Bab 42
REDZA berjalan keluar menuju ke arah cafe hospital selepas menunaikan solat zohor di surau. Perutnya dah berkeroncong minta diisi. Hari ini dia agak sibuk menguruskan beberapa pesakitnya di wad. Macam-macam hal jadi. Mujur ada Doktor Mary dan Doktor Azura.
"Redza."
Langkah Redza terhenti bila ada suara memanggil namanya. Terus dia menoleh ke belakang. Keningnya hampir sahaja bercantum bila susuk tubuh Ziyyad sedang melangkah menghampirinya. Kali terakhir dia nampak Ziyyad ketika di majlis perkahwinannya dengan Damia. Entah apa lah motif lelaki itu mahu berjumpa dengan Damia.
"Masih ingat aku lagi?" Ziyyad menyoal bila dia sudah berdiri betul-betul di hadapan Redza. Redza mengangguk sekali.
"Ingat. Ada apa kau tegur aku?"
"Aku ada benda nak cakap dengan kau. Kau ada masa?"
Redza kerling jam tangan yang terlilit di pergelangan tangan kirinya. Bibir dicebik sebelum dia kembali memandang Ziyyad.
"Aku nak pergi lunch dekat cafe. Kau boleh cakap masa aku tengah makan."
"Okey, sure."
Terus Redza angkat kaki meninggalkan Ziyyad menuju ke arah cafe hospital. Ziyyad mengekori langkah Redza. Meja yang terletak agak tersorok itu menjadi pilihannya sementara Redza beratur membeli makanan. Tak sampai sepuluh minit, Redza dah ambil tempat di hadapannya.
"Kau tak nak makan?" Redza menyoal berbasa-basi.
"Dah kenyang. Lagipun aku datang sini bukan sebab nak makan tapi sebab aku nak jumpa kau. Aku ada benda nak cakap." Balas Ziyyad, sedikit angkuh. Redza tayang muka selamba walaupun sebenarnya dalam hati dia dah menyampah. Usai membaca sepotong doa, terus Redza menyuap nasi ke dalam mulutnya.
Ziyyad pandang Redza, lama.
"Cakap lah apa yang kau nak cakap. Lepas aku makan, aku kena mula kerja. Dah tak ada masa nak hadap kau." Ujar Redza setelah lima minit masing-masing tidak bersuara. Ziyyad juga tak buka mulut.
"Aku nak cakap pasal Damia."
"Kenapa dengan isteri aku?" sengaja Redza tekankan perkataan 'isteri'. Rahang Ziyyad dah bergerak-gerak.
"Aku nak dia balik." Permintaan tak masuk akal daripada Ziyyad buat Redza gelak kecil. Mujur sahaja dia dah habis telan nasi, kalau tak memang dah bersembur nasi ayam yang dimakannya.
"Apa kau merepek ni, Ziyyad?" soal Redza dengan kepala yang tergeleng-geleng. Nasi yang masih berbaki di dalam pinggan cepat-cepat dihabiskannya. Lagipun, lima belas minit lagi waktu rehatnya sudah nak habis.
"Aku tak merepek. Aku betul-betul nak kan Damia balik."
"Malangnya, dia dah jadi isteri aku."
"Ceraikan dia."
Redza diam dulu. Pinggan yang sudah licin itu ditolak ke tepi. Gelas yang berisi minuman kosong itu disedut perlahan. Redza menyandar tubuh ke kerusi sambil memandang Ziyyad di hadapan.
"Beri sepuluh sebab kenapa aku kena ceraikan Damia?" Redza cuba bertenang.
"Kau tak payah nak minta sepuluh sebab daripada aku. Cukup kau tahu yang aku nak kan Damia balik. Dia sepatutnya jadi milik aku bukan kau. Kau langsung tak layak untuk Damia!" balas Ziyyad.
Bibir Redza sudah tercebik-cebik.
"So, kau rasa kau layak lah untuk Damia?" soal Redza dengan sebelah kening terjongket.
"Aku akan bahagiakan Damia. Aku takkan sia-sia kan Damia macam apa yang aku dah buat lima tahun lepas. Aku menyesal, aku dah berubah. Tolong lah lepaskan Damia, aku perlukan Damia balik dalam hidup aku. Tolong lah..." balasan Ziyyad lebih kepada merayu. Redza hela nafas panjang lalu kepala digelengkan.
"Nope. Dia isteri aku dan aku takkan lepaskan dia."
"Kau jangan tamak, Redza!"
"Wait, tamak? Siapa yang tamak? Tak ingat apa yang kau dah buat lima tahun lepas? Waktu kau dah ada isteri, kau cari perempuan lain. Bukan ke itu yang dinamakan dengan tamak? Ke tak?"
Ziyyad ketap bibir. Rahangnya dah bergerak-gerak mendengar balasan Redza. Dia mengenggam buku lima di bawah meja.
"Itu cerita lama. Aku bercakap pasal sekarang ni. Aku dah berubah."
"Kalau kau dah berubah, good then for you. Alhamdulillah. Tapi, Damia isteri aku. Aku takkan lepaskan dia semata-mata kerana kau. Maaf."
"Tapi aku perlukan dia, Redza!"
"That's not my problem. Sampai bila-bila pun aku takkan lepaskan Damia untuk orang macam kau. Damia deserve to be happy. Aku takkan biarkan dia hidup macam dulu lagi." Redza pandang Ziyyad dengan wajah yang agak serius. Kehadiran Ziyyad semata-mata mahu dia melepaskan Damia sangat tidak wajar. Gila ke apa? Gila talak?
"Tapi aku dah berubah!"
"So, what? Kau dah berubah atau tak, itu tak ada kena mengena dengan aku dan Damia. Takkan semata-mata sebab kau dah berubah, aku kena lepaskan Damia untuk kau? Hell, no! Tak akan." Redza peluk tubuh melihat Ziyyad yang dah meramas-ramas rambutnya yang sedikit panjang.
"Aku masih cintakan Damia... Tolong lah..."
Redza geleng kepala perlahan. Waktu rehatnya masih berbaki lima minit. Redza bangun dari duduk.
"Aku kena masuk kerja balik. Nice to meet you here, Ziyyad."
"Tunggu! Tunggu dulu!" lengan Redza direntapnya. Mata Redza memandang tangan Ziyyad sebelum naik memandang wajah lelaki itu. Mata Ziyyad dah merah dan berair. Menangis?
"Tolong lah. Aku merayu..."
Redza hela nafas berat. Tangan Ziyyad yang sedang memegang lengannya itu ditolak perlahan.
"Aku minta maaf, aku tak boleh bagi apa yang kau minta."
"Redza..."
"Aku rasa kau perlukan psychiatrist. Bagitahu aku kalau kau perlukan pertolongan aku atau kau nak aku arrange kan kau dengan psychitrist yang lain." Redza berura-ura untuk pergi sebelum Ziyyad kembali menahan.
"Aku tak perlukan doktor! Aku nak Damia balik!"
Redza menjeling lalu menggelengkan kepalanya. Langkah dibawa laju meninggalkan ruang kafe. Panggilan Ziyyad tidak diendahkannya. Malas nak layan. Permintaan Ziyyad yang satu itu benar-benar tak masuk akal. Dia tak akan sesekali lepaskan Damia kepada orang lain. Damia isterinya!
*****
"TERIMA KASIH."
Damia melangkah keluar dari butik pakaian. Sengaja hari ni dia berjalan-jalan mencuci mata di salah sebuah pusat membeli belah. Sehelai kemeja sempat dibelinya untuk Redza. Damia senyum sendiri.
"Ops, sorry. I tak perasan you."
Hampir-hampir sahaja Damia terlanggar seorang wanita yang kebetulan berjalan keluar dari sebuah kedai di situ.
"Eh, takpe." Balas Damia. Sesaat kedua-duanya saling berpandangan antara satu sama lain. Dahi masing-masing dah berlapis-lapis.
"Wait, you Damia kan?"
"Haah. Awak..."
"Jasmin. Hope you masih ingat I lagi." Tersenyum-senyum Jasmin sambil menghulur tangannya untuk bersalam. Damia menyambut huluran tangan wanita berambut panjang itu. Senyuman Jasmin dibalas.
"Saya ingat lagi."
"So, you buat apa dekat sini?"
"Saja, jalan-jalan. Beli barang sikit." Damia angkat dua buah beg kertas dalam pegangannya. Kepala Jasmin terangguk-angguk kecil.
"Oh, I see. By the way, gembira dapat jumpa you balik. Dah lima tahun kita tak berjumpa, kan? You tak banyak berubah, that's why I dapat cam you lagi." Tutur Jasmin, agak ramah. Damia senyum nipis. Rasa kekok pulak bila Jasmin kelihatan agak ramah dan mesra seperti ini. Lupakah dia bahawa mereka berdua pernah ada krisis?
Menyedari rasa kekok Damia, Jasmin pantas gelak.
"Okey, I tahu you mesti pelik kenapa I tiba-tiba ramah dan friendly dengan you. I rasa perkara yang lepas tak perlu diungkit balik kut, am I right? Let say, both of us dah move on. I pun tak nak ingat krisis antara kita berdua dulu." Sambung Jasmin lagi. Damia cuma mampu mengangguk kepala.
"Oh, alang-alang kita dah jumpa ni apa kata kita pergi minum-minum dulu? I guess both of us have a lot of thing to say right? Hmm, kita pergi dekat cafe tu nak? No worries, I belanja. Jom lah." Tak menunggu balasan Damia, menonong sahaja Jasmin melenggok berjalan menuju ke arah cafe berdekatan. Damia hela nafas panjang sebelum kakinya mengekori Jasmin dari belakang.
Meja berkerusi dua itu diduduki mereka. Damia letak beg kertasnya itu dikaki kerusi. Usai mengambil pesanan minuman, terus Jasmin pandang Damia.
"So, how are you?" soal Jasmin.
"Alhamdulillah. Sihat. Awak?" jawab Damia sebelum dia kembali menyoal wanita itu. Jasmin angguk kepala.
"I pun sihat, alhamdulillah. I dengar you dah kahwin, betul ke?"
"Haah."
"And husband you mesti doktor psikiatri tu kan?"
"Mana awak tahu?"
"Dari dulu lagi I tahu yang dia suka dekat you. And I tahu someday he'll be yours. Firasat I betul, dia betul-betul jadi suami you. Tahniah, Damia. Selamat pengantin baru." Jasmin gelak kecil.
"Terima kasih."
"Yeah, you're welcome."
Jasmin pandang Damia yang dah meliarkan pandangan ke sekeliling. Dia juga tak sangka dia dapat duduk semeja dengan bekas isteri kepada bekas suaminya ini selepas lima tahun berlalu. Bila fikirkan balik apa yang sudah berlaku, dia akui yang dia memang kejam. Dia sudah merampas kebahagiaan wanita di hadapannya kini.
"Damia. I... I nak minta maaf dekat you atas apa yang I dah buat lima tahun lepas. I tahu dosa I dekat you banyak gila. I dah runtuhkan rumah tangga you dengan Ziyyad, I dah rampas kebahagiaan you. I buat you menangis, kecewa. Yes, I akui memang I perempuan paling teruk dan jahat. And sekarang ni I sedar yang I salah. Damia, can you forgive me?" luah Jasmin, perlahan.
Damia hela nafas lalu dihela panjang.
"Saya dah maafkan awak. Lagipun, apa yang jadi lima tahun tu berhikmah. Buktinya, saya dah ada kehidupan yang jauh lebih baik berbanding dulu. Rasanya tak ada faedah kalau saya masih berdendam." Balas Damia, tenang. Jasmin menunduk dulu.
"I'm really-really sorry, Damia. I jahat sangat dengan you dulu. I... I tak patut rampas Ziyyad dari you. I tak patut goda suami orang."
"Kita orang tetap akan berpisah juga walaupun bukan disebabkan awak. Mula-mula susah saya nak terima hakikat yang saya dan Ziyyad dah berpisah tapi... lama-lama saya lega. Sekurang-kurangnya saya tak hidup dalam kebencian orang lain."
Jasmin senyum penuh makna.
"Maksud you mesti Aunty Rafidah, kan?"
Dahi Damia berlapis.
"I tahu, sampai sekarang pun dia masih bencikan you disebabkan kejadian tiga puluh tahun yang lepas. Yeah, kalau I jadi you pun I akan lega selepas berpisah dengan Ziyyad. At least, you tak hadap perangai mak mentua you tu lagi." Jasmin hela nafas. Damia mengangguk, setuju dengan apa yang diperkatakan Jasmin.
"Saya ada jumpa Ziyyad sebelum saya kahwin. Dia cakap kau orang berdua dah bercerai." Penuh berhati-hati Damia menuturkan ayat. Takut juga kalau Jasmin tersinggung. Tetapi melihatkan senyuman di bibir merah itu, Damia tahu Jasmin tidak rasa apa-apa.
"Haah. Lepas tiga tahun berkahwin, Ziyyad ceraikan I. Lawak kan? Dulu I yang menjadi punca Ziyyad ceraikan you. Lepastu, Ziyyad pulak ceraikan I. That's what we call kifarah, right?"
"Tapi Ziyyad cakap dia ceraikan awak sebab awak... awak yang mintak."
Jasmin diam dulu sebelum menganggukkan kepalanya.
"Sebab I tak sanggup hidup nak hadap semuanya lagi. At first banyak kali I mintak cerai dengan Ziyyad tapi dia tak nak lepaskan I. I takde sebab yang kukuh untuk tuntut cerai dekat mahkamah. Sebab Ziyyad tak pernah abaikan tugas dia sebagai suami sepanjang kita orang berkahwin. Dari nafkah zahir sampai ke nafkah batin. Dia tak pernah culas. So, I terpaksa merayu dengan Ziyyad untuk lepaskan I dengan cara yang baik. I have to do this even I tahu dengan meminta cerai, boleh menggoncang arasy Allah. I tahu benda tu dosa,"
"Tapi kenapa..."
"I mandul, Damia. I tak boleh mengandung, I tak boleh kasi zuriat untuk Ziyyad. Aunty Rafidah selalu cakap pasal anak sampai I sendiri yang naik rimas. Tell me, perempuan mana yang tak nak anak? Aunty Rafidah terlalu mendesak I. I mintak Ziyyad ceraikan I bila I dah tak tahan sangat nak hadap semua tu. Ziyyad refuse sebab dia cakap masalah boleh settle. Ambil anak angkat. Tapi, I yakin you pun tahu macam mana perangai Aunty Rafidah kan?
Lagi banyak benda dia akan cakap nanti bila I tetap tak mengandung. Bila Ziyyad berkeras tak nak ceraikan I, I buat perangai. I balik lambat, I tengking dia. I sengaja buat Ziyyad marah I sebab I nak Ziyyad ceraikan I. You boleh kata I bodoh, gila tapi... I happy. Happy bila Ziyyad ceraikan I masa tu." Panjang lebar Jasmin bercerita.
"Tapi bukan ke awak cintakan Ziyyad?"
"I love him so much, Damia. Sampai sekarang I tetap cintakan Ziyyad. Tapi I perempuan normal yang ada hati dan perasaan. I tak boleh tahan dengan perangai Aunty Rafidah. Dulu I ingat dia baik gila, sporting tapi I salah. Dia terus push I pasal anak. Tiap-tiap hari dia cakap pasal anak, dia nak cucu dari rahim I sendiri. Sedangkan waktu tu I... I mandul. I tak boleh mengandung. You faham tak perasaan I macam mana waktu tu?" jari Jasmin dah mengesat hujung matanya yang dah berair. Hati tiba-tiba sahaja rasa sayu, sedih.
Damia hela nafas panjang. Mak cik Rafidah, tengok apa yang mak cik dah buat dekat rumah tangga anak mak cik sendiri?
"Sabar lah, Jasmin."
"I try. Sekarang ni pun I rasa hidup I makin better. I boleh enjoy, I bebas berkawan dengan siapa yang I nak. Dan yang paling penting I tak perlu hadap soalan pasal anak tiap-tiap hari. Stress tahu tak?" Jasmin gelak kecil. Damia senyum nipis.
"So, sekarang ni both of us ada kehidupan masing-masing. I harap you terus bahagia dengan hidup you. I doakan you nanti dapat zuriat yang comel-comel."
"Awak pun. Saya doakan yang terbaik untuk awak, Jasmin."
"I mandul, Damia. I takkan ada anak."
"Allah tu Maha Kuasa. Kalau Dia nak, Dia akan izinkan awak mengandung. Saya doakan awak dipertemukan dengan lelaki daripada keluarga yang baik-baik." Damia senyum. Jasmin pegang tangan Damia di atas meja lalu digenggam perlahan.
"Thank you, Damia. I happy dapat berbaik dengan you even though I pernah buat jahat dekat you dulu."
Damia menunduk seketika.
"Semua manusia ada buat salah."
"Yeah. Thank you, Damia. Thank you so much sebab sudi maafkan I."
Damia mengangguk lalu ketawa kecil.
*****
DAMIA menyapu losyen di lengannya sebelum dia memanjat katil mendapatkan Redza yang sedang bersandar pada kepala katil. Entah apa yang Redza tengok dekat tablet miliknya, Damia tak tahu. Khusyuk betul.
"Abang."
"Ya?"
"Sibuk ke?"
"Tak lah." Redza tutup tablet lalu diletakkan di atas meja lampu. Damia yang sedang duduk di sebelahnya itu dipandang dengan satu senyuman.
"Ada apa-apa yang awak nak bagitahu abang?"
Damia mengangguk.
"Apa dia? Abang pun ada benda nak bagitahu awak." Ujar Redza membuatkan dahi Damia berlapis-lapis.
"Benda apa?"
"Awak lah bagitahu dulu apa yang awak nak bagitahu abang tadi. Cepat," gesa Redza.
"Tak, abang dulu."
"Okey. Siang tadi Ziyyad datang cari abang dekat hospital."
Mata Damia dah membulat.
"Buat apa dia datang cari abang dekat hospital? Dia ada cederakan abang ke? Atau cakap apa-apa yang merepek dekat abang?" jantung Damia sudah tak stabil. Laju aje jantung dia berdegup mengepam darah. Redza senyum kecil.
"Dia minta abang pulangkan awak dekat dia."
"Apa?!"
Damia menekup mulut dengan tangannya. Mata dah terkebil-kebil memandang wajah tak beriak Redza.
"Ha... habis tu abang cakap apa dekat dia?" soal Damia, perlahan.
"Abang cakap... no. Awak isteri abang, takkan lah abang nak pulangkan awak dekat dia? Ingat awak ni barang ke?" tergeleng-geleng kepala Redza. Damia hela nafas lega. Mujur Redza tak bertindak gila nak lepaskan dia untuk Ziyyad kembali.
Oh, Damia. Redza tak sebodoh apa yang kau fikirkan lah!
"Dia tu dah gila, abang. Better abang jangan layan dia."
"Yes, I know. Abang rasa dia perlukan psychiatrist untuk rawat dia. He need help,"
"Abang nak tolong dia ke?"
Redza mencebik.
"Kalau dia nak. Tapi, abang rasa macam tak aje. Dia cakap dia tak perlukan doktor, dia cuma perlukan awak je. Dia merayu-rayu minta abang lepaskan awak dekat dia tahu tak? Nasib baik waktu tu dekat public dan mujur abang ni penyabar orangnya. Kalau tak, ada juga yang kena tolak macam ruang ICU." Redza gelak kecil. Damia hela nafas panjang.
"Dia menakutkan betul lah." Gumam Damia.
"So, awak kena lah hati-hati lepasni. Make sure kalau nak keluar, biar berteman. Kalau dia ganggu awak, cepat-cepat call abang. Atau awak ugut dia untuk buat report polis. Faham?" tangan Redza naik menyentuh tepi kepala Damia. Rambut yang jatuh terjuntai di dahi Damia, ditolak ke belakang telinga. Damia angguk.
"Okey."
"So, benda apa yang awak nak bagitahu abang tadi?" soal Redza.
"Saya terserempak dengan Jasmin dekat mall tadi." Jawab Damia sambil tangan bermain dengan jemari Redza.
"Jasmin?"
"Abang tak ingat ke? Bekas isteri Ziyyad. Dia orang dah bercerai dah pun."
Dahi Redza berlapis-lapis.
"Really? Dah bercerai?"
"Haah,"
"Then, apa jadi masa awak terserempak dengan dia dekat mall tadi?"
"Tak jadi apa-apa pun. Jasmin ajak saya duduk minum. Dia minta maaf dekat saya atas apa yang dia dah buat dekat saya dulu. Dia mengaku yang dia dah buat salah, dia cakap dia kejam sebab pernah runtuhkan rumah tangga saya dulu. Saya cakap dekat dia, yang saya dah maafkan dia dah lama dah. Benda dah berlaku lima tahun lepas, buat apa saya nak ingat balik? Lagipun saya dapat kehidupan yang jauh lebih bahagia dari dulu. Terima kasih, abang..." Damia senyum nipis.
Redza senyum sambil mengusap perlahan kepala isterinya itu. Tulang pipi Damia dielus lembut.
"Abang yang patut berterima kasih dekat awak. Sebab terima abang."
"Kita patut berterima kasih antara satu sama lain. Kalau abang tak tunggu saya, mesti abang dah dengan perempuan lain. Kalau saya tak terima abang, mesti kita tak macam sekarang ini. Abang, takdir Tuhan tu indah kan?"
"Ya, sayang. Indah sangat."
Damia gelak kecil. Perlahan-lahan dirapatkan tubuhnya pada Redza lalu tubuh lelaki itu dipeluk erat. Kepalanya elok bersandar di dada lelaki itu. Terpejam mata Damia bila tangan Redza naik mengelus rambutnya.
"Saya harap kita akan terus macam ni sampai bila-bila." Tutur Damia.
"Sampai maut memisahkan kita, sayang." Balas Redza.
"Jangan tinggalkan saya!"
Redza gelak.
"Tak. Abang takkan tinggalkan awak. I love you, Damia..." kepala Damia dikucupnya beberapa kali. Damia senyum.
"I love you too, abang..."
Dan ayat itu terluah juga dari dua ulas bibirnya. Redza senyum bahagia.
***
Ada yang nak dapatkan karya-karya saya? hehe sekarang kami buka oder untuk KOMBO CIK MAR. Paling penting, FREE POSTAGE ya sampai 9/2/2020 SAHAJA!
LECTURER SEBELAH RUMAH pun ada tau! Tapi takde kombo hehe.
Cepat-cepat Whatsapp saya untuk oder okay! 😉
http://www.wasap.my/+60194630659
Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro