Bab 10
Bab ni flashback balik 20 tahun yang lepas :)
KERETA keluaran Proton yang dipandu Encik Mazlan diekorinya menaiki sebuah teksi. Hari ini dia bertekad untuk berempat mata dengan perempuan yang bernama Anisah itu. Perempuan yang membuatkan suaminya tidak lekat di rumah!
Hampir setengah jam, teksi yang dinaiki Puan Rafidah berhenti di hadapan sebuah rumah kayu. Kelihatan kereta Encik Mazlan terpakir di bawah pokok rambutan. Siap membayar tambang, Puan Rafidah melangkah keluar. Terjengket-jengket dia menghampiri tangga kayu. Sayup-sayup kedengaran suara suaminya itu berbual dengan seorang wanita.
"Segan aku macam ni. Tak perlu lah kau datang kerap sangat ke sini, Mazlan." Suara wanita bernama Anisah itu menyapa pendengaran Puan Rafidah.
"Aku dah anggap kau dengan anak-anak kau macam keluarga aku sendiri, Nisah. Lagipun, arwah Zainol banyak bantu aku. Jasa dia terlalu banyak, sehingga aku tak mampu balas. Izinkan aku jaga kau dengan anak-anak kau, Nisah." Balas Encik Mazlan. Puan Anisah mengeluh lemah.
"Kau tak perlu risaukan kami, Mazlan. Aku pun ada keluarga yang boleh tengok-tengokkan aku dan anak-anak aku. Lagipun, tak manis rasanya kau kerap sangat datang sini. Nanti apa pula keluarga aku cakap, jiran-jiran aku fikir. Tak apalah, Mazlan... Aku baik-baik saja. Aku kuat sebab anak aku lepas Zainol meninggal." Luah Puan Anisah. Mujur edahnya sudah habis setelah dia melahirkan Nureen Damia. Kalau tidak, pasti dia menanggung dosa bila Encik Mazlan asyik melawatnya jika dia punya edah. Sayu hatinya bila mengenangkan suaminya meninggal ketika kandungannya sedang sarat. Kesian Nureen Damia tidak dapat menatap wajah si bapa.
"Kalau kau cakap macam tu, tak apa lah Nisah. Dah itu pilihan kau, aku ikutkan saja." Keluh Encik Mazlan. Kata-kata Puan Anisah ada betulnya juga.
"Terima kasih ya, Mazlan. Sebab kau prihatin dengan anak-anak aku. Untung Zainol ada kawan sebaik kau."
"Aku yang beruntung ada kawan macam dia, Nisah. Dia terlalu baik sampai akhir hayatnya."
Puan Anisah senyum segaris. Dia mengesat hujung matanya dengan jari bila teringatkan arwah suaminya.
Abang, baiknya budimu ketika hidup. Tengok lah, masih ada yang mengungkit kebaikan abang walaupun abang dah tak ada di dunia ini. Ya Allah, terima kasih kerana kau pinjamkan seorang lelaki sebaik dia kepada aku.
"Abang!"
Puan Anisah dan Encik Mazlan tersentak. Terus mereka berdua melemparkan pandangan ke arah muka pintu. Berdiri Puan Rafidah di situ sambil bercekak pinggang. Wajah perempuan itu pula bengis.
"Rafidah?" Terbangun Encik Mazlan dari duduk. Lantas dia menghampiri isterinya.
"Macam mana awak boleh ada dekat sini?" Soal Encik Mazlan.
"Kenapa? Takut sebab saya dah sampai sini?" Soalan dibalas soalan. Mata memandang tajam ke arah seorang perempuan bertudung dan berkain batik. Stoking yang tersarung di kaki wanita itu jelas menunjukkan bahawa wanita itu masih dalam pantang. Encik Mazlan memandang Puan Anisah yang masih duduk di atas kerusi rotan.
"Jom balik, Fidah."
"Balik? Sebelum balik biar saya bercakap dengan perempuan tu dulu." Memuncung mulut Puan Rafidah ke arah Puan Anisah. Encik Mazlan sudah tak tentu arah. Ini yang dia risaukan. Isterinya itu akan menyerang isteri arwah kawan baiknya.
"Sudah lah. Tak ada benda yang awak perlu cakapkan."
"Ada. Siapa kata saya tak ada benda nak dicakapkan? Ke tepi!" Puan Rafidah menolak tubuh Encik Mazlan ke tepi lantas dia menghampiri Puan Anisah di ruang tamu. Segera Puan Anisah berdiri apabila Puan Rafidah tegak dihadapannya. Segaris senyuman dihulurkan buat Puan Rafidah lalu dia menghulurkan tangan.
"Tak perlu nak salam-salam. Aku datang bukan nak salam tangan kau." Kasar nada suara Puan Rafidah.
"Err ada apa ya Rafidah?"
"Eh dengar sini. Kau jangan cuba-cuba nak rampas suami aku pulak eh perempuan! Aku tahu laki kau baru mati, jadi kau tak payah nak curi perhatian suami aku pulak. Kau tu balu, tak payah nak menggatal dengan suami orang!" Jari telunjuk Puan Rafidah naik menunding ke wajah Puan Anisah.
"A.. apa maksud kau ni Rafidah?"
"Eh takkan kau pekak pulak? Sudah lah, ini amaran terakhir aku ya perempuan. Kau jangan cuba-cuba nak rampas suami aku."
"Astaghfirullahalazim, Rafidah. Aku tak pernah ada niat buruk macam tu.."
Encik Mazlan menghampiri. Lengan Puan Rafidah dicengkam.
"Sudah, Rafidah! Jom kita balik." Ditarik lengan Puan Rafidah sehingga ke muka pintu. Meronta-ronta Puan Rafidah bila ditarik seperti itu.
"Lepas lah, abang! Lepaskan tangan saya!"
"Balik saya kata!"
"Lepas!" tangan Puan Rafidah menolak kasar tubuh Encik Mazlan sehingga lelaki itu hilang pertimbangan. Tubuhnya bergolek jatuh dari tangga kayu. Darah pekat mengalir keluar apabila kepala Encik Mazlan terhantuk kuat pada bongkah batu di tepi tangga.
"Abang! Abang!" Membulat mata Puan Rafidah melihat suaminya itu terbaring berlumuran darah. Puan Anisah yang muncul dari muka pintu menekup mulut.
"Allahuakhbar! Mazlan!"
"Abang.. bangun abang! Abang jangan buat saya macam ni." Kepala Encik Mazlan dipangku sambil tangannya menampar perlahan pipi suaminya itu. Puan Anisah segera mendapatkan bapanya yang berada di belakang rumah. Tak sampai beberapa minit, Puan Anisah muncul bersama bapanya.
"Dah, mari bawa dia ke hospital." Dengan kudrat yang ada, tubuh Encik Mazlan diangkat masuk ke dalam kereta. Puan Rafidah tak henti-henti meraung. Tak, aku tak bunuh suami aku! Aku tak sengaja tolak dia dari tangga!
*****
AIR mawar disiram di atas pusara arwah Encik Mazlan. Dia tak sangka bahawa dia akan bergelar balu setelah suaminya itu meninggal kerana kehilangan darah yang banyak. Puan Rafidah terduduk di tepi pusara yang masih merah tanahnya. Air matanya masih galak merembes keluar. Masih belum kering.
"Abang... Sampai hati abang tinggalkan saya." Sayu Puan Rafidah menutur kata sambil mata galak merembeskan cecair jernih.
"Mama..."
Puan Rafidah angkat kepala. Wajah Ziyyad, anak lelakinya yang berusia 6 tahun itu dipandang. Tubuh kecil Ziyyad dibawa ke dalam pelukan.
"Ziyyad... Abah dah tak ada..." Kepala Ziyyad dicium lama.
"Abah pergi mana, mama?" Polos Ziyyad menyoal.
"Abah.. Abah dah tinggalkan kita dekat sini. Abah pergi syurga, sayang." Jawab Puan Rafidah dengan sendunya yang masih belum reda. Setelah agak lama di situ, Puan Rafidah memimpin tangan Ziyyad meninggalkan tanah perkuburan. Berat kakinya mahu melangkah pergi.
Langkah Puan Rafidah mati bila namanya dipanggil Puan Anisah yang sedang menghampirinya. Jelingan diberikan buat Puan Anisah.
"Takziah, Rafidah."
"Kau tak payah sibuk-sibuk dekat sini. Kau boleh balik." Balas Puan Rafidah. Sakit hatinya melihat kemunculan Puan Anisah di sini. Terasa perempuan itu mahu mengejeknya kerana baru lepas kehilangan suami beberapa jam yang lepas.
Puan Anisah hela nafas panjang.
"Aku harap kau kuat, Rafidah. Demi anak kau," ujar Puan Anisah. Tidak terkesan langsung dengan nada suara yang digunakan Puan Rafidah padanya.
"Heh, kau tak payah nak tunjuk baik depan aku lah. Suami aku dah takde, lepasni makin seronok lah kau cari mangsa baru, kan? Kau tu perempuan perampas! Perampas suami orang!" hambur Puan Rafidah.
"Rafidah, jangan lah cakap macam tu. Aku tak rampas suami kau pun, Rafidah."
"Pada mata aku, kau tetap perampas! Kau.. pembunuh. Kalau suami aku tak datang rumah kau, suami aku takkan mati! Ini semua salah kau!" Bahu Puan Anisah ditolak. Puan Anisah menahan rasa. Bibirnya diketap.
"Astaghfirullahalazim, bawa mengucap Rafidah."
"Eh pergi mati lah kau dengan muka suci kau tu. Ingat ni, perempuan. Selama-lamanya aku benci kau dan keturunan kau. Kau perampas! Pembunuh! Ziyyad, jom balik." Tangan Ziyyad ditarik pergi dari situ.
Puan Anisah memandang sayu belakang tubuh dua beranak itu menghilang di sebalik pokok-pokok. Nafas dihela panjang. Benci betul Rafidah padanya.
"Kak Nisah? Akak okey?" Seorang lelaki bersongkok hitam menghampiri Puan Anisah.
"Akak okey. Jom balik, Azman. Risau tinggalkan Dahlia dengan Damia lama-lama dekat rumah tu," Perlahan-lahan Puan Anisah berjalan sambil dipimpin adiknya, Azman. Sengaja dia meninggalkan dua orang puterinya itu kepada orang tuanya kerana dia mahu memberi penghormatan terakhir buat arwah Encik Mazlan. Lagipun, arwah Encik Mazlan meninggal di hadapannya takkan lah dia tidak mahu datang menziarah?
Abang Zainol, Mazlan dah menyusul abang. Lepasni, mungkin giliran Nisah. Tunggu Nisah ya, abang?
Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro