Chào các bạn! Vì nhiều lý do từ nay Truyen2U chính thức đổi tên là Truyen247.Pro. Mong các bạn tiếp tục ủng hộ truy cập tên miền mới này nhé! Mãi yêu... ♥

Bab 25

DAMIA hela nafas lega. Akhirnya! Urusan penceraiannya dengan Ziyyad sudah selesai. Dia dan Ziyyad sudah tidak ada apa-apa hubungan selepas Ziyyad sendiri yang jatuhkan talak. Kawan? Mungkin tidak. Dia tak akan sesekali mengakui kewujudan Ziyyad dalam hidupnya. Rasa kecewanya buat Ziyyad tak berkurang sedikit pun.

"Ehem!"

Damia yang baru sahaja masuk ke dalam kereta tersentak. Wajah didongak memandang empunya suara yang menegurnya. Lihat sahaja Ziyyad yang berdiri di sisi keretanya membuatkan Damia merengus perlahan. Terus dia kembali keluar daripada kereta, menghadap Ziyyad yang ketika itu bersongkok hitam.

"Nak apa lagi? Ada apa-apa yang kau nak tuntut dari aku ke?" soal Damia. Dipandang Ziyyad yang sedang merenungnya. Wajah lelaki itu nampak cengkung. Jambang yang tumbuh meliar di wajah Ziyyad membuatkan Damia rimas. Eh shave hilang ke sampai tak rasa nak cukur segala benda dekat muka tu? Rasa nak dicukur aje jambang tu biar bersih sikit muka! Rimas.

"Dah semakin agresif kau eh sekarang ni?" Ziyyad menyindir. Agak terkejut juga bila Damia berkata seperti itu kepadanya. Sungguh, dia ingatkan Damia akan hadir di mahkamah dengan riak wajah sedih dan pilu seperti apa yang difikirkan. Namun sangkaannya meleset sama sekali. Damia hadir siap dengan senyuman lagi. Langsung tak terbias kesedihan di wajah bersih itu. Dan sekarang, Damia sudah pandai menggunakan bahasa kasar dengannya. Satu perubahan yang mengejutkan!

"Agresif? Tak, aku tak rasa aku agresif sekarang ni. Dah memang ini diri aku yang sekarang," balas Damia, mencebikkan sedikit bibirnya. Ziyyad pandang Damia, lama. Ya, Damia bukan perempuan penuh santun seperti dulu.

Damia menjeling Ziyyad yang langsung tak buka suara selepas itu. Pandangan tajam Ziyyad padanya buat Damia rasa rimas. Rasa menyampah dan menakutkan. Nafas ditarik dan dihela panjang.

"Kau nak apa dari aku sekarang ni, Ziyyad? Cakap cepat apa yang kau nak cakap. Aku ada hal yang lagi penting dari nak melayan kau." Sambung Damia lagi bila Ziyyad cuma membisu. Kedengaran helaan nafas Ziyyad.

"Kau happy dengan penceraian kita ni?"

Soalan Ziyyad buat Damia rasa nak gelak berdekah. Rasa nak berguling-guling atas jalan sekarang ni. Terus wajah Ziyyad dipandang.

"Soalan bodoh apa yang kau tanya sekarang ni, Ziyyad? Mesti lah aku happy. Happy sangat-sangat sampai rasa aku ni perempuan paling bahagia sekarang ni." Damia gelak kecil. Rasa nak menyanyi lagu 'Wanita Terbahagia' daripada Bunga Cinta Lestari. Nak berjoget sikit depan Ziyyad! Muka Ziyyad berubah. Rasa nak marah sekarang ni. Tapi tak tahu nak marahkan siapa. Marahkan Damia? Atau marahkan diri sendiri? Entah.

"Sudah lah, Ziyyad. Kalau kau takde apa-apa lagi nak cakap, aku nak balik." Damia berura-ura mahu masuk ke dalam kereta sebelum Ziyyad menahan. Berlapis-lapis dahi Damia melihat Ziyyad sekarang ni.

Apa yang Ziyyad nak sebenarnya dari dia ni?

"Kau nak pergi jumpa jantan tu kan?" Tajam mata Ziyyad memanah ke arahnya. Damia ketap bibir bawah.

"Apa yang kau tengah merepek ni? Dengan siapa pun aku nak jumpa, takde kaitan dengan kau. Kau takde hak nak halang aku untuk jumpa dengan sesiapa pun. Antara kita dah takde apa-apa hubungan lagi. Kau lupa ke?" balas Damia,geram.

Ziyyad diam. Yang kedengaran cuma deruan nafas lelaki itu yang turun naik menahan rasa. Damia cuba mengawal rasa. Kalau ikutkan, memang dah dimaki Ziyyad berbakul-bakul sebab dah menganggu dia.

"Lepas je kau jatuhkan talak atas aku, bermaksud kau bukan sesiapa dalam hidup aku. Aku dah tak kenal kau siapa. Jadi tolong, jangan kacau aku lepas ni. Jangan pernah muncul depan aku lagi. Assalamualaikum," Damia tolak sedikit tubuh Ziyyad yang menghalang laluannya. Pintu kereta ditutup sedikit kasar sebelum dia lekas-lekas memasukkan gear meninggalkan perkarangan mahkamah syariah. Sempat dijeling Ziyyad melalui cermin pandang belakang dengan hati yang sebal. Sungguh dia berharap dia tak akan jumpa lagi Ziyyad selepas ini.

*****

DARI luar rumah lagi sudah kedengaran suara riuh rendah orang bersembang dan kanak-kanak. Damia melangkah masuk dan menyalami beberapa orang tetamu yang hadir di majlis ulang tahun kelahiran Najihah petang itu.

Damia merapati Dahlia yang kelihatan agak sibuk menyusun juadah di atas meja. Ke hulu ke hilir.

"Ada apa-apa yang Mia boleh tolong tak?" soal Damia sambil mata dah meliar memandang dereten juadah yang tersedia. Masya-Allah, bikin terliur!

"Takde. Semua dah settle, cuma tunggu Abang Khairil je. Dia pergi ambil kek dekat kedai." Jawab Dahlia, memandang Damia di sebelah. Damia angguk faham.

"Okey."

"Urusan Mia dah settle? Maaf lah, Kak Lia tak dapat nak temankan Mia." Giliran Dahlia menyoal. Damia sengih sambil memeluk seketika bahu kakaknya itu.

"Alhamdulillah, settle! Ala, Mia tak kesah pun pergi sorang. Mia faham Kak Lia sibuk masak untuk birthday party Jiha. So, chill!"

"Yelah."

Damia kemudian berlalu mendapatkan Najihah, anak saudaranya yang sedang duduk bersama rakan-rakan sebayanya. Comel sekali anak dara genit Dahlia itu dengan gaun labuh berwarna pink ala-ala princess! Di atas kepalanya juga terletak elok crown comel.

"Happy birthday sayang Uchu!" Damia duduk melutut di hadapan Najihah, menyamai ketinggian anak saudaranya itu. Najihah tersengih, menampakkan barisan giginya yang hanya ada beberapa batang. Tu lah, banyak sangat makan coklat!

"Terima kasih Uchu. Hadiah Jiha mana?"

Damia tayang muka bersalah.

"Ala, Uchu minta maaf sayang. Uchu terlupa nak belikan Jiha hadiah! Sorry..."

"Kalau Uchu tak kasi Jiha hadiah, maknanya Uchu tak boleh makan kek hari jadi Jiha."

"Eh kenapa pulak?"

"Mama cakap kalau Uchu tak kasi hadiah, Uchu tak boleh makan kek."

Terus Damia lipat maut memandang Dahlia yang kebetulan berdiri tidak jauh dari situ. Dahlia sengih badut. Mata dipincingkan memandang ke arah Dahlia.

"Sorry." Dahlia sengih. Cis!

"Alah, tak kesian dekat Uchu ke? Uchu dah lama tak makan kek hari jadi Jiha." Damia bersuara lirih. Muka dimemek sedih. Sengaja.

"Kesian."

"Habis tu? Kasi la Uchu makan kek."

"Boleh. Tapi dengan satu syarat!" Najihah naikkan jari telunjuknya yang comel. Damia kerut dahi. Syarat? Pulak dah!

"Apa syaratnya?"

"Uchu kena kongsi kek dengan uncle Redza!"

Damia terngadah. What?! Terus Damia menoleh mencari Dahlia. Ni mesti kerja Dahlia ni menghasut Najihah.

"Stop. Kalau yang tu, akak tak cakap apa-apa pun dekat Jiha. Bukan akak yang hasut dia pasal syarat tu," awal-awal lagi Dahlia memberi penjelasan sebelum Damia bukak mulut. Damia merengus sebelum kembali memandang Najihah.

"Kenapa Jiha suruh Uchu kongsi kek dengan uncle Redza ni? Mana boleh,"

"Sebab... Jiha suka tengok Uchu dengan uncle Redza. Mama pun suka, kan mama?"

Damia dan Najihah sama-sama menoleh memandang Dahlia. Lihat sengihan Dahlia buat Damia rasa nak bukak gelanggang gusti dengan kakaknya itu. Si kecil Najihah ni, memang akal panjang. Pandai budaknya. Tapi, kalau dah sampai pandai mengaitkan dia dengan Redza, ini mesti kerja Dahlia ni. Najihah mana pandai nak ber-match maker macam ni! Budak lagi kut.

"Dah, jangan nak merepek lah. Uchu tak nak dengar. Haih, Uchu beli lah hadiah untuk Jiha. Takkan lah Uchu lupa nak beli," Damia tarik pipi labuh Najihah. Pipi tu buat orang rasa nak kunyah-kunyah.

"Mana? Mana?" Bersinar-sinar mata Najihah.

"Kejap lagi lah, lepas makan kek baru Uchu kasi."

"Okey!"

Damia berdiri lalu menghampiri Dahlia, meninggalkan Najihah kembali dengan rakan-rakannya.

"Kak Lia, mana Abang Khairil ni? Lamanya pergi ambil kek," soal Damia. Belum sempat Dahlia menjawab, suara Khairil memberi salam kedengaran. Panjang umur! Langsung Damia menoleh ke arah muka pintu. Membulat mata Damia memandang lelaki yang sedang memegang kotak kek tersebut.

"Uncle Redza!" suara nyaring Najihah kedengaran. Damia pandang Dahlia.

"Kak Lia jemput Doktor Redza datang sekali ke?" Damia menyoal perlahan.

"Haah. Takkan lah akak tak nak jemput dia datang," balas Dahlia lalu bergerak menghampiri Redza. Kotak kek yang tadinya dipegang Redza bertukar tangan. Najihah pula bukan main seronok.

Seronok sebab kek dah sampai atau seronok sebab uncle Redza dia datang? Oh Tuhan! Damia rasa nak migrain.

"Mia, tolong akak kejap." Teguran Dahlia menyentakkan Damia.

"Hah? Err okey."

***

Lamanya tak update. sorry 🙏

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro