Chào các bạn! Vì nhiều lý do từ nay Truyen2U chính thức đổi tên là Truyen247.Pro. Mong các bạn tiếp tục ủng hộ truy cập tên miền mới này nhé! Mãi yêu... ♥

Bab 48

"KITA buat report polis ya, sayang?" Redza memujuk. Sejak tadi lagi Damia banyak mendiamkan diri. Bahu Damia dipeluknya dari tepi dan diusap perlahan. Damia tarik nafas lalu dihela panjang. Wajah Redza yang jelas terbias rasa risau itu dipandang dengan satu senyuman nipis.

   "Tak perlu lah. Saya... Saya okey."

   "Okey? No, you're not okay Damia. Malam tadi ada orang pecah masuk rumah kita tahu tak? Dia hampir cederakan awak malam tadi. Awak boleh bayangkan kalau abang tak terjaga malam tadi, apa yang dia akan buat dekat awak? Ini semua soal keselamatan awak, sayang. Takkan awak nak biarkan? Nanti kalau dia datang lagi macam mana? Awak tetap nak lepaskan dia macam sekarang? No, kita buat report polis!" rahang Redza dah bergerak-gerak menahan rasa marah.

Marahkan Damia kerana tidak mahu membuat laporan polis dan marahkan diri sendiri kerana tidak mampu melindungi isteri sendiri. Sungguh, kalau lah malam tadi dia tak terjaga daripada lenanya, entah apa yang akan berlaku pada Damia. Memikirkan perkara yang bukan-bukan, pantas Redza menggeleng kepala. Dia tak sanggup kalau Damia diapa-apakan.

   Damia pegang tangan Redza. Digenggamnya erat tangan suaminya itu.

   "Abang jangan risau lah. Dia takkan berani apa-apakan saya."

   "Kenapa awak boleh yakin macam ni? Awak kenal ke lelaki yang pecah masuk rumah ni malam tadi?" soal Redza dengan dahi yang berlapis-lapis.

Takkan lelaki malam tadi ada hubungan sulit dengan Damia? Ah, stop it Redza! Boleh tak kau jangan berfikiran negatif dengan isteri kau sendiri?!

   "Tak... saya tak tahu siapa dia." Damia berdalih.

   "Then? Awak still tak nak buat report polis? Sayang, macam mana kalau lelaki itu bahaya? Awak tak risaukan keselamatan awak ke?" keluh Redza. Sungguh dia tak faham apa yang sedang bermain di dalam fikiran Damia sekarang ni. Kalau orang lain pasti sudah buat report polis sebagai langkah berjaga-jaga. Tetapi Damia? Lain.

   "Abang, saya minta maaf sebab saya dah buat abang risaukan saya. Saya memang isteri yang tak berguna..."

   "Sayang..."

   "Tapi saya tahu apa yang saya buat ni betul. Lelaki malam tadi takkan datang sini lagi."

Redza memicit pelipis. Matanya sudah terpejam rapat.

   "Sayang... why? Apa yang lelaki tu dah cakap dekat awak malam tadi? Dia ugut awak supaya tak buat report polis dan lepaskan dia? Awak cam muka dia macam mana? Tell me, sayang. I need to know!"

Bebola mata Damia bergerak-gerak memandang wajah tegang Redza. Dia takkan bagitahu Redza bahawa lelaki yang datang menemuinya malam tadi adalah Ziyyad. Dia tak mahu Redza cari Ziyyad dan memukul lelaki itu. Dia tahu Ziyyad berada dalam keadaan yang tidak begitu baik malam tadi. Ziyyad... sakit.

   "Abang. Saya janji dengan abang kalau lepasni lelaki tu datang balik, kita buat report polis macam apa yang abang suruh. Tapi untuk kali ni, abang tolong lah terima keputusan saya. Saya tahu saya bodoh sebab biarkan lelaki tu terlepas tapi percaya lah abang... saya tahu apa yang saya buat ni betul." Suara Damia dilembutkan. Dia tahu Redza seorang yang cepat reda kalau dia bercakap dengan nada sebegini.

Redza raup wajah.

   "Kali ni abang memang betul-betul tak boleh faham dengan awak." Mendatar suara Redza. Damia senyum nipis lalu tubuh Redza didakapnya erat, cuba menenangkan hati suaminya itu. Kepalanya elok bersandar di dada lelaki itu.

   "Saya minta maaf ya? Saja janji ini last saya buat perangai macam ni." Balas Damia. Redza hela nafas berat. Damia yang sedang memeluk tubuhnya itu dipandang lalu tangannya naik membalas pelukan isterinya itu. Kepala Damia dikucup sekali.

   "Awak buat abang risau."

   "Saya minta maaf..."

Beberapa minit berkeadaan begitu, Damia melepaskan pelukan. Wajah Redza yang sudah tidak setegang tadi dipandang dengan satu senyuman.

   "Dah, kang abang lewat pulak masuk kerja. Kesian patient-patient abang tunggu doktor handsome dia orang ni tak muncul-muncul." Ujar Damia. Redza kerling jam tangan yang terlilit di pergelangan tangan kirinya. Ya, dia sudah lewat lima minit dari waktu kebiasaannya keluar ke hospital.

Pipi Damia dipegang.

   "Duduk rumah, jangan pergi mana-mana. Kalau awak rasa ada benda yang tak kena, cepat-cepat call abang. Awak tahu tak sekarang ni awak dah buat abang rasa berat hati nak tinggalkan awak sorang-sorang dekat rumah?" soal Redza. Dahinya kembali berlapis. Damia gelak kecil.

   "Siang-siang macam ni mana lah ada orang pecah masuk rumah kita,"

   "Ada. Kalau dia tu betul-betul gila."

   "Dah la, abang. Karang jalan jammed, saya tak tahu lah pukul berapa abang nak sampai dekat hospital. Abang jangan risau, saya okey. Saya janji saya akan jaga diri saya baik-baik. Saya takkan buat abang risau."

Redza angguk tanpa rela. Beg miliknya dicapai lalu dia bangun dari duduk. Damia memeluk lengan Redza berjalan ke muka pintu. Usai menyarung kasut, Redza hulur tangan. Belakang tangan Redza dicium sebelum dahinya menjadi sasaran bibir Redza.

   "Take care."

   "Abang tu, hati-hati drive. Oh ya, abang. Boleh tak kalau saya keluar kejap?"

   "Where to go?"

   "Saya nak keluar jumpa kawan lama. Boleh tak, abang?"

Lambat-lambat Redza mengangguk.

   "Make sure hati-hati. Apa-apa update dekat abang,"

   "Aip aip doctor!"

Redza gelak kecil sebelum berjalan ke arah Mazda miliknya. Enjin dihidupkan sebelum kereta mewah itu dipandu keluar dari perkarangan rumah banglo mereka. Damia melambai bila Redza memetik hon. Pintu rumah ditutup dan Damia bergegas naik ke tingkat atas untuk bersiap-siap. Dia perlu jumpa dengan Ziyyad. Perlu!

*****

DAMIA:
Aku nak jumpa kau.

Ziyyad yang ketika itu masih terlena sedikit terganggu dengan bunyi dari telefon bimbitnya. Tangan meraba-raba tilam kosong di sebelah sebelum kiriman Whatsapp daripada Damia dibuka. Matanya automatik terbuka luas. Bibirnya tersenyum.

Ziyyad:
Ya, boleh-boleh.
Dekat mana kita nak jumpa?

   Tak sampai beberapa saat mesejnya berbalas.

Damia:
Aku send location dekat kau.

Ziyyad:
Baik, saya datang sekarang.

   Bibir Ziyyad merekah dengan senyuman. Lantas dia mencapai kain tuala sebelum menghilang ke dalam kamar mandi. Seronok bukan kepalang bila Damia ajaknya untuk berjumpa!

*****

ZIYYAD berlari kecil apabila matanya menangkap susuk tubuh Damia yang sedang duduk di atas bangku kayu. Taman rekreasi yang tidak begitu ramai dengan manusia pagi itu membuatkan keadaan nampak tenang dan damai. Termengah-mengah Ziyyad bila dia berdiri di hadapan Damia. Lantas punggungnya dilabuhkan di atas kerusi berhadapan dengan Damia. Wajah Damia tanpa senyuman itu dipandang.

   "Ada apa awak nak jumpa saya?" Ziyyad menyoal terus.

   "Apa motif kau pecah masuk rumah aku malam tadi, Ziyyad?" soal Damia, serius. Senyuman di bibir Ziyyad perlahan-lahan pudar. Dia meliarkan pandangan ke sekeliling sebelum matanya kembali tunak memandang Damia di hadapan.

   "Saya... saya nak jumpa awak."

   "Untuk apa, Ziyyad? Kau tahu tak tindakan kau malam tadi... tersangat lah bodoh. Kalau Redza dapat tangkap kau malam tadi aku tak rasa kau akan selamat." Dahi Damia dah berkerut. Ziyyad pandang Damia, lama.

   "Saya masih tak boleh lupakan awak, Damia. Saya perlukan awak,"

   "Hakikat dan realitinya sekarang ni, aku isteri orang. Sekuat mana pun kau cuba menidakkan kenyataan tu, aku tetap isteri orang Ziyyad. Kita takkan pernah boleh kembali macam dulu balik. Tak mungkin,"

   "Saya tak boleh teruskan hidup tanpa awak..."

   "No, kau boleh sebenarnya kalau kau dapat terima kenyataan. Ziyyad, kau tak boleh terus macam ni. Kau kena teruskan hidup dan kau tak boleh pandang ke belakang lagi. Masa lalu dah lepas dan cuma tinggal kenangan."

   "Benda bukan mudah, Damia!" nada suara Ziyyad sudah meninggi. Bahu Damia sedikit terhinjut. Damia tarik nafas lalu dihela panjang.

   "Aku boleh tolong kau."

Ziyyad gelak sinis.

   "Tolong? Hanya ada satu cara yang awak boleh buat untuk saya, Damia. Tinggalkan Redza dan kita mulakan hidup yang baru. Please?" suara Ziyyad berubah merayu. Damia menggelengkan kepalanya perlahan. Wajah Ziyyad yang penuh pengharapan itu dipandang lama.

   "Mustahil."

   "Benda tak mustahil, Damia. Awak boleh mintak cerai dengan Redza, dia pasti akan dengar cakap awak. Tolong lah, Damia. Demi saya?" tangan Damia di atas meja digenggam erat. Terkejut dengan tindakan Ziyyad, laju Damia menarik kasar tangannya. Wajahnya sudah berubah tegang. Dia tak suka bila Ziyyad berani-berani menyentuhnya begitu. Ziyyad telan liur.

   "Aku cintakan Redza. Aku tak nak berpisah dengan dia!"

   "Damia..."

   "Ziyyad, aku tahu kau takkan setuju dengan apa yang aku cakap ni. Tapi aku rasa, kau perlukan bantuan. Kau perlukan doktor,"

Ziyyad merengus bila ayat-ayat itu terluah keluar dari mulut Damia. Matanya sudah mencerlung tajam memandang Damia di hadapan.

   "Awak ingat saya sakit ke?"

   "Tak, kau tak sakit. Tapi kau perlukan doktor."

   "Apa maksud awak yang saya perlukan doktor sedangkan saya tak sakit? Tolong lah, jangan nak mengarut!"

Damia hela nafas.

   "Aku akan minta tolong Redza carikan psychiatrist yang terbaik untuk kau. Secara fizikalnya memang kau sihat, Ziyyad. Tapi dalaman kau... kau perlukan seseorang untuk rawat kau. Ziyyad..."

   "Awak nak cakap saya ni gila ke, Damia?"

Kepala Damia tergeleng perlahan.

   "Tak, bukan itu maksud aku. Aku..."

   "Kalau saya gila pun semuanya disebabkan awak. Saya gilakan awak, Damia! Awak yang buat saya jadi gila. Awak puncanya." Getus Ziyyad bernada marah. Damia sudah hilang kosa kata. Tidak tahu mahu bicara apa lagi untuk meyakinkan lelaki itu. Sejujurnya dia kesiankan Ziyyad. Ziyyad tak sepatutnya berada di dalam keadaan seperti ini. Hidup tanpa arah tuju dan masih tidak dapat melupakan kisah lama mereka.

   "Abang Ziyyad..."

Dua pasang mata sudah terarah ke arah empunya suara yang datang menegur. Jasmin perlahan-lahan mendekat. Senyuman kelat tersungging di bibir merahnya. Damia berkerut dahi. Apa Jasmin buat di sini?

   "Jasmin?" nama itu meniti di bibir Ziyyad.

   "Abang Ziyyad, apa yang Damia cakap tadi betul. Abang perlukan bantuan. Jasmin boleh tolong abang. Jasmin..."

Ziyyad gelak kuat sehingga terhinjut bahunya. Tangan naik mengesat hujung mata yang berair. Damia dan Jasmin berpandangan. Entah apa yang lucu mereka tidak tahu. Seketika tawa Ziyyad sedikit reda.

   "Kau orang berdua ni mengarut apa? Aku tak gila lah, faham tak?!" marah Ziyyad, tiba-tiba. Jasmin telan liur.

   "Ya, memang abang tak gila tapi..."

   "Tapi apa lagi?! Sudah la, kau orang buat aku rimas. Buat hati aku sakit aje!" Ziyyad hentak meja kuat sebelum kaki dilajukan melangkah pergi dari situ. Jasmin mahu mengejar namun pantas lengannya ditangkap Damia. Damia senyum nipis.

   "Awak dengar apa yang kita orang bualkan tadi?" soal Damia. Jasmin menganggukkan kepalanya perlahan.

   "I ikut Abang Ziyyad. I tak sangka dia datang jumpa you."

   "Saya yang nak jumpa dia sebab saya rasa dia perlukan doktor. Tapi, semuanya tak semudah itu." Damia senyum kelat.

   "You jangan risau. I sendiri akan tolong pulihkan Abang Ziyyad. I sendiri akan bawa dia jumpa psychiatrist macam yang you cakap tadi. I tahu tak mudah tapi I akan buat semampu I. Sebab I masih cintakan dia. Damia, thank you. Even though you masih tak sukakan Abang Ziyyad, tapi you tetap nak yang terbaik untuk dia. You have a very kind heart, Damia."

Damia menggeleng perlahan.

   "Kalau awak dah cakap macam tu, saya doakan yang terbaik. Ziyyad perlukan kehidupan yang lebih baik dari sekarang. Good luck, Jasmin."

   "Thanks. I pergi dulu."

Jasmin berlalu, mahu mengejar langkah Ziyyad yang pastinya sudah menjauh. Mata Jasmin meliar ke sekeliling mencari-cari susuk tubuh lelaki itu. Abang Ziyyad, where are you going?

*****

SESEKALI Ziyyad menoleh ke belakang. Entah kenapa dia rasa setiap langkahnya diperhatikan. Terasa diekori seseorang. Ziyyad geleng kepala beberapa kali. Perasaan kau aje tu, Ziyyad. Ziyyad melangkah masuk ke dalam sebuah kedai runcit. Kaunter pembayaran dihampirinya.

   "Dunhill." Pinta Ziyyad, sekali. Dia pun tak tahu sejak bila dia terjebak dengan benda alah itu. Dulu dia bukan lah seorang perokok. Tetapi dek kerana satu demi satu masalah yang sering menimpanya, dia akhirnya memilih cara itu. Benar kata orang, merokok itu adalah terapi kepada setiap masalah. Kononnya lah.

   Usai sekotak rokok itu bertukar tangan, Ziyyad melangkah keluar daripada kedai tersebut. Sepuntung rokok ditarik keluar. Api dicucuh di hujungnya sebelum dibawa ke mulut. Dihisap dalam-dalam lalu dihembusnya. Berkepul-kepul asap keluar dari mulut. Puas! Pertemuan dengan Damia tadi kembali terbayang-bayang dalam kepala. Psychiatrist? Hah, aku tak gila kenapa aku nak kena jumpa psychiatrist? Dan Jasmin yang tiba-tiba muncul boleh pula menyokong apa yang Damia kata.

   Tak guna betul.

   Ziyyad sambung langkah. Puntung rokok dikapit dicelah jarinya sambil sesekali dibawa ke bibir. Oh, puasnya hati bila asap kelabu yang berkepul-kepul keluar dari mulut. Langsung tak dihiraukan orang sekeliling yang dah tayang muka tak puas hati. Merokok di kawasan umum. Sangat tidak patut!

   "Ziyyad!"

Langkah Ziyyad mati. Puan Rafidah yang sedang berjalan mendapatkannya itu dipandang dengan dahi yang sudah berlapis-lapis. Macam mana mamanya itu boleh ada di kawasan pekan ini? Buat apa?

   "Mama?"

   "Sejak bila Ziyyad dah pandai merokok ni?!" marah Puan Rafidah. Kebetulan dia keluar membeli barangan kering di kedai berhampiran. Tak sangka pula dia disajikan dengan perbuatan anaknya itu. Ziyyad merokok di kawasan umum.

Ziyyad pandang puntung rokok di tangan.

   "Ini hidup Ziyyad. Mama tak perlu ambil peduli." Balas Ziyyad, menjeling Puan Rafidah di hadapan. Rahang Puan Rafidah dah bergerak-gerak sebelum tangannya merampas puntung rokok di tangan Ziyyad. Dilemparnya ke jalan dan dipijaknya kuat, menghilangkan api. Ziyyad tahan rasa. Sudah la rokok tu mahal, boleh pulak mamanya ni pijak benda alah tu. Dia belum habis hisap kut!

   "Apa masalah mama sekarang ni? Dan kenapa mama boleh ada dekat sini?" soal Ziyyad, bosan.

   "Mama ternampak Ziyyad dekat sini."

Ziyyad diam tak membalas.

   "Balik, Ziyyad."

   "Mama pergi lah balik dulu. Tahu la Ziyyad cari jalan balik sendiri. Ziyyad bukan budak-budak yang kena ikut semua telunjuk mama," sinis ayat-ayat yang keluar dari mulut Ziyyad. Sengaja dia menyindir begitu.

   "Balik! Mama tak nak anak mama buat perkara bodoh dekat luar."

   "Cukup lah mama kongkong hidup Ziyyad. Biarkan Ziyyad bebas boleh tak, ma?"

Puan Rafidah mendengus.

   "Selagi mama hidup, Ziyyad di bawah tanggungjawab mama. Ziyyad anak mama. Satu-satunya anak mama!" tekan Puan Rafidah. Ziyyad pandang Puan Rafidah dengan pandangan yang kosong. Tanggungjawab? Dia sudah cukup dewasa untuk terus hidup di bawah ketiak mamanya sendiri. Tak boleh ke Puan Rafidah lepaskan dia daripada sangkar?

   "Ziyyad dah besar. Ziyyad dah boleh fikir baik buruk. Ziyyad boleh uruskan diri Ziyyad sendiri walaupun tanpa mama."

   "Ahmad Ziyyad!"

   "Mama pergi balik lah. Tak payah ikut Ziyyad." Terus Ziyyad heret kaki meninggalkan Puan Rafidah di situ. Dia berlari kecil menyeberangi jalan selepas melihat ada kenderaan masih berada jauh. Sampai sahaja di seberang sana dan baru beberapa langkah menapak, bunyi hon kereta yang nyaring berserta dengan bunyi dentuman membuatkan Ziyyad pantas menoleh.

Dia kaku. Sekujur tubuh yang terbaring di atas jalan membuatkan lututnya terasa lembik. Nafasnya terasa tersekat-sekat. Orang ramai sudah mengerumuni Puan Rafidah yang sudah terbaring berlumuran darah.

   "Mama... mama!"

Ziyyad berlari laju mendapatkan wanita tua itu. Kepala Puan Rafidah dipangkunya dengan mata yang sudah berkaca-kaca. Pandangannya sudah berbalam-balam.

   "Mama, jangan tinggalkan Ziyyad. Ziyyad minta maaf..." esakan kecil Ziyyad kedengaran. Darah sudah keluar daripada hidung dan celahan tudung Puan Rafidah. Di jalan tar sudah penuh dengan darah pekat.

   "Maaf... kan... mama. Mama... mintak maaf..."

Tergeleng-geleng kepala Ziyyad.

   "Mama tak boleh tinggalkan Ziyyad. Ziyyad masih perlukan mama. Tolong... tolong telefon ambulans!" jerit Ziyyad kepada manusia-manusia yang sudah mengerumuni mereka.

   "Sekejap lagi ambulans akan sampai. Bawak bertenang,"

   "Mama... Tahan sikit aje lagi."

Puan Rafidah menarik nafas panjang. Matanya sudah memandang ke arah Ziyyad yang sudah menangis bagaikan bayi kecil. Kepala Puan Rafidah dah menggeleng lemah. Tangan yang tadinya memegang wajah Ziyyad dah melurut jatuh.

   "Mama? Mama?! Jangan tinggalkan Ziyyad! Jangan pejam mata!"

Tak pernah terpikir olehku...
Tak sedikit pun ku bayangkan..

Mata Puan Rafidah sudah terpejam rapat. Tiada lagi nafas yang dihelanya. Seorang lelaki yang ada di situ segera meletakkan jarinya ke hidung Puan Rafidah. Pergelangan wanita itu dipegang untuk memeriksa nadinya.

   "Dia dah meninggal dunia."

Kau akan pergi tinggalkan ku sendiri...

   "Tak! Mama aku tak mati! Mama, mama! Bangun lah, mama! Jangan tinggalkan Ziyyad... Ziyyad masih perlukan mama. Mama..." dia menangis, meratap semahu-mahunya di situ. Beberapa orang di situ sudah menahan sebak. Apa yang mereka lihat kini begitu meruntun hati dan jiwa.

Begitu sulit ku bayangkan...
Begitu sakit ku rasakan...
Kau akan pergi...
Tinggalkan ku sendiri...

***

P/s : baru sedar yang cerita ni tinggal beberapa bab aje lagi. Hehe.

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro