad. Kaki dibawa ke ruang tamu sebelum tubuhnya direbahkan di atas sofa melepaskan lelah. Damia berlalu ke dapur dan kembali muncul di ruang tamu bersama segelas air sejuk.

"Nah, air untuk awak."

"Terima kasih." Gelas yang dibawa Damia tadi dicapai lalu diteguk separuh.

"Awak pergi lah naik bersihkan diri dulu, saya panaskan lauk makan malam."

"Tak payah. Saya dah makan dekat luar,"

"Dah makan? Dengan siapa?" soal Damia. Dahinya mula berlapis-lapis.

"Dengan client saya lah. Dah lah, saya nak berehat. Awak makan lah sendiri." Ziyyad bangkit menuju ke arah tangga. Damia menghantar pemergian Ziyyad dengan matanya. Nafas dihela panjang.

Entah lah, dah seminggu Ziyyad buat perangai. Ziyyad sepertinya tak macam dulu. Kalau dulu, Ziyyad sentiasa akan Whatsapp bertanya tentang dirinya tetapi sekarang dah tiada. Kiriman Whatsapp yang dihantarnya kepada Ziyyad ditinggalkan bluetick. Ziyyad dah kurang melayan dirinya tambahan lagi dengan keadaannya dirinya yang kini berbadan dua. Lagi lah dia perlukan perhatian dan belai manja Ziyyad.

Dan hari ni. Ziyyad dah pandai pulang lewat. Sudah lah telefon tak berangkat, mesej tak berbalas. Sekurang-kurangnya kalau Ziyyad dah makan di luar, bagitahu lah. Tidak lah Damia tertunggu-tunggu kepulangan Ziyyad untuk makan malam bersama.

Damia mengeluh berat.

Dia ada buat Ziyyad terasa hati ke?

*****

REDZA duduk bersandar di kepala katil. Novel Inggeris di dalam pegangan ditutup lalu diletakkan di atas meja lampu apabila mood membacanya hilang. Kaca mata yang terletak elok di atas pangkal hidungnya juga ditanggalkan.

Semenjak dua menjak ni, ada sesuatu yang menganggunya. Yang sentiasa berlegar-legar di mindanya.

Pertama, kematian Imani salah seorang pesakit mudanya yang menghidap Aneroksia Nervosa. Setelah hampir dua tahun bertarung dengan penyakit itu, Imani akhirnya menyerah. Dia pergi menghadap sang Pencipta.

Kedua, adik Dahlia. Sejak pertemuan yang kebetulan minggu lepas, kerap juga wajah wanita itu bertandang di mindanya. Dia pun tak tahu kenapa. Dan sering nama wanita itu meniti di bibirnya tanpa sedar.

Ah, parah! Dia jatuh cinta ke?

Mengarut. Masih valid ke cinta pandang pertama di zaman sekarang yang serba canggih ni? Bagi seorang Firhan Redza, cinta pertama itu tak pernah wujud. Macam cinta monyet!

"Enough, Redza. Banyak lagi benda kau boleh fikir selain benda mengarut macam tu." Redza turun daripada katil. Meja kerja yang terletak di sudut bilik dihampiri. Masih banyak kerjanya yang belum dibereskan lagi.

*****

TERSENYUM sendiri Ziyyad membaca kiriman Whatsapp daripada Jasmin.

Jasmin:
Thanks abang untuk dinner treat tadi.. I love it!

Laju tangannya membalas mesej daripada gadis itu.

Ziyyad:
It's okey. Lagipun, apa salahnya kalau abang kongsi rezeki abang dengan Jasmin,kan?

Jasmin:
Abang ni, sepatutnya abang celebrate duit bonus abang tu dengan wife abang dulu..

Ziyyad:
Tapi, tak salahkan kalau celebrate dulu dengan Jasmin?

Jasmin:
Tak salah. Jasmin terharu, thanks abang..

Damia mengerutkan dahinya memandang ke arah Ziyyad yang sedari tadi asyik tersenyum-senyum memandang telefon bimbit di tangan. Dengan siapa Ziyyad berbalas mesej? Kalau dengan client, takkan lah sampai tersenyum-senyum macam tu? Menggunung rasa ingin tahu Damia melihat suaminya itu. Lantas kaki dihayun menghampiri Ziyyad yang duduk bersandar di kepala katil.

"Ziyyad.." Damia memanggil selepas dia labuhkan duduk di birai katil.

"Yes?" sahut Ziyyad tetapi mata masih di skrin telefon dan jari jemari masih lincah membalas mesej.

"Awak mesej dengan siapa tu? Bukan main lagi awak tersengih." Tegur Damia. Ziyyad angkat kepala memandang isterinya itu.

"Oh. Dengan bestfriend saya, malam-malam ni dia share benda lawak dengan saya pulak." Dalih Ziyyad. Mana mungkin dia ceritakan benda betul kepada Damia? Mana mungkin dia mahu membalas 'Saya mesej dengan Jasmin.' Heh, nak kena disoal siasat dengan Damia?

Damia ragu-ragu.

"Bestfriend awak? Bestfriend awak yang mana satu?"

"Bestfriend saya lah. Awak tak kenal pun,"

"Okey. Boleh saya tengok lawak apa yang bestfriend awak hantar tu?" Damia tadah tangan meminta telefon bimbit dari Ziyyad. Laju Ziyyad menggeleng, mendekatkan telefon bimbitnya itu ke dada.

"No, tak boleh. Err.. lawak orang lelaki awak tahu apa?"

Lawak orang lelaki? Damia pincingkan matanya.

"Kenapa tak boleh?"

"Sebab tak boleh lah. Err saya haus. Boleh awak buatkan saya kopi? Kaw-kaw punya.. boleh?" pinta Ziyyad, tak mahu memanjangkan topik. Lambat-lambat Damia angguk kepala. Terus dia melangkah keluar dari bilik tidur. Sempat ditoleh memandang Ziyyad yang kembali bermain dengan telefon bimbitnya itu. Melihat senyuman Ziyyad, membuatkan Damia tak puas hati.

Lawak sangat ke lawak orang lelaki sampai tersenyum macam tu sekali? Dah macam orang bercinta je.

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro