Chào các bạn! Vì nhiều lý do từ nay Truyen2U chính thức đổi tên là Truyen247.Pro. Mong các bạn tiếp tục ủng hộ truy cập tên miền mới này nhé! Mãi yêu... ♥

Bab 22

DAMIA menyandar selesa tubuhnya pada kepala katil sambil matanya terhala ke arah tingkap yang sedikit terbuka. Sudah dua hari dia ditahan di hospital atas sebab-sebab yang tertentu. Dia pun tak tahu dapat keluar bila. Hendak ditanya, tapi malas. Malas nak ambil tahu apa-apa selepas dia kehilangan bayinya. Perlahan-lahan, Damia mengusap perut kempisnya. Masih tidak percaya bahawa dia keguguran.

Rasa macam baru semalam dia mendapat khabar gembira bahawa dia mengandung. Rasa sekejap sangat Allah tumpangkan nyawa di dalam rahimnya.

Bunyi pintu ditolak dari luar langsung tidak membuatkan Damia mengalihkan pandangan. Beberapa jam yang lepas, Puan Anisah datang menjenguk. Sebak dadanya bila emaknya itu menangis kerananya. Masih terasa pelukan hangat Puan Anisah dan kata-kata semangat wanita itu untuknya. Mengingatkan emaknya, kolam mata Damia terasa panas. Ada air mata yang mula bertakung di situ. Damia gigit bibir bawah. Bukan niatnya mahu membuatkan emaknya itu menangis kerananya! Dia benci.

"Patutlah menyepi. Dekat sini kau rupanya."

Damia tersentak. Pantas dia menoleh memandang empunya suara yang datang menjenguk dan menegurnya. Menggigil bibir Damia memandang Ziyyad. Lelaki itu berdiri memandangnya tepat sambil memasukkan kedua-dua belah tangannya ke dalam kocek seluar.

"Ziyyad..." Damia memanggil perlahan. Setitis air matanya yang keluar membuatkan dia cepat-cepat mengesatnya. Dia tak mahu Ziyyad lihat dia menangis walaupun sudah setitis air matanya tumpah di hadapan lelaki itu.

Rahang Ziyyad bergerak-gerak. Dia tak tahu kenapa dia boleh sampai ke sini untuk menjenguk Damia alias bekas isterinya itu. Atas dasar kesian? Atau tanggungjawab? Atau rasa bersalah? Atau..

Sekadar mahu menyakitkan hati?

"Aku dengar kau keguguran. Betul ke? Tapi bila tengok kau atas katil macam ni, maknanya betul lah. Kau keguguran," Lancang ayat-ayat yang keluar dari mulut Ziyyad. Langsung tak rasa bersalah sedikit pun walaupun anak yang pernah dikandung Damia itu merupakan benihnya sendiri. Entah lah. Dia tak punya rasa kesian buat wanita yang pernah menghuni ruang hatinya itu. Sudah hilang rasa kasihan dan sayangnya buat Damia.

Damia genggam selimut yang menutup separuh kakinya itu. Terasa sakit sangat hati bila Ziyyad mengeluarkan kata-kata itu.

"Kenapa awak datang sini?" Damia menyoal tanpa nada. Wajah Ziyyad tidak dipandangnya.

"Entah. Mungkin sebab aku rasa macam perlu untuk aku datang jenguk kau. Kang nanti ada orang kata aku tak pedulikan kau. Gugur, tapi bekas suami tak datang tunjuk muka. Aku ni takde la kejam sangat nak tengok kau sedih sorang-sorang." Jawab Ziyyad, gelak sinis. Damia ketap bibir.

"Awak tak datang pun, takde orang kesah. Pergi balik lah, antara kita dah takde apa-apa." Meskipun perit, itu lah hakikat yang harus ditelannya. Dia dan Ziyyad sudah tiada apa-apa ikatan lagi. Anak yang menjadi bukti hubungan yang pernah terjalin di antara mereka berdua juga sudah tiada.

Kedengaran suara gelak sinis Ziyyad.

"Well.. memang tepat keputusan aku ceraikan kau. Memang betul apa yang mama cakap, kau bukan perempuan baik pun. Buktinya, lepas je aku ceraikan kau.. kau gugur. Nampak sangat kau sengaja gugurkan anak tu. Kenapa? Takut sangat nanti anak tu tak berbapa?" Pedas! Pedih balasan lelaki itu membuatkan seluruh tubuh Damia menggigil. Damia menjeling Ziyyad.

"Jaga sikit mulut kau tu, Ziyyad!" Sudah tiada lagi awak-saya di bibir Damia. Rasa geram dan bencinya buat Ziyyad kini semakin menggunung. Ziyyad tayang muka tak berperasaan. Masih bergayutan senyuman sinis di bibirnya.

"Bukan aku sengaja gugurkan kandungan ni. Kalau diingatkan balik, siapa yang menjadi punca aku hilang anak aku kalau bukan kau dengan mak kau? Kalau mak kau tak tolak aku, mesti aku takkan jatuh dan gugur. Kalau kau tak endahkan aku waktu tu dan bawa aku ke hospital, mungkin anak aku boleh diselamatkan. Jadi, salah siapa? Atau aku patut cakap kau dengan mak kau.. pembunuh?"

Berdesing telinga Ziyyad mendengarnya. Senyuman sinis yang terbentuk di bibirnya tadi sirna diganti pula dengan wajah yang penuh amarah.

"Kau jangan nak menuduh sesuka hati kau eh, perempuan?" Ziyyad ketap bibir. Jari telunjuk diangkat dan ditunding ke arah Damia.

"Tuduh? Siapa tuduh siapa dulu sekarang ni? Hah?" Giliran Damia gelak sinis. Puas hatinya bila lihat wajah Ziyyad. Rahang lelaki itu bergerak-gerak. Nafas lelaki itu turun naik memandangnya sekarang.

"Dengar sini Ziyyad, ikutkan bila-bila masa je aku boleh buat laporan polis dan dakwa kau atas keguguran anak aku. Kau dengan mak kau pembunuh! Pembunuh!"

"Diam!"

Damia dan Ziyyad berbalas pandangan. Masing-masing menzahirkan rasa benci melalui mata. Seketika tiada suara di antara mereka berdua.

"Kenapa? Kau takut kalau aku buat laporan polis?" Damia bersuara. Masih mahu mencabar kesabaran Ziyyad sekarang ini.

"Kau ingat aku takut ke kalau kau buat laporan polis? Kau ada bukti ke nak tuduh aku dan mak aku cuba cederakan kau? Kalau kau takde bukti, baik kau lupakan je niat kau tu perempuan murahan," Balas Ziyyad, juga tidak mahu beralah. Dia masih mahu menyakitkan hati Damia.

Damia pejam mata erat-erat. Cuba mengusir rasa marah yang kian memuncak. Sabar, tenang Damia. Jangan ikutkan hawa nafsu syaitan. Allah.. Allah.

"Kau pergi balik, Ziyyad. Aku tak nak tengok muka kau. Aku benci!" Tanpa memandang Ziyyad, Damia bersuara perlahan.

"Memang aku nak balik pun. Kau tak payah halau aku lah! Semak!" Sempat Ziyyad menendang kaki katil sebelum dia melangkah keluar dari wad itu. Belum sempat dia menarik pemegang pintu, Damia bersuara menyapa gegendang telinganya.

"Terima kasih sebab dah ceraikan aku. Terima kasih banyak-banyak kerana berpisah dengan kau merupakan satu rahmat besar buat aku." Tutur Damia. Ziyyad mengetap bibir sebelum melangkah keluar meninggalkan wad tersebut. Saat bunyi pintu ditutup, air mata Damia mengalir keluar. Tubuhnya terhinjut-hinjut menangis. Esakannya pecah di dalam bilik sederhana besar itu.

*****

DAHLIA yang sedang kehulu kehilir mengemas barangnya itu dipandang. Hari ini dia dibenarkan untuk pulang selepas dua hari ditahan di hospital. Damia duduk di birai katil sambil meramas-ramas jemarinya sendiri.

"Tadi Ziyyad datang."

Ayat yang keluar dari mulut Damia membuatkan segala perbuatan Dahlia terhenti. Dahlia kaku sebelum laju dia menapak menghampiri Damia. Wajah Dahlia benar-benar jelas menagih jawapan dan penjelasan.

Damia tarik nafas dalam-dalam.

"Dia datang seorang je tadi." Sambung Damia.

"Dia buat apa datang sini? Dia ada cakap apa-apa tak dekat Mia?" Soal Dahlia, risau. Risau kalau Ziyyad cuba menganggu fikiran Damia yang masih belum stabil selepas keguguran. Risau kalau Damia semakin stress.

"Dia.. dia datang lawat Mia. Dia kata dia dengar yang Mia keguguran sebab tu dia datang melawat." Jawab Damia. Dahlia ambil tempat di sebelah Damia.

"Dia ada cakap apa-apa tak?"

Damia diam. Tak tahu nak balas apa. Sesungguhnya setiap apa yang dituturkan Ziyyad kepadanya tadi, satu pun tak sedap didengar. Hanya sakit hati yang dapat bila setiap bait patah perkataan pedas keluar dari mulut Ziyyad.

"Kenapa Mia diam? Mesti dia ada sakitkan hati Mia kan? Dia cakap apa je dekat Mia? Meh sini akak nak pergi serang dia sekarang jugak." Dahlia sudah mahu marah-marah. Angin monsun dia dah mula datang bila Damia sebut nama Ziyyad tadi.

Damia tarik nafas lalu dipandang wajah marah Dahlia. Dia gelak sikit.

"Kak Lia jangan risau lah. Mia okey je."

"Jangan cuba nak tipu akak la, Mia."

"Betul... Mia okey. Mia boleh kawal diri Mia. Mia okey!" Tekan Damia. Dia tak mahu sakitkan lagi kepala Dahlia dengan masalahnya dengan Ziyyad. Biarlah dia sendiri yang tanggung.

Lagipun, salahnya sendiri sebab berkahwin dengan Ziyyad di saat ahli keluarganya membantah. Dia memperjuangkan cinta yang kononnya abadi itu tanpa mempedulikan setiap nasihat yang diberikan oleh kakak dan emaknya. Sekarang, ini lah makannya. Balasannya mungkin. Damia gelak perlahan, mentertawakan diri sendiri yang begitu bodoh memperjudikan masa depan diri sendiri dengan sebuah perkahwinan tanpa restu. Ya, padan muka kau Nureen Damia.

"Mia.. Boleh tak jangan pendam benda tu sorang-sorang. Mia kena ingat, Mia ada akak. Sikit pun akak tak rasa Mia bawa beban pada akak. Jadi tolong, jangan belakangkan akak. Jangan rahsiakan apa-apa benda dari akak." Dahlia mengusap perlahan lengan Damia. Damia tersenyum dan tanpa sedar ada air mata yang menitis jatuh.

"Kak Lia... Mia terharu sangat. Terima kasih," Tubuh Dahlia dipeluk erat. Dahlia angguk kepala, menepuk belakang tubuh Damia lagak anak kecil.

"Damia seorang je adik akak." Tutur Dahlia. Dalam hati dia bertekad, jika Damia sakit lagi kerana Ziyyad dia tak teragak-agak mahu bertemu empat mata dengan lelaki itu. Dia mahu buat perhitungan dengan bekas adik iparnya itu.

Ya, memang benar adiknya itu lembut dan polos. Tapi bukan dia, Ainul Dahlia.

*****

TERKEJUT Damia bila Redza tiba-tiba muncul di hadapannya dan Dahlia. Senyuman yang tersungging di bibir Redza tak mampu dibalas. Terasa kekok tiba-tiba.

"Dah siap? Jom lah." Ajak Redza.

"Dah, jom." Balasan Dahlia membuatkan dahi Damia berlapis-lapis. Eh kejap, jom nak pergi mana ni? Bukan ke sekarang ni mereka tengah tunggu suami Dahlia alias abang iparnya datang menjemput mereka?

Dahlia pandang Damia yang jelas menayang wajah penuh tanda tanya.

"Mia okey tak ni?" Soal Dahlia.

"Err.. jom nak pergi mana?" Terlepas soalan itu dari mulut kecil Damia. Dahlia dan Redza berpandangan sebelum keduanya melepaskan tawa kecil. Rasa comel pula bila Damia buat muka innocent macam tu.

"Doktor Redza akan hantarkan kita balik. Abang Khairil tak dapat nak datang jemput sebab ada hal penting." Jelas Dahlia menjawab persoalan yang bermain di minda Damia sedari tadi. Perlahan-lahan Damia mengangguk faham.

Heh, itu lah kau Damia. Malas lagi bertanya!

"Jom lah, mak dah tunggu dekat rumah tu." Gesa Dahlia, memimpin Damia perlahan-lahan. Redza memasukkan beberapa buah beg ke dalam bonet belakang Mazda miliknya. Kemudian, dia membukakan pintu penumpang belakang buat Damia. Damia senyum segan. Rasa macam princess pulak orang bukakan pintu bagai.

"Terima kasih."

"Sama-sama,"

Redza menutup pintu kereta sebelum bergerak ke bahagian pemandu. Dahlia pula awal-awal dah ambil tempat dihadapan bersebelahan Redza. Kalau dia duduk di belakang dengan Damia, rasa macam Redza driver grab atau uber la pulak. Sudah la mereka berdua cuma menumpang kereta doktor kacak itu.

Oh ya, Redza sendiri yang volunteer mahu menghantar mereka pulang apabila Dahlia mengatakan bahawa mereka akan pulang menaiki teksi ataupun uber. Kata Redza, lebih selamat kalau dia sendiri yang hantar sampai ke rumah. Gittew! Mengingatkan perkara itu, Dahlia menjeling Redza yang mula memandu di sebelah. Satu senyuman terbit di bibirnya.

Sudah terang lagi bersuluh, Redza ada hati dengan adiknya! Firasatnya memang tak salah.

Redza memandu tenang membelah jalan raya yang agak sesak dengan kenderaan. Sesekali bibirnya terkumat-kamit mengikut lirik lagu yang diputarkan melalui corong radio. Dan Damia, kadang-kadang menjeling Redza melalui cermin pandang belakang. Entah, rasa macam ada satu tarikan yang menyuruhnya untuk memandang ke situ. Puas dipaksa matanya untuk tidak memandang, tapi gagal. Mata sendiri mengkhianati tuan!

Dup!

Saat matanya bertemu dengan mata Redza yang kebetulan turut memandang cermin pandang belakang, nafas Damia seakan-akan tersekat. Lemas! Lantas dia mengalihkan pandangan sambil meramas-ramas jari jemarinya sendiri. Bibir bawah diketap.

Redza yang menyedari tindak tanduk Damia yang cuba mencuri pandangnya tersenyum dalam diam. Geli hati dan terselit juga rasa bahagia. Bahagia? Redza berdehem perlahan sambil sesekali matanya kembali menjeling Damia di belakang melalui cermin pandang belakang. Aip, Doktor Firhan Redza! Behave!

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro