Chào các bạn! Vì nhiều lý do từ nay Truyen2U chính thức đổi tên là Truyen247.Pro. Mong các bạn tiếp tục ủng hộ truy cập tên miền mới này nhé! Mãi yêu... ♥

👑 BOPL | 15

Bab 15

Cepat saja rasanya hari berlalu bila Amy berada di Arielle. Meluangkan masa dengan Grand dan Ffy membuatkan dia sangat gembira. Mereka semua tetap keluarga baginya walaupun dia sudah berjumpa dengan keluarga kandungnya. Ikutkan hatinya selamanya dia mahu tinggal disini. Tapi dia tahu dia perlu pulang semula ke keluarga kandungnya. Hidupnya bukan lagi Amy gadis kampung biasa tetapi dia adalah Amanda puteri negaranya, Arendelle.

Pagi ahad itu, dia merancang untuk keluar memancing dengan Ffy dan mandi di sungai. Hasil tangkapan akan dimasak oleh Grand yang menanti mereka di rumah. Banyak juga hasil tangkapan mereka di sungai. Hampir penuh satu baldi. Dengan hati gembira Ffy dan dia pulang ke rumah setelah puas bermandi-manda.

Ketika masuk ke dalam rumah. Dia nampak Grand bersama 2 orang tetamu sedang berbual di ruang tamu. Dia tak kenal yang seorang tu tapi dia kenal sangat yang seorang lagi. Fabian. Ketua pengawal di istananya aka pembantu kanan Ayahanda. Nampak muka Grand agak ketat ketika memandang wajahnya.

Aduh! Kenapa dia rasa seperti tak sedap hati ni? Kenapa Grand nampak macam nak marah dia je ni?

Tengah hari pada hari tersebut lepas Amy membersihkan diri, Grand memanggilnya ke ruang tamu. 2 orang tetamu tadi pun sudah tiada. Sudah balik mungkin.

“Kenapa Amy tak bagitahu yang Amy kena balik harini? Kenapa tipu kami yang kamu balik hari Selasa? Kenapa tak nak pergi majlis tu?” Soal Grand bertubi-tubi. Tajam mata Grand merenung dia seperti dia buat salah. Hakikatnya memang dia buat salah pun. Menipu Grand.

Tahu la sekarang Amy yang kedatangan 2 pengawal istana tadi adalah bertujuan untuk mengingatkannya tentang majlis penting yang perlu dia pergi petang nanti. Tapi dia tak ada dirumah tadi jadi mereka memberitahu Grand. Begitu lah macam mana Grand boleh tahu semuanya dan sekarang Grand marahkannya sebab tak ceritakan hal yang sebenar. Haih! Tak sangka pulak Ayahanda terlebih bijak untuk menghantar orang untuk mengingatkan dia tentang majlis tari menari tu.

“Bukan niat Amy nak tipu Grand. Amy cuma tak nak pergi ke majlis tu saja.” Kata Amy. Kepala ditundukkan ke lantai. Dah kantoi dah pun lebih baik dia berterus terang saja.

“Amy… tak baik buat keluarga Amy macam tu. Diorang berharap sangat yang Amy pergi majlis tu. Jangan buat diorang kecewa dan ternanti-nanti kehadiran Amy disana.” Nasihat Grand selepas lama berdiam diri.

“Amy tak nak pergi. Amy mana biasa dengan majlis macam tu. Lagipun Amy nak spend time dengan Grand dan Ffy, salah ke apa yang Amy buat ni?” Amy cuba menarik simpati Grand dengan ayat sedih. Muka juga main peranan penting. Mulut memuncung sedih.

“Tak salah Amy tapi Amy kan dari kecil lagi tinggal dengan kami. Diorang tu baru je jumpa Amy balik. Pergi la spend time dengan keluarga Amy pula. Diorang lebih perlukan Amy dekat sana kan? Lain kali Amy nak datang sini, datang saja. Jadi Grand nak Amy pergi majlis tu faham?” Pujuk Grand lembut tapi terselit juga arahan.

Amy perlahan-lahan menganggukkan kepala. Betul apa yang Grand cakap tu. Baru beberapa bulan dia tinggal dengan keluarga kandungnya, diorang lagi la perlukan dia. Mesti diorang kecewa bila dia lebih pilih Grand dan Ffy berbanding mereka. Lebih-lebih lagi Bonda yang lemah lembut tu. Haish! Tiba-tiba rasa serba salah. Amy menarik nafas dalam.

“Yelah Amy balik dan akan pergi majlis tu.”

“Macam tu la… lain kali dengar cakap diorang. Jangan bagi diorang kecewa dengan perangai Amy tu.” Grand tersenyum. Kepala Amy digosok perlahan.

“Dah kita pergi makan dulu lepas tu pergi kemas barang kamu untuk balik.” Ajak Grand untuk berlalu ke dapur. Ffy semua mesti dah tunggu di meja makan.

🩷🩷🩷

Lepas Amy mengemas barangnya dia melangkah keluar dari rumah. Tak banyak pun cuma satu beg galas yang digalas dibahunya. Kelihatan Grand dan Ffy sedang menunggunya.

“Amy dah siap dah. Sampai hati Grand halau Amy.” Ayat nak berdrama dengan Grand. Tangan mengelap air mata yang tak wujud pun di matanya sekarang.

“Tak payah nak buat drama sedih dengan Grand sebab tak jalan pun. Grand dah masak sangat dengan perangai kamu tu. Nanti bila-bila masa kamu balik la ke sini ataupun kami yang akan ke sana nanti.” Balas Grand. Tersenyum Amy mendengar ayat Grand. Dia saja je nak bermanja kejap. Haha.

“Nah your lovely Jazz.” Kata Rayyan lalu menarik tali kuda Jazz lalu diserahkan pada Amy. Amy terus naik kebelakang Jazz. Tangan dilambai pada Grand dan mula terbang pergi.

Setelah beberapa minit terbang ke udara tiba-tiba hujan lebat mula turun. Siap kilat dan guruh sambar menyambar.

“Amy aku tak boleh terbang la dalam hujan lebat macam ni. Tak nampak arah dan takut pulak kalau kena panah petir nanti.” Ujar Jazz lalu dia mula terbang untuk turun ke daratan. Sebuah kampung yang Amy tak tahu dekat mana sekarang ini. Dia mencari tempat untuk berteduh seketika dari hujan lebat. Amy dan Jazz hanya diam melihat sekeliling yang sunyi tanpa manusia itu sambil-sambil memandang langit gelap itu.

Bila hujan nak berhenti ni? Kalau lama lagi memang lambat la dia sampai sana nanti. Dia nampak seorang pakcik berjalan dalam hujan sambil memegang sekaki payung. Amy menahan langkah pakcik itu untuk bertanya dia berada dimana sekarang. Dia memang boleh dikatakan sesat sekarang ni.

Pakcik itu menjawab dia sudah berada di negara Rieyland. Negara yang patut dia tuju untuk ke majlis tari menari itu. Amy bertanya lagi kepada pakcik tersebut arah untuk ke istana King Rolland II. Pakcik tersebut dengan baik hati menyerahkan sekeping peta padanya. Amy mengucapkan terima kasih kemudian membiarkan pakcik itu pergi.

Amy mula mengkaji peta ditangannya. Tak ada la jauh sangat dari sini. Istana itu berada pada arah Timur. Sekarang matahari sudah condong ke barat menandakan hari sudah menginjak ke petang. Jadi dia hanya perlu pergi kearah bertentangan dengan arah barat untuk sampai ke istana King Rolland.

Hujan yang lebat tadi mula beransur menjadi hujan renyai. Matahari pun dia sudah nampak disebalik awan hujan. Petanda hujan akan berhenti tak lama lagi tapi Amy tak ada masa untuk menunggu lebih lama. Dia putuskan untuk redah saja hujan renyai itu. Biar la kalau basah pun.

Jazz mula berlari laju ke arah timur. Dia masih tak boleh terbang kerana hujan sebab itulah dia menggunakan kakinya untuk berlari di atas tanah. Kadang-kadang Jazz terlangkah lopak air menyebabkan seluar yang dipakai Amy kotor pada hujungnya. Amy hanya biarkan saja.

🩵🩵🩵

Akhirnya Amy sampai jugak dekat istana King Rolland. Hari juga sudah bertukar gelap sepenuhnya. Dari luar pagar dia nampak orang ramai memasuki istana tersebut. Amy menambat Jazz di sebuah pokok dan mengatakan supaya tidak pergi kemana-mana.

Amy memanjat pagar tinggi itu lalu cuba mendarat dengan elok tapi dia tergolek jatuh ke tanah. Membuatkan seluarnya terkoyak pada bahagian lutut. Fuh nasib baik tak ada luka kalau tak mahu tak normal kakinya berjalan nanti.

Sekarang dia kena fikirkan cara untuk masuk ke sana. Dia tak boleh masuk macam tu saja sebab baju dia sangat kotor sekarang, rambut pun agak berserabai sebab terkena air hujan. Mahu orang ingat dia pencuri nanti tak pun orang gila yang ingin pecah masuk ke dalam istana.

Sedang kepala terpusing-pusing mencari jalan masuk Amy ternampak sebuah tingkap yang terbuka. Terus kaki melangkah ke arah tingkap tersebut. Lepas memastikan tiada orang disitu terus Amy memanjat masuk melalui tingkap itu. Fuh! Berjaya juga dia masuk.

Sekarang dia kena cari Ayden ataupun Aurora untuk tukar pakaiannya. Nasib baik juga Ayahanda cakap yang dia akan sediakan pakaian untuknya di majlis ni. Tiba di satu lorong kosong Amy nampak Ayden sedang berjalan seorang diri. Terus Amy memanggil nama budak kecil itu. Ayden yang berpaling terus tersenyum melihat kelibat kakaknya. Okay adik lelakinya ini kalau senyum sumpah comel sangat!

Sister! What happen with your clothes? Are you okay?” Ayden memandang seluar Amy yang terkoyak dibahagian lutut. Jelas nampak lututnya itu ketika Amy merendahkan dirinya untuk menyamakan ketinggian dengan Ayden.

“Nothing. Aku terjatuh masa nak masuk sini tadi. Bawak aku jumpa Ara sebab aku nak tukar baju aku ni.” Ayden hanya diam mengangguk.

Baru Amy nak berdiri tiba-tiba ada sesuatu diletakkan dibawah lehernya. Pedang! Tertelan air liur Amy dibuatnya. Sikit lagi mahu terhiris kulit di leher dia. Kalau dia bergerak lagi mahu betul-betul pedang tu hiris kulitnya. Seram!

Who are you? What did you do to Prince Ayden? How can you enter this palace?” Soal pengawal yang memegang pedang tadi garang. Amy terus memandang Ayden untuk meminta pertolongan dari adik lelakinya itu.

Ayden yang faham terus berdiri di hadapan pengawal tersebut sambil mendepakan kedua tangan kecilnya itu bagai melindungi Amy.

Don’t touch her! She is my sister Princess Amanda.” Marah Ayden kepada pengawal tersebut. Muka Ayden juga sangat serius ketika itu.

Pengawal tersebut seperti tersedar lalu menjauhkan pedang dari leher Amy. Muka pengawal itu sudah bertukar pucat. Mesti pengawal itu tak sangka dia adalah Princess Amanda. Tengok baju yang dipakai Amy pun sudah membuktikan yang dia seperti orang yang mencurigakan.

I’m sorry Your Highness for not recognize Princess Amanda. I thought she is a theif and want to hurt you, Prince Ayden. Please don’t punish me.” Rayu pengawal itu sambil melutut didepan Ayden. Kan Amy dah cakap tadi mesti orang ingat dia pencuri. Hailah…

Tapi bukan salah pengawal itu pun. Dia hanya melakukan tugasnya melindungi kerabat diraja dan menangkap orang yang mencurigakan. Baru Ayden nak menyambung kata Amy sudah menghalangnya.

“Tak apa kamu boleh pergi sekarang. Beta tak akan beritahu sesiapa akan hal ini.” Arah Amy kepada pengawal itu. Pengawal itu menarik nafas lega dan mengucapkan terima kasih kerana memaafkan kesalahannya. Dia berlalu pergi selepas Amy memberikan izin untuk dia sambung tugasnya.

Sister… kita perlu buat report tentang kesalahan dia tadi. Dia hampir cederakan sister tahu tak?” Soal Ayden tak puas hati bila Amy dengan mudah melepaskan pengawal tersebut pergi.

“Tak payah nak kecohkan lagi keadaan. Tak ada gunanya pun. Aku okay jelah lagipun aku tak suka memperbesarkan hal kecik ni. Salah aku jugak yang main redah masuk ke sini macam pencuri. Dah jom pergi dari sini sekarang.” Balas Amy kepada Ayden lalu mereka sama-sama jalan untuk mencari Aurora.

Tanpa disedari mereka ada seseorang yang melihat semua kejadian tadi. Orang itu tersenyum sebelum turut berlalu.

🩷🩷🩷

Amy dibawa ke sebuah bilik persalinan. Amy menyuruh kedua adiknya untuk menunggu dia di luar bilik. Senang dia mahu tukar pakaian dan dia juga tak mahu sesat untuk mencari dewan ball nanti.

Amy menilik diri sendiri yang sudah tersarung dress labuh dihadapan cermin. Dress berwarna royal blue yang direka khas untuknya. Bahunya sedikit terdedah menampakkan tulang kipas.

Flashback

Sister tailor dah sampai.” Beritahu Aurora dari pintu masuk biliknya. Amy mengerutkan kening.

Tailor? Nak buat apa? Tempah baju lagi?” Soal Amy.

“Yelah… nak tempah baju baru untuk majlis tu nanti.”

“Buat apa nak tempah baju baru? Dalam walk in closet aku tu pun banyak lagi baju yang aku belum pakai.” Kata Amy malas. Baju baru lagi?

“Ini arahan Bonda sebab dia nak kita semua pakai baju baru untuk ke majlis tu.” Kerja Bonda rupanya. Mengeluh Amy mendengar kata-kata Aurora. Amy memandang adik kembarnya yang tengah tersenyum lebar. Dah kenapa bahagia sangat muka Aurora ni?

“Kau dah kenapa senyum macam tu?”

“Tak sabar untuk pergi majlis tu sebab majlis tu jugak akan mengadakan ball! Prince James nak cari calon isteri dia.” Jerit Aurora teruja.

What? Ball? Nak buat apa ada tari menari bagai ni? Tak pernah dia pergi majlis tari menari. Amy ingat cuma pergi majlis tu, sambut birthday dia, menyanyi, sembang-sembang sikit lepas tu makan dan terus balik. Macam-macam la aduh kenapa complicated sangat Royal life ni?

End Flashback

Pantulan diri sendiri dilihat lagi di cermin. Azimat yang tergantung dileher Amy perbetulkan bagi nampak lebih kemas. Rambut pendeknya yang agak tak terurus disisir rapi. Kaki pula sudah tersarung heels yang sejengkal tinggi tumitnya. Haila kenapa la sediakan heels yang dia tak pernah pakai ni? Geram pulak Amy rasa sekarang ni sebab sumpah dia rasa tak selesa memakainya.

Amy cuba dulu berjalan disekeliling bilik persalinan itu dengan heels. Adoi susahnya nak adapt dengan kasut ni. Kang ada jugak dia terjatuh hanya sebab pakai kasut ni! Kalau bukan disebabkan kasut dia sudah kotor dan basah kena hujan tadi mesti dia takkan sarung heels ni.

Ah lantak la nanti aku biasa la kot dengan heels ni. Positif akal Amy memberitahu pada dirinya sendiri. Amy melangkah keluar dari bilik persalinan.

“Jom pergi.” Ajak Amy pada 2 orang adiknya yang setia menunggunya bersiap tadi.

Aurora dan Ayden yang sudah jauh ke hadapan hanya dilihat oleh Amanda. Dia masih kekok pakai heels ni sebab tu dia cuba jalan perlahan-lahan supaya tak terjatuh. Huh! Sampai hati korang tinggalkan kakak korang yang dalam kesusahan ni? Bisik hati Amy tak puas hati kepada 2 orang adiknya.

Ah kalau macam ni bila nak sampainya? Terus Amy cuba lajukan sikit langkah kakinya untuk mengejar mereka. Tapi entah macam mana Amy tersalah langkah, terus rasa badan tak stabil. Dia nak terjatuh. Tindakan reflex cepat Amy memejamkan matanya rapat-rapat bersedia menerima kesakitan yang bakal di alami sebentar lagi.

Tiba-tiba terasa seperti pinggang Amy dipaut. Tak pulak Amy merasa kesakitan dimana-mana. Lantas Amy membuka mata untuk melihat apa yang terjadi.

Benda pertama yang Amy nampak adalah mata yang sudah semestinya milik seorang lelaki. Anak mata berwarna Hazel itu sedang memandang dalam ke dalam matanya. Cantik mata dia. Turun ke hidung mancung dia yang cantik terletak ditempatnya. Turun lagi ke mulut jejaka itu yang merah. Sedikit ternganga dan kedengaran nafasnya keluar dari mulut itu. Seakan baru lepas berlari hanya sebab nak sambut dia dari terjatuh.

Kejap jatuh? Bagaikan baru tersedar yang tangan jejaka itu masih berpaut disekeliling pinggangnya. Tangan Amy pulak wah elok je landing dekat atas dada jejaka itu. Sempat dia rasa jantung jejaka itu berdegup laju sebelum cepat-cepat Amy melarikan tangannya dari dada jejaka itu. Kaki yang bengkok terus diluruskan. Cuba untuk berdiri semula.

Tapi Amy tengok tangan jejaka yang tak dikenali ini masih utuh memaut tepi pinggangnya. Ehh suka hati dia je nak pegang dan tak nak lepaskan pinggang aku ni!

Ouh sorry… saya cuma nak selamatkan awak dari jatuh je tadi.” Kata jejaka didepan Amy ini. Blur kejap Amy sebelum sedar yang dia sudah suarakan apa yang difikirkan tadi. Tapi Amy cuma diam kemudian pandang lelaki misteri yang dia tak tahu siapa ni. Tiba saja datang sambut dia yang nak terjatuh tadi.

Baju dia agak kemas dan cantik. Suit berwarna merah hitam. Hmm mungkin dia antara tetamu yang hadir ke majlis ball tu? Teka Amy.

I saw everything.” Ujar lelaki itu dan tersenyum misteri. Pelik pulak Amy rasa. Dia cakap pasal apa ni?

“Nampak apa?” Tanya Amy bodoh, yea dia tak faham akan apa yang dikatakan oleh lelaki ini. Ini baru pertama kali Amy jumpa lelaki yang dia tak tahu nama ni. Or pernah cuma dia je yang tak ambil kesah pasal orang disekelilingnya?

“Semuanya. Sebelum awak berpakaian macam ni.” Balas lelaki itu. Terbuka luas mata Amy bila jejaka itu berkata macam tu. Dia nampak aku tengah tukar baju tadi ke? Dia ada dalam bilik persalinan tadi jugak ke? Laju tangan menyilang untuk menutup bahagian bahu dia yang terdedah. Nampak lelaki itu ketawa dengan reaksi Amy. Eh siapa dia ni? Pervert ke?

“Bukan… saya maksudkan kejadian awak dengan pengawal istana tadi. Jangan salah faham pulak.” Terang lelaki itu lagi sebelum Amy cop jejaka itu pervert. Ceh berani lelaki itu permainkan dia? Macam mana Amy tak salah faham? Lain kali cakap la penuh-penuh!

So what… Apa masalahnya?” Soal Amy kurang sopan. Buat apa dia nak berbaik dengan lelaki didepannya ini?

“Awak sepatutnya buat report pasal kesalahan dia tu. Bukan biarkan pengawal itu pergi macam tu je.” Gaya dia macam tak puas hati pulak Amy tak buat report. Kenapa semua asyik fikir hukuman ni? Tak semua orang yang buat kesalahan patut dikenakan hukuman tahu tak.

“Pengawal tu buat apa yang dia rasa betul. Kalau awak jadi dia, apa yang awak akan buat bila nampak orang yang mencurigakan terjah masuk senyap-senyap ke dalam istana. Dengan baju yang kotor dan koyak macam tu mesti orang fikir pencuri. Saya pasti dia cuma mahu lindungi orang penting dalam istana ni kan? Jadi tadi bukan salah dia sebab tak cam saya adalah tetamu majlis ni. Faham?” Panjang lebar Amy memberi hujah yang dia rasa bernas dan logic.

Terdiam jejaka di depan Amy ni. Mesti fikir apa yang Amy cakap itu ada betulnya. Kemudian dia mengangguk lalu tersenyum manis. Kaki dia mula melangkah untuk berundur beberapa tapak ke belakang.

Nice words I like it. See you soon Princess Amanda.” Nampak lelaki itu berpusing untuk berlalu pergi. Jejaka misteri itu hilang dibalik dinding bila dia membelok ke arah kanan. Macam mana lelaki itu tahu namanya? Dia tak ada cakap pun? Ouh lupa tadi lelaki tu cakap dia sudah nampak semuanya. Mesti lelaki itu dengar nama dia yang disebut oleh Ayden.

Sister… La buat apa tercegat dekat situ? Patut la bila kami pusing belakang sister tak ada. Dekat sini rupanya.” Ujar Aurora seperti nak marah Amy.

“Korang yang jalan laju tinggalkan aku dekat belakang ni tadi lepas tu sekarang nak salahkan aku pulak?” Marah Amy pada Aurora dan Ayden. Kedua-dua mereka hanya tersengih bersalah.

Langkah kembali disambung untuk ke ball room. Kali ini Amy diapit oleh Aurora dan Ayden di sisinya. Berjalan sama-sama supaya tak ada yang tertinggal lagi.

🩵🩵🩵

Ball Room

Hmm bila la nak habis majlis yang membosankan ni? Bisik hati Amy mula berasa bosan. Padahal majlis ni baru saja bermula lebih kurang setengah jam yang lepas. Dia hanya duduk disebuah meja yang dikhaskan untuk keluarganya di satu sudut dewan ini. Ada Ayden disebelahnya.

Bila Amy masuk tadi tangan dia ditarik oleh Aurora apabila Ayahanda memanggilnya. Dia sempat berkenalan dengan tuan punya istana besar ini. King Rolland II dan isterinya Queen Jasmine iaitu mak ayah kepada lelaki yang tengah menyambut hari lahirnya pada hari ini. Tapi tak pulak dia nampak bayang budak yang disambut itu. Budak? Ha dia dah 25 tahun Amy, lagi tua dari kau tahu tak.

Kemudian Amy juga diperkenalkan kepada kawan-kawan Ayahanda dan Bonda yang lain sebagai puteri sulung mereka. Sempat Amy berbual ringkas sebelum dia cabut lari untuk duduk ke meja. Dan sekarang ni dia berasa bosan pulak. Makanan pun hanya disentuh sedikit je. Tak rasa lapar pun sekarang ni.

“Mengumumkan ketibaan putera yang disambut pada malam ini, Grand Prince James.”

Akhirnya baru nak muncul birthday boy ni. Lambat betul. Amy yang tak rasa teruja itu melihat sekelilingnya. Nampak orang lain semua macam excited sangat nak jumpa Grand Prince James ni tapi kenapa? Aurora tak payah cakap la dari tadi dia sudah nampak senyum lebar adik kembarnya. Ayden disebelah dia pun sama jugak.

“Ayden kenapa semua orang teruja sangat nak jumpa Grand Prince James tu?” Akhirnya Amy bertanya Ayden. Tapi dalam keadaan berbisik sebab tak nak orang lain dengar soalannya itu.

“Sebab Grand Prince James handsome dan sangat baik.” Balas Ayden turut berbisik ke telinga Amy.

“Kau suka dia ke? Apa yang baik sangat tu?” Tanya Amy balik. Yang handsome tu tak pulak Amy tanya sebab dia tak pernah tengok pun Grand Prince James tu jadi dia tak tahu la lelaki tu handsome tahap mana.

“Suka sebab dia selalu main dengan Ayden. Nanti bila sister kenal dia mesti sister akan suka dia jugak.” Amy yang mendengar ayat terakhir tu rasa nak ketawa. Dia suka dekat lelaki tu? Haa lawak apa ni? Tak mungkin la dan kenapa pulak dia akan suka lelaki tu?

“Selamat malam dan terima kasih kerana sudi hadir ke majlis tarian ini sempena menyambut ulang tahun beta yang ke-25. Let’s start the dance and enjoy the night.” Grand Prince James memberikan ucapan ringkas dan kemudian terdengar semua orang memberikan tepukan.

Nampak James memandang keseluruhan dewan sehingga matanya terhenti pada meja yang Amy sedang duduki ini. Dari jauh Amy nampak lelaki itu tersenyum. Eh kejap putera itu adalah lelaki sama yang dia jumpa tadi la. Lelaki yang menyambutnya ketika dia mahu terjatuh tadi. Lah dia adalah Grand Prince James? Terkejut Amy jadinya dan susah juga nak terima hakikat itu sampai ternganga sikit mulutnya.

Sister, handsome kan?” Soal Ayden dengan senyuman melebar bila nampak Amy yang tengah ternganga itu.

No!” Mana ada dia cakap lelaki itu handsome.

But you look stunned.” Balas Ayden.

“Haa? Mana ada la… aku terjumpa dia tadi. Dia nampak apa yang jadi masa aku jumpa kau tadi.” Nafi Amy laju. Dia cuma terkejut jejaka misteri tadi adalah Grand Prince James.

Ouh really? So the guard wil get punish?” Soal Ayden pula.

I don’t think so… but you said he is kind right?” Ayden jugak yang cakap Grand Prince James itu baik orangnya, takkan la dia nak hukum orang yang tak buat salah? Lagipun Amy dah terang panjang lebar kenapa pengawal itu tak bersalah tadi.

Ayden angguk mengiakan sebelum berdiri dari kerusinya. Ayden berlari kearah Grand Prince James yang dikerumuni oleh orang ramai itu. Nampak ramai Princess yang menunggu James mengajak mereka menari sekali tapi tak ada siapa pun yang berani dekati lelaki itu. Ayden yang berlari tadi terus saja memeluk kaki James dengan selambanya. James yang melihat terus tunduk untuk mendukung Ayden sekejap. Entah apa yang dibualkan mereka dua itu siap bergelak ketawa lagi.

Amy tahu hubungan keluarga mereka berdua memang rapat sejak dari dulu lagi. Rasanya Aurora yang bakal menjadi Queen negara Rieyland nanti. Diorang pun mesti rapat kan? Grand Prince James and Princess Aurora. Wow sound great!

🩷🩷🩷

Kemuncak majlis ini sudah tiba. Seperti yang diuar-uarkan oleh orang ramai yang putera itu bakal memilih calon isterinya dan juga sebagai Queen negara itu juga pada malam ini. Tak tahu pulak Amy yang cara kerabat diraja kalau nak kahwin macam ni. Sebab macam tak logic je baginya, bukan ke perlu saling berkenalan dulu? Ni dah macam main lottery pulak siapakah orang bertuah yang bakal dipilih oleh putera itu?

Amy rasa macam itu bukan masalah dia yang perlu dia fikirkan. Malas Amy nak dengar pengumuman itu lalu mula berjalan untuk keluar dari dewan itu. Bersedia untuk balik ke istananya. Kesian Jazz mesti lama tunggu dia dekat luar tadi. Majlis ni pun dah nak habis jadi boleh la dia cepat-cepat balik dan tidur.

“Dengan ini dihadapan semua tetamu yang hadir, beta memilih Princess Amanda Alexa untuk menjadi isteri beta.”

Terkaku langkah Amy dengan mata yang meluas bila mendengar namanya disebut. Dengan muka yang terkejut Amy berpusing ke belakang semula.
Semua orang sedang pandang ke satu arah iaitu kearah dia. Ada yang tersenyum melihat Amy dan ada jugak yang buat muka tak puas hati melihat dirinya. Bila Amy melihat meja yang keluarganya sedang duduki dia nampak Ayahanda dan Bonda yang tersenyum bahagia. Ayden pula sudah melompat gembira. Well budak tu je yang beria lompat dan bila nampak Aurora disebelah Ayden, Amy berasa pelik sebab Aurora menangis. Nampak macam kecewa pun ada.

Amy yang masih rasa terkejut itu rasa macam nak meletup. Kenapa dia pulak yang terpilih ni? Dia baru je kenal mamat tu harini. Berbual pun kejap-kejap saja tapi dia dipilih sebagai calon isteri mamat tu? What! Apa sudah kejadian ni?!!

31/08/2024

The longgest chapter that i ever type😂😂 Tak sangka jadi panjang sangat... Malas nak split 2 so saya biar jela😂 Hadiah untuk korang semua🫶🏻

AND....

SELAMAT HARI KEMERDEKAAN MALAYSIA YG KE-67🇲🇾

Saya bangga jadi rakyat Malaysia💖

Bạn đang đọc truyện trên: Truyen247.Pro