Bab 29
LAGUNA Redang Island Resort menjadi pilihan mereka untuk menginap selama 3 hari 2 malam di situ. Damia berkongsi bilik dengan Dahlia serta anak-anak. Manakala Khairil berkongsi bilik dengan Redza dan juga seorang lagi staff lelaki yang masih bujang. Lagipun, tak kan lah Khairil mahu menginap satu bilik sekali dengan Damia? Jadi Khairil mengambil keputusan untuk menginap di bilik yang berasingan.
Lewat petang itu, masing-masing meluangkan masa di tepi pantai. Melihatkan air laut yang membiru, memang membuatkan kaki masing-masing tak sabar nak menapak ke tepian pantai. Geram! Tambahan lagi, masing-masing juga sedang menanti untuk melihat matahari terbenam.
Damia duduk di tepi pantai beralaskan selipar yang dipakainya. Sesekali dia ketawa kecil memandang keletah Najihah dan Danial yang sedang riuh bermain dengan air sambil diperhatikan Dahlia dan Khairil. Dia malas nak berbasah, jadi dia membuat keputusan untuk duduk memerhati sahaja sambil menunggu matahari terbenam.
"Ehem!"
Damia angkat kepala. Redza.
"Boleh saya duduk sini?" soal Redza. Tak sempat nak membalas, Redza awal-awal dah ambil tempat di sebelah. Cis! Baik tak payah tanya tadi. Duduk aje terus. Damia abaikan Redza di sebelah. Kedua belah lutut dipeluk sambil mata memandang ke hadapan. Beberapa manusia yang tadinya sedang seronok bermandi-manda sudah naik ke daratan. Hari sudah semakin menghampiri senja.
"Tak pergi join dia orang?" soal Redza, meringkan mulut. Damia menggeleng.
"Malas."
"Nak berseronok pun malas?"
"Malas nak basah-basah. Baju tak bawak banyak,"
"Oh... I see..."
Damia menoleh memandang Redza di sebelah.
"Doktor? Dari mana? Lepas lunch tadi terus tak nampak bayang." Soal Damia. Tak best pulak kalau asyik Redza yang menyoal dan dia kerja menjawab. Redza balas pandangan Damia lalu tersenyum nipis.
"Awak cari saya ke?"
Damia berdecit.
"Doktor jangan nak perasan lah! Mana ada saya cari doktor. Tanya pun tak boleh ke?" Damia jeling. Redza gelak kecil.
"Gurau aje lah. Lepas lunch terus cari katil sebab tak larat nak buka mata dah. Terjaga pun bila dengar azan asar dekat phone," Redza menjawab persoalan Damia. Kedua belah lututnya dipeluk, sama posisi seperti Damia. Selesa.
"Dah agak dah."
"Macam mana awak boleh agak? Awak stalk..."
"Eh! Jangan nak perasan kata saya stalker doktor pulak! Saya cuma agak aje doktor rehat, tak tahu pula sangkaan saya tu betul." Terjuih-juih bibir Damia. Redza gelak lagi. Damia menjeling. Agaknya tadi dalam mimpi, doktor muda ni telan pil gelak sebab tu sekarang ni kerja asyik nak gelak je.
"Okey. Alasan diterima," balas Redza. Damia tak balas lepas tu. Dah tak tahu nak bualkan pasal apa sebab bukan kenal rapat pun dengan Doktor Redza ni. Dia bukan Dahlia yang dah bertahun-tahun kenal dengan Redza.
"Matahari dah nak terbenam!" suara penuh keterujaan Damia membuatkan Redza menoleh memandangnya. Tersenyum Redza pandang Damia yang matanya sudah bersinar-sinar apabila matahari mula terbenam. Dia tak tahu kenapa, senyuman Damia buat hatinya tak tentu arah. Rasa macam ada yang tak kena.
"Cantik... kan?"
Damia angguk kepala berkali-kali. Namun, mata tetap pegun pada bebola merah yang sudah hampir menyembunyikan dirinya.
"Tapi... awak lagi cantik."
Damia diam. Jelas sebaris ayat itu meluncur keluar dari mulut Redza. Lambat-lambat kepala ditoleh ke tepi memandang Redza. Mata lelaki itu redup memandangnya. Dia mahu membalas tetapi lidah terasa kelu. Suara rasa tak terkeluar.
Pujian kah itu?
Awak lagi cantik?
Aku ke?
*****
"DAMIA? Damia?!"
Damia tersentak. Pekikan dari Dahlia langsung buat Damia tersedar dari lamunannya. Dahlia yang sedang bercekak pinggang itu dipandang dengan mata terkelip-kelip macam baru bangun dari tidur.
"Ya, Kak Lia?"
"Mengelamun apa tu? Tengok apa Mia buat dekat Jiha!" terus Damia pandang Najihah di hadapan. Baju yang disarungnya di tubuh Najihah terbalik! Butang baju sepatutnya dihadapan tapi disebabkan Damia, butang baju dah elok duduk di belakang.
"Ya Allah! Sorry,sorry. Uchu mintak maaf," kalut-kalut Damia membuka kembali baju Najihah lalu dikalih. Dahlia geleng kepala melihat tingkah Damia. Pakaikan baju anak pun boleh mengelamun ke?
"Uchu ni... pandai ke tak pakaikan Jiha baju?" rungut Najihah sampai termuncung-muncung bibirnya.
"Pandai lah. Uchu mintak maaf eh..." Damia sengih malu.
"Damia... Damia. Mengelamun tak habis-habis! Teringatkan hal petang tadi ke?" Dahlia menyindir. Dia yang tadinya baru selesai mandikan Danial terus berlalu ke arah katil. Pakaian anak lelakinya itu ditarik keluar dari dalam beg.
Damia gigit bibir bawah.
"Hal petang tadi? Hal apanya?"
"Eleh... buat-buat tak tahu pulak! Bukan main bercengkerama dengan Doktor Redza petang tadi. Ingat orang tak nampak?" Dahlia menyindir lagi.
"Bila masa pulak Mia bercengkerama dengan dia?" Damia jeling sekali.
"Yalah tu! Kalau Kak Lia tak tegur kau orang berdua tadi, entah bulan purnama muncul pun belum tentu kau orang sedar."
"Kak Lia ni! Ingat Mia nak sangat ke dekat Doktor Redza tu?"
"Sekarang memang lah cakap tak nak, tapi nanti..."
Kata-kata Dahlia mati bila pintu bilik penginapan mereka diketuk dari luar. Damia menjeling geram Dahlia yang sedang berjalan menuju ke arah pintu bilik. Lekas-lekas dia menyiapkan Najihah. Rambut anak saudaranya itu disisir kemas sebelum diikat tocang.
"Semua dah berkumpul dekat restoran. Cepat sikit bersiap tu," tutur Dahlia apabila dia kembali menutup pintu bilik.
"Mia belum mandi lagi. Kak Lia pergi dulu dengan anak-anak, kejap lagi Mia pergi." Damia capai kain tuala di atas katil sebelum menghilang masuk ke dalam kamar mandi. Dahlia menggumam sebagai balasan.
*****
KAKI di atur menuju ke arah restoran. Tadi dia cuma basuh badan aje. Kalau basahkan rambut sekali, satu jam lepastu baru dia keluar makan. Damia memerhati sekeliling kawasan sambil memasukkan tangan ke dalam poket sweatshirt yang dipakainya.
"Nureen?"
Langkah Damia terhenti apabila telinganya menangkap satu suara memanggilnya dengan panggilan Nureen dan bukan Damia atau Mia. Siapa je yang panggil dia Nureen kalau bukan...
"Yes, saya betul. Memang awak, Nureen..." seorang lelaki berdiri tegak di hadapan Damia. Bibir lelaki itu tersungging senyuman lebar. Kedengaran nafas lelaki itu turun naik, mungkin penat berlari mendapatkan dia.
Damia kaku. Matanya tepat memandang lelaki tersebut dengan rasa terkejut. Macam mana boleh dia bertemu kembali dengan lelaki ini selepas bertahun-tahun lamanya tak berjumpa?! Kenapa perlu dia jumpa balik dengan lelaki ni?
"Nureen? Awak okey? Kenapa awak macam terkejut je jumpa saya? Saya ni hantu ke?" lelaki tersebut cuba berjenaka. Damia tersentak lalu terus menggelengkan kepalanya. Dia mengundur selangkah bila sedar jaraknya agak dekat dengan lelaki tersebut.
"Nureen? Kenapa awak diam je ni? Say something, please. Awak tak happy jumpa saya balik ke?"
Damia cari nafas sebelum mendongak sedikit memandang lelaki di hadapannya ini.
"Faris... awak buat apa dekat sini?" soal Damia. Setelah bertahun-tahun lamanya dia tak sebut nama itu, akhirnya nama itu kembali meniti di bibirnya.
"Oh, God! Rindunya saya nak dengar awak panggil nama saya. Boleh awak panggil nama saya sekali lagi?" lelaki yang bernama Faris itu kelihatan teruja. Damia mendengus perlahan. Apa masalah lelaki ni?
"Tak payah nak mengada sangat, boleh tak? Saya nak cepat, excuse me..." Damia berura-ura mahu berlalu sebelum lengannya ditarik Faris. Cepat-cepat Damia merentap tangannya sebelum matanya meliar ke kiri dan kanan. Takut kalau ada yang nampak walaupun Faris memegang lengannya dengan berlapik.
"Sorry, saya mintak maaf." Faris angkat kedua belah tangannya ke atas bila tersedar dia menyentuh Damia tanpa izin. Jelas wajah Damia menzahirkan rasa tidak suka dengan perbuatannya sebentar tadi.
"Awak nak apa, Faris? Awak buat apa dekat sini?" Damia menyoal sambil memeluk tubuh.
"Saya datang bercuti dengan kawan-kawan saya. Nureen, saya tak sangka dapat jumpa awak balik dekat sini." Jawab Faris.
"Okey. Selamat bercuti,"
Damia berlalu sebelum langkahnya terhalang bila Faris tiba-tiba berdiri di hadapannya. Melihat wajah Faris, buat Damia rasa sesak nafas. Rimas.
"Saya nak cepat dan saya tak ada masa nak berlama-lama dengan awak. Tolong, jangan kacau saya."
"Tapi saya rindu awak, Nureen."
"Awak merepek apa ni, Faris? Dah lah, jangan kacau saya lagi."
Damia berlalu. Sungguh, dia tak sangka akan dapat jumpa kembali dengan Faris di sini.
"Saya tahu awak dah bercerai dengan Ziyyad!"
Langkah Damia mati. Dari nada suara yang digunakan Faris, pastinya orang-orang berdekatan mendengar sebaris ayat itu. Damia ketap bibir. Terus dia berpusing tubuh menghadap Faris yang berdiri beberapa langkah di hadapan.
"Jadi?"
Faris mendekat. Dia ambil nafas dulu.
"Masih ada peluang untuk saya, kan? Nureen, saya... saya masih sayangkan awak."
Damia diam. Cuba menghadam lafaz yang baru sahaja diucap Faris beberapa saat yang lepas. Lelaki yang dulunya tinggalkan dia tanpa sebab yang jelas, kini kembali muncul di hadapan dan minta diberikan peluang?
"Faris..."
"Ehem!" dua pasang mata mula memandang ke arah tuan punya suara yang berdehem, menegur mereka. Damia hela nafas lega bila susuk tubuh Redza berdiri tidak jauh daripada mereka. Redza mendekat ke arah dua manusia yang berdiri statik tidak bersuara. Redza ukir senyuman segaris.
"Damia, awak okey?" soal Redza. Damia angguk kepala.
"Siapa ni, Nureen?" Faris menyoal pula. Suaranya kedengaran agak tidak puas hati dan cemburu. Damia diam. Tak tahu mahu kenalkan Redza sebagai apa.
Kawan?
Kawan Dahlia?
Atau... kenalan yang mengikuti rombongan percutian ke Pulau Redang ni?
"Nureen, saya tanya awak ni. Lelaki ni siapa?"
"Dia..."
"Saya Redza. Kawan Damia." Potong Redza, tersenyum nipis. Faris hela nafas lega. Senyuman kembali tersungging di bibirnya.
"Kawan? Cuma kawan, kan? Hah, lega!"
"Kalau awak takde apa-apa nak cakap, saya pergi dulu." Damia berundur setapak sebelum memusingkan tubuh meninggalkan Faris.
"Nureen, wait!"
Damia kembali menghadap Faris. Wajah tegang ditayang.
"Awak nak apa lagi, Faris? Tolong lah, jangan kacau saya!"
"Saya cuma..."
"Faris!"
Laungan seorang lelaki tidak jauh dari situ mematikan kata-kata Faris. Faris merengus kasar apabila diganggu panggilan rakannya itu.
"Sorry, I got to go. See you around, Nureen!" Faris berlalu. Sempat dijelingnya Redza yang sedari tadi cuma berdiri memerhatikan mereka berdua. Pergi sahaja Faris, Damia kembali menyambung langkah. Perutnya benar-benar dah lapar! Pastinya semua orang dekat restoran termasuk Dahlia dah menjamu selera.
Redza membuntuti dari belakang. Dia benar-benar nak tahu siapa lelaki yang bernama Faris tadi tu. Kenapa lelaki tu panggil Damia dengan panggilan 'Nureen'?
"Siapa lelaki tadi tu?" terkeluar soalan itu dari mulut Redza. Dia menyaingi Damia di sebelah.
"Kawan." Pendek jawapan Damia.
"Why dia panggil awak Nureen? Kenapa bukan Damia?"
Damia diam. Tak menunjukkan tanda-tanda mahu menjawab soalan Redza. Entah lah, rasanya tak perlu kut dia nak bukak kembali kisah lama di antara dia dan Faris. Dah lama pun. Faris bukan lagi sesiapa baginya.
Redza mengeluh diam.
"Masih ada peluang untuk saya, kan? Nureen, saya... saya masih sayangkan awak."
"Dia cakap dia masih sayangkan awak. Maksudnya, dia bekas kekasih awak ke?" soal Redza lagi. Damia hentikan langkah lalu tajam dia memandang Redza di sebelah. Wajah tanpa senyuman terbias di wajah bersihnya.
"Cukup kalau doktor tahu yang dia cuma kawan saya. We're just friend back then! Yang lain, doktor tak perlu tahu dan doktor tak payah sibuk hal peribadi saya." Damia berlalu. Fikirannya sememangnya dah serabut sejak berjumpa kembali dengan Faris tadi. Dan sekarang, Redza pula nak serabutkan kepalanya!
Ah, kusut lah!
Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro