Chào các bạn! Vì nhiều lý do từ nay Truyen2U chính thức đổi tên là Truyen247.Pro. Mong các bạn tiếp tục ủng hộ truy cập tên miền mới này nhé! Mãi yêu... ♥

Bab 27

"MIA! Kak Lia ada emergency sekarang ni dekat wad, boleh tak Mia tolong ambilkan Jiha dengan Danial dekat sekolah? Abang Khairil meeting. Boleh tak Mia?" baru sahaja panggilan bersambung, Dahlia dah menyatakan asbab dia menghubungi Damia tengahari itu.

"Waalaikumussalam. Boleh, Kak Lia." Damia memerli. Sengaja!

Kedengaran Dahlia gelak malu.

"Hehe. Maaf lah, Kak Lia nak cepat ni. Tolong ambilkan Jiha dengan Danial eh? Lepastu bawak dia orang pergi makan. Barang dapur dekat rumah dah habis, esok baru nak keluar beli."

"Takpe, biar Mia pergi belikan barang dapur alang-alang nak keluar ni."

"Betul ni? Terima kasih, Mia. Nanti claim duit dekat akak."

"Okey, Kak Lia." Talian diputuskan selepas itu. Damia mula menukar pakaian apabila jam sudah hampir menginjak ke angka 1 tengahari.

Kereta kecilnya itu dipandu menuju ke sebuah sekolah rendah yang terletak di tengah-tengah bandar. Najihah yang berumur 5 tahun itu merupakan murid prasekolah manakala Danial berumur 8 tahun. Tiba sahaja di sekolah, Damia menuju ke arah pondok pengawal. Lihat sahaja Najihah, Damia tersenyum. Waktu pulang pelajar prasekolah sememangnya lebih awal dari waktu pulang pelajar yang lain.

"Jiha!" Damia menggamit. Pantas Najihah menggalas beg sekolahnya lalu menghampiri Damia dengan sebatang ais krim di tangan.

"Uchu ambil Jiha dengan abang hari ni?" soal Najihah.

"Haah. Mama dengan abah ada kerja sikit. Abang Danial tak keluar lagi?" Damia menjeling jam tangan yang terlilit di pergelangan tangan kanannya. Lagi lima minit sebelum waktu sekolah tamat.

"Kejap lagi keluar lah." Sambut Najihah sambil menggigit nikmat ais krim di tangan. Tengahari macam ni memang nikmat sangat lah nak pekena ais krim. Lima minit menunggu, loceng sekolah kendengaran menandakan tamat waktu persekolahan. Jeritan murid-murid jelas kedengaran. Damia senyum sendiri, menggamit nostalgia zaman sekolah dulu. Pantang dengar bunyi loceng sekolah memang tiba-tiba bersemangat. Seketika Danial muncul dengan wajah masam mencuka.

"Aik, balik sekolah pun muka masam ni kenapa?" soal Damia. Tangan Najihah dipimpin lalu berjalan keluar melepasi pagar sekolah. Danial yang berjalan mendahului di hadapan mengeluh dulu.

"Cikgu kasi kerja sekolah banyak! Mana Danial larat nak siapkan," sampai di kereta baru lah Danial menjawab. Damia geleng kepala lantas membukakan pintu kereta buat Danial dan Najihah. Danial di hadapan manakala Najihah duduk di belakang.

Enjin kereta dihidupkan. Dengan penuh berhati-hati Damia memulakan pemanduan.

"Biasa lah tu. Cikgu nak kasi Danial pandai, sebab tu dia bagi kerja sekolah banyak." Damia memujuk.

"Tapi banyak sangat lah, Uchu. Kalau kerja sekolah Danial tak siap, nanti dia rotan!"

"Takpe. Malam ni Uchu tolong Danial siapkan homework, okey?"

"Yelah-yelah."

"Okey, sekarang ni Danial dengan Jiha nak makan apa? Uchu tak masak dekat rumah, jadi kita pergi makan dekat luar." Danial dan Najihah sudah menjerit keseronokan. Macam-macam nama makanan yang keluar dari mulut mereka berdua.

"Pizza Hut?" Najihah mencadang.

"Tak nak lah! Tak kenyang! Hmm apa kata kalau kita pergi makan KFC? Kita dah lama tak makan KFC kan adik?" Danial menoleh ke belakang memandang Najihah. Najihah angguk kepala beberapa kali.

"Haah la, Uchu. Apa kata kita pergi makan KFC!"

Damia gelak mendengar perbalahan kecil dua beradik itu. Haih, comel!

"Okey. Kita pergi makan KFC. Lepastu, Danial dengan Jiha kena teman dan tolong Uchu beli barang dapur. Boleh?"

"Untuk Uchu, semua boleh! Kan abang?"

"Haah!"

Damia gelak. Digosok kepala Danial disebelah. Haih, petah betul anak Kak Lia ni. Geram!

*****

TROLI berisi barangan ditolak perlahan oleh Damia. Najihah duduk di dalam troli selepas mengadu dan merengek-rengek penat nak berjalan. Mujur badan kecil, muat juga nak letak dia di dalam troli dengan barang-barang. Danial pula nasib baik behave. Tak banyak meragam sangat walaupun nak dekat satu jam mereka berada di dalam pasaraya ini. Yalah, bak kata Danial 'kuasa ayam KFC' yang mereka makan tadi. Haih, macam-macam akal dia!

"Uchu, lambat lagi ke? Jiha dah mengantuk ni." Najihah yang sudah terlentok di dalam troli merengek kecil.

"Kejap, sikit lagi barang Uchu nak beli. Lepastu kita balik," Damia meletakkan botol kicap dan sos ke dalam troli. Sempat diusap rambut Najihah.

"Okey." Mungkin sebab dah mengantuk, jadi Najihah dah malas nak bercakap banyak macam tadi. Mata pun dah kuyu. Alahai, kesiannya anak saudara Uchu!

"Danial okey lagi tak ni? Dah penat berjalan?" Damia menyoal.

"Okey je, Uchu. Danial kan kuat,"

"Yelah tu." Damia kembali menolak troli, sambil Danial berjalan di sebelah. Jemarinya memegang badan troli, takut nanti dia kehilangan jejak pulak. Dah lah pasaraya ni besar, kalau hilang jadi satu masalah!

Beberapa minit kemudian, barangan dapur yang diperlukan semua dah lengkap. Settle! Tergelak kecil Damia tengok Najihah yang dah terlena di dalam troli. Mulut kecil itu ternganga sikit. Nampak macam penat sangat!

"Damia?" langkah Damia mati. Terus dia menoleh mencari tuan punya suara yang memanggilnya. Melihatkan perempuan tinggi lampai dan cukup dikenalinya itu, membuatkan Damia rasa menyesal sebab berhenti. Rasa nak putarkan masa balik supaya dia dapat pekakkan telinga.

"Betul lah. I ingat I salah orang tadi." Jasmin senyum nipis. Matanya melirik ke dalam troli. Menjeling barang-barang yang dibeli Damia. Tersenyum dia memandang kanak-kanak comel yang terlena di dalam troli. Comel!

"Saya nak cepat. Ada apa-apa hal ke awak panggil saya?" soal Damia. Jasmin senyum lagi.

"Tak, I saja je nak tegur you. Beli barang dapur ke?"

Damia juling mata ke atas. Dah terang lagi bersuluh kan dia berada dalam pasaraya sambil tolak troli yang penuh dengan barang. Takkan dia datang sini nak memancing pulak? Damia hela nafas panjang.

"Haah."

"Oh. Siapa dua orang budak comel ni?"

"Anak saudara."

"Oh I see. Anak saudara Abang Ziyyad, ops! I mean... bekas anak saudara Abang Ziyyad."

Damia hembus nafas. Dia tak tahu apa motif sebenar Jasmin datang tegur dia, lepastu sebut-sebut nama Ziyyad. Dia ni pun nak macam spesis Ziyyad jugak ke? Kerja nak sakitkan hati orang je.

"Excuse me. Saya pergi dulu," Damia tolak troli sebelum Jasmin pantas menahan. Damia jeling.

"Wait, Damia. Okey, I minta maaf kalau I dah tersalah cakap. Sorry okey?"

Damia diam. Dipandang Jasmin yang sedang menggeledah tas tangannya mencari sesuatu sebelum dia mengeluarkan satu sampul putih. Dahi Damia berlapis bila Jasmin hulur sampul surat itu kearahnya.

"Ambik lah. Wedding invitation dari I," gesa Jasmin. Damia menyambut lambat-lambat. Wedding invitation?

"Itu kad kahwin I dengan Abang Ziyyad. Insya-Allah kita orang nikah bulan depan. Jemput lah datang." Sambung Jasmin lagi. Damia yang tadinya baru sahaja mahu mengeluarkan kad dari dalam sampul putih itu segera terhenti. Tak jadi nak keluarkan kad kahwin itu bila tahu ianya adalah kad jemputan perkahwinan Jasmin dan Ziyyad.

Damia hela nafas panjang lalu dimasukkan sampul putih itu ke dalam beg tangannya. Dia belum ada mood nak belek kad kenduri itu lagi.

"Tahniah. Semoga berbahagia."

Di atas penderitaan orang lain. Namun kata-kata itu cuma mampu disambung di dalam hati. Tidak terluah melalui lisan.

"Terima kasih. You pun, semoga berbahagia. I yakin, ada lelaki lain untuk you dekat luar sana. Terima kasih sebab sudi jagakan Abang Ziyyad selama ni. You're such a good wifey back then." Tutur Jasmin, senang. Damia gigit bibir bawah. Tak tahu nak rasa apa sekarang ni. Marah? Sedih? Kecewa? Gembira?

Tapi yang dia tahu sekarang ni... kalau mereka berdua bukan di tempat awam sudah ditariknya rambut Jasmin lalu dihantuk dahi perempuan itu ke dinding. Biar pecah berdarah-darah. Ya, mungkin kedengaran agak kebudak-budakan namun itu lah apa yang dia rasa nak buat sekarang ni!

Damia tarik nafas lalu dihela panjang. Sabar, Damia.

"Terima kasih atas jemputan. Saya pergi dulu." Terus Damia menolak troli meninggalkan Jasmin yang masih tersenyum nipis. Sesungguhnya dia tak punya kesabaran yang tinggi bila berhadapan dengan Jasmin. Jasmin, perempuan yang dah merampas 'kebahagiaan' nya dulu. Jasmin, orang ketiga dalam perkahwinannya dulu.

"Uchu? Uchu okey?" Damia tersentak. Terus dia menunduk memandang Danial. Senyuman cuba dilorek sebaik mungkin.

"Okey. Kenapa Danial tanya?"

"Mak cik tadi tu macam orang jahat je. Dah lah rambut warna coklat," kata-kata yang keluar dari mulut Danial membuatkan Damia rasa nak gelak berdekah. Mak cik jahat? Hahahaha! Betul lah tu. Mak cik jahat.

"Takde lah. Mana ada jahat," balas Damia.

"Yeke? Tapi tadi kenapa dia sebut nama uncle Ziyyad?"

"Err sebab dia kawan uncle Ziyyad."

"Oh! Kawan uncle Ziyyad rupanya..."

Lepastu Danial dah tak tanya apa-apa lagi. Damia hela nafas berat. Dalam banyak-banyak pasaraya dalam dunia ni, kenapa lah takdir selalu menemukan mereka di dalam pasaraya yang sama? Dulu, ketika dia masih bergelar isteri Ziyyad. Kantoi Ziyyad dan Jasmin membeli barang bersama di pasaraya. Huh! Sudah lah, Mia. Semuanya bersebab. Tenang, sabar. Tarik nafas... hembus!

*****

BEBERAPA jenis lauk pauk yang sudah siap dimasak disusun di atas meja. Berulang alik Damia dari ruang dapur ke ruang makan. Dahlia yang baru sahaja usai solat maghrib menghampiri adiknya itu.

"Mimpi apa Mia hari ni sampai volunteer nak masakkan makan malam?" Dahlia pandang Damia. Ikutkan malam ni dia mahu makan di luar sahaja memandangkan dia tak sempat nak masak. Tapi, adiknya ini tiba-tiba sahaja angkat tangan mahu masakkan makan malam. Tak perlu lah mereka keluar makan di luar.

Damia sengih.

"Saja. Nak asah skill memasak Mia balik."

"Yeke? Okey, alasan diterima."

"Abang Khairil tak balik ke?"

"Balik, tapi..."

"Assalamualaikum!"

Suara laungan Khairil memberi salam mematahkan separuh ayat Dahlia.

"Tu dah balik. Panjang umur!" Dahlia meninggalkan ruang dapur seraya mendapatkan suaminya itu di ruang tamu. Damia betulkan tudung sarung di kepala. Dia masih ingat batas aurat dia dan Khairil, abang iparnya. Cuma malam itu sahaja, rambutnya terdedah. Bukan setakat Khairil nampak, Redza pun dapat tengok free!

Damia pejam mata sambil gigit bibir bawah. Dia tak mahu pun benda tu berlaku! Ya Allah, maafkan aku.

"Mia? Kenapa ni? Sakit kepala ke?" teguran Dahlia buat Damia segera kembali mencelikkan mata.

"Eh, tak. Mia okey. Nak makan sekarang ke?" Damia menukar perbualan.

"Haah. Abang Khairil suruh makan dulu. Kejap, Kak Lia panggil Jiha dengan Danial." Dahlia pamit sebentar. Damia pandang belakang tubuh Dahlia yang kemudiannya menghilang di sebalik dinding.

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro