👑 BOPL | 9
Bab 9
Sedar tak sedar, dah sebulan Amy bersekolah di situ. Seronok memang seronok tapi ada bala dia jugak.
Contohnya, sesetengah kelas akan dibahagikan mengikut jantina. Kelas untuk lelaki adalah sword practice dan strategy of war. Manakala, kelas untuk perempuan pulak adalah makeup dan dressmaking. Selebihnya digabungkan, macam kelas manner, dancing dan academic.
Kali pertama dia bila masuk kelas makeup dulu, dia dipilih menjadi model oleh cikgu yang mengajar cara-cara bermakeup itu. Keras kejung dia di atas kerusi ketika cikgu itu mengecat (makeup) muka dia sambil diperhatikan oleh semua pelajar perempuan yang lain. Kelas kedua Dressmaking iaitu kelas menjahit. Ketika itu dia belajar cara-cara menjahit untuk membuat corak pada sapu tangan. Tak pernah dia cuba menjahit sebelum ini… memang terkial-kial la dia masa tu.
Lepas tu, Amy nekad dia takkan masuk kelas-kelas itu lagi. Tak kena dengan jiwa dia. Dia rela mengikut Harry masuk kelas untuk lelaki. Dia sebenarnya nak masuk kelas sword sebab memang kepakarannya bermain pedang.
Dan sebab itulah tiap kali kelas berasingan bermula dia akan cabut dengan Harry. Meninggalkan si Courtney seorang diri. Katanya dia tak kesah sebab dia memang suka kelas-kelas tu semua. Macam mana Amy boleh lari ikut Harry? Haa ni yang dia nak cerita ni…
Setiap hari selasa selepas lunch, lelaki ada kelas strategy of war meanwhile perempuan ada kelas dressmaking. Masa itu la Amy akan transform dirinya. Sedang semua orang tengah bergegas ke kelas yang telah ditetapkan. Amy, Harry dan Courtney pergi ke tandas lelaki. Harry ditugaskan untuk menjaga luar tandas, memastikan tiada sesiapa yang akan terjah masuk ketika dia menyalin pakaian. Courtney turut membantu dia berkawal.
“Okay clear.” Beritahu Harry.
Selepas mendapat isyarat itu, Amy melangkah masuk ke dalam tandas untuk menukar pakaian lelakinya. Uniform sekolah lelaki yang dipinjamkan oleh Harry kepadanya. Rambut pendek dia dilindungi oleh rambut palsu yang lebih pendek. Rambut diserabaikan sedikit baru nampak macam lelaki betul.
Setelah puas dengan penampilan diri, Amy melangkah keluar dari tandas. Tiap kali dia berpakaian macam lelaki mesti dua orang sepupu tu gelakkan dirinya. Malas Amy nak layan.
“Serious talk… kau memang macam lelaki bila pakai macam tu.” Komen Courtney selamba.
“Haah weh tapi muka flawless macam perempuan tau tak Amy.” Balas Harry lepas puas ketawakan Amy. Tangan mengelap sisa air mata yang keluar kerana penat ketawa.
“Shhh… Jangan panggil aku Amy bila aku pakai macam ni. Nanti orang lain tahu la. Sekarang ni aku bukan Princess Amanda Alexa tapi aku sekarang adalah Prince Armand.” Jari telunjuk diletakkan pada mulutnya tanda suruh mereka berdua senyap. Kiri kanan dipandang juga nak pastikan tiada siapa yang mendengar perbualan mereka bertiga.
Okay apa nama Armand. Armand dan Amanda, kira nak dekat la tu. Tapi setakat ni memang tak ada siapa yang tahu yang Armand tu tak wujud pun sebenarnya. Rahsianya ini tetap kekal rahsia antara mereka bertiga saja.
“Ehh… Dah la aku dah lambat ni. Nanti balik tunggu aku kat tempat biasa okay?” ujar Courtney dan berlalu pergi. Amy dan Harry hanya angguk kepala. Kemudian mereka berdua turut berlalu untuk ke kelas.
War Room
Masuk saja ke dalam War Room semua tengah membuat hal masing-masing. Ramai yang seronok berborak dan bergelak ketawa. Amy dan Harry duduk di tempat yang agak belakang. Tengah Amy berbual dengan Harry tiba-tiba ada orang datang menegurnya.
“Woi Armand! Lama tak nampak kau, pergi mana?” Tanya seorang lelaki sambil menampar bahunya, boleh tahan kuat jugak. Prince Stephan dan gengnya memang suka datang kacau dia. Katanya sebab muka dia ni macam perempuan. Yang Stephan tak tahu memang hakikatnya dia adalah perempuan.
Amy buat tak endah dengan soalan Stephan itu. Tak lengkap agaknya hari dia kalau tak kacau Amy ni. Nasib baik la Stephan ni tak pernah cari dia ataupun Harry selain waktu kelas berasingan ni. Rahsia dia memang selamat.
Amy bersalam dengan Stephan gaya lelaki berjabat tangan kemudian langgar bahu Stephan dengan kuat. Saja balas dendam dengan kelakuan Stephan tadi. Puas hati Amy melihat muka terkejut Stephan sambil mengurut bahunya perlahan. Tapi cuma sekejap sebelum…
“Asal tangan kau makin lama, makin lembut macam perempuan? Kau pakai losyen eh, Mand?” Soal Stephan. Cari idea la tu nak panaskan hati dia.
Losyen? Agak la… Aku bukannya seorang yang suka pakai losyen. Dah tangan aku ni semula jadi lembut. Biar la dia… Ada kena mengena dengan kau ke? Tak kan?
Stephan dan gengnya gelak bebas. Kuat pulak tu sampai berpaling la jugak beberapa pelajar lelaki yang lain. Bila tengok diorang yang gelak bagai nak rak tu baru Amy sedar yang dia dah suarakan apa yang dia fikir tadi.
“Relaks la Mand, kita orang gurau je dengan kau. Tak payah la marah.” Celah salah seorang geng Stephan.
Amy tarik nafas dalam-dalam. Sabar Amy, sabar. Baru dia nak balas balik, 2 orang cikgu melangkah masuk ke dalam War Room. Semua orang berdiri dan memberi tunduk hormat. Masa untuk belajar.
🩷🩷🩷
Lepas balik dari sekolah, petang itu Amy pergi ke laman belakang istana. Nak ambil udara petang.
Nak tahu satu rahsia tak? Selain dari bilik dia dan dapur, tempat yang dia boleh ingat dan yakin takkan sesat adalah laman belakang. Tempat lain dia tak nak teroka sebab takut sesat. Kalau ada peta sekalipun dia tak rasa pun nak buat sesi menjelajah istana besar tu.
Laman belakang istana tersangat la luas. Ada taman jalan berselirat, taman bunga dan hutan simpan kecil. Haritu, Amy dah melawat taman bunga. Macam-macam jenis bunga dia jumpa. Dari yang biasa dia lihat hinggalah sampai bunga yang tak pernah dia lihat dan susah nak dijumpai. Harini, dia terdetik untuk melawat hutan simpan kecil.
Kata Dean, tempat tu sangat sesuai untuk release stress. Dapat rasa nature flora and fauna. Amy duduk di kerusi batu yang disediakan bila dah penat pusing-pusing di kawasan itu. Nafas ditarik dalam-dalam dan hembus perlahan. Hmm fresh air! Hati mula berasa tenang selepas buat perkara yang sama untuk beberapa ketika.
Tiba-tiba dia terdengar bunyi sesuatu. Macam ada sesuatu yang jatuh. Kepala terpusing-pusing mencari punca bunyi tadi. Dia kemudian bangun dan pergi ke sebatang pokok disebelah kanannya. Dia nampak ada satu sarang burung jatuh ke tanah dan juga dahan pokok yang telah patah berdekatan dengan sarang burung itu. Tiga ekor anak burung yang masih kecil mengecip perlahan. Mesti sarang ini terjatuh kerana dahan pokok yang sudah reput dan patah itu.
Hati Amy berasa kesian melihat mereka. Tangan terus mengangkat sarang burung itu lalu dia mencari dahan pokok yang agak rendah lalu diletakkan di atas dahan pokok tersebut. Terdengar anak burung itu mengecip padanya. Comel betul! Senyum Amy sendirian. Dia tak tahu la burung jenis apa tapi bulunya berwarna biru-hitam.
Satu cahaya biru berkilau terhasil pada rantai yang berada pada lehernya. Pelik. Sebelum ni tak pernah berkilau macam ni pun? Amy hanya buat tak endah akan hal itu. Mungkin sebab dah petang dan cahaya matahari yang terpancar membuatkan rantainya berkilau seperti tadi.
Seekor burung yang sama bulunya datang dan memberi makanan yang dibawa olehnya kepada semua anak burung tersebut. Mesti ini adalah mak burung.
“Bye burung.” Lambai Amy pada burung-burung itu. Dia pusing ke belakang. Dah nak balik dah.
“Terima kasih.”
Automatik kepala Amy berpusing ke belakang semula. Burung-burung itu masih memandangnya. Tak silap dia tadi, dia terdengar seakan-akan bunyi perkataan ‘Terima kasih’. Dia garu kepala dia yang tak gatal. Mungkin dia salah dengar kot? Terus angkat bahu dan berjalan keluar dari hutan simpan kecil itu.
🩵🩵🩵
Malam itu selepas mandi, Amy melangkah masuk ke dalam walk in closet. Mencari pajama untuk dipakai. Sedang dia menyikat rambutnya, dia terdengar seperti bunyi orang bercakap. Amy angkat pening pelik. Ada orang masuk ke dalam biliknya kah? Tapi dia tak dengar pulak bunyi pintu terbuka tadi.
Perlahan-lahan kaki menapak berhampiran pintu walk in closetnya. Pintu dibuka perlahan cuba untuk mengintai keadaan bilik tidurnya. Tak ada siapa pun. Cuma ada Goldy yang tengah membebel apatah.
Kejap! Goldy bercakap? Sejak bila pulak kucingnya itu boleh bercakap? Selalu hanya mengiau saja. Dia tengah mimpi ke ni? Pipi dicubit… Ahh sakit! Jadi ini bukan mimpi atau khayalan. Kepala Amy teringat akan apa yang ayahanda pernah katakan dulu semasa dia sampai ke istana ini. Ketika ayahanda memberi rantai yang dia sedang pakai sekarang ini.
“Rantai ini bukan sebarang rantai. Rantai ini adalah azimat dan mempunyai kuasanya tersendiri. Benda ini akan berkilau apabila kamu membuat kebaikan dan magic akan terhasil.”
Bila masa pulak dia membuat kebaikan?
Seperti tayangan semula di dalam kepalanya yang dia ada menolong angkat sarang burung petang tadi. Selepas itu rantai ini ada berkilau sekejap. Jadi tadi rantainya bukan berkilau sebab cahaya matahari tapi sebab dia baru membuat kebaikan? Maka sebuah magic terhasil?
Dia boleh faham haiwan bercakap? Dia ada dengar yang memang wujud magic yang membolehkan seseorang tu memahami bahasa haiwan dalam satu kelas magic di sekolah dulu. Dan sekarang ini ianya terjadi kepadanya pula. Wow!
Jakun pulak Amy rasa sekarang ni. Dia pernah berharap yang dia boleh bercakap dengan Goldy, kucingnya dahulu. Sekarang dah menjadi kenyataan. Susah nak percaya tapi itulah yang terjadi.
“Kenyangnya rasa! Lepas makan boleh terus tidur.” Amy tersedar dari pemikirannya bila mendengar suara itu. Goldy tengah lenggang kangkung berjalan ke arah katilnya. Dia lihat kucingnya itu seperti cuba memanjat katil dia. Memang Goldy selalu panjat katilnya tiap-tiap malam untuk tidur bersama disebelahnya.
“Aduh perut aku kenyang sangat sampai nak panjat katil ni pun dah rasa susah. Makan banyak sangat. Nanti aku kena exercise untuk kuruskan sikit badan aku ni.”
Amy ketawa mendengarnya. Tula, makan tak ingat dunia lagi… mana tak gemuk badan tu? Terus dia keluar dari walk in closet. Perlahan-lahan dia mendekati Goldy yang masih berusaha untuk panjat katil. Dari tadi terlompat-lompat . Haha.
“Haaa! Goldy kau buat apa?” Sergah Amy secara tiba-tiba.
“Wei terkejut aku nak kurus!!” latahnya. Kucing pun boleh latah ke? Kelakar betul. Ketawa kuat dia mendengar latahan kucingnya.
“Makan tak ingat dunia lepas tu ada hati nak kurus. Huh!” ejek Amanda pada Goldy.
“Biar la kat aku… Nak kurus ke nak gemuk ke. Ehh kejap! Kau faham apa yang aku cakap ke?” Tanya Goldy. Mesti dia terkejut. Amy hanya mengangguk sebagai jawapan Ya.
“Macam mana kau boleh…” Ayatnya tergantung.
“Panjang ceritanya tapi secara kesimpulannya aku boleh faham apa yang haiwan cakap dan semuanya sebab rantai aku ni.” Jawab Amy sambil memegang rantai dileher.
“Ouh okay la. Kalau cerita pun bukannya aku faham. Jadi kiranya kita boleh la bersembang macam-macam kan? Tak payah aku nak mengiau seperti selalu dah sebab kau faham apa yang aku cakap kan?” Amy mengangguk lagi. Goldy senyum. Ehh kucing boleh senyum ke? Apalah yang dia merapu ni kan? Haha.
“Sekarang boleh tak bawak aku naik atas katil ni. Nak tidur dah tapi aku tak larat nak panjat.” Katanya sambil membuat mata bulat.
“Tak boleh.” Saja nak mengusik kucing kesayangannya itu. Haha. Terus Goldy membulatkan matanya yang tersedia bulat itu sambil bergesel pada kaki Amy. Minta simpati la tu. Amy ketawa. Seronok betul dapat mengusik.
“Yelah-yelah.” Terus diangkatnya Goldy ke atas katil. Berat jugak dia ni. Kaki berjalan ke arah dinding untuk menutup lampu. Bersedia untuk tidur juga.
“Malam Goldy.” Ucap Amy sebelum mencium kepala kucing tersebut. Goldy turun mengucap selamat malam. Akhirnya , kedua-dua mereka masuk ke alam mimpi.
Pelik ke Amy boleh bercakap dengan haiwan? Abaikan jelah sebab cerita ni genre Fantasy and of course hanyalah fantasy seorang author😂
By the way,
Selamat menjalani ibadah puasa semua✨
Jangan lupa kunci jam untuk bangun sahur😆
12/03/2024
Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro