Chào các bạn! Vì nhiều lý do từ nay Truyen2U chính thức đổi tên là Truyen247.Pro. Mong các bạn tiếp tục ủng hộ truy cập tên miền mới này nhé! Mãi yêu... ♥

Bab 30

DAMIA memandang susuk tubuh manusia-manusia yang sedang berdiri tepi pantai. Masing-masing sudah siap untuk ber-snorkeling. Dia pula malas nak join. Bukan malas aje, dia sebenarnya tak pandai berenang. Menyelam lagi lah. Tak pasal-pasal kalau dia terjun tak timbul balik di permukaan. Nauzubillah!

   Bagi menghilangkan kebosanan, Damia berjalan di sekitar resort sambil mencuci mata. Dahlia dengan anak-anak masih terbongkang dalam bilik disebabkan keletihan. Malam tadi entah pukul berapa dia orang tidur. Khairil pula ikut rakan-rakannya yang lain ber-snorkeling. Dahlia juga sepertinya, tak pandai berenang dan menyelam.

   Langkah dibawa menjelajah sekitar kawasan resort. Menjelajah lah sangat! Sesekali Damia berselisih dengan pelancong asing. Dimaniskan wajahnya. Well, tunjukkan lah contoh bahawa orang Malaysia ni murah dengan senyuman dan penuh adab sopan. Takde lah nanti pelancong luar pandang orang Malaysia ni sombong, berlagak!

   "Nureen..."

Damia tersentak. Bibir bawah diketap. Dia lagi! Walaupun dia tak menoleh ke belakang, tapi dia tahu gerangan yang menegurnya tadi. Siapa lagi kalau bukan Faris? Cuma Faris yang panggil dia dengan panggilan 'Nureen'.

   "I found you!" ceria sahaja suara Faris. Damia menjeling sambil memeluk tubuh.

   "Awak dari mana dan nak ke mana?" Faris menyoal bila tegurannya tadi tidak berbalas. Dipandang Damia yang sepertinya tak gemar bila dia datang menegur. Heh, dia kesah apa? Janji dia dapat bertemu dengan Damia kembali.

   "Mana-mana aje lah. Tak payah sibuk," balas Damia acuh tak acuh.

   "Saya nak ikut."

   "Tak payah. Tak perlu ikut,"

Damia sambung langkah. Tak makan dek saman, Faris mengekor dari belakang sebelum menyaingi Damia di sebelah.

   "Kenapa awak macam sombong je dengan saya ni, Nureen? Sebelum ni tak macam ni pun." Tegur Faris.

   "Sebelum ni saya macam mana?"

   "I mean, sebelum ni awak... awak okey aje dengan saya."

Damia gelak sinis. Kaki berhenti melangkah.

   "Saya okey sebelum awak tinggalkan saya dulu, Faris. Awak dah lupa ke apa yang awak dah buat dekat saya dulu? Nak saya ingatkan awak balik pasal tu?" soal Damia sambil memandang Faris. Sebelah kening dijongket. Faris hela nafas panjang lalu meraup wajahnya. Wajah Damia dipandang.

   "Okey, look. Waktu tu saya belum betul-betul boleh berfikiran waras. Waktu tu pun kita masih belum betul-betul matang."

   "Itu bukan alasan yang boleh diterima pakai, Faris."

   "Nureen. I'm really-really sorry. Saya menyesal sebab tinggalkan awak dulu. Awak tahu tak, bila saya dapat tahu awak dah kahwin hati saya... hancur. Tuhan je tahu macam mana perasaan saya waktu tu. Bila saya tahu awak dah bercerai, saya rasa saya ada peluang. Saya cuba cari awak balik tapi..."

   "Stop. Skrip drama mana awak hafal ni, Faris?"

   "Nureen... saya betul-betul serius kali ni."

   "Stop calling me Nureen. Saya benci bila awak panggil saya Nureen."

   "But why? Bukan ke dulu awak..."

   "Lupakan benda yang dah lepas, Faris! Awak dengar sini, antara kita dah tak ada apa-apa hubungan. Lepas awak tinggalkan saya dulu, saya betul-betul dah buang awak jauh dari saya sampai lah saya jumpa Ziyyad. Tapi Ziyyad..."

Damia diam. Rasa sakit tiba-tiba.

   "Nureen?"

   "Lupakan. Faris, tolong jangan kacau saya lagi. Jangan muncul depan saya lagi. Jangan minta supaya saya bagi awak peluang lagi. Sampai bila-bila pun, saya takkan bagi awak peluang tu." Damia berlalu meninggalkan Faris yang terdiam seribu bahasa. Dia melangkah tanpa hala tuju sambil sesekali dia mengesat matanya dengan hujung lengan baju. Tak tahu kenapa air mata dia boleh keluar. Hesy!

   "Nureen, tunggu!" termengah-mengah Faris berdiri di hadapan Damia. Langkah Damia terhenti. Dijeling Faris yang sedang menghalang jalannya sekarang ni.

   "Nureen... takkan tak ada sikit pun peluang untuk saya? Saya janji..."

   "Janji apa? Belum cukup jelas lagi ke apa yang saya cakap tadi, Faris? Saya takkan bagi awak peluang itu. Saya dah tak ada hati dan apa-apa perasaan dekat awak. Boleh faham tak?" rengus Damia, rimas. Rimas dengan Faris. Rasa menyesal gila datang Pulau Redang ni. Kalau tahu Faris ada di sini, sumpah dia takkan datang.

   "Sebab lelaki malam tadi ke? Siapa lelaki malam tadi tu?" Faris bercekak pinggang. Damia terngadah. Kenapa Faris tiba-tiba bangkitkan soal Redza pulak ni?

Damia mendengus lalu menggelengkan kepala.

   "Apa sebenarnya masalah awak ni, Faris? Siapa lelaki malam tadi tu takde kaitan apa-apa dengan hal ni."

   "Saya tak percaya dia tu cuma kawan awak."

Damia jeling.

   "Tak percaya sudah. Bukan masalah saya," Damia peluk tubuh. Faris kemudiannya bertindak dengan mencengkam lengan Damia. Berkerut dahi Damia bila tangan Faris selamba sahaja menyentuhnya walaupun berlapik.

   "Jangan sentuh saya lah!"

   "Siapa lelaki malam tadi? Bagitahu saya, Nureen!" tangan Faris masih lagi utuh mencengkam lengan Damia walaupun wanita itu meronta-ronta minta dilepaskan. Matanya tajam memandang ke arah Damia.

Damia rasa nak menangis! Dia takut.

   "Tak gentle lah berkasar dengan perempuan, bro!"

Masing-masing laju menoleh ke arah empunya suara yang tiba-tiba mencelah. Redza menghampiri dua manusia itu. Terus Faris melepaskan cengkamannya pada lengan Damia sambil memandang tajam ke arah Redza.

   "Hah, hero dah datang." Faris gelak sinis. Dipandang atas bawah Redza yang sedang berdiri di hadapannya.

   "Nice to meet you, again..." Redza senyum segaris sambil sebelah tangannya dimasukkan ke dalam poket seluar. Tak ada niat mahu bersalaman dengan Faris bila lelaki itu bertindak mengasari Damia tadi. Faris jeling menyampah.

   "Eh, kau ni siapa sebenarnya? Teman lelaki Nureen ke?" soal Faris.

   "Kalau ya?" balas Redza, menayang muka tak berperasaan. Faris gelak.

   "Malam tadi kau cakap yang kau ni kawan Nureen. Sekarang ni kau nak cakap yang kau teman lelaki Nureen pulak? Nak menipu pun agak-agak lah sedara." Balas Faris dengan gelak sinisnya. Redza mengerling Damia yang berdiri di belakang Faris.

   "Minta maaf lah kalau malam tadi saya dah menipu encik. Malam tadi kita orang bergaduh, ada salah faham sikit. Terpaksa saya menipu cakap saya ni cuma kawan cik adik dekat belakang encik tu. Yalah, tengah bergaduh kan? Masing-masing nak pertahankan ego. Tapi tak best pula gaduh lama-lama. Rasa rindu," spontan ayat-ayat itu keluar dari mulut Redza. Senyuman nipis bertenggek di bibir lelaki itu.

Damia yang dibelakang pula rasa nak pengsan. Apakah?!

   "What? Kau mengarut apa ni? Bergaduh?" Faris pandang Redza sebelum menoleh memandang Damia pula dengan wajah penuh tanda tanya. Damia senyap, menunduk memandang hujung kaki. Tak tahu nak balas apa. Rasa segan tiba-tiba dengan doktor kacak itu.

   "Nureen? Apa semua ni? Mind to explain?" soal Faris.

   "Tak payah nak explain-explain sangat. Sayang?" sengaja Redza menekan perkataan 'sayang' itu. Damia terus angkat muka memandang ke arah lelaki itu kembali. Tiba-tiba jantung berdegup bila lelaki itu memanggilnya begitu.

   "Jom? Teman saya makan?" ajak Redza. Menyedari isyarat mata yang diberikan Redza, terus Damia mengangguk faham. Terus dia berjalan mendapatkan lelaki itu. Faris sudah terngadah.

   "Nureen? Are you serious?" soal Faris, tak puas hati.

   "Saya minta maaf, Faris. Betul lah apa yang awak dengar tadi," terketar-ketar suara Damia mengakui kenyataan palsu yang dilakukan Redza tadi. Mata tak sanggup nak pandang Redza di sebelah. Rasa malu, segan.

Wajah Faris berubah hampa. Terbias jelas kesedihan dan kekecewaan di wajah lelaki itu.

   "Harap lepasni jangan kacau Damia lagi. She's mine already," Redza senyum lagi sebelum menolak sedikit belakang tubuh Damia untuk beredar dari situ. Damia melangkah diikuti Redza di belakang.

Damia gigit bibir. Kak Lia, I need you right now!

*****

DAMIA menjeling Redza yang sedang menjamu selera di hadapannya. Berselera betul lelaki itu melahap makanan seolah-olah tiada apa yang berlaku sebentar tadi. Doktor ni tak rasa apa-apa ke lepas cakap macam tu tadi walaupun semuanya cuma helah untuk menghentikan Faris dari menganggunya. Ah, dah nama pun helah! Nak rasa apanya Damia?

   "Saya lebih menyelerakan dari makanan awak tu ke?" tiba-tiba Redza angkat muka.

   "Hah? Apa dia?" Damia terkebil-kebil dulu.

   "Tak, saya tanya... saya ni lebih menyelerakan ke daripada makanan awak tu? Saya perasan awak asyik terjeling-jeling tengok saya." Balas Redza, selamba. Damia gigit bibir bawah. Malu! Rasa nak sorok muka bawah alas meja!

   "Ma... mana ada saya jeling doktor. Jangan nak perasan sangat lah!" Damia cuba menegakkan benang yang basah walaupun apa yang diperkatakan Redza tadi benar belaka. Memang dia jeling tengok Redza pun tadi!

Redza gelak kecil.

   "Kenapa? Awak nak marah saya sebab saya cakap macam tu tadi?"

   "Tak, mana ada."

   "Jadi, awak tak kisah lah saya cakap macam tu?"

Damia diam. Sekali lagi dia terperangkap dengan soalan lelaki itu. Kecil besar, kecil besar aje dia tengok Redza sekarang ni.

   "Terima kasih sebab tolong saya tadi." Ucap Damia, ikhlas.

   "No biggie. Alang-alang saya lalu dekat situ, then saya nampak dia macam berkasar dengan awak. That's why saya datang tegur." Balas Redza. Damia diam, tidak membalas selepas itu. Bersyukur bila Redza tiba-tiba muncul sebagai hero tadi. Tak tahu lah apa yang Faris akan buat padanya tadi kalau Redza tak datang. Sudah lah Faris tiba-tiba berubah menjadi kasar dengannya tadi. Masih terasa cengkaman Faris di lengannya.

   "Saya pun nak minta maaf sebab cakap macam tu tanpa kebenaran awak. Saya tak tahu macam mana cara nak hentikan lelaki tu, jadi saya pakai cakap aje lah. Lagipun, itu aje cara yang saya tahu untuk lepaskan awak daripada lelaki macam dia." Sambung Redza. Damia senyum segaris.

   "Tak apa. Saya tahu niat doktor. Terima kasih,"

   "Lepasni awak kena hati-hati sikit lah. Bahaya jalan sorang-sorang, lagipun ni tempat orang." Pesan Redza. Damia mengangguk. Sedar salah sendiri. Bahaya itu datang tak diundang sebenarnya.

   "Saya ingatkan doktor join yang lain pergi snorkeling."

   "Tak lah. Saya takde mood nak join dia orang snorkeling. Kenapa awak tak join?" soal Redza pula. Damia capai garfu dan pisau lalu mula memotong isi ayam kemudian dimasukkan ke dalam mulutnya.

   "Saya tak pandai berenang. Menyelam lagi lah," jawab Damia, jujur. Lagipun, kelemahannya itu bukan satu keaiban pun. Normal lah, tak pandai berenang. Sebab tak pernah mencuba nak berkawan dengan air dan asyik berfikir yang negatif sahaja bila melibatkan air yang banyak. Tapi, tak ada lah sampai takut dengan air macam kambing tu!

   "Kenapa tak cuba belajar berenang? Berenang itu benda basic yang awak kena tahu. In case kalau suatu hari nanti, awak ada emergency."

   "Nanti lah saya belajar berenang. Saya okey,"

Redza diam, menggeleng sedikit kepalanya.

   "Awak macam kakak awak. Sama-sama tak pandai berenang." Redza gelak.

   "Eh, doktor pun tahu ke yang Kak Lia tak pandai berenang?"

   "Tahu. Saya kenal dengan Kak Dahlia dah lama. Kak Dahlia pernah terlepas cakap yang dia tak pandai berenang dulu. Satu wad gelakkan dia," Redza gelak kecil, diikuti Damia. Ya, persamaan dia dengan Dahlia ialah mereka berdua sama-sama tak pandai berenang dan tak nak cuba untuk belajar berenang.

Sibling goals sangat!

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro