Chào các bạn! Vì nhiều lý do từ nay Truyen2U chính thức đổi tên là Truyen247.Pro. Mong các bạn tiếp tục ủng hộ truy cập tên miền mới này nhé! Mãi yêu... ♥

👑 BOPL | 18

Bab 18

Majlis sudah tamat tadi. Tetamu yang ramai pun sudah balik. Kawasan lapang istana James juga sudah lenggang dan kini sedang dikemas oleh beberapa pekerja.

Tapi itu bukanlah apa yang Amy sedang kisahkan sekarang ni. Kini Amy dan James serta family mereka berdua berada di depan pintu pagar istana. Beg yang penuh barang-barang Amy yang belum sempat Amy buka tadi sedang diangkat oleh pekerja untuk membawa masuk ke dalam kereta kuda.

Enjoy your moment there, dear.” Ujar Bonda lalu mencium kedua belah pipi Amy. Beberapa nasihat rumah tangga dititipkan kepada Amy tapi macamlah dia ambil serius. Kalau la kata-kata itu seperti kertas dah lama Amy gumpal-gumpal dan buang dalam tong sampah.

Rimas. Itulah yang dia rasa sekarang ni tapi tak ditunjukkan di depan Bonda. Senyum segaris pada Bonda sebagai tanda dia dengar. Dengar tapi tak bermakna berbekas dalam hati.

“Kami pergi dulu.” Pinta James kepada kedua orang tua mereka. Tangan Amy ditarik olehnya untuk melangkah masuk ke dalam kereta kuda yang cantik berhias itu.

“Yelah… Nanti lambat pulak sampai ke sana.” Kata Ayahanda.

Actually ke mana pulak kami berdua ni nak pergi? Meh nak cakap dengan suara yang tak ikhlas. Honeymoon. What?! Yelah dah orang baru kahwin harus lah pergi honeymoon. Masa untuk berdua. Huh! Ingat Amy nak sangat ke masa berdua ni?

Sebenarnya benda ni tak dirancang pun. Bukan, Amy langsung tak tahu apa-apa pasal benda ni sehingga la sekejap tadi. Dengan selambanya tadi James memberitahu kepada kedua parent kami yang kami akan ber-Honeymoon. Siap tambah lagi yang dia sudah setuju untuk pergi. Apa lagi memang happy sangat la orang tua kami bila dengar tentang hal itu.

Reaksi Amy masa tu serius rasa nak cekik mamat tu dekat situ jugak. Bila masa entah dia setuju? Dia pun baru tahu bila James cakap tadi. Wah pandai betul mamat tu berlakon bahagia dengan dirinya?

Amy mana ada sign kontrak berlakon bahagia ni? Kalau bukan sekarang tengah depan semua orang dah lama Amy backhand mamat tu. Kau tunggulah! Aku akan buat perhitungan dengan kau kejap lagi. Huh! Rengus hati Amy.

🩷🩷🩷

Hilang saja perkarangan istana dari mata terus Amy mengalihkan pandangan ke arah James. Nampak James sedang pejamkan mata sambil menghela nafas perlahan. Penat mungkin. Beberapa saat kemudian James membuka matanya semula lalu pandangan mereka bersambung. Amy menjeling tajam. Rasa geram tadi ingin dilampiaskan kepada lelaki itu.

Why?” Kening James diangkat sebelah ketika bertanya.

“Kenapa suka hati saja cakap yang aku dah setuju nak ikut kau pergi honeymoon? Bila masa aku setuju? Aku tak tahu apa-apa pun sampai lah tadi.” Sembur Amy geram kepada James. Hilang saya-awak. Ahh kesah apa dia, dia tengah marah ni!

James diam sekejap sebelum tersenyum pulak. Ehh mamat ni masih boleh senyum dalam suasanan tegang ni? Sakit hati Amy yang melihat.

Okay first to make they believe we’re happy. Second, yeah I’m sorry for not telling you first. I just want to make a surprise. And the most important is I’m your husband now. I have right on you.

Terkelu Amy tak tahu nak cakap apa lagi dah. Semua yang ditanya tadi sudah dijawab. Malah fakta.

“Apa-apalah. Sekarang ni kita nak pergi mana?” Soal Amy pula. Dia masih tidak tahu ke mana mereka bakal ber ‘honeymoon’ tu.

Mmm somewhere… You will know later.” James cuma mengangkat sebelah bahu. Merahsiakan dari pengetahuan Amy.

“Apa kata kalau kita pergi rumah Grand je? Boleh spend time dengan Grand.” Saja Amy bagi cadangan kot la James terima. Tapi macam tak je.

Nope. Grand yang suruh bawak awak pergi somewhere else untuk spend time berdua.” Bangkang James. Kan Amy dah cakap tadi.

Haish bosan la dia nanti kalau mereka berdua saja. Dia tak nak berdua dengan James tapi apa yang dia boleh buat? Keputusan James yang buat. Malas la Amy nak bercakap lagi. Kepala dipusingkan ke arah tingkap untuk melihat pemandangan di luar. Hari sudah menginjak senja. Awan biru tadi sudah beransur bertukar ke warna jingga. Kejap lagi akan bertukar gelap dan malam.

Entah bila Amy tertidur dia pun tak sedar. Bila buka saja mata benda pertama yang menjengah retina mata adalah ceiling bilik yang sangat cantik ukirannya. Ukiran abstrak. Badan Amy pula tengah berbaring di atas katil yang besar dan empuk. Siap berselimut lagi.

Dekat mana ni? Bilik siapa pulak ni? Tengok pakaian di badan masih tersarung wedding dress yang dipakai sejak pagi tadi. Sekarang dah pukul berapa eh? Yang Amy pasti sudah malam.

Amy bangun dari perbaringan lalu menyelak selimut tebal di tubuh. Kaki mula melangkah untuk melihat sekeliling bilik.

Tiba-tiba bunyi pintu yang berdekatan dengan Amy dikuak. James yang sedang bertuala paras pinggang keluar dari bilik air. Sisa titisan air yang masih berada pada badannya menandakan bahawa dia baru saja selesai mandi.

Dengan dada bidang yang terdedah, rambut basah dan kusut ke merata arah. Nampak seksi di mata Amy, tanpa sedar Amy habis meng-scan James dari atas sampai bawah. Namun cepat-cepat Amy tersedar akan situasi sekarang ni.

Tindakan refleks. Laju mata melilau mencari benda yang boleh mempertahankan diri. Jumpa pedang yang dijadikan hiasan di dinding tepi, Amy capai lalu menghunus ke arah James.

“Jangan datang dekat.” Arah Amy. Pedang itu dipegang dengan kedua-dua belah tangan.

James nampak terkejut dan tangannya segera naik ke atas tanda menyerah. Badan masih kaku di depan pintu bilik air.

“Kot ye pun nak acukan pedang pada saya… biar la saya pakai baju dulu.” Ujar James berhati-hati. Takut kalau dia bergerak nanti pedang itu menghiris kulitnya. Kalau Amanda orangnya mesti dia takkan teragak untuk berbuat demikian.

Amanda seakan baru tersedar. Bagaikan sel-sel otak baru berhubung. Apa yang dia buat ni? James bukan nak buat apa pun. Kutuk Amy perlahan pada diri sendiri di dalam hati. Pedang dijauhkan dari James sebelum meletaknya semula di tempat yang dia ambil tadi.

Amy kembali berpusing ke arah James untuk memohon maaf atas kelakuan dia sebentar tadi. Masih mamai agaknya dia tadi ataupun terkejut sangat lepas nampak dada bidang lelaki itu. Tapi tempat itu kosong. Mana pulak lelaki itu pergi?

Ahh tadi James cakap mahu memakai baju. Amy menunggu James di depan pintu walk in closet. Takkan nak masuk pulak kan? Gila namanya tu.

Beberapa ketika kemudian, pintu dikuak. Muncul James yang sudah lengkap berpakaian walaupun sekadar tshirt putih dan seluar panjang. Mereka berdua saling berhadapan di depan pintu walk in closet. Diam sekejap.

“Kenapa?” soal James pelik.

Err Not-nothing… Saya nak mandi so tepi sikit.” Cepat-cepat Amy melangkah masuk ke dalam walaupun James masih terkaku di hadapan pintu. Amy menutup pintu dan dalam masa yang sama menolak James keluar dari bilik itu. Badan disandarkan di belakang pintu.

“Apa kena dengan aku ni? Aku nak minta maaf pasal tadi tapi bila bertentang mata tadi terus aku lupa apa nak cakap.” Bebel Amy sambil mengetuk perlahan kepalanya. Tadi kepala dia sempat mengulang tayang James yang masih bertuala sebab tulah dia hilang kosa kata. Argh! Gila la kau Amy. Stop please!

Hmm nanti la dia minta maaf dekat James bila otak dia dah betul sikit. Sekarang Amy mahu tukar baju dan mandi. Badan rasa melekit je.

🩵🩵🩵

Lepas memakai baju yang lebih selesa Amy melangkah keluar dari bilik tidur itu. Tak nampak pulak bayang James. Rasa lepas dia halau lelaki itu tadi lelaki itu tidak masuk ke dalam bilik. Amy melangkah keluar dari bilik tidur tersebut.

Kawasan koridor yang luas dan sunyi itu diperhati, mahu mencari James. Ingatkan Amy berada di istana James yang lain tapi nampak gaya seperti sebuah Mansion saja. Kaki mula melangkah tanpa arah lalu terjumpa 2 tangga. Satu tangga menuju ke bawah, tapi Amy tak rasa James berada di bawah sebab gelap je dekat bawah tu. Tangga lagi satu Amy pandang, tangga yang menuju ke tingkat atas. Amy putuskan untuk naik ke atas.

Makin lama hidung Amy menangkap bau yang sangat wangi atau lebih tepat lagi bau yang menyelerakan. Bau makanan! Terus perut Amy berbunyi lapar. Kaki mengikut bau itu sehingga tiba di depan pintu kaca yang terbuka itu. Rupanya pintu itu adalah laluan keluar ke rooftop.

“Eh saya baru nak panggil awak makan. Dinner dah siap, jom kita makan.” Ajak James. Ditangannya sedang memegang sebuah pinggan dessert. 2 potong kek caramel. Wah favorite cake Amy.

Berkelip dua kali mata Amy bila melihat James meletakkan pinggan dessert ke atas sebuah meja. Di atas meja itu terdapat dinner mereka berdua. Agak banyak jugak kalau untuk mereka berdua makan. Tapi sedut bau saja dah mampu buat Amy telan liur. Rasanya?

“Mana datang semua ni? Awak ke yang masak semua ni?” Soal Amy ingin tahu. Kalau James angguk mahu pengsan Amy rasa sebab wow putera mahkota pandai masak?

James hanya senyum tanpa menjawab soalan Amy. Biar lah Amy fikir apa pun. Hakikatnya memang dia yang masak semua makanan itu kecuali kek. Tangan James menarik kerusi untuk Amy duduk dan Amy hanya mengikut duduk di atas kerusi itu.

Amy pandang lagi menu makan malam itu. Ada stik daging with black pepper sauce, seafood pasta, clam baked dan juga kek caramel. Air jus tembikai turut ada bersama. Lapar Amy dah tahap kronik.

“Makanlah… awak makan sikit je siang tadi.” Beritahu James dan mula makan makanannya.

Amy juga mula makan selepas itu. Daging dipotong kecil supaya senang untuk dia makan. Potongan kecil daging itu masuk mulut lalu dikunyah sekejap sebelum berhenti. Wah sedapnya! Kenapa sedap sangat rasa steak ni? Jakun pulak Amy rasa walaupun ini bukan lah kali pertama Amy makan beef steak.

Kemudian Amy beralih ke seafood pasta. Digulung sikit menggunakan garfu lalu memasukkannya ke dalam mulut. Sedap jugak. Tersenyum Amy merasa makanan lazat itu. Amy pandang James yang bertentangan dengannya.

James tengah mengorek isi clam baked menggunakan sudu lalu diletakkan di atas pinggan Amy. James hanya cakap ‘rasalah’ bila nampak kening Amy berkerut.

Amy makan isi clam tadi selepas itu menayang muka terkejut lagi. Wah cair isi clam itu didalam mulutnya. Ada jugak rasa lain yang Amy tak tahu apa pada clam itu tapi ia membuatkan makanan itu lebih sedap. Gembira Amy bila dapat makan. Akan dihabiskan semuanya ini.

James melihat perilaku Amy dari tadi sambil menyimpan senyum. Nampaknya Amy sukakan dinner mereka malam ini. Rasa bangga dan puas hati dapat mengembirakan orang yang dia sayang itu. James sambung makan semula.

Beberapa minit kemudian James berlalu ke dalam rumah sekejap. Amy yang masih belum henti makan hanya membiarkan saja. Amy terdengar seakan bunyi ombak. Terus Amy bangun dari kerusi dan melangkah ke tepi pagar yang memagari kawasan itu.

“Wow memang betul bunyi ombak la.” Jerit Amy teruja. Rumah berdekatan dengan pantai… bestnya! Dalam kesamaran malam Amy dapat rasakan ada pantai yang menghadap rumah ini. Kalau pagi mesti cantik dapat tengok laut yang biru itu. Sekarang pun Amy dah rasa cantik tapi cuma gelap yang dia nampak.

Tiba-tiba angin menderu ke arah Amy. Terus Amy mengosok kedua lengannya. Sejuk. Mungkin sebab tak lama lagi musim salji bakal tiba. Tangan digosok untuk menghasilkan haba.

Terasa ada sesuatu yang disangkutkan di bahu Amy.

“Cantik kan?” Soal James yang baru muncul di tepi Amy. Rupanya James meletakkan selimut tebal di atas bahu Amy. Amy menarik rapat selimut itu ke badannya, mula terasa panas semula badan yang terdedah dengan angin sejuk tadi.

“Cantik sangat. By the way awak dari mana tadi?”

“Dapur.” Jawab James sepatah.

“Dapur? Tingkat atas?” Pelik Amy bertanya.

“Haah… Dapur memang ada dekat tingkat atas. Saya suka makan sambil tengok pemandangan pantai dan laut so why not?

Really? Tapi ni rumah siapa?” Tanya Amy bila teringat akan persoalan yang dari tadi lagi berlegar dalam kepala.

“Rumah kita.” Balas James lalu tersenyum manis sambil mata melihat Amy disebelah.

What?” Tak percaya.

“Rumah ni dibina untuk saya bersama dengan keluarga saya. Kira macam our safe place la sebab tu tak ada pekerja dekat rumah ni. Sebulan sekali akan ada pekerja yang datang dan kemas rumah ni dan jugak menambah stok makanan. Saya selalu datang sini untuk berehat.” Cerita James serba ringkas tentang mansion 3 tingkat itu.

Kagum Amy dengan cerita James itu. Buatkan Amy rasa seperti mahu ada jugak rumah seperti ini untuk diri sendiri tapi mampu ke dia? Tapi bukan ke James cakap ini rumah mereka berdua? Hmm entahlah. Kemudian Amy teringat akan sesuatu.

“Err… James.” Panggil Amy teragak-agak.

“Hmm?”

“Saya nak minta maaf pasal tadi, pasal saya hunus pedang dekat awak tadi. Saya tak sengaja dan saya cuma terkejut je bila awak keluar tak berpakaian macam tadi. Sorry eh?” Pinta Amy. Ni kalau orang lain mesti dah kena hukuman pancung sebab dah berani hunus pedang ke arah kerabat diraja.

It’s okay, it’s also my fault. Sorry kalau itu buatkan awak tak selesa sebab sebelum ni saya dah biasa macam tu lepas mandi. Tapi kalau awak tak suka lepas ni saya takkan buat macam tu dah okay? Saya janji.” Kata James pula.

Okay deal.” Settle masalah. James dan Amy sama-sama tersenyum.

“Jom duduk balik dan makan dessert. Kat luar ni dah sejuk, kita kena cepat-cepat masuk ke dalam kalau tak nak selsema.” Pelawa James. Amy mengikut James.

Caramel cake is my favorite. Macam mana awak tahu saya suka kek karamel?” Tanya Amy ingin tahu. Yang tahu dia suka kek itu cumalah Courtney dan Harry sebab Amy suka makan kek itu ketika di sekolah.

“Adalah… saya ada sumber saya sendiri.” Dalih James tidak mahu memberitahu. Cukuplah James cakap yang dia selalu nampak Amy makan kek karamel tiap kali masa lunch di sekolah dulu. Amy tak perlu tahu macam mana dia tahu.

Suasana kembali senyap cuma bunyi dentingan garfu berlaga pinggan. Mereka berdua menikmati dessert pada malam itu sebelum melangkah masuk ke dalam rumah.

Amy sangat gembira malam itu sebab perut dia sangat kenyang penuh diisi makanan. Siapa je yang tak happy bila kenyang ye tak?


12/10/2024

It's my birthday today... So that why i post today🤭 Even dah nak berginjak dah hari haha

Suka tak dengan kisah JAmy ni? Saya cuba nak buat sweet moment lepas ni... So be ready ok?

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro