Chào các bạn! Vì nhiều lý do từ nay Truyen2U chính thức đổi tên là Truyen247.Pro. Mong các bạn tiếp tục ủng hộ truy cập tên miền mới này nhé! Mãi yêu... ♥

Bab 38

SEBENTUK cincin bertakhtakan permata satu itu ditenungnya lama. Beberapa jam yang lepas, cincin itu disarung ke jari manisnya. Sekaligus menjadikan dia seorang isteri yang sah kepada lelaki bernama Firhan Redza. Tiada majlis pertunangan di antara mereka di atas persetujuan kedua pihak. Selepas dua bulan Redza datang melamarnya, kini Damia dan Redza sah bergelar suami isteri.

   "Awak buat apa?"

Bahu Damia terhinjut. Dia yang sedang membelek cincin di jari manisnya hampir sahaja termelatah bila suara Redza betul-betul kedengaran di tepi telinga. Pantas Damia menoleh memandang Redza yang berdiri di belakang.

   "Tak... buat apa-apa." Jawab Damia, segan. Redza senyum memandang Damia yang jelas tidak selesa dengan kedudukan mereka berdua sekarang ini. Sengaja dia berdiri rapat begini. Tambahan lagi hanya mereka berdua sahaja di dalam bilik yang sudah dihias cantik. Bilik pengantin kata orang.

   "Sure?" suara Redza dah seperti orang berbisik. Laju Damia angguk kepala.

   "Y... yalah. Kenapa?" Damia berundur selangkah ke belakang. Naik meremang bulu romanya bila Redza bertukar jadi seperti sekarang. Selangkah Damia berundur ke belakang, selangkah juga Redza menapak ke hadapan. Damia gigit bibir bawah bila belakang tubuhnya dah bertemu dengan meja solek.

   "Doktor nak apa?" soal Damia, tersekat-sekat. Tak berani dia nak tentang mata Redza lama-lama. Takut cair. Eh!

   "Nak... isteri saya."

Gulp.

   Damia diam. Menunduk dia memandang hujung kaki. Redza sembunyi senyuman geli hati melihat Damia yang dah malu dengan keadaan mereka yang sekarang. Redza letakkan kedua belah tangan pada meja solek, mengepung tubuh Damia di situ.

Dup dap dup dap. Jantung Damia sudah tak tentu arah!

   "Err doktor... Boleh tak kalau doktor berdiri jauh sikit? Saya... saya tak boleh bernafas."

Redza tahan gelak.

   "Kenapa awak tak boleh bernafas?" soal Redza, sengaja.

   "Sebab... sebab ruang sempit. Doktor dah menghalang udara." Jawapan Damia buat Redza melepaskan tawa kecil. Alahai, comelnya!

   "Damia..."

   "Hmm?"

Damia masih lagi menunduk memandang hujung jari kakinya.

   "Damia..."

   "Ya?"

   "Pandang lah saya." Permintaan Redza buat Damia rasa nak menangis. Damia menggeleng kecil. Oh, tolong lah! Perempuan mana yang boleh bertolak ansur dengan keadaan sekarang ni? Rasa segannya dengan Redza masih lagi menebal kut.

Bila melihatkan Damia yang dah macam patung cendana, dagu Damia diangkatnya dengan hujung jari. Tatkala mata mereka bertemu, Damia laju sahaja melarikan pandangan. Oh, tak boleh nak bernafas! Oksigen, oksigen!

   "Awak malu dengan saya ke?" soal Redza lagi.

   "Tak lah!"

   "Kalau tak malu, kenapa tak nak pandang muka saya? Saya ni terlampau kacak ke sampai awak tak sanggup nak pandang lama-lama?" seloroh Redza. Damia tarik nafas lalu dihela panjang. Wajah diangkat lalu mata Redza ditentangnya untuk kesekian kalinya. Redza senyum.

   "Hai, isteri saya." Sapaan Redza secara tiba-tiba itu buat bibir Damia rasa nak tersenyum lebar. Bibir bawah digigit perlahan.

   "Don't bite your lips."

   "Hah?"

Tangan Redza naik menyentuh bibir bawah Damia. Ulas bibir bawah itu diusapnya perlahan dengan ibu jari. Damia gugup.

   "Bibir awak akan luka kalau awak asyik gigit dia. That's mine, jaga baik-baik." Damia larikan wajah selepas itu. Tubuh Redza ditolaknya sedikit menjauh. Alahai, kenapa lah dari tadi dia tak tolak aje tubuh Redza?

Damia berdehem beberapa kali.

   "Saya... saya nak keluar. Ramai lagi tetamu yang kita kena jumpa. Apa pulak kata dia orang kalau kita terperap dalam bilik macam ni." Damia berura-ura mahu beredar sebelum lengannya dipaut. Tangan Damia automatik melekat di dada Redza bila lelaki itu menariknya mendekat.

   "Dia orang tak kan cakap apa-apa. Kita kan, pengantin baru..."

Berbulu telinga Damia mendengarnya. Damia cuba menjarakkan tubuh sebelum pinggangnya dipaut Redza. Damia mendongak memandang lelaki yang sudah sah bergelar suaminya itu. Air liur diteguk.

   "Boleh tak kalau doktor lepaskan saya?"

   "Nope."

   "Nanti Kak Lia, mak dengan semua orang cari macam mana?"

   "Biarkan. Dia orang tahu lah nak cari kita dekat mana nanti."

   "Tapi..."

Redza tarik pinggang Damia merapat. Damia tolak dada Redza, menghalang dirinya dari terus melekat dengan sekujur tubuh Redza.

   "Doktor Redza! Please..."

   "Please, what?"

   "Not now."

Kening Redza hampir bercantum sebelum dia meledakkan tawanya. Balasan Damia kedengaran sangat polos dan comel. Not now? Apa yang sedang bermain di fikiran Damia sekarang ini?

   "Tell me, awak ingat saya nak buat apa dekat awak?" soal Redza sambil menahan gelak. Damia kemam bibir.

   "Tak buat apa-apa."

   "Then, what do you mean by 'not now'?"

   "Hah?"

Mata Damia dah terkebil-kebil.

   "Awak ingat saya nak buat apa dekat awak?"

   "Tak buat apa-apa. Err doktor, lepaskan saya..."

   "Nope." Makin kuat Redza memeluk tubuh Damia. Hidung Damia sudah terasa ketat bila body mist milik Redza sudah menusuk masuk ke dalam rongga hidungnya. Kuat betul baunya! Damia cuba menolak tubuh Redza lagi tapi gagal.

   "Doktor Redza! Lepaskan saya!"

   "Hmm..."

   "Doktor Redza!"

   "Hmm..."

   "Firhan Redza! Lepaskan saya!"

Terus Redza melepaskan pelukan. Damia yang sudah merah wajahnya itu dipandang dengan satu senyuman. Damia betulkan rentak nafas yang sudah tak betul tadi. Redza yang sedang tersenyum itu dijeling.

   "Lemas tahu tak?" marah Damia. Eei, rasa nak diketuknya kepala psychiatrist seorang ni.

   "Salah awak sendiri."

   "Apa pulak salah saya?"

   "Doktor Redza, Doktor Redza. Can't you stop calling me with 'Doktor Redza'? Saya ni suami awak bukan doktor awak tau?" Redza peluk tubuh.

   "Habis tu saya nak panggil doktor apa?"

   "Apa-apa aje lah janji bukan 'doktor'. Bila awak panggil saya doktor, saya rasa macam awak ni pesakit saya. Bukan isteri saya."

Damia diam. Nak panggil apa? Lidah dia dah terbiasa panggil Redza dengan panggilan 'doktor' kut. Kalau nak panggil panggilan yang sweet bersemut, takut tergeliat lidah pulak. Kekok!

   "Saya tak tahu nak panggil doktor dengan panggilan apa."

    "Let me think. Abang? Sayang? Kanda? Baby? Hubby?"

Dahi Damia dah berlapis-lapis. Panggilan abang dia masih boleh tahan lagi. Tapi sayang? Kanda? Oh, tergeliat lidah. Baby? Hubby? Oh, oh! Boleh muntah hijau ni.

   "Okay. A... abang."

   "Cakap sekali lagi."

Damia tarik nafas dalam-dalam.

   "Abang."

   "Louder."

   "Awak nak saya cakap sampai orang luar dengar ke?"

   "Why not?"

Damia jeling bila Redza tayang muka miang macam tu. Tubuh Redza ditolak ke tepi. Laju sahaja dia berlari anak menuju ke arah pintu bilik. Nak keluar cepat-cepat dari sini. Tak larat dah nak biarkan jantung berdegup macam baru lepas lari marathon.

   "Sayang!"

Elok Damia buka pintu, Redza dah menjerit memanggilnya begitu. Damia tahan rasa malu bila ada mata-mata dah tertoleh ke arahnya. Siap dengan senyuman penuh makna lagi. Damia tahan rasa. Dalam hati dah mendongkol geram.

Eei, siap kau Redza!

*****

"MIA."

Damia menoleh memandang Dahlia yang menapak menghampiri.

   "Ya, Kak Lia?" soal Damia, pelik. Lagi pelik bila Dahlia tayang muka serius.

   "Ziyyad datang."

   "Hah? Mana dia?"

Dahlia memuncungkan bibir ke arah sebatang pokok yang terletak di tepi jalan. Susuk tubuh Ziyyad yang sedang membelakangi mereka itu dipandang dengan dahi yang berlapis-lapis. Apa Ziyyad buat dekat sini?

   "Kak Lia jemput dia datang ke?" soal Damia. Dahlia menggeleng.

   "Dia datang tak makan pun. Dia cakap dia nak jumpa Mia aje."

   "Takpe lah. Mia pergi jumpa dia kejap."

   "Tak nak akak temankan?"

Damia menggeleng.

   "Ramai orang kat sini. Dia takkan berani apa-apakan Mia," balas Damia sebelum kakinya melangkah menghampiri Ziyyad. Sedar akan kedatangan Damia, pantas Ziyyad memusingkan tubuhnya. Sayu dia memandang Damia yang cantik dengan sepersalinan berwarna emas itu. Damia dah kahwin.

   "Kau buat apa dekat sini?" terus Damia menyoal tanpa sempat Ziyyad buka mulut.

   "Tahniah atas perkahwinan awak." Tutur Ziyyad, perlahan.

   "Terima kasih."

Ziyyad senyum nipis. Wajah Damia yang sudah diconteng dengan warna lembut itu dipandang lama. Damia yang tak selesa dengan renungan Ziyyad segera berdehem kuat. Ziyyad dijelingnya.

   "Sorry..."

   "Dah makan?"

   "Saya datang bukan nak makan. Saya nak jumpa awak, Mia."

Damia hela nafas.

   "Sekarang dah jumpa, kan? Boleh la kau balik. Apa pula orang akan cakap kalau nampak kita berdua macam ni." Damia peluk tubuh. Beberapa orang manusia yang berselisihan dengannya disapa dengan satu senyuman manis.

   "Damia, walaupun awak dah kahwin... kita tetap boleh jadi kawan kan?" soal Ziyyad. Sungguh hatinya terasa begitu sayu dan pilu bila Damia kini sudah bergelar isteri orang. Dia fikirkan Damia akan membuka pintu peluang untuk dirinya lagi.

   "Kita tak pernah berkawan selepas apa yang dah berlaku lima tahun lepas, Ziyyad."

   "Jangan awak hukum saya sampai macam ni sekali, Damia. Kejam tahu tak?"

   "Ini bukan pasal kejam ke tak. Tolong lah faham keadaan aku, Ziyyad. Bukan senang untuk aku lupakan apa yang dah berlaku. Jangan muncul depan aku lagi, teruskan hidup kau. Aku tak harap kau datang balik."

Ziyyad gigit bibir bawah bila terasa kolam matanya sudah bergenang air mata. Berbalam-balam pandangannya memandang Damia di hadapan. Wajah wanita kesayangannya itu tidak beriak.

   "Tak kan ada peluang untuk saya, Damia?"

   "Kau dah gila ke, Ziyyad? Aku dah kahwin. Aku takkan curang dengan suami aku." Balasan Damia buat Ziyyad mengangguk lemah.

   "Terima kasih untuk segala-galanya, Damia. Saya minta maaf atas segala salah silap saya pada awak. Saya doakan awak bahagia..."

   "Terima kasih."

   "Saya pergi dulu."

Damia menggumam. Mata menyoroti langkah Ziyyad menuju ke arah kereta. Nafas berat dihela panjang. Tolong jangan kembali lagi, Ziyyad. Tolong cari kebahagiaan kau sendiri.

*****

"SEMUA ni salah mama! Kalau bukan sebab mama, Damia masih jadi isteri Ziyyad!" Ziyyad sudah menengking di tengah-tengah ruang tamu. Mencerlung tajam mata Ziyyad memandang Puan Rafidah di hadapan.

   "Eh, sedar lah sikit Ziyyad! Kamu sanggup tinggikan suara dekat mama macam ni disebabkan perempuan tu aje?!" balas Puan Rafidah, tak mahu kalah. Ziyyad meramas-ramas rambutnya kasar.

   "Sebab Ziyyad kecewa! Damia sepatutnya jadi milik Ziyyad balik! Damia sepatutnya tak berkahwin dengan lelaki lain selain Ziyyad! Semuanya salah mama! Kalau mama boleh terima Damia dulu, Damia masih isteri Ziyyad. Kita orang dah bahagia!" Ziyyad dah menangis. Esakan kecilnya kedengaran.

Puan Rafidah mendengus.

   "Perempuan tu tak sesuai dengan Ziyyad! Dia tu bukan perempuan yang baik!"

   "Yang tak baik tu mama! Kalau mama baik, mama takkan hancurkan rumah tangga anak mama sendiri!"

   "Ahmad Ziyyad! Jangan biadap sangat dengan mama!"

Ziyyad diam meraup wajah. Hidungnya sudah merah.

   "Ziyyad masih cintakan Damia, mama."

   "Tapi dia dah kahwin, Ziyyad. Masih ramai lagi perempuan dekat luar sana yang sesuai jadi isteri Ziyyad. Lupakan Damia. Lupakan perempuan tak guna tu!" bentak Puan Rafidah. Sakit hatinya bila anak tunggalnya itu tak habis-habis menyebut nama Damia. Balik sahaja dari majlis perkahwinan Damia, terus sahaja Ziyyad menengking memarahinya seperti ini. Entah apa lah yang Damia dah racuni fikiran anaknya ini.

   "Mama tak faham..." lirih suara Ziyyad sebelum dia beredar meninggalkan ruang tamu. Pintu bilik dihempas kuat. Puan Rafidah memicit pelipis. Kepalanya tiba-tiba sahaja terasa berdenyut.

Damia! Kau memang tak boleh tengok anak aku senang. Nanti kau!

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro