Chào các bạn! Vì nhiều lý do từ nay Truyen2U chính thức đổi tên là Truyen247.Pro. Mong các bạn tiếp tục ủng hộ truy cập tên miền mới này nhé! Mãi yêu... ♥

Bab 39

SALAM dilaung perlahan sebelum keduanya melangkah masuk ke dalam sebuah rumah banglo dua tingkat. Redza beri ruang untuk Damia masuk sebelum dia mengangkat luggage mereka berdua masuk ke dalam rumah. Damia liarkan pandangan ke sekeliling ruang tamu itu.

   "Selamat datang!" ucap Redza, mengundang satu senyuman di bibir Damia.

   "Bila abang beli rumah ni?" soal Damia sambil berjalan menuju ke ruang tamu. Tangannya naik menyentuh sofa kulit. Redza tutup pintu rumah sebelum melangkah mendapatkan Damia di ruang tamu. Punggungnya dihenyak di atas sofa kulit tersebut sambil memandang Damia yang masih berdiri terpacak.

   "Dua bulan yang lepas. Lepas awak terima lamaran abang, terus abang beli rumah ni. Lepas kahwin, abang tak nak kita duduk rumah parents. Abang nak kita hidup macam pasangan yang lain." Jawab Redza.

Damia mengangguk sambil mata masih memandang ke sekeliling.

   "Damia, come."

   "Hah?"

Terkebil-kebil Damia pandang Redza. Melihatkan tangan Redza yang dah menepuk ruang kosong di sebelahnya, lantas Damia menghampiri. Duduk dilabuhkan di sebelah lelaki itu sambil dia memandang wajah Redza dengan dahi yang berlapis-lapis.

   "Abang minta maaf sebab abang tak mampu nak bagi rumah yang lebih besar dan selesa dari ini." Tutur Redza, mencapai tangan Damia. Laju Damia menggelengkan kepalanya.

   "Kenapa abang nak minta maaf pulak? Abang, rumah ni dah cukup besar dan cukup selesa untuk saya. Untuk kita. Saya tak harapkan abang sediakan istana lepas kita kahwin. Dan saya bukan materialistik." Balas Damia.

   "Sure?"

   "Kalau abang beli rumah teres setingkat pun saya dah bersyukur lah."

   "Okey. Kalau awak perlukan apa-apa dalam rumah ni, just let me know. Abang nak awak hidup selesa dalam rumah ni."

   "Saya dah cukup selesa. Terima kasih, abang."

Redza senyum nipis. Dia bangun dari duduk lalu tangan Damia dalam pegangannya ditarik.

   "Jom naik atas. I will show you our room," tak banyak cakap, Damia ikut saja langkah Redza mendaki satu persatu anak tangga menuju ke tingkat atas. Salah satu pintu di tingkat atas ditolak perlahan. Membulat mata Damia melihat ruang bilik yang agak luas itu.

Redza membiarkan Damia untuk menerokai setiap sudut. Tangan Damia menyentuh katil dan perabot-perabot di dalam bilik utama itu. Damia membuka pintu sliding lalu dia berdiri di koridor. Jelas kelihatan hamparan tasik yang menghijau tidak jauh dari situ kerana rumah yang dibeli Redza berdekatan dengan tasik buatan.

   "Sengaja abang beli rumah lot menghadap tasik. Kalau awak bosan, awak boleh ambil angin dekat sini." Tutur Redza, berdiri di sebelah Damia. Damia senyum nipis. Permandangan yang memang cantik!

   "Cantik."

   "Macam awak."

Damia gigit bibir bawah, menahan dirinya dari terus tersenyum.

   "Don't bite your lips. Remember?"

Oh, oh! Suara amaran Redza sudah kendengaran. Terus Damia lepaskan bibirnya dan mengemamnya.

   "Sorry."

Redza gelak kecil.

   "Abang lapar." Redza tepuk perutnya yang masih flat.

   "Abang nak saya masak apa?" soal Damia. Tiba-tiba rasa semangat pula nak masak sejak-sejak ada suami ni.

   "Mesti awak excited kan nak masak untuk suami awak ni? Tapi, maaf lah. Barang dapur takde. Kita makan dekat luar lepastu kita pergi beli barang dapur eh? Malam ni kita masak sama-sama." Redza sentuh tepi kepala Damia yang berbalut shawl. Damia mengangguk perlahan dengan senyuman nipis.

   "Okey."

   "Let's go!" tangan Damia ditarik.

*****

BEG plastik yang berisi barangan dapur diletakkan di atas kaunter. Tadi usai makan tengahari dan menunaikan solat zohor, mereka terus bergerak ke pasaraya berdekatan untuk membeli barangan dapur.

   "Awak pergi lah mandi dulu. Lepas asar kita masak untuk dinner." Arah Redza.

   "Eh, abang lah pergi mandi dulu. Biar saya kemas dan simpan barang-barang ni semua." Tolak Damia.

   "No. Awak pergi naik mandi dulu."

   "Tapi..."

   "Ke awak nak mandi sekali dengan abang?"

Terus Damia menggeleng dengan mata yang membulat bila tengok senyuman miang Redza. Eei, pervert!

   "Sa... saya mandi dulu." Damia memecut meninggalkan ruang dapur. Kepala Redza dah tergeleng. Nak bantah cakap orang sangat, kan?

*****

USAI mandi dan solat asar, Damia cepat-cepat turun ke tingkat bawah. Dari tangga lagi dia dah dengar bunyi orang bertukang di dapur. Berlapis-lapis dahi Damia melihat susuk tubuh Redza yang sedang membelakanginya. Redza masak?

   "Kenapa abang masak tak tunggu saya? Kata nak masak sama-sama." Soal Damia tatkala dia berdiri di sebelah Redza. Lincah tangan Redza menumis bahan di dalam kuali. Bising bunyi sudip bertemu kuali.

   "Takpe, bukan susah pun nak masak." Balas Redza, memandang Damia sekilas.

   "Abang pergi lah mandi, solat asar semua. Biar saya sambung masak."

   "Abang dah mandi dan solat dah pun."

   "Eh, bila?"

   "Abang guna bilik tetamu."

Mulut Damia dah berbentuk 'o'. Patut lah pakai baju lain. Agaknya aku mandi tadi lama sangat kut. Sebab tu Redza pula yang awal turun masak berbanding dia. Perempuan kalau mandi, lima belas minit pun tak cukup.

   "Abang nak masak apa?" soal Damia.

   "Udang masa kunyit, ikan goreng dengan sup sayur. Malam ni kita makan makanan laut je eh? Ke awak nak tukar menu lain?" jawab Redza. Sempat disoalnya Damia di sebelah. Mana lah tahu kut malam ni selera isterinya tak kena dengan menunya malam ini.

   "Eh, saya okey je. Dah sedap dah menu malam ni. Sekarang saya nak buat apa?" Damia capai apron yang tergantung di tepi pintu peti ais. Sekejap sahaja apron berwarna merah itu tersarung di tubuhnya.

   "Awak duduk dekat kaunter tu, tengok abang masak."

Damia jeling.

   "Tak nak lah. Kata nak masak sama-sama, takkan saya nak duduk tengok abang masak aje?" berkerut dahi Damia. Redza gelak.

   "Abang tak kesah pun masak sorang-sorang. Dah biasa."

   "Abang tak kesah, tapi saya kesah."

   "Kalau macam tu, awak pergi potong sayur sawi dalam sinki tu. Kejap lagi kita masak sup sayur." Bibir Redza dah memuncung ke arah sinki.

   "Okey, bos!"

*****

"PANDAI abang masak. Sedap." Damia memuji ketika mereka berdua duduk di ruang tamu menonton televisyen. Redza gelak kecil.

   "Sedap ke? Terima kasih."

   "Mana abang belajar masak? Bukan ke sebelum ni abang duduk dekat rumah ibu dengan ayah? Takkan abang balik kerja masak sendiri?" Damia menyoal. Dia membetulkan posisi duduk menghadap Redza di atas sofa.

Redza menongkat kepala memandang Damia di sebelah.

   "Abang yang masak dekat rumah bila cuti. Ibu, abang biarkan dia rehat. Mana nak jaga Asha lagi, kemas rumah lagi, masak lagi. Kesian ibu. Anna pulak sebulan sekali baru balik rumah. Sibuk dengan assignment dekat kampus dia." Jawab Redza. Mempunyai Fasha yang merupakan pesakit Autisme, benar-benar memenatkan. Penat mahu melayan ragamnya. Selalu juga Fasha meragam, mengamuk bila kemahuannya tak dituruti. Kalau Redza ada di rumah, lega lah. Kalau Redza tiada? Tak cukup tangan Puan Saleha dan Encik Razak nak memujuk.

   "Kenapa ibu tak ambil pembantu rumah?"

   "Ibu tak suka ada orang asing dalam rumah. Ibu lebih suka uruskan rumah dia sendiri tanpa bantuan orang lain."

Damia mengangguk. Tabah betul Puan Saleha. Mana nak tengokkan rumah lagi, nak tengokkan Fasha lagi. Mental tu kena kuat!

   "Sayang..." Damia tersentak bila tangannya ditarik Redza dan digenggam lembut. Ibu jari Redza dah bermain dengan sebentuk cincin di jari manisnya. Damia pandang Redza sambil menjongketkan sebelah keningnya.

   "Abang minta maaf." Luah Redza.

   "Kenapa?" Damia menyoal, pelik.

   "Abang tak dapat nak bawa awak pergi honeymoon. Esok abang dah kena masuk kerja. Abang terpaksa tinggalkan awak dekat rumah ni sorang-sorang." Jawab Redza, perlahan. Damia senyum nipis.

   "Saya tak kesah lah. Lagipun, saya tahu kerjaya abang sibuk dekat hospital tu. Ramai pesakit perlukan abang."

    "Tapi awak pun perlukan abang, kan?"

Damia mengangguk lambat-lambat.

    "Tapi dia orang lebih penting."

   "Macam mana dia orang boleh jadi penting berbanding awak isteri abang? Damia, lepasni mungkin abang akan agak sibuk dekat hospital. Mungkin abang akan on call, tak balik rumah. Abang minta maaf sebab abang akan tinggalkan awak." Riak wajah Redza dah menunjukkan rasa bersalah. Damia tepuk perlahan tangan Redza.

   "Itu lah tugas seorang doktor. Patient is your priority. Lagipun, saya okey je lah. Saya faham tugas abang dekat hospital tu. Takkan saya nak ikat abang dekat rumah, tak kasi abang pergi kerja? Saya tak lah kejam sampai macam tu sekali." Damia gelak kecil.

   "You need someone to accompany you here. Supaya awak tak bosan duduk sorang-sorang."

   "Siapa? Kalau abang nak hire maid, baik tak payah. Saya boleh aje uruskan rumah ni sorang-sorang."

Redza menggeleng.

   "Bukan maid."

   "Habis tu?"

Redza senyum dulu.

   "Baby. Kalau kita ada anak, mesti awak tak kesunyian sorang-sorang dekat rumah." Balasan Redza buat mata Damia tak berkelip. Redza sedang bercakap pasal 'anak'. Sesuai ke waktu sekarang untuk bercakap pasal anak?

Oh, Damia. Tak sedar ke umur kau orang yang dah semakin meningkat? Bak kata Dahlia, umur kau sekarang sepatutnya dah ada dua orang anak! Dan Redza, dia sepatutnya sudah bergelar seorang bapa dengan usianya yang sekarang.

   "Kenapa awak diam? Awak belum ready nak ada anak? It's okay kalau..."

   "Abang. Saya dah ready nak ada keluarga dengan abang." Damia senyum segan. Oh, sungguh dia tak tahu nak sorok muka di mana. Dia bawah sofa? Bawah meja? Di balik langsir?

Redza gelak kecil. Tangan naik menyentuh pipi Damia. Dielus lembut sebelum ibu jarinya menyentuh ulas bibir nipis Damia.

   "I love you, Damia."

Dan Damia rasa ada rama-rama sedang berterbangan di dalam perutnya sekarang ini.

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro