Bab 28
DAMIA menyusun beberapa helai pakaian untuk kegunaannya selama tiga hari di Pulau Redang, Terengganu. Kebetulan, syarikat tempat Khairil berkerja akan mengadakan hari keluarga selama 3 hari 2 malam. Jadi, memandangkan dia juga merupakan ahli keluarga Khairil maka dia juga akan ikut serta. Yeay! Short vocation! Tepat pada waktunya, dia pun sememangnya memerlukan ketenangan setelah bertemu dengan Jasmin beberapa hari lepas.
Bercakap pasal Jasmin, terus Damia teringatkan sesuatu. Pantas dia menarik laci paling atas lalu dikeluarkan sampul putih. Sekeping kad jemputan perkahwinan berwarna ungu itu ditarik keluar.
Walimatulurus Jasmin & Ziyyad.
Damia tak tahu mahu bereaksi apa. Sesungguhnya hatinya sudah kosong. Kad jemputan perkahwinan itu ditenung persis pandang kertas kosong. Damia hela nafas pendek. Dulu, sewaktu perkahwinannya dengan Ziyyad tak ada pulak kad-kad jemputan secantik ini. Siap letak dalam sampul lagi! Tengok tempat majlis, Damia hela nafas lega. Di hotel. Mesti majlis mereka berdua sangat grand! Mestilah, Puan Rafidah mesti seronok besar dan pastinya menjadi manusia paling bahagia.
Impiannya dah tercapai mahu bermenantukan Jasmin.
"Tahniah lah Ziyyad. Bahagiakan je lah mama kau," gumam Damia. Kad berwarna ungu itu dimasukkan kembali ke dalam sampul. Tak ada hati mahu belek kad jemputan itu lama-lama. Seketika, telefon bimbitnya berdering minta diangkat. Pantas dia mencapai telefon bimbit yang diletakkan di tengah-tengah katil.
Ziyyad is calling...
Dahi Damia berkerut. Ziyyad? Apa lagi lelaki ni mahu daripada dia? Dibiarkan panggilan pertama itu berlalu tidak diangkat. Masuk panggilan yang kedua, Damia menjawab. Itu pun dengan rasa menyampah.
"Helo? Damia?" suara garau Ziyyad menyapa gegendang telinga Damia.
"Hmm kau nak apa lagi ni?" malas-malas Damia menyoal.
"Aku ingat kau dah tak nak angkat call aku," balas Ziyyad. Damia julingkan mata ke atas.
"Memang aku tak nak angkat pun call kau. Tapi, bila kau dah call aku sampai dua kali aku angkat je. Mana lah tahu kau dah nak mati," menyedari keterlanjuran di hujung ayatnya itu, pantas Damia gigit bibir bawah.
Terlancang pulak mulut ni. Maaf ya!
"Kalau takde apa-apa nak cakap, baik tak payah call kut." Sambung Damia bila hampir seminit tidak ada apa-apa balasan daripada Ziyyad.
"Aku nak kahwin bulan depan." Tutur Ziyyad, senafas.
"Jadi?"
"Kau... kau macam mana?"
Dahi Damia automatik berlapis-lapis.
"Aku? Aku macam mana? Kenapa dengan aku? Dengar sini Ziyyad, kau nak kahwin ke... nak tunggang terbalik sekalipun semuanya takde kaitan dengan aku. Bukan urusan aku. Kau dah lupa ke kita dah cerai? Dah hilang ingatan? Sudah lah, Ziyyad. Sila lah pandang ke hadapan. Bahagiakan Jasmin dan mama kau." Ujar Damia, tegas.
"Senang betul kau, kan? Cepat betul move on,"
Helo, excuse me! Siapa yang cerai siapa sekarang ni? Siapa yang lafaz talak dulu? Siapa yang mahukan perpisahan dulu? Kenapa Ziyyad pula yang mencari dia kembali? Sepatutnya kalau ikut logik akal, dia yang patutnya cari Ziyyad sebab payah nak move on!
"Aku tak faham. Aku betul-betul tak faham apa yang ada dalam fikiran kau sekarang ni Ziyyad. Aku rasa dah cukup jelas aku cakap dekat kau. Antara kita dah takde apa-apa. Urusan kau sama sekali takde kaitan dengan aku. Sama jugak dengan aku. Urusan aku takde kaitan dengan kau. Jadi, jelas! Aku tak rasa minda kau macam budak umur tiga tahun yang tak faham bahasa." Balas Damia.
"Damia..."
"Ziyyad. Aku harap lepasni kau tak payah lah telefon aku macam ni semata-mata nak cakap benda yang aku rasa tak penting kut. Better kau jaga hati Jasmin, jaga hati mama kau. Itu lebih bagus. Oh ya! Kau nak kahwin kan? Sebenarnya aku dah tau, Jasmin ada jumpa aku dan bagi kad kahwin kau orang. Jadi, tahniah aku ucapkan. Semoga perkahwinan kau dengan Jasmin akan kekal sampai tua. Semoga berbahagia sampai anak cucu."
"Damia. Aku... aku..."
"Ziyyad, tolong jangan lukakan hati Jasmin macam mana yang kau buat dekat aku. Jasmin dah tunggu kau lama. Hargai dia. Okey lah, aku rasa tak perlu kut kita panjang-panjangkan perbualan macam ni. We're nothing, jadi tak manis untuk bakal pengantin macam kau. Selamat pengantin baru in advance, Assalamualaikum." Damia matikan telefon bimbit lalu dilempar ke tengah katil. Tanpa sedar, ada air mata yang mengalir turun melalui lekuk pipinya. Laju tangan naik mengesat wajah.
"Bodoh. Yang kau menangis kenapa? Move on, Damia!" Damia tarik nafas panjang lalu dihela. Relaks! Tenang!
*****
JETI Shah Bandar.
Masing-masing berkumpul di jeti sambil menunggu kedatangan feri untuk membawa mereka ke Pulau Redang. Kira-kira empat puluh orang yang mengikuti percutian pendek ke Pulau Redang. Damia pandang beberapa orang lelaki yang pastinya staff-staff sedang berbincang sesuatu. Khairil juga ada.
"Ada seorang staff tak boleh join sebab ada emergency dekat kampung dia." Dahlia menghampiri.
"Oh. Habis tu? Takde orang ganti ke?" soal Damia. Sayang lah kalau takde orang ganti. Mesti tambang feri, duit penginapan dan lain-lain dah dibayar. Takkan kira burn je duit tu? Sayang betul.
"Ada yang ganti. Dia pun last minute baru confirm,"
"Staff syarikat jugak ke?"
"Tak lah."
"Ahli keluarga staff?"
"Pun tak jugak."
Malas Damia nak meneka lagi. Sesiapa pun yang last minute ganti tempat ke Pulau Redang, bukan urusan dia. Jadi, rasanya tak perlu dia nak kecoh. Dan dia bukan kenal pun siapa orang tu. Feri dah sedia menunggu. Masing-masing dah teruja.
"Ha tu dia dah sampai." Memuncung mulut Dahlia menjuih ke belakang Damia. Damia tidak menoleh.
"Yang ganti tempat last minute tu ke?" beg digalas di belakang.
"Haah. Itu dia dah sampai,"
"Saya ingat dah nak kena tinggal feri tadi."
Damia tersentak. Membulat matanya bila suara yang cukup dikenalinya itu menyapa gegendang telinganya. Terus dia menoleh ke tepi memandang lelaki tersebut. Bert-shirt putih dan berseluar khaki. Bag pack hitam digalas di belakang tubuhnya. Dan turut terletak elok rayban di atas pangkal hidungnya.
"Doktor datang tepat pada masanya. Kita orang baru nak gerak naik feri." Balas Dahlia sambil matanya menjeling Damia yang tak berkelip mata memandang ke arah Redza. Redza menyedari pandangan Damia segera menoleh memandang wanita itu.
"Damia? Are you okay?" soal Redza. Tahu Damia terkejut dengan kemunculannya. Yalah, ini kan hari keluarga. Dia pulak memang tak ada kena mengena langsung dengan keluarga Dahlia dan Khairil.
Damia tersentak lalu segera mengalihkan pandangannya. Dia berdehem.
"Saya okey. Terkejut je bila doktor tiba-tiba muncul." Damia senyum kelat. Ya Allah, kenapa Doktor Redza?!
"Dia orang dah panggil tu. Kang kita bertiga kena tinggal feri," Dahlia bersuara di tengah-tengah Damia dan Redza. Laju Damia mengekor rapat di belakang Dahlia. Bibir didekatkan ke telinga Dahlia.
"Kenapa Kak Lia tak cakap yang orang tu, Doktor Redza?"
"Dah Mia tak tanya. Kak Lia tak cakap lah."
Damia berdecit. Kak Lia ni sengaja betul!
*****
LAGI Damia rasa nak marah kepada Dahlia bila dengan senang hatinya tempat duduk yang sepatutnya diduduki Danial diganti dengan Redza. Alasan Dahlia, takut Danial termuntah pula dalam feri dan nanti menyusahkan Damia. Diam kaku Damia bila Redza duduk di sebelahnya di dalam feri tersebut. Bauan perfume yang dipakai Redza benar-benar menusuk ke dalam lubang hidungnya.
Feri mula bergerak meninggalkan jeti. Perjalanan menuju ke Pulau Redang mengambil masa 1 jam 30 minit hingga 2 jam. Itu pun bergantung pada kelajuan feri. Kalau lambat, lambat lah sampainya. Damia pejam mata erat-erat bila perutnya terasa sebu. Dada rasa bergelodak.
Ya, dia mabuk laut! Kali terakhir dia naik feri adalah sewaktu dia menuntut di sekolah menengah kerana mengikuti rombongan sekolah ke Langkawi. Dia ingatkan bila dah lama tak naik feri, mabuk lautnya akan hilang. Tapi ianya meleset sama sekali. Sekarang dia rasa nak keluarkan segala isi perut!
"Damia. Awak okey?" soal Redza bila dia tengok wajah pucat Damia. Berkerut-kerut dahi Damia sambil memeluk tubuh. Damia geleng sebagai jawapan. Matanya masih terpejam erat. Rasa mual dan pening membuatkan dia tak mampu nak celikkan mata. Sudah lah lambat lagi nak sampai destinasi. Feri pula baru dua puluh minit bergerak atas air!
"Awak mabuk laut?" soal Redza lagi. Damia angguk.
"Bawak ubat tak?" lagi Redza menyoal. Damia geleng. Sungguh sekarang ni dia hanya mampu angguk dan geleng sebagai balasan dan jawapan. Kedengaran Redza merengus perlahan.
"Jom."
Damia mencelikkan mata. Dilihatnya Redza sudah bangkit dari duduk sambil lelaki itu memandangnya. Dahi dikerutkan tanda tidak faham apa maksud yang cuba disampaikan Redza. Jom pergi mana?
"Naik atas, ambil angin luar. Boleh kurangkan mabuk laut awak,"
"Oh..." Damia perlahan-lahan bangkit dari duduk. Betul juga cakap Redza, ambil angin luar paling kurang boleh kurangkan mabuk lautnya. Damia berjalan keluar dari perut feri diikuti Redza di belakang naik ke atas. Kelihatan beberapa orang manusia turut berada di situ.
Nafas lega dihela panjang. Penghawa dingin di dalam feri buatkan dadanya lemas. Buatkan kepalanya berpusing-pusing! Damia duduk di atas bangku sambil mata memandang laut biru. Rasa mual yang dirasakannya tadi semakin berkurang. Rasanya dia kena duduk di sini sehingga lah feri selamat sampai ke Pulau Redang. Susah betul kalau mabuk laut ni!
Redza yang mengambil tempat di sebelahnya dijeling dengan hujung mata. Lelaki itu diam sambil mata meliar memandang sekeliling. Handsome. Damia berdesis dalam hati apabila wajah Redza dari sisi itu dipandangnya.
"Doktor pun mabuk laut jugak ke?" soal Damia bila dia rasa Redza tak menunjukkan tanda-tanda mahu kembali masuk ke dalam feri. Redza menoleh ke tepi.
"Tak lah."
"Habis tu, kenapa doktor duduk sini?"
"Kenapa? Orang yang mabuk laut aje ke boleh duduk sini?"
"Err... tak. Bukan itu maksud saya." Damia sengih kelat.
"Dekat dalam tu bosan, sejuk pulak tu. Lebih baik duduk dekat sini, boleh ambil angin laut. Tengok permandangan. Tenang je." Balas Redza selepas itu. Damia angguk, bersetuju. Memang betul pun duduk dekat dalam tu bosan. Sejuk pun ya.
Beberapa minit berlalu, masing-masing tak bersuara. Keduanya lebih gemar melayan perasaan sambil memandang sekeliling.
"Kenapa doktor join family trip ni?" soal Damia selepas sepi menyelubungi mereka buat seketika. Tak betah dia duduk diam macam ni. Tambah-tambah dengan doktor kacak ini. Redza menoleh.
"Saya tak boleh join ke family trip ni?" soalan dibalas soalan. Damia menjeling Redza di sebelah. Suka sangat tanya soalan macam tu!
Redza gelak kecil.
"Kak Dahlia ajak sebab dia cakap ada lagi satu kekosongan. Kebetulan, masa tu saya memang perlukan rehat. Kerja non-stop boleh buat kepala saya botak dekat hospital tu." Redza menjawab persoalan Damia.
Hmm... kebetulan?
"Doktor terus setuju lepas kakak saya ajak?" soal Damia. Giliran Redza berkerut dahi lalu dia mengubah posisi duduk menghadap Damia. Wajah penuh persoalan ditayang kepada Damia.
"Look. Kenapa saya rasa awak macam tak suka saya join trip ni eh?" soalan Redza buat mata Damia terkebil-kebil sendiri.
"Err... ma... mana ada. Bila masa saya cakap saya tak suka doktor join trip ni?"
"So, awak suka lah saya join family trip ni?"
"Tak!"
"Mana satu ni? Suka ke tak?"
Damia hilang kosa kata manakala Redza dah sembunyi senyuman. Comel bila Damia menggelabah macam tu. Matanya ralit memandang Damia sambil menongkat kepalanya. Damia berdehem kuat.
"Terpulang lah pada doktor sama ada nak join atau tak family trip ni. Siapa lah saya nak menghalang?" Damia senyum pahit lalu melarikan mata ke arah lain. Terperangkap sendiri dengan balasan demi balasan daripada Redza tadi. Cis!
"Takde lah. Saya rasa awak macam tak suka je saya ikut sekali trip ni." Suara Redza kedengaran berjauhan hati.
"Mana ada. Tak baik doktor tuduh saya benda tak betul,"
"Saya tak tuduh, saya cuma suarakan apa yang saya rasa."
"Doktor boleh baca isi hati saya ke?"
"Tak boleh. Tapi saya tahu lah."
"Macam mana doktor tahu?"
"Saya kan psychiatrist."
Damia ketap bibir. Psycho!
"Dah la, tak payah cakap pasal tu lagi." Damia mengalah! Bila berbalas kata dengan psychiatrist seperti Redza, membuatkan dia kelu lidah. Redza gelak kecil lalu membetulkan duduknya kembali. Sesekali rambutnya yang ditiup angin diperbetulkan.
Damia telan liur. Tolong jangan menggeletis, Damia!
Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro