Chào các bạn! Vì nhiều lý do từ nay Truyen2U chính thức đổi tên là Truyen247.Pro. Mong các bạn tiếp tục ủng hộ truy cập tên miền mới này nhé! Mãi yêu... ♥

Bab 33

TERSENYUM Damia pandang wajah Dahlia yang sedih semacam. Abang iparnya, Khairil dari tadi tak berhenti memujuk kakaknya itu. Damia gelak.

   "Dah lah, Kak Lia. Ingat comel ke buat muka monyok macam tu?" Damia menegur Dahlia. Dahlia jeling.

   "Mia macam seronok sangat nak tinggalkan kita orang semua dekat sini." Balas Dahlia. Damia pandang Khairil lalu sama-sama meledakkan tawa. Dahlia menjeling. Eh, benda tak lawak kut!

   "Tak nak lah sedih-sedih Kak Lia. Nanti Mia susah hati,"

   "Kak Lia lagi susah hati nak lepaskan Mia!"

Damia senyum nipis. Tak tahu mahu memujuk Dahlia dengan cara bagaimana. Kakaknya itu begitu bersungguh-sungguh tak mahu dia pergi ke bumi Kanada. Damia peluk tubuh Dahlia. Dagunya diletakkan di atas bahu Dahlia.

   "Kak Lia, jangan risaukan Mia sangat. Mia okey dan Mia akan okey dekat sana. Mia pandai jaga diri Mia," ujar Damia.

   "Berat hati Kak Lia nak lepaskan Mia tahu tak?"

   "Ya, Mia tahu. But you've too, Kak Lia. Tolong terima keputusan Mia," balas Damia dan seketika kedengaran esak tangisan Dahlia. Pantas Damia menjarakkan kedudukan mereka berdua. Wajah Dahlia dipegangnya.

   "Jangan lah menangis. Kak Lia buat Mia rasa nak menangis jugak," Damia gelak sekadar memujuk hati kecilnya agar tidak turut menangis. Tadi di rumah sudah puas dia menangis apabila berpelukan dengan Puan Anisah. Bersungguh-sungguh emaknya itu memberi berjela-jela nasihat dan kata-kata buatnya. Puas dia cuba menenangkan dirinya di hadapan emaknya tadi.

Disebabkan itu lah Puan Anisah tidak ikut sekali menghantarnya di airport. Bimbang drama air mata berlarutan dan mencuri perhatian orang-orang sekeliling.

   "Mia tolong jaga diri Mia baik-baik. Sampai sana terus call akak. Jangan lupa!" ujar Dahlia sambil mengesat wajahnya dengan sehelai tisu. Damia angguk.

   "Iya. Mia janji Mia akan call Kak Lia sebaik sahaja Mia sampai dekat Kanada,"

   "Jaga diri."

   "Berapa kali Kak Lia nak pesan benda yang sama dekat Mia, ni? Mia tahu lah." Damia gelak. Dipandang wajah Dahlia yang sudah merah. Hidung dah macam badut! Seketika kedengaran pengumuman ke Kanada kedengaran. Damia kembali memeluk batang tubuh Dahlia untuk kesekian kalinya.

   "Tolong jaga mak untuk Mia, Kak Lia." Ucap Damia.

   "Iya. Kak Lia akan jaga mak baik-baik." Balas Dahlia.

   "Abang Khai, terima kasih hantarkan Mia. Tolong jaga Kak Lia dan mak elok-elok. Tengok-tengokkan dia orang untuk Mia." Damia pandang Khairil yang sedari tadi lebih gemar memerhati drama mereka berdua.

Khairil mengangguk faham.

   "Mia jaga diri. Hati-hati dekat sana," pesan Khairil.

   "Terima kasih, abang. Okey lah, Mia dah nak kena masuk. Mia pergi dulu," Damia membetulkan tali beg di bahunya. Dahlia angguk lemah.

   "Baik-baik, Mia."

   "Kak Lia pun. Assalamualaikum," terasa berat kaki Damia saat ingin melangkah masuk ke balai pelepasan. Namun beberapa langkah menapak, namanya dipanggil seseorang. Laju Damia menoleh.

Redza. Lelaki itu sedang berlari kecil mendapatkannya. Tanpa sedar, bibirnya melorek senyuman.

   "Doktor Redza?" ujar Damia. Kali terakhir bertemu dengan Redza adalah ketika mereka pulang dari Pulau Redang. Selepas itu, mereka sudah tak berjumpa. Kata Dahlia, Redza kembali sibuk dengan kerjanya di hospital.

Redza kelihatan sedikit mengah.

   "Saya ingat saya dah tak sempat nak jumpa awak untuk kali terakhir," ujar Redza. Damia senyum nipis.

   "Nah. Untuk awak," Redza hulur sebuah beg kertas kepada Damia. Damia menyambut lalu diintai isinya. Ada sebuah kotak sederhana besar di dalamnya.

   "Apa dalam kotak ni, doktor?"

   "Nanti awak bukak lah. Hadiah dari saya sebelum awak pergi. Harap awak suka." Redza senyum. Damia angguk.

   "Saya suka. Terima kasih, doktor. Susah-susah aje kasi saya hadiah,"

   "Damia, awak jaga diri elok-elok. Jangan percayakan orang asing yang awak tak kenal. Jangan tinggal solat, awak kena ingat awak hanya ada Allah sahaja bila awak berada di tempat orang. Awak kena sabar, tabah. Okey?" pesan Redza.

Damia angguk lagi.

   "Terima kasih atas nasihat tu Doktor Redza. Okey lah, saya dah kena masuk. Terima kasih kasi saya hadiah, saya hargai sangat-sangat."

   "Sama-sama."

   "Pergi dulu. Doktor jaga diri ya? Assalamualaikum."

   "Waalaikumussalam..."

Damia beredar pergi. Sayu Redza pandang belakang susuk tubuh Damia yang kian menjauh dan kemudiannya hilang di sebalik pintu dewan pelepasan. Nafas dihela panjang. Damia, jaga diri awak baik-baik. Saya tunggu awak balik.

*****

BUNYI paluan kompang menandakan ketibaan pasangan pengantin di dewan sederhana besar itu. Erat Jasmin memeluk lengan Ziyyad sambil berjalan masuk melalui karpet merah yang terbentang di sepanjang laluan menuju ke singgahsana. Bibir Jasmin sedari tadi tak henti-henti tersenyum. Yalah, ini kan hari bahagianya.

   Berbeza pula dengan Ziyyad. Tadi, hampir sahaja dia menyebut nama Damia saat mahu melafazkan akad nikah. Mujur tiada sapa yang perasan bahawa dia hampir tersasul. Sungguh, dari tadi lagi mindanya asyik teringatkan Damia. Perkahwinannya kali ini mengingatkannya pada Damia.

Tuhan, perasaan apakah ini?

   "Abang? Abang!"

Ziyyad tersentak. Terus dia menoleh memandang Jasmin di sebelah.

   "Ya, sayang?"

   "Abang okey ke tak ni? Orang asyik pandang kita, abang senyum lah sikit. Nanti dia orang ingat abang kena paksa kahwin dengan Jasmin pulak." Tegur Jasmin. Ziyyad lantas melorek senyuman di bibirnya.

   "Maaf, Jasmin. Abang mintak maaf."

   "Dah lah, abang jangan fikir bukan-bukan. Ini majlis kita kan?" tutur Jasmin penuh pengharapan. Ziyyad mengangguk faham lalu melemparkan pandangannya ke sekeliling dewan yang penuh dengan tetamu yang hadir.

Damia, tolong jangan muncul lagi dalam fikiran saya.

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro